CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mas916

MERGED : Cameron Highlands, Pahang

   Close [Copy link]
Post time 14-5-2011 06:58 PM | Show all posts
Reply  norim

tima kasih norim,bru jer smpi rumah,checkout td kol 12 pastu ikut hiway ladang bert ...
half Post at 5-5-2011 23:35

TEmpat ni memang sentiasa penuh. Kena get ready bila nak tempah. Macam tiket Air Asia jugak. Siapa cekap dia dapat. Fraser hill, lagi cantik. Taraf 5 star. Nak ambil banglo susah sikit, ada 6 bilik, sentiasa penuh tempahan. Tapi kalau ambil bilik pun ok sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 07:00 PM | Show all posts
ni kt mardi,pokok kaler siver ni menarik perhatian aku
half Post at 14-5-2011 17:13

Chanteeek. Dulu pi tak dak pokok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:02 PM | Show all posts
Saya suka naik Tapah. Walau jlan lebih 44 kelok... tapi pemandangan sungguh indah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:04 PM | Show all posts
Staff RP tu abaikan jelah, kalau menyombong. Tapi hari tu saya borak dgn yg menguruskan tempat tu.. Ok je. Ore Kelate.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:53 PM | Show all posts
ni bilik biasa tapi jenis connecting room kt rumah penginapan persekutuan  cameron highlands,sen ...
half Post at 14-5-2011 17:02



   rumah ni utk pekerja gomen shj, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 07:54 PM | Show all posts
Staff RP tu abaikan jelah, kalau menyombong. Tapi hari tu saya borak dgn yg menguruskan tempat tu..  ...
norim Post at 14-5-2011 19:04



   kat mana tu norim, rumah persekutuan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2011 07:59 PM | Show all posts
boleh je reserve direct - call je nombor tu.  dia cuma ada 2 rates je - xde 3 season (normal, ...
adnil Post at 14-2-2011 09:17

nak minta no. tel mardi boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 06:07 PM | Show all posts
ya.. rumah persekutuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 09:47 AM | Show all posts
sapa sesaper br balik dr CH  ?? Sejuk tak cuaca skrg kat CH. next week ingat nak pegi sana sempena cuti sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:05 AM | Show all posts
Reply 1902# half

Saya pon bercuti di CH 15-16hb hrtu..
gi bharat tea ni amek gmbo..fuhh mahal giless nk minom teh..
pastu ku trs ke MARDI..time tu dlm kul 10 lbh la..
panas la..mcm nk tebakor kulit..
xsejuk dh..angin dingin skt la..
time ni hujan belah ptg..
kami naik n turun ikut simpang pulai..xsuka ikut tapah..
ku ni jenis masalah sikit changing altitud..sakittt kpl..
kang ikut tapah ada yg terburai kang..
ku ddk di Casa dela rosa..mmg best..
rezeki la dpt bilik utk 3org..besa..bfast pon ok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:09 AM | Show all posts
Ku pon geram n impressed dgn pokok silver tu..anakku takut2 nk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 01:22 PM | Show all posts
travelog CH

14/5/2011
4 pagi - bergerak dari rumah menuju ke Tapah. Singgah sarapan kat perhentian tapah. punyalah ramai org kat situ. hati dah cuak...harap jgn lah diaorg ni nak gi CH...bukan apa takut jam kat jln tapah tu.

Alhamdulillah..jln bengkang-bengkok tak jam. sume org happy je..menikmati pemandangan yg menghijau. Sampai kat Lata Iskandar..nengok parking clear, so singgah tuk posing sakan...nak mandi sejuk. kedai goreng pisang kat tepi jln tu pun baru nak buka...tak ramai org, so senang nak bergamba...setiap sudut digunakan sepenuhnya...

perjalanan di teruskan lagi ke Tanah Rata. OTW singgah Bhart Plantation, minum teh seteko, makan skone, nasik lemak sedap sangat dan posing sana-sini. sebelum nak chow...borong teh stroberi sebanyak-byknya...

Msg en.hamid tny aptment dah bole check in ke...dia kata sedang kemas tengah ari baru leh masuk. so kitarang terus gi MARDI....punyalah ramainya org kat sana, berbas-bas...tu belum kira kete lagi...

