CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

DIA SEMANIS HONEY [ALIF SATAR & SITI NORDIANA] ADA HONEYMOON & RAYA.

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2016 12:18 PM | Show all posts
kepada peminat2 Dia Semanis Honey


merek dah start shooting Dia Semanis Honey Special.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
setokinpurple replied at 12-6-2016 11:03 AM
ada alif satar nyanyi nasyid

Waaaah. Sekarang jugak ai donlot  
Nak hadiah episod dua. Ai tambah scene nabil usik maklang Hani dlm keta n si ara usik paklang ahnaf  

Dia Semanis Honey Episod 2

Airport

Hani tepuk kuat tepi telinga Ahnaf. Dia ternampak Ariana.

Hani: Encik Ahnaf! Apersal?
Ahnaf: nothing. Just... just like my friend.
Hani: oh, aaa.. Nak saya tanyakan?
Ahnaf: No, tak payah. Thank you (Pusing tengok lagi sekali) (tetiba dia marah Hani)
Ahnaf: Hei! Eh, lepas ni...you bawak balik keta i, u drive elok2 ya? Ada calar sikit, I cari you. NAH (bagi kunci)
Hani: baik bos (sarkastik)
Ahnaf: trip i ni 4 hari. I nak all the documents on my desk when I come back. Ok?
Hani: OKAY!
(Ahnaf diam. Tengok Hani)
Ahnaf: Dah, I gotta go. (Amik kopi, dan sorong beg)
(Hani baru ternampak jacket Ahnaf tertinggal, mula mcm nak panggil Ahnaf balik tapi she decided not to and hold the jacket. Smiling)

-----

Ara (adik Ahnaf) terserempak dgn Hani kat kedai dgn Nabil (anak buah Hani). Ara tarik Hani join her kat tmpt makan.

Ara nampak Ahnaf.
Ara: hah! Panjang umur dia. Abang! (Lambai Ahnaf. Hani dah tak selesa. Tak senang duduk)
Ahnaf: Ara. (Terdiam bila nampak Hani at the same table) Ara. Where is your fon? (Mumbling) i call u banyak kali (duduk mengadap Hani)
Ara: sorry, Ara berbual tadi dengan kak HANI.
Ahnaf: (to Hani) Hello. Buat apa kat sini? And this. (Tunjuk up and down kat Nabil) who's this?  U tak bgtau pun u dah kawin?
Ara: ishhhhh. Tak baik cakap macam tu. Kak Hani single.
Hani: kalau anak i kenapa? Ada masalah?
Ara: ala kempunan la Ara nak kak Hani jadi kakak ipar Ara.
Ahnaf: Haishhhh! Stop it.
Ara: tak. Ara serius. Korang nampak... serasi sangat. (Ahnaf dgn Hani diam. Ara mungkin rasa awkward) ok Ara berenti sekarang sebelum Ara cakap yg bukan bukan.
Ahnaf: hmmm bagus.
Nabil: Maklang Nabil lapar la bila nak makan ni?
Hani: okay okay. Kejap eh, maklang pegi beli eh? Tunggu tau. (Hani nak bangun)
Ara: ok jap jap, tak per tak per (Hani duduk semula) abang... gentleman sikit. Pegi belikan. (Turn to Hani) Takper akak eh?

(Ahnaf tengok muka Nabil dekat dekat n then tengok Hani)
Ahnaf: fine... harini i belanja. (To Nabil) Come.
Nabil: yeayyyy (ikut Ahnaf)
(Ara suruh Hani duduk ja jangan pegi mana)

----
Semua tgh minum...
Ara: Akak semalam mama cakap, ada org dtg merisik akak ek?
(Ahnaf tersedak, terbatuk)
Ara: abg ok tak.
(Hani tengok ja ahnaf, rasa mcm kena perli kot)
Ahnaf: (clear his throat) pastu u terima ker tidak hani?
Ara: ihhh dia pulak yg over.
Hani: Tahun ni jer dah 4 org
(Mata ahnaf terbeliak.)
Ara: wow. Pastu akak terima tak semua?
Hani: tak lah... akak tolak semua sebab tak ready lg kan?
Ara: hmmm akak tunggu prince charming ni. Abang, jgn tunggu lama lama tau. (Ahnaf jeling. Hani pun jeling)

Ara: Nabil! Nak ikut aunty pegi tengok mainan tak?
Nabil: nak nak nak  nak nak. Jom Maklang
(Hani senyum, nak jom jugak lah tu tapi ara potong)
Ara: no no no maklang tak boleh ikut sebab maklang nak bersembang dengan PAKLANG.

Ahnaf & Hani jerit serentak: ARA!
Ara tergelak.
Ara: takperla, ara pegi dulu, lagi satu jam kita akan jumpa balik dekat sini. Bye. Jom Nabil.

