|
ala....blom ade smbungn lg ker...
bler si lala ni nk pujuk yemm...
huhhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Juna sedang cuti2 Msia kot dgn Yem & Lala... Selamat bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
salam
morning tuan umah
bile nk post n3 x sabar nk tau kerenah yem kt lala |
|
|
|
|
|
|
|
ala......
blom ader lg......... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry semua
yem merajuk teruk.... puas smiley kena pujuk suruh mai balik |
|
|
|
|
|
|
|
Jam dinding menunjukkan pukul 11.30 malam. Dengan hati yang sebu, Najlah mengangkat pinggan berisi lauk pauk yang di masak untuk makan malam. Siput sedut masak lemak keladi, gulai asam pedas dan telur bungkus yang sudah sejuk tidak lagi menyelerakan. Strateginya untuk memujuk Adham dengan memasak makanan kegemarannya tidak akan berhasil. Aku harus akur pada kenyataan. Tak mungkin Adham akan pulang untuk makan malam. Panggilan ke henfon Adham masih tidak berjawab. Akhirnya airmata yang di tahan melimpah juga ke pipinya.
Lauk pauk kegemaran Adham di buang ke dalam tong sampah. Perutnya yang berkeroncong tidak di hiraukan. Dia melangkah longlai ke tingkat atas. TV di pasang sejak dia pulang dari ofis. Bunyi melantun dari TV mengelakkan sepi berdengung di seluruh ruang rumah walaupun dia tiada keinginan untuk menonton. Hatinya luluh. Besar sangatkah dosa aku sampai Adham tak sudi lagi memandang aku maupun bercakap dengan aku. Adham terus ke Shah Alam sebelum Najlah sempat menjelaskan keadaan. Kali terakhir dia melihat kelibat suaminya pabila Toyota Camry di pandu keluar dari tempat parkir kereta dengan tayar berdecit.
“ Naj, kau okay? Dah dapat contact Adham?” soal Tasha sebaik Najlah menjawab telefon. Tasha seorang saja yang tahu tentang kemelut yang di hadapi. Mak dan Abah berada di Mekah menunaikan umrah. Nasib baik juga, kalau mereka tahu entah entah mereka backing Adham. Tapi aku betul betul rasa keseorangan. Tak ada tempat nak mengadu.
“ Tak. Dia tak angkat bila aku call. Mesej aku pun dia tak balas.” Najlah tersedu. Tisu di lekapkan di hidung.
“ Teruk betul laki kau tu. Merajuk mengalahkan perempuan. Nampak saja macho di luar, dalam macam Tau Foo Fa. Kesian kau Naj.” Gerutu Tasha. Tak di jangka silap faham kecil boleh menjadi krisis besar. Posesif sungguh Adham. Padahal ramai juga perempuan yang di angkut dalam keretanya, tak kira bujang, isteri orang mahupun janda. Kalau setakat atas urusan kerja apa salahnya.
“ Apa aku nak buat? Macam mana kalau dia terus tinggalkan aku?” Bibir Najlah bergetar. Aku harus bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan. Aku tak kenal hati budi Adham dengan mendalam. Mungkin dia tak boleh maafkan langsung perbuatan aku.
“ Come on Naj. Takkanlah sebab benda kecil macam tu dia nak tinggalkan kau. Biar aku telefon dia dan jelaskan. Ini semua silap aku juga. Kalau aku tahu Adham over react macam ni , aku tak akan suruh kau tumpang Norman. Jealous tak hengat laki kau tu.”
“ Bukan salah dia. Aku tak bagi tahu Adham yang aku tumpang Norman. Bila Norman bagi balik brooch aku yang terjatuh dalam kereta dia, Adham dah sangka yang bukan bukan. Aku pun silap sebab tak bagi tahu Norman aku dah kahwin. ”
“ Naj, relax lah. Kau bukan suka suka naik kereta Norman pergi pak-to. Kau betul betul terdesak hari tu. Cuba kau explain kat Adham. Mesti dia faham. Macamlah dia tak pernah buat. Dulu sampai ke Kuantan dia bawa kau” Cubaan Tasha untuk menceriakan Najlah tidak berhasil. Buat aku makin sedih lagi adalah. Najlah mengelap airmata.