Masa kat mardi ni...cuaca dah cerah, suhu tak sejuk sangat...sesekali terasa angin sejuk bertiup. ambil gamba pun x cantik sangat..terlalu cerah takde kesan kabus...org pun ramai. setiap gamba yg diambil ada je org lain terselit..huhu tapi rasa puas ati dapat gi situ sebab bunga-bunga sedang berkembang, anggur dah berbuah, epal ada sebiji dua terselit celah daun. ada kandang arnab yg gebu-gebu dan playground..anakx2 suka sesangat.

Dari Mardi ke Puncak Arabella, en hamid kata dah bole check in. Aptmen 3 bilik...sangat selesa, sume lengkap..astro pun ada. Time kasih pada en. hamid yg banyak membantu. Sampai je anak-anak dah berebut-rebut nak mandi. sorang nak mandi air panas dan sorang lg nak mandi air sejuk. biasanya kat rumah diarang ni susah nak mandi. yang peliknya, my doter pepagi nak ke sekolah selalu bagi alasan tak nak mandi coz sejuk tapi kat sini selamba je mandi tak pasang heater. ishk! drama queen tul.. Dah settle...mandi-manda ,tido baring dan lepak-lepak..perut memasing dah mula berkeroncong.

So kitarang gi pekan Tanah Rata, nak cari orchid foodcourt nak makan stimbot. pusing-pusing tanya sana sini last-last jumpa. sebaik sampai kedai tu...hujan turun dengan lebatnya. dpt lah merasa stimbot...pd saya kuah sup ayam lg sedap drpd sup tom yam...ikut selera masingx2. pasemboq pun sedap. Sederet FC tu ada gerai jual cenderamata..sebab ari hujan so kena lah beli payung stroberi, beli selendang 4 helai, belon buih 1 botol kecik, sepasang sarung tangan, topi n mafla 2 set...rabak duit lam RM150....punyalah byk memborong tauke kedai tu sikit pun taknak bg diskaun....hangin tul.:@

Bila hujan dah teduh, baru bergerak menuju ke brincang. OTW singgah Kg Sedia, makan askrim stroberi n beli stroberi kering kat Al-Mansor. lepas tu singah old smokehouse. ingat nak posing sakan kat situ...hancur hati acik coz tak dibenarkan masuk kecuali kita nak makan atau menginap kat situ...

Dengan hati yang lara...kitarang terus ke Time Turnnel. Bayaran masuk tuk dewasa RM5 n kanakx2 RM3. TT ni cam musium kecik yg mempamerkan brg-brg lama, gamba-gamba CH dulu dan kini. Dpt la saya tunjuk kat anakx2 mercun zaman saya kekecik spt mercun ayam n kete kebal. Pd saya tempat ni menarik juga tuk dilawati..cumanya kalu brg disusun dng teratur n kebersihan tempat tu dijaga lagi best. dah lah masuk berbayar tp cam tak berjaga.

kuar dari Time Turnnel hujan turun selebat-lebatnya, plan asal nak gi petik stroroberi..sudahnya beli je stroberi yg dah dipetik kat kedai yg berdekatan TT.

Bila dah teduh hujan, pergi pasar malam berincang. beli jagung bakar, segala-mala yg goreng ngan tepung spt ketam,sotong dll. beli jambu jeruk n makanan tuk malam nanti.

Tak sempat nak singgah Big Red Strawberry cuaca tak mengizinkan. kecewa coz tak dpt beli stroberi shake n aiskrim m'sia stroberi.

OTW blk ke aptmen nampak gerai buger tower, berdepan hotel casa dela rossa tak jadi singgah coz dah byk sangat beli mknan kat pasar malam. mlm tu lepak kat aptmen cuba menghabiskan mknan yg dibeli. Alhamdulillah sumenya habis dimakan. cuma jambu jeruk je tak sempat nak mkn. kononnya nak makn kat Penang keesokkan harinya. sampai kesudah jambu tu tak bermakan. Pagi ni tadi, sebelum pi kerja baru perasan jambu tak bermakan. tengok plastik dah kembung n jambu dah kuar buih...adus sedihnya ..kena pi CH lagi lah ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 01:46 PM | Show all posts
En. kodok, saya pun akan menginap di casa de la rosa. mcmana overall hotel tu ??. terima kasih ats feedback. timing bunga berbunga, anggur berbuah dah betul cuma cuaca je. kalau sejuk memanjangkan bagus. Mana ye lokasi wajib singgah ?? sebelum ni pegi tak jalan sgt. ni bwk famili ingat nak ronda ronda puas puas
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by dobot at 19-5-2011 14:09