(Ahnaf and Hani exchanged looks tapi tak cakap. Muka pesen nak ajak challenge main futsal ja.)
-----
Ahnaf ikut Hani masuk farmasi. Hani amik raga

Ahnaf: kenapa u tolak ha?
Hani: tolak apa?
Ahnaf: tolak org yg nak kawen dgn u
Hani: kenapa encik nak tahu?
Ahnaf: takder sebab... just curious. Mesti diorg handsome kan? Sado. muka jambu. Kan?
Hani: Hati belum terbukak kot. (Turn to Ahnaf) ok jawapan saya?
Ahnaf: cliche tapi whatever. Ker u waiting for someone?
Hani: Someone tu dah tak der. And tak mungkin datang balik. Untuk move on perlukan masa.
(Hani jalan ke rak pad. Ahnaf dok ikut dari tadi. Hani kejap jeling Ahnaf, kejap jeling rak. Segan nak amik pad kot)

Ahnaf: you ni nak cari apa sebenarnya ni. Bakul u kosong jer dari tadi.

Hani: Saya nak cari barang perempuan. Yang awak ada kat sini, malulah saya!
(Ahnaf baru perasan dia betul betul depan rak jual 'barang perempuan'. Dia tergelak and walk away. Bagi Hani privasi pilih barang perempuan)
Ahnaf: Sorry. Malu apa ntahhhh

---------
Hani sembang dgn Nabil masa lam keta tu comel sgt. Hani pun dah suara mcm budak2 :-)

Nabil: Maklang!
Hani: Hmmm?
Nabil: kenapa Nabil tengok Maklang asyik senyum je?
Hani: ha??? Takder aper lah. Maklang suka bawak Nabil keluar. Sebab Nabil kan comel.
Nabil: Ye ke? Ker Maklang ingat kat Paklang?
Hani: NABIL! Pandai pandai jer! Mana ada paklang! Nabil niiiiiii. Nakal eh? (Hani senyum meleret)

----
Rasanya Ara ni dah psiko Nabil suruh usik maklang tentang paklang. Sebab dia pon misi yg sama masa on the way balik dgn Ahnaf :-)

Ara: Macam mana? Best tak jalan jalan dgn KAK HANI?
Ahnaf: okay. Biasa jer.
Ara: (kecewa.) Biasa je?
Ahnaf: yeah
Ara: luar biasa takder ke?
Ahnaf: hak.. hak... luar biasa mcm mana? Ara: Macam hati berbunga... jalan tak jejak tanah...
Ahnaf: tchhhk hei! Don't be silly lah. This is your brother, okay? A real man. Lelaki sejati takder la nak benda benda merepek mcm ni.
Ara: (tergelak) hei Ara kenallah abang Ara. Suka kannn? Cer cakap suker suker.
Ahnaf: TAKLAHHHHH
Ara: taklah? Dari tadi senyum sorang sorang takkan tu pun tak. Berangan lah tu.
Ahnaf: (sambil cocok pinggang Ara. Ara tekejut) eh jangan sibbbukkk. Boleh tak? Haaaa (muka geram)
Ara: taklahhh Ara cuma cakap je... Kalau org marah biasanya betul.
Ahnaf: Dahlah. Jgn macam macam.
Ara: serius konon (ternampak Ahnaf senyum meleret) SEE? Senyum lagi?
Ahnaf: What?? I cannot smile now?
Ara: ITU TANDA KITA SUKA! Orang tengah berbunga. Oh my god. Tak sangka lah. Takperlah abg tak payah cakap apa apa. Ara dah tau dah. (Ara diam dan senyum. Ahnaf pun senyum dlm diam)

-----
Scene: Umi paksa hani pakai cincin tunang

Umi: haaaa anak umi buat apa ni. Eh cantiknya gaun pengantin ke ni?
Hani: Bukanlah. Ni dress lah umi.

Umi: Cantik. Boleh buat gaun pengantin.
Hani: hishhh umi ni asyik pengantin pengantin pengantin.
Umi: (gelak) aaaa Hani,
Hani: ye?
Umi: (buka bekas cincin. Mata Hani terkebil) Mulai sekarang, Hani dah jadi tunang orang.
Hani: Ha??? Apa maksud umi?
Umi: Takda maksud apa apa. Ayat umi jelas dan nyata. Hani dah jadi tunang org. Nah pakai cincin ni. (Cuba sarung cincin ke jari manis Hani)
Hani: (struggle, tak bagi) heeeeh apa ni umi. Miiiii NO! (Tak puas hati) Bila masa ni Hani bertunang? Ha? Hani taknak lah.