“ Macam mana aku nak explain? Dia tak nak cakap dengan aku langsung. Aku tak tahu dia di mana sekarang.“ Entah entah Adham kena accident atau pun kena belasah. Berbagai scenario mengerikan timbul di mindanya. Oh Tuhan, kau lindungilah suami ku.
Tasha mengeluh. Kesian kawan aku ni. “ Kau tidurlah dulu Naj. Kejap lagi dia balik lah tu. Kau jangan risau” Apa lagi yang mampu di kata.
Najlah mengambil wuduk dan membaca Quran. Mak selalu menyuruhnya membaca kalam Allah di kala hati tak tenang. Selesai membaca surah Ar Rahman dia meletakkan Quran dan rehal di meja studi. Langsir di selak bila mendengar deruman enjin dengan harapan kereta Adham ada di luar. Namun dia hampa. Najlah merebahkan tubuh di katil. Katil itu terasa terlalu kosong seperti jiwa nya. Dia meletakkan kepala atas bantal Adham. Bau Adham yang masih terlekat di hidu sepuas hati. Balik lah sayang, seru nya.
Matanya tak dapat di katup walaupun sudah hampir pukul 1 pagi. Dia melompat bila telefonnya berbunyi. Tinggi harapannya Adham yang menghantar mesej.
“ You have received 1 MMS”
" MMS?" Darah menyerbu ke setiap ruang tubuh Najlah bila melihat imej yang di terima. Tidakkkkk! Dia terjelepuk di lantai.
…………………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
MMS apa tuh....gambar YEM ngan pempuan lain ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi
smiley,
gambar apa tu!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
“ Adham, saya suka design awak untuk Sports Complex baru ni. Tapi macam biasalah, saya kena dapatkan approval dari EXCO dulu.” Kata Tuan Syed Omar, Timbalan Setiausaha MBSA. Lelaki berjanggut itu mengurut dagunya. Dia menghirup teh yang sudah suam. Tiga lagi wakil dari MBSA turut mengangguk. Baik untuk boss , baik untuk kita. Setiausahanya sibuk menulis minit mesyuarat.
Adham menekan pelipisnya yang berdenyut. Kepalanya berserabut. Puas dia cuba tapi tak dapat menghilangkan aksi Norman dan Najlah dari ingatan. Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk tapi tidak di pedulikan. Mesti Najlah tengah gelabah. Sudah hampir sepuluh mesej dan penggilan di terima sejak meninggalkan Najlah. Satu pun tidak di layan. Padan muka!
“ Adham, awak okay?” Tuan Syed Omar bertanya penuh prihatin. Dia merenung akitek muda di depannya. Dari tadi Adham nampak tak fokus. Tapi kerjanya sentiasa tip top dan dia seorang yang professional. Kalau aku ada anak perempuan pasti Adham jadi calon menantu pilihan.
“ Ya.. saya cuma pening sedikit. Panas kat luar tadi” Dia cuba senyum. Pening sedikit? Kepalanya bagai kena ketuk dengan tukul. Perut kosong yang cuma di isi dua keping sandwich menambahkan lagi rasa tak selesa. Rasa mual dan loya. Tak pernah dia kena migraine sebegini teruk. Cepatlah habis Tuan Syed, Adham menjerit senyap
“ Okay. Dah pukul 5. Mesyuarat bersurai sekarang” Tuan Syed Omar memberi arahan. Adham melepaskan nafas lega. Mereka bersalaman dan Adham terus mencari bilik air. Isi perutnya di luah keluar. Dia mengelap peluh yang bersimbah di pelipis dan dahi dan berjalan longlai menuju tempat duduk di lobi hotel. Henfonnya di keluarkan. 5 missed call dari Najlah. Tahu pula takut. Bila merendek dengan si Normiang tu tak fikir kau tu dah jadi bini orang. Amarahnya belum lagi surut. Sanggup Najlah memperkotak katikkan aku. Ingat aku tak ada maruah sebagai seorang suami?
