|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 19
[Copy link]
|
|
Derang post xde duit nak mandrem
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 17-10-2020 11:11 PM
Hrtu beli polibag kat shopee.. biasanya seller letak measurements size polibag tu..
Good morning!!
yeahh thank you!! i dah masuk trolley apa nk beli, termasuk baja kopi and benih pokok... letih mengecat.. @Kak-Leen sarapan apa?? keypo? sambung kroh kroh kroh laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki seludup jongkong emas dalam dubur
myMetro>global
Agensi
Kerala: Cara berjalan pelik membongkar rahsia seorang lelaki di India menyeludup jongkong emas yang disorok di dalam duburnya di Lapangan Terbang Kannur di sini.
Suspek warga tempatan itu tiba dengan menaiki penerbangan GoAir dari Dubai ke Kerala kemudiannya disedari dalam keadaan mencurigakan oleh kakitangan lapangan terbang terbabit.
Portal berita ladbible.com melaporkan, lelaki terbabit kemudiannya ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Dia ditahan Unit Risikan Lapangan Terbang dan akhirnya menemui jongkong emas seberat lebih satu kilogram (kg) disorok suspek di duburnya.
Walaupun cuma bertindak seakan tiada apa yang cuba disembunyikan namun pemeriksaan lanjut akhirnya menemui jongkong emas berkenaan.
Pemeriksaan dijalankan di kawasan khas di lapangan terbang berkenaan dan menemui 'kargo kecil' yang dibawa suspek.
Suspek mengakui bertindak sedemikian kerana enggan membayar cukai emas sebanyak 18 peratus sebaik mendarat di lapangan terbang berkenaan.
Selepas dirampas, jongkong emas itu ditimbang dengan berat 1.4 kg dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
India mengenai cukai emas kepada penumpang yang membawa barangan kemas dari luar negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Terjadi bakso plak meatball & assorted steamboat...Dap hirup sejuk2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 17-10-2020 10:09 PM
Skrg nmpk ramai je org kak..xtau bila yg x ramai tu..hihihi
Selalu pergi waktu org keje.. pukul 10 pagi.. aa gittew.. kosonggggg.. kek sini pun dah ade yg positif.. |
|
|
|
|
|
|
|
Woot woot pe cite korontin? Bekpes pe? Ni tgh ngap meatball...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 18-10-2020 02:47 AM
Oloh...xde lagi leon...
Nama nama leon ni mmg suke berpisah kot |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 18-10-2020 08:28 AM
Woot woot pe cite korontin? Bekpes pe? Ni tgh ngap meatball...
Senin kot baru dpt result pengarah tuuu.. duk je laa rumah.. tp somi mcm gatai nak kuar.. i tak bagi.. duk je laa rumah tengok katun ke.. suh tebas rumput tak mo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-10-2020 07:29 AM
Nama nama leon ni mmg suke berpisah kot
Mungkin kot...sian nama Leon...nanti kembali ke asal tu...
Jom menghirup... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-10-2020 07:31 AM
Senin kot baru dpt result pengarah tuuu.. duk je laa rumah.. tp somi mcm gatai nak kuar.. i tak ba ...
Hihi...tu le...jenuh dok rumah...suh dia lak masak... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 18-10-2020 08:33 AM
Hihi...tu le...jenuh dok rumah...suh dia lak masak...
Hangus kang.. satu lg jenis tak reti mengemas.. kita balik kena basuh pinggan lap meja.. so moral of the story tak nak bising.. jgn suh ape pung . |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa...sian sarah...go go go ale ale ale
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 08:01 AM
beautiful!!!
Ade kawan fesbook tuu anak dia batu setahun dah mata teruk.. sebelah 700 sebelah 500.. patut dia hairan nape anak dia suke jatuh rupanya rabun.. tahun sebelumnya abg kpd yg rabun tuu ninggal kanser.. beratnya dugaan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 18-10-2020 07:40 AM
Suh tukar lay out rumah...pindah perabut...ni faberet abang saya
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung 4 juta...
Industri seni tanah air terjejas teruk akibat Covid-19, malah penggiat serta yang ada kaitan dengannya turut terkesan akibat kehilangan pendapatan.
Sejauh mana ia terjejas dan apakah tindakan serta perancangan agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kepentingan industri?
Ikuti wawancara Timbalan Pengerusi Finas DATUK NORMAN ABDUL HALIM dan wartawan NORHAYATI NORDIN bagi mengulas isu ini..
Sejak Mac hingga kini, berapa anggaran kerugian dalam industri hiburan rentetan Covid-19?
Anggaran kerugian dialami industri hiburan melebihi RM100 juta.
Di pawagam saja, rugi sekitar RM2 juta sehari dan terkini, kita dengar ada pawagam yang perlu ditutup.
Kami di Finas sudah adakan mesyuarat bersama ahli lembaga pada Jumaat lalu untuk bekerjasama bagi mencari jalan dan memikirkan pelbagai pilihan berkesan untuk bantu pawagam bertahan dalam situasi kritikal ini.
Orang luar ada Netflix, kita mungkin boleh buat yang sama untuk jaga industri kita sendiri.