Umi: Hani, umi dah byk bagi pilihan pada Hani. Tapi sekarang, Hani kena terima pilihan umi dgn abah.
Hani: tak. Umi ingat sekarang ni nak cari suami main pilih2 je ke mi? Umi bagi lah umi peluang Hani akan cari someone bawak jumpa umi dgn abah. Hani janji.
Umi: Bila? 10 tahun lagi?
Hani: haaaaaaa umiiiiii (gaya gegor badan geleng2 taknak)
Umi: HANI! STOP IT! Umi taknak dengar apa apa lagi. Abah, kakak kakak Hani semua nya dah setuju. Sekarang ni pakai cincin ni. (Cuba sarungkan lagi sekali. Hani rentap tangan sampai terlepas dr pegangan umi)
Hani: taknak ah umi.
Umi: (mood memaksa sudah mari) Umi kata pakai! Pakailah! Ha pakai ni (berjaya sarung ke jari manis Hani) Pakai. Hmmm dah cantik dah. Ambik ni (sua kotak cincin ke tangan Hani) Minggu depan jumpa dgn tunang) Ye? (Umi leaves) (Hani sedih)

----
Kat pejabat.

Sha: (belek cincin tunang Hani) Waaaaah berlian tu! Untunglah kau Hani... cantiknyaaaa
Hani: untung apa nya? Aku kenal pon tidak siapa. Ntah ntah gendut.

Sha: Eh. Kau dengar ni. Gendut ni ok apa. Dalam kajian, ada mengatakan orang gendut ni romantik tau. Ha.

Hani: Ehhh dah dah, bagi aku balik.

Sha: Eh kau tak pakai ke. Kenapa tak pakai?
Hani: Malaslah
Sha u: Eh tak baik tau. Kau kan dah jadi tunang orang.

(Ahnaf kebetulan lalu situ terdengar part "dah jadi tunang")

Ahnaf: (terkejut) u dah tunang?
(Hani diam)

-----------

SCENE SIMPANG MALAIKAT 44


Ahnaf minta nak jumpa tunang. Nak tengok ok ke tidak orgnya. So mama dgn umi arrange kan perjumpaan diorg.

Hani dok menongkat dagu tunggu kat restoren.

Hani: Takda org pun... betulka umi ni hah
(Capai fon. Ada org masuk. Ahnaf. Hani cepat2 capai menu dan tutup muka)
(Ahnaf recognized her walaupun kepala terlindung dgn menu)
Ahnaf: Hani? U buat apa kat sini
Hani: (muka kelatkantoi) huh. Tunggu kawan. Ha ah. Tunggu kawan (ahnaf angguk)
Hani: Encik Ahnaf buat apa?
Ahnaf: Saya pun tgh tunggu someone. Yg u tunggu ni kawan lelaki ke perempuan?
Hani: Perempuan. (Senyum tapi nebess) Takperlah encik Ahnaf... encik Ahnaf tunggulah someone encik Ahnaf tu... aaa saya kena gerak sebab dia baru text tadi. Tak dpt datang pulak. Assalamualaikum.
Ahnaf: waalaikumsalam.
(Ahnaf tengok Hani keluar.)
(Hani berenti belakang dinding. Ngendap Ahnaf dok tunggu tunang penuh bergaya.)

Hani terngiang ngiang suara umi "Dah jumpa nanti tahulah nama dia"
Hani: (cakap sensorang) Hishhhh tak kanlah! Simpang malaikat 44 lahhh. Taknak aku! (Goyang2 bahu gegor gegor badan. Hahaha. Dia memang kalau ngadu2 manja ngn umi dia mmg stail mcm ni)

----
Scene MAMA GOSSIP GIRL (episod 2)
Ahnaf baru balik keje. Masuk bilik, dia lepak lepak kat katil sambil bukak laptop.

(Mama ketuk pintu)
Ahnaf: hmmm???
(Mama ketuk pintu lagi)
Ahnaf: yes...
(Mama bukak pintu)
Mama: Can I come in?
Ahnaf: you're already in ma.
(Mama masuk sambil tergelak dan duduk di hujung katil. EXCITED)
Mama: So? Jumpa tak tunang???
Ahnaf: (dgn idung berkerut) Eh mama ni gossip girl nya
Mama: halloh... nak tahu je!
Ahnaf: Arrrghhh
Mama: ala... jumpa ke tak???
Ahnaf:  tak jumpa! Tak da!. I think i was late. Sampai2 jer... because awal tu Ahnaf kena stop kat opis jap and then bila dah sampai sana tunggu sejam sengah takda sapa pon.
Mama: impossible laaah sebab umi Hani call mama sendiri cakap Hani pegi jumpa Ahnaf! (Ahnaf yg mcm malas nak layan tadi terus jadi interested bila dengar nama Hani)

