CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 31-7-2019 10:52 AM | Show all posts

kenapa akmal dilepaskan ek ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 10:53 AM | Show all posts
Edited by atira at 31-7-2019 10:56 AM

betul ke pemahaman aku ni..
dah jatuh hukum.. dan ikut prosedur sebelum kene hukum.. pesalah akan disuruh bela diri...atau ada bukti kukuh kes bunuh.. boleh masuk court.. belum ada hukuman?
hukuman lambat lagi la maksudnye

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 10:59 AM | Show all posts
belum jatuh hukum. secara rngkasnya, pendakwaraya dah ceritakan kes kat mhkamah, skrg giliran okt utk cerita their side of story
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:00 AM | Show all posts
i see.. jauh lagi perjalanan nye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:03 AM | Show all posts
atira replied at 31-7-2019 03:00 AM
i see.. jauh lagi perjalanan nye..

ye jauh lagi perjalanan. Pihak Pendakwaan dah buktikan ada prima facie kes, so now turn defence team utk raise reasonable doubt masa stage pembelaan ni. lepas tu baru hakim buat keputusan penuh + jatuh hukum...
kita doa yang baik2 utk keluarga arwah, insya Allah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2019 11:05 AM | Show all posts
31 Julai 2019 9:53 AM


KUALA LUMPUR 31 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan untuk memanggil enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri atas pertuduhan membunuh dan bersubahat untuk membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam penuntut tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Turut dipanggil membela diri ialah 12 penuntut universiti sama yang didakwa mencederakan mangsa.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutusakan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

Seorang penuntut, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.

Lima penuntut UPNM yang kini berada dalam reman, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin didakwa membunuh mangsa di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Abdoul Hakeem pula menghadapi pertuduhan bersubahat membunuh di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 109 akta sama yang turut membawa hukuman mati.

Kesemua enam tertuduh turut didakwa bersama-sama 12 lagi penuntut; Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

https://www.utusan.com.my/berita ... -bela-diri-1.946883
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2019 11:07 AM | Show all posts
aduh..panjang lagi ni..silap2 makan bertahun kalau jatuh hukum, then buat rayuan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:16 AM | Show all posts
Edited by WandaMi at 31-7-2019 03:19 AM

akmal dituduh mencederakan, tp skrg dah lepas dari tuduhan tu. yg lain mesti menggigil habis especially yg hukuman mati tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 11:24 AM | Show all posts
panjang lagi kes ni..
sampai satu tahap nanti lawyer tertuduh akan tarik diri...
bukti dah ada..
cuma untuk mengaku bersalah je.
bila salah seorang tak tahan dan mengaku bersalah. apa kan jadi..
berapa lama boleh bertahan kan simpan rahsia..
baru settle..
buang masa muda tertuduh je..
selagi boleh, mereka akan runding dengan pihak keluarga mangsa

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:30 AM | Show all posts
harap pihak keluarga tak terima la rundingan..no no to settle luar mahkamah ke apa ke.. jahanam sangat perangai tekap2 seterika rupa tu sampai mati budak tu dikerjakan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:40 AM | Show all posts
WandaMi replied at 31-7-2019 11:16 AM
akmal dituduh mencederakan, tp skrg dah lepas dari tuduhan tu. yg lain mesti menggigil habis especia ...

sbb akmal & naufal yang tolong zulfarhan & hantar surat layang kat warden tentang zulfarhan sakit dalam bilik. naufal dibebaskan lbh awal tapi akmal hari ni.

dai tak terlibat secara langsung tapi secara tidak langsung sbb hantar surat layang kat warden
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:46 AM | Show all posts
Edited by santubung at 31-7-2019 01:22 PM
tootii replied at 31-7-2019 10:52 AM
kenapa akmal dilepaskan ek ?

sbb:

pada hari kejadian, dia tak terlibat. tapi esoknya. Aufa Aiman jumpa Akmal pasal Farhan. dia nampak Farhan terbaring kena dera. so dorang bincang tentang cara untuk bagi tahu warden sal Farhan. dorang takut nak bagi tahu depan2 sbb nanti mesti kena mcm Farhan. Dorang hantar surat layang tapi OKT tu pindahkan Farhan lbh warden pi sebarkan dlm whatsap.

iols pun tak faham kenapa Akmal disabitkan ..... patutnya dibebaskan juga dari awal mcm Aufa Aiman. mungkin untuk membantu penyiasatan kot. tapi kesian gaklah kat Aufa Aiman dan Akmal sbb niat dorang nak membantu tapi dua2 kena sbb nama dipetik oleh OKT yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:48 AM | Show all posts
kucingitam replied at 31-7-2019 11:30 AM
harap pihak keluarga tak terima la rundingan..no no to settle luar mahkamah ke apa ke.. jahanam sang ...

kalau tgkkan fb puan hawa, tak rasa yang diorg akan settle luar mahkamah. nak2 pulak okt 6 org tu langsung tak tunjuk rasa kesal or bersedih. and dulu ada forumer pernah cakap, family2 okt ni cam geng antara diorg..takde rasa nak dekati family arwah apetah lagi untuk mintak maaf. (kalau lepas tu diorg ada minta maaf i tak tau la)   semoga nasib mu terbela dik.. and harap2 okt tu semua kena tindakan yg setimpal. #Justiceforzulfarhan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:50 AM | Show all posts
santubung replied at 31-7-2019 03:40 AM
sbb akmal & naufal yang tolong zulfarhan & hantar surat layang kat warden tentang zulfarhan sakit  ...

ohh dia lah org nya.. tq explain.. dlu pernah follow kejap thread lama tp dah lupa kisah setiap okt..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:00 PM | Show all posts
i harap bebudak bangsat ni mengalami mimpi ngeri setiap malam sampai buat pengakuan bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:04 PM | Show all posts
amerald replied at 31-7-2019 11:24 AM
panjang lagi kes ni..
sampai satu tahap nanti lawyer tertuduh akan tarik diri...
bukti dah ada..

takyah berangan la noksss. kalau ko baca kes ni, family pembunuh pun tak leh terima hakikat yg anak2 diorg ni pembunuh. siap main ugut2 saksi. ko rase diorg tu nak ke bertaubat nk ngaku salah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 12:07 PM | Show all posts
RedPoppy1 replied at 31-7-2019 11:48 AM
kalau tgkkan fb puan hawa, tak rasa yang diorg akan settle luar mahkamah. nak2 pulak okt 6 org tu  ...

btol sis. family OKT lebih sayang n back up anak dorg kaw2. slalu jmpa kt mahkamah pn takde sorg pn antra mak OKT jmpa fmly arwah utk mntk maaf. lg disalahkan arwah ade laa. mmg kesian sgt kt fmly arwah. anak dh diperlakukan mcm tu. kawan2 langsung takde yg peduli. masing2 selfish nk lepas tengkuk sdri je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:07 PM | Show all posts
keputusan mau tahun depan ni
jgn risau
aku rs mesti kena sabit budak 5 ekor ni
padan la muker ko
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:08 PM | Show all posts
tgk video OKT tu senyum2..rase mcm xde perasaan bersalah lansung
ke diorang saje je tnjuk cool depan camera
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:10 PM | Show all posts
NazRysha replied at 31-7-2019 12:07 PM
keputusan mau tahun depan ni
jgn risau
aku rs mesti kena sabit budak 5 ekor ni

bkn 5 tp 6. jgn hrp sorg pn trlepas. geram haku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.418059 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list