Sebenarnya, daripada sudut OTT atau over the talk seperti Netflix ini, platform sebegini sudah ada dan sangat banyak.
Kita lihat aliran di seluruh dunia pun sudah ada ratusan platform OTT ini, jadi mungkin ini satu peluang baru untuk industri dan bukan bergantung harap pada tayangan oleh pempamer atau pawagam semata-mata.
Platform digital seperti ini memang kami akan beri keutamaan.
Apa yang kami akan lakukan ialah kenal pasti OTT ini. Pertama, bagaimana kita boleh buat aktiviti pelesenan kandungan digital dan kedua, daripada sudut penerbitan untuk platform ini yang sedikit sebanyak akan membuka ruang pada industri, tidak bergantung harap semata-mata pada stesen televisyen dan pawagam.
Setakat ini, kita dalam proses mengumpul jumlah platform ini dan akan memperkenalkan konsep sesuai dengan harapan mungkin kita boleh mengeksport kandungan kita juga, tidak kira dalam bentuk filem, dokumentari, rancangan televisyen dan sebagainya.
Panggung wayang terjejas, tiada sesiapa yang hendak melakukan siaran wayang secara dalam talian.
Saya rasa kalau filem yang bajet tidak terlalu tinggi, ia boleh dipertimbangkan.
Contoh filem Syif Malam Raya yang berjaya mengutip hampir RM4 juta melalui Astro First.
Namun, risiko agak besar untuk filem bajet besar. Jika bajet filem itu lebih RM1 juta, saya rasa filem itu sukar dan belum tentu penerbit pulang modal.
Apa yang kita dapat lihat sekarang, ada beberapa filem besar yang masih lagi disimpan, tidak ditayangkan.
Antara punca orang tidak ke panggung wayang ialah Covid-19 dan pengeluar filem besar luar negara serta tempatan menyimpan tayangan mereka.
Kita faham kerana jika ditayangkan sekarang, ia mungkin tidak mendatangkan pulangan yang optimum.
Kita di Finas memikirkan untuk menyediakan pakej bagi membantu pawagam kerana apa guna kita terbit filem jika platform pawagam itu tidak dapat digunakan.
Jika tiada filem baharu dapat ditayangkan sehingga Jun 2021, maka banyak pawagam akan ditutup. Ini memberi gambaran sangat kritikal pada industri.
Ada artis veteran hidup susah akibat masalah kewangan. Ada cadangan untuk tubuhkan koperasi atau kerjasama dalam perniagaan sebagai jaminan masa depan kepada anak seni?
Buat masa ini, kita kena lihat dan teliti dahulu untuk cadangan bantuan seperti ini kerana Finas pun berhadapan kekangan.
Tapi, apa yang kami akan lakukan ialah, cuba bekerjasama dengan yayasan tertentu bagi mengumpul dana untuk membantu artis dan warga industri yang memerlukan.
Menerusi program Finas Prihatin, ia dapat mengumpul dana bagi membantu warga industri dan setakat ini, ada penerbit yang tampil menghulurkan bantuan.
Harapan Finas membabitkan pengkarya seni tanah air?
Hasrat utama Finas ialah mahu melihat filem kita bertanding serta menang di Anugerah Academy atau Oscar.
Apa yang cuba Finas buat untuk ke Oscar adalah perancangan teliti dengan penstrukturan semula industri, meliputi beberapa sudut seperti perundangan, akta Finas, kewangan, latihan, pembangunan industri dan sebagainya.
Mungkin ada pihak yang memperlekeh atau memperkecilkan wawasan ini, saya rasa itu satu perkara yang harus diubah.
Kalau kita ingin berjaya di peringkat dunia, harus ada inisiatif menganjurkan lebih banyak program kreatif.
Jika asyik fikir, nak buat itu tak boleh, ini tak boleh, maka kita selama-lamanya di takuk lama sajalah.
Isu royalti?
Golongan pelakon iaitu pelaku, pengarah, penerbit serta penulis skrip yang dipanggil karyawan, sebagaimana pemuzik, golongan ini juga layak mendapatkan royalti mereka bagi tayangan dikeluarkan di tempat awam.
Namun, ia tetap bergantung pada kontrak yang sudah mereka tandatangani.
Finas sudah anjurkan townhall membabitkan persatuan industri kreatif dan melalui maklumat diterima, kita juga berbincang dengan Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyiPO) bagi merangka struktur bagaimana cara mengutip royalti pada masa depan.
Apapun, perkara asas yang paling utama ialah harus ada satu kontrak yang boleh dijadikan recommended contract yang meliputi terma tertentu seperti bagaimana boleh melayakkan pelakon, karyawan dan penerbit untuk mengutip royalti berkaitan.
Bagaimanapun, proses ini agak panjang sedikit dan perlukan masa. Satu perbincangan juga sudah dijalankan berkaitan perkara ini baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 18-10-2020 08:38 AM
Suh tukar lay out rumah...pindah perabut...ni faberet abang saya
Aaa tak payah.. habuknya kang aku jugak yg kena sapu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|