Ahnaf: Hani (almost a whisper. He sat up)
Mama: Yaaaa. Hani...
(Muka Ahnaf yg malas nak layan tadi terus tukar jadi manis. Senyum sambil ibu jari singgah di bibir.)
Ahnaf: Hani ada jumpa... tapi dia kata dia jumpa dgn kawan dia.
Mama: haaaa (senyum lebar) malulah tu!
(Ahnaf turun kan tangan cuba tak nak senyum tapi almost immidiately dia senyum lebar lagi siap tersengih.)
Mama: hah. Ni... sengih sengih ni kenapa?
Ahnaf: (takleh control senyum sengih.dia. berseri seri). What? (Tutup senyum dgn jari lagi) What? Tak boleh?
Mama: aaaalah! DAH. Esok kat ofis boleh jumpa. Mama nak tido dulu. Good night...
Ahnnaf: bye... (gesture jari jari gerak ke arah luar mcm suruh keluar)
Mama: owh. Halau eh?
Ahnaf: (tergelak) bye... (gesture yg sama)
(Mama gelak dan tampar lutut Ahnaf. Dia keluar)
Ahnaf: (sandar sambil ambik laptop) crazy (tergelak)
Mama: night....
Ahnaf : goodnight! (Senyum.sengih)

---------
Sms from ahnaf yg jadi bahan usikan Hafi dan umi :-)

Ahnaf: Awak jumpa ke kawan awak tadi?
Hani: Tak kucing dia terberanak tadi


--------
episod 2

SCENE BHAAAAAAAAA
(Carpark office)

Hani park kereta. Masa dok kunci kereta dia mcm perasan ada org dok perati dia. Tapi bila dia tengok, takda plak. Tetiba Ahnaf keluar kejutkan Hani dengan muka ala ala beruk bunyi BHAAAAAAA. Hajat Ahnaf nak mengusik jadi tragedi bila kena semboq dengan pepper spray sampai berasap kepala. Habis satu botol kot Hani spray. Hahaha.)

Suara Haaaaaa mengusik tu bertukar jadi jeritan yg sama naik dgn jeritan si Hani tu. Mcm macam bunyi Ahnaf nangis keluar "aaaaaaa huhu arghhhhh" sambil tutup mata dan tersembam kat kreta sebelah.
Macam org gila aku gelak bila tengok scene ni.

------
Hani tunggu Ahnaf masuk kat lobi. Sebaik saja Ahnaf masuk dia terus pegi mintak maaf. Ahnaf dok lap mata dgn saputangan.

Hani: encik Ahnaf! Encik Ahnaf! Ya Allah... saya mintak maaf sangat sangat. Saya tak sengaja. Kalau saya tau tadi saya tak sembur.

Ahnaf: YOU NI! (Hani tersentak tekejut. Mata ahnaf dah bengkak tinggai satu line saja. Hahahaha) kalau tengok dulu sebelum sembur boleh tak?

Hani: aaaa mana boleh macam tu! Saya kenalah sembur dulu. Kalau bukan encik Ahnaf macam mana? Kan naya?

Ahnaf: (dah cool down walaupun mata pedih sepet lagi) Tak payah encik encik lah. Kita kan dah bertunang.

Hani: (cepat cepat potong) Shhhh! (Tengok keliling)
Ahnaf: Apa shhhhh? Dah sembur mata orang nak shhhhhh shhhhh plak (tersembur ailiur plak kot. Hahahaha) Apersal? Nak berahsia dengan orang?

Hani: yer lah nanti orang ingat saya ni kaki tackle boss pulak.
Ahnaf: Betul apa
Hani: Eh? Perasannya!

Ahnaf: Alah biarlah apa org nak cakap. You tau tak tadi, ai nak cakap good morning je pown.

Hani: (rolled her eyes) Terima kasih lah sebab ambik berat pasal ai. Tapi... you pasal tunang tu diam diam aje ya encik Ahnaf.
Ahnaf: just... just call me Ahnaf. (Tak puas hati)
Hani: Whatever! Okay? ada apa apa lagi? Kalau takder apa apa, saya nak masuk. BOSS.
Ahnaf: takder apa apa! My Honey Hani.
Hani: (buat muka geli) eeeeee (walk away)

------
Kat opis. Hani dok menaip kat laptop. Dia jengah tengok keadaan Ahnaf kat bilik sebelah.