Sambungan travelog CH

15/5/2011
5 pagi- mata dah terjaga. ishk! kacau..masa keje susahnya nak bangun. cik abg lena je tido, anakx2 pun sama..tak bergerakx2 biasanya tido lasak. may be saya teruja sangat nak ke sg palas. first time nk kesana walaupun dah byk kali gi CH.

Dah check out, gi breakfast kat gerai zainab sam, gerai lain x buka so ramai lah org kat gerai tu..may b ari ahad, kedai byk tutup. makan roti canai je...ok bole tahan masuk selera saya.

Dah sarapan terus menuju ke Boh Sg Palas yang sering diceritakan oleh forumer disini. Hati berlagu riang, tak sabar nak menyaksikan pemandangan cantik yang sering diceritakan tu. Mulanya terlepas simpang coz signboad terlindung oleh pokok. bila masuk je jln tu hati dah berdebar-debar. selama ni baca komen forumer pasal jln yg mencabar. kali ni sendiri merasainya..Ya Allah memang sangat mencabar n menakutkan. anakx2 kat dlm kete yg bising dari tadi dah mula senyap n duk diamx2. ada yg suruh patah balik. tp kalu once dah masuk jln sg palas no turning back...so terpaksa teruskan perjalanan sambil tak berhenti berdoa minta dipermudahkan perjalanan pergi dan balik.

Akhirnya selamat sampai ke tempat yg di tuju....punyalah ramai orang nak bergamba pun takde ruang, nak beli makanan terpaksa beratur panjang. nak lawat kilang terpaksa dibatalkan coz kena tunggu giliran. lagi pun kitarang nak ke Penang lepas tu...so masa lawatan terhad. dah puas hati bergamba sana sini...we all decide nak blah.

Byk kete nak blk n byk kete yg dtg. jln sempit ada pulak satu kete yg parking kat tepi rumah pekerje ladang menyebabkan kete yg dtg tersekat n kete nak blk tak bole bergerak. sib baik ada polis bantuan n org tempatan menyelasaikan masalah kesesakan. lama juga tersekat kat jalan tu. mencabar n sgt tercabar..macam-macam perasaan masa tu. dah la tepi gaung. tak dpt nak digambarkan ngan kata-kata hanya org yg dah mengalami pengalaman ni akan memahami...hihi sesape yg belum pegi sg palas ni sekali seumur hidup elok lah gi sini tuk merasai pengalaman ni. Bagi saya cukuplah sekali ni je  tak kan ku jejak kaki ke situ lagi...tobatttt.

sekian, time kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:19 PM | Show all posts
Jom kite cuci mate sikit di ptg hari ni...
14/5 - 16/5 ari tu naik cameron.
Nah beberape pic utk semua yer..
Enjoy!!


Nmpk x kabus tu...pic from my room..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:23 PM | Show all posts


Dah brp kali naik cameron pun still suke amik pic strabery..


strabery sundae n strabery with cream..yummy!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 05:27 PM | Show all posts


waffle n fried strabery ice-cream


Tanan-tanaman at cameroon..






Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 08:58 AM | Show all posts
wow sedapnye fiedgurl aiskrim tu..menggoda..hehe dekat mane ek ade sekerim n pokok salad tu? xpernah terserempak lak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 10:04 AM | Show all posts
wow sedapnye fiedgurl aiskrim tu..menggoda..hehe dekat mane ek ade sekerim n pokok salad tu? xpernah ...
ielyna Post at 20-5-2011 08:58



    kat big red strawbery farm ielyna..on the way kite jln nak ke cafe dia nanti..kite akn lalu la salad farm,strabery farm, pokok anggur n etc la..best tau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 12:33 PM | Show all posts
oo kat big red strawberry..ade macam2 rupenye dlm tu eh..singgah kat depan tgk souvenir jek pastu kuar hehe xpe next time pegi boleh jelajah lagik.TQ fiedgurl 4 d info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084525 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list