“ Hey, Yem! Buat apa kat sini?” Adham menoleh ke arah suara yang di kenali. Liza di temani seorang lelaki yang agak matang berada di sisi. Migraine Adham menyerang semula. Dalam ramai ramai orang kenapa minah lentik ni yang aku jumpa?
“ Baru lepas meeting” jawabnya pendek. Lelaki bersama Liza menyuakan tangan. Cara dia berpakaian dan tingkah laku nya seperti seorang tokoh korporat. Segak dan berkarisma walaupun rambut sudah menipis. Adham menyambut dari tempat duduk. Tak terdaya nak bangun.
“ Oh, this is my friend Datuk Shakir. Shakir, ini abang angkat I, Ibrahim Adham. You nak panggil dia Yem pun boleh, Adham pun boleh.” Nada Liza amat memualkan. Tubuhnya yang di balut baju singkat dan sendat meliuk lentuk macam ulat air. Gediknya mengalahkan GRO. Siapa yang melihat pasti tak sangka dia graduan luar negara dan pegawai eksekutif bank.
“ Are you okay? You nampak tak sihat” tegur Datuk Shakir
“ I ..kena migraine.” Jawab Adham perlahan
“ Tak makan ubat? You nak I urut?” tanya Liza sambil bertenggek di tempat letak tangan kerusi Adham. Adham menggeleng. Lagi aku rasa nak muntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 7-6-2010 09:16
“ Jom kita pergi klinik. Makin lama nanti makin melarat. Kita naik kereta I, I’m sure you tak boleh drive” pelawa Datuk Shakir sambil memapahnya. Adham cuma menurut. Nasib baik ada Datuk ni, kalau tak mungkin aku dah tergolek di sini.
Selesai urusan di klinik dan setelah menelan ubat migraine, peningnya berkurangan. Namun Adham berasa terlalu letih. Kelopak matanya berat. Dia cuma menurut cadangan Datuk Shakir untuk balik semula ke Hotel Concorde untuk makan malam.
“ Macam mana Yem? Pening lagi?” tanya Liza bila Adham menutup mulut yang menguap setelah selesai makan. Mee sup yang di pesan masih tinggal separuh.
“ I rasa baik you tidur sekejap sebelum pulang ke rumah. Bahaya kalau you drive masa tengah drowsy. You boleh guna bilik I di atas.” Cadang Datuk Shakir. Adham mengiyakan saja. Dalam keadaan sekarang dia malas bersemuka dengan Najlah. Biar aku tenang dulu.
Mereka bertiga terus ke bilik di Tingkat 15. Untuk apa Datuk Shakir tempah bilik di sini? Namun soalan itu terus terpendam dalam benak hati Adham bila ternampak katil di tengah bilik. Penghawa dingin yang nyaman dan katil queen size itu menarik tubuhnya seperti magnet.
“ Boleh saya tidur sini? Datuk tak nak guna bilik ini?” tanya Adham. Datuk Shakir menjeling pada Liza yang tersenyum manja.
“ Go ahead. I tak pakai bilik ni. You guna lah selama mana you nak. Bilik ni under long term lease. Besok bila nak keluar you just inform front desk. I akan bagi tahu mereka you tetamu I”
“ Thanks a lot Datuk” ucap Adham.
“ No problem. You tidur lah. I nak mandi. Badan I rasa melekit. Liz, kita balik rumah you lepas ni ya.” Datuk Shakir menghilangkan diri di sebalik pintu bilik air. Bunyi shower kedengaran di susuli suara Datuk Shakir mendendangkan lagu Hotel California.
“ Kat I you tak cakap thank you pun.” Liza memuncungkan bibir.
“ Thank you Liza” jawab Adham macam robot. Selimut di tarik dan mata di pejamkan.