Ahnaf nampak Hani terjengah jengah.
Ahnaf: APA???? (Muka marah)
(Muka Hani yg tadi curious tukar jadi marah jugak. Tetiba jelir lidah.)
(Ahnaf balas reaksi yg sama tapi sedikit over. Marah kena sembur tak abis lagi tu.)
(Hani angkat penumbuk konon nak debik)
(Ahnaf offer pipi utk ditumbuk)
(Penumbuk Hani naik lagi tapi Ahnaf dah malas nak layan)
(Hani bersandar enak sambil tengok Ahnaf buat apa. Elok masa tu si Sha sampai.)
Sha: HEY!
(Tanjat gegerl. Sampai terlenggak. Hahahaha. Berdehem kuat)

Sha: kau kenapa ni?
(Dan dan tu Hani menguap)
Hani: haihhhh ngantuklah Sha. (Tutup mulut kekonon menguap)

(Sha kejap tengok Hani, kejap tengok Ahnaf yg dok buat keje dlm bilik.)

Sha: ko ni... makin lama makin pelik la aku tengok.
Hani: Ko nak apa?
Sha: Ada ni ha. Dokumen ni tolong baca kan and approve kan sekali. Boleh?
Hani: Baik puan ( sambil senyum dan tabik spring)
Sha: thank you.
Sha blah. Sempat lagi Hani tengok bilik sebelah sambil senyum senyum.

----
SCENE SEMBANG TIANG

(Depan kolam)
Ahnaf: Hello. Taktau plak u datang.
Hani: ai pon baru tahu ptg tadi.
Ahnaf: hmmm (sua tangan nak tengok cincin tapi hani larikan tgn dia)
Ahnaf: cantiknya cincin... mesti mahal.
(Hani belek cincin kat tgn dia)
Hani: Ha ah cantiiiiik sangat. Terima kasih.
Ahnaf: takyah terima kasih kat ai lah. Bulan ai yg beli pown. Mama yg beli.
Hani: oh.
Ahnaf: naper? Kecewa?
Hani: kecewa? Kenapa? Kenapa ai nak kena kecewa?
Ahnaf: yerlah. Sebab bukan ai yg beli
Hani: taklah. Ai pun tak sangka yg ai bertunang. Lepas tu tau tau kena paksa dgn umi pakai cincin ni.

Ahnaf: I see. So sebenarnya you bukan rela sgt kawin dgn ai pun kan?
Hani: ai terima sebab ai nak lupakan kisah silam ai. And ai taknak jadi anak derhaka. And you? Percaya ke pada perkahwinan tanpa cinta.

Ahnaf: me? Nope! Can u imagine. Dua org MADLY in love. Berkawin pun cerai berai apatah lagi kita ni yg memang tak ada cinta. So... love is not everything Cik Hani. BUT belum cuba belum tahu

Hani: tapi.. cinta juga salah satu faktor utk kita bahagia.
Ahnaf: haaaa okay kalau mcm tu, u cubalah utk jatuh cinta dgn ai. (Senyum) kalau benda tu penting sgt utk you.
(Hani diam)
Hani: tskk dah lah. (She walked away)
----------

SCENE MILO
Bilik mesyuarat.
Adam baru bagi bunga kat Hani.

Ahnaf: (suara jauh) Hani! Hani (approaching) I am looking for u. What is it... (Nampak bunga) sorry... am I interrupting something?

Hani: err encik Ahnaf, ini encik Adam, marketing director baru kita. And encik Adam, ni encik Ahnaf CEO baru kita

Adam: (hulur tgn nak salam) Hai. Adam.
(Hani seems awkward, Ahnaf nampak angry)

(Ahnaf sambut tgn Adam n shake hands)
Adam: nice to meet u. Ahhh encik Ahnaf can I ask u something? Can I get back my Hani?

Ahnaf: Sorry?
Adam: okay... sebenarnya dulu Hani adalah PA i. Dan sekarang ni kalau boleh I nak dia jadi setiausaha i balik. Boleh tak? (Hani pandang nervous tapi nak tengok respond Ahnaf)

Ahnaf: ah... so sweet. But I'm sorry. Ini PA CEO syarikat ni. So as the CEO of this company, I cannot fulfill your request. I'm sorry.
Adam: (senyum) it's okay. I'm sorry about tht.
(Ahnaf senyum. Tapi bila dia pusing belakang senyum dia hilang. Jadi garang)

Ahnaf: HANI! HARI NI AI TAKNAK KOPI AI NAK MILO! (Sambil jalan keluar)

(Hani diam, sembunyi rasa tekejut tengok Ahnaf buang tebiat. Pelan pelan pusing tengok Adam.)
Adam: wow. Garang jugak ya CEO awak ni. Okay lepas awak buat milo dia kita pegi lunch eh?

Hani: sorilah encik adam, saya kena lunch dgn encik ahnaf.

-------
SCENE GADOGADOH

Kes mintak milo dan hani tergelincir adam sambut betul2 buat Ahnaf bad mood.

Pejabat Ahnaf.
Hani bawak masuk dokumen utk disain.
Hani: encik Ahnaf... ada dokumen yg encik ahnaf perlu sain. (Letak folder depan Ahnaf. Ahnaf tak toleh tengok dia pon. Ahnaf diam. Sua tangan minta pen. Ahnaf sain dan hempas jer folder)
Ahnaf: anything else?
Hani: takder (sambil simpan balik pen tadi) oh ye. Tadi setiausaha Dato Teoh call nak tangguhkan meeting isnin depan. (Ahnaf buat tak dengar. Dok menaip. Hani serbasalah.)
Hani: kalau takda apa apa saya keluar dulu lah.
(Hani berpusing utk keluar. Tapi terberenti bila ahnaf cakap)
Ahnaf: org perempuan ni mmg tak puas hati dgn satu lelaki kan? (Hani pusing ngadap Ahnaf) bila lelaki tu hensem sikit, ada harta, mula lah nak flirt kan?
Hani: tak tahu.
Ahnaf: u tak tahu ke u buat buat tak tahu? Hmm?

Hani: ai tak tahu... dan ai taknak tahu. By the way, ai bukan perempuan yg mcm you cakapkan.
Ahnaf: are u sure? Sebab ai tengok u dgn adam wohhh bukan main menggatal lagi. Hmmm?
(Hani malas nak dengar. Dia nak keluar)
Ahnaf: (bangun) Hani ai tak habis bercakap lagi dgn you. (Dia jalan pegi kat Hani)
Hani: you nak cakap apa lagi ni? I menggatal. Hah?
Ahnaf: eh? Siapa yg makan cili, dia lah terasa pedas.
Hani: kalau macam tu, u belum cukup kenal ai lagi siapa.
Ahnaf: Just cut your crap lah Hani. Aku tak der masa lah menyampahlah perempuan perangai mcm u ni. Hah? Depan pakai tudung berlagak mcm baik, belakang perangai mcm setan.
(Cik Hani dah marah)
Hani: u ingat u siapa ha. Sesuka hati u nak PIJAK maruah ai. Kalau u tak boleh hormatkan i sebagai perempuan, AT LEAST hormat ai sebagai tunang you.

Tbc ep 3
Doakan ai rajin :-)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2016 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 12:44 PM
Waaaah. Sekarang jugak ai donlot   
Nak hadiah episod dua. Ai tambah scene nabil usik maklang H ...

Sila teruskan. Best ok. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:47 PM | Show all posts
dapat tahu untuk versi special ni..

ada 5 episode semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 12-6-2016 01:42 PM
Sila teruskan. Best ok. Haha.

Eh sapa ya highlight haritu scene 3 musketeer yg si Kimi dah chup hani sia warning jgn caras.

Episod 1
Three musketeers
First scene perjumpaan 3 musketeers lepas Ahnaf balik dr overseas. Sempat ngumpatkan Hani. Kimi dah book Hani since first ep :-)

Kimi: kau ni bila sampai. Mesej tak der call takder tau tau muncul.
Daim: Tu ah. Kau nak kawin ek.
Ahnaf: wuihhh (gelak) wo no chill bro no chill to the vroom. Mana ada nak kawin buat apa sembang kawin ni. Ha? Think about it bro, do you want to spend the rest of your life dgn satu perempuan je

Kimi: kau ni ayat kau ni kan. inilah baru betul kasanova tau
Ahnaf: EX! Kasanova aku dah tak buat dah perangai2 mcm tu eh. Bro kalau kau perangai mcm tu, hidup kau nak pegi sampai bila bro?

Cayalah bro. Ini baru betul betul lelaki sejati ni
Kimi: dia memang. Mat setia ujung nyawa tau ni.

Daim: Yerlah... aku tak macam korang mana ada masa nak enjoy. Aku ada mak, ada adik.

Ahnaf: aaaalehhhh ko takyah la citer citer sedih kat sini. Haaa org nak melepak dia citer emo plak.

Kimi: muka dah ganas dah, hati kau bertaman taman aku tengok kan?

Daim: Haaa taman tak taman. Korang bila ada awek baru tahu nikmatnya bercinta. Tau tak.
Kimi: ha kau gelak, gelak. Ko tu bila nak masuk ofis?

Ahnaf hei siapa bos? Engkau bos ke aku bos?
Kimi: okay fine...
Ahnaf: Tunggulah dua tiga hari aku masuklah. Jet lag pun tak abes lagini.

Kimi: Kau kena tengok wo PA papa baru kau tu. Eeeee cenggini boss. (Tunjuk thumb up)
Ahnaf: siapa? Hani?
Kimi: WAHHH. Siap tahu naama. Hebat ni.
Ahnaf: Hebat. Ni, tau citer? Sepatutnya dia dtg ambik aku kat KLIA, lepas tu? Batang hidung pun tak nampak!

Kimi: eh mustahil lah Hani mcm tu. Wei kalaulah ada anugerah pekerja terbaik kan, confirm tiap2 bulan dia tapau boss.

Ahnaf: ho member cakap mcm ni sebab dia cun lah. Tu pasal.
Kimi: (gatai) Cun tak cun lah. (Muka geram tangan dua2 dibuka dan badan digoyang goyang) macam bidadari bro.

Ahnaf: Apa la korang ni ha. PA jer kot. Mak kau kasi ke kau kawin dengan PA. (Tanya mak org, mak sendiri dia tak tanya. Hahahaha).
Kimi: hmmm aku rasa mak aku takder masalah kot. Korang eh??? Jangan nak potong line aku. HANI tu saya yang punya.

Ahnaf: ko nak sangat PA hah ko ambik! PA kot, lainlah model ke, lawyer ker, personal trainer ker, barulah berfaedah. P.A (sarkastik).
Daim: wuuu angkuh. Ko kalau sangkut nanti baru kau tahu kan?

Ahnaf: laaah can we just stop talking about girls? Ha? Kau tau tak, perempuan ni mana mana sama. Pempuan ni, diorg pandai komplen je pasal laki. But, by the end of the day sama je. Kaki penipu tau tak.

Kimi: Naf, benda dah 4 tahun naf, takkanla pasal kes ariana tu kau nak marah semua pempuan. Betul tak?
Daim: tah. Yg dah lepas tu lepas lah naf.

Ahnaf: engkau tak kena, bila korang kena esok, sakit dia tu, di sini (tunjuk kat dada kiri) ha ha.
Kimi: (nyanyi) Di dalam hatiku... chillah bro (ahnaf senyum) perempuan ramai lagi.
Ahnaf: takper... gelak. Gelak... gelak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
diasemanishoneymoon pula dah..  
diasemanishoneyraya lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xfilesfan at 12-6-2016 04:45 PM
ZimHMz replied at 12-6-2016 04:33 PM
diasemanishoneymoon pula dah..  
diasemanishoneyraya lagi


Diorang ni raya dulu baru gi honeymoon kot  
Gambar dari crew dah mula keluar kat #diasemanishoney

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah banyak betul edisi Dsh nie...dia semanis honey honeymoon tu yg mcm mama pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xfilesfan at 12-6-2016 05:23 PM
Alizawati82 replied at 12-6-2016 05:08 PM
Tulah banyak betul edisi Dsh nie...dia semanis honey honeymoon tu yg mcm mama pulak?


https://www.instagram.com/p/BGjH3l7DiVZ/
Cer tengok dia selebet honey punya clip ni
Terbahak bahak haku petang2     
Dah la baru baik demam cek darah bagai  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2016 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 04:44 PM
Diorang ni raya dulu baru gi honeymoon kot   
Gambar dari crew dah mula keluar kat #diasemani ...

Shooting scene mkn waktu puasa? Haha. Dugaan2. Mcm mana la tu? Mest kuis2 jek takkan mkn lak. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 04:44 PM
Diorang ni raya dulu baru gi honeymoon kot   
Gambar dari crew dah mula keluar kat #diasemani ...

tahu takpe.. kena la raya dulu baru honeymoon..   

hahaha.. comel betul.. dok main osom pula hani dan ahnaf ni    
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ZimHMz replied at 12-6-2016 08:04 PM
tahu takpe.. kena la raya dulu baru honeymoon..   

hahaha.. comel betul.. dok main osom pu ...

https://www.instagram.com/p/BGjU-o7HH3G/
Ahnaf menang ohsom, so flying kiss kene reject

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 08:13 PM
https://www.instagram.com/p/BGjU-o7HH3G/
Ahnaf menang ohsom, so flying kiss kene reject

hahaha.. ye Hani buang flying kiss Ahnaf dah kalah katakan.. malu2 tapi mahu gitu      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2016 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sweet2. Mcm mana la nak move on ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 08:13 PM
https://www.instagram.com/p/BGjU-o7HH3G/
Ahnaf menang ohsom, so flying kiss kene reject

Sweet giler part ni    
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
xfilesfan replied at 12-6-2016 05:19 PM
https://www.instagram.com/p/BGjH3l7DiVZ/
Cer tengok dia selebet honey punya clip ni
Terbahak b ...

Dah tgk dah...dia mmg kreatip kan klu but vc...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 10:06 PM | Show all posts
sebelum balik keje singgah sini jap

td kat ig Aliff sattar ada upload gambar..

Nampak Lebam muka hani..kesan kes culik kot.


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2016 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ben1090 at 13-6-2016 12:15 AM

Tgk cite ni secara online je sbb rumah sewa x de astro ria. Tertarik tgk cite ni sbb mak ckp cite
ni best, nana pandai berlakon, alif sweet n diorg x pegang2. Bile dh tgk, memang x blh berhenti, marathon 16 ep dlm 2 hari je lps tu ulang blk 2 hari kemudian.

Lps tu x blh move on, cari video2 diorg berdua, bts n sbgnya sbb nk tgk kesawitan diorg ni lagi.
Tp, bila dh tgk bnyk video, baru la sedar yg hidup x selalunya indah. Secara jujurnya, aliff memang pandai berlakon sweet memang menjadi dlm DSH, tp, in real life dia agak kasar ngan nana. Nana tu dh la sweet, lemah lembut gitu, tp, aliff mcm tu lak layan nana.
Walaupun hairul tu agak kayu dlm lakonan, tp, seriously dia sgt baik, sopan santun n hormat nana n suka ngusik nana, sedangkan dia ngan aliff samakan umur diorg 26 tahun. Hairul siap panggil kak nana lagi.

Ada bbrp benda yg saya x berapa berkenan tgk aliff ni bila ngan nana kasar bts, walaupun semua org tahu yg nana hatinya cekal n tabah n cool, tp dia perempuan kot...
1. Scene baling comforter. Itu memang x gentleman n kasar. Kata aliff, nana baling agak biadap, tp, bila nana baling tu, x dela dia sampai tersadung ke, x gerak sgt pun bdn dia waktu kena baling, tp, bila aliff baling balik sampai tersadung nana, siap ckp padan muka lagi, sian nana. Baling balik tukan unscripted, x rasa bersalh ek.
2. Waktu live chat utk ep last. Nana gurau ckp aliff ni x pandai main gitar, ada ke dia ckp, 'kau main la nana kalau kau pandai sgt' lbh kurgla.
Hairul ckp bebaik.je ngan nana waktu tu
3. Smule x jd lagu indonesia tu, nana terlupa lirik, dia ckp, 'kepala hotak jugak'
4. Video nana ngan aliff nk.wish fans suruh tgk ep last. Mula2 aliff nyanyi ost DSH tu, tp, bila nana nk masuk.nyanyi, dia ckp x yahla sikit2 jela, mlm nntila dgn ayat yg x berapa nk nice.

Sori, saya memang sensitif sikit dgn lelaki.kasar sbb kt kelliling nana tu ada je yg baik mcm hairul tu. Suka tgk dia sopan je ngan nana, sibuk dok ngusik nana, x habis2 nak nyanyi lagu memori berkasih tu. Ada satu video bts tu, scene adam.minta hani.jd wedding planner dia, hairul asyik sgt nyanyi lagu tu sampai pening kepala.nana.

Anyway, chemistry diorg berkesan, cuma nana lain.kali toksah la berlakon ngan aliff, cari org lemah lembut sikit, mcm shukri yahaya ke.
Sbb kalau pun, aliff x suka, atau terlebih suka.ngan nana n.nk.cover, cover lbh sikit la, x gentleman la.kasar2 ngan perempuan mcm.nana tu. Aliff maybe baik mcm isteri dia ckp, tp, dia memang nmpk mcm eksyen sikit esp ngan slang english dia yg bombastic tu
Tp, I will always agree that aliff memang multi talented.

Sori sgt2 sbb pnjg. Selagi x tulis ni, x dpt nk.tidur nk.bgn sahur, sbb rasa terkilan sikit sbb aliff x mcm ahnaf. Sbb tu x suka tgk drama melayu, korea ke yg sweet2 mcm ni, sbb bila tgk real.life lain. Tau je aliff.ni dh kawen, x de pun nk kenenkan ngan nana, tp, just he can be more polite towards nana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2016 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ben1090 replied at 12-6-2016 11:33 PM
Tgk cite ni secara online je sbb rumah x de astro ria. Tertatik tgk cite ni sbb mak ckp cite
ni be ...

Haha. Mmg beza la bila tgk hairul n aliff in real life bila ngan Nana. Tp rasanya Nana relax jek. Hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ben1090 replied at 12-6-2016 11:33 PM
Tgk cite ni secara online je sbb rumah x de astro ria. Tertatik tgk cite ni sbb mak ckp cite
ni be ...


Walaupun alip in real life tak sesawit dlm dsh tp Nana cool je lyn si alip tu. Mcm kawan2 gitew. Xde la pulak nmpk Nana mcm terasa ke ape klu si alip ni gurau kasar   tp si hairul tu mmg baik budaknya lembut je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.618022 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list