“ Eh, takkan Yem nak tidur dengan pakaian pejabat. Tak selesa lah. Meh, I tolong bukakan baju you. Ada T shirt spare dalam almari, nanti I ambilkan.” Liza duduk di birai katil dan menanggalkan butang kemeja Adham tanpa di suruh. Tangannya di tepis.
“ I boleh buat sendiri.” Liza tersengih melihat keglabahan Adham. Idea nakal timbul. Kau ingat kau dah menang, Najlah? Mungkin aku tak berjaya dapat Adham. Lagipun aku dah dapat jerung besar dan akan bergelar Datin. Tapi aku boleh gelodakkan rumahtangga Najlah dengan Adham. Biar padan muka ustazah perasan vogue tu. Selama ini segala usahanya tidak berjaya tapi kali ini plan nya lebih berani. Dia tersenyum lebar sambil berjalan ke almari. T shirt hitam Hard Rock Café Shanghai di capai. Adham dan Shakir lebih kurang sama saiz.
Kemeja Adham tersepuk di lantai. Adham sudah berdengkur perlahan dengan separuh tubuhnya terdedah. Hmm... tough and sexy, bisik Liza. Henfon Adham di meja sisi di capai. Liza melurutkan sedikit bahagian atas bajunya lalu menarik selimut dan berbaring di sebelah. Butang kamera di tekan selepas mendapat angle yang paling sesuai. Dengan tawa kecil dia mencari nama Najlah dalam contact list. Gambar tadi bak missile penghancur terus di hantar ke sasarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
morning smiley... wah gambar apa 2????????????? suspen2 |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnyer liza ni........................ |
|
|
|
|
|
|
|
“ What’s up, bro? “ tanya Shahrul dengan hairan bila Adham terjenggul di muka pintu. Muka Adham tak bermaya dan tak terurus.Macam banduan cabut lari dari penjara, bukan arkitek muda yang berada di puncak kerjaya.
“ Najlah hilang. Puas aku cari , aku tak tahu di mana dia” Adham menyembamkan tubuh ke sofa panjang.
“ HA? Krisis apa pula kali ni? Naj dah sedar dia tersilap kahwin dengan kau? Dia dah jumpa lelaki yang lebih sesuai?” gurau Shahrul. Teruk betul kawan aku ni. Masa bercinta semuanya lancar macam guna minyak pelincir Helix. Bila dah kawin baru nak bergaduh, merajuk, memujuk. Buang masa betul! Kalau aku dapat bini macam Najlah aku akan tatang macam minyak yang penuh.
Kalau orang lain yang buat lawak seperti Shahrul pecah muka dia aku kerjakan. Adham menahan geram.
“ Aku serius ni. Bila aku balik rumah dia tak ada. Aku ingat dia pergi ofis tapi Puan Azura kata dia ambil cuti. Semua orang pandang aku semacam sebab tak tahu bini sendiri cuti. Mesti geng penggosip tegar kat ofis tu tak habis stok dua tiga hari ni. Aku dah tanya kawan kawan dia, saudara mara dia. Habuk pun tarak. Tak ada siapa pun tak tahu di mana dia sekarang”
“ Kau pergi mana semalam? Tasha telefon aku tengah malam kata kau tak balik rumah. Naj risau. Sampai hati kau buat bini kau macam tu”
Adham mengeluh. Selepas meeting dengan MBSA di Hotel Concorde Shah Alam dia di serang migraine yang teruk hingga tak mampu memandu. Yang dia ingat, dia terserempak dengan Liza dengan boyfriend atau bapa gula nya di lobi hotel. Mereka yang membawanya ke klinik dan kemudian membawanya ke bilik hotel untuk berehat sebelum pulang. Dia terus tertidur dan cuma bangun pukul 7 pagi.
“ Kalau kau tak boleh balik, kenapa tak telefon bagi tahu Najlah? Mesti dia faham kalau kau migraine dan tak boleh drive balik rumah.”
“ Aku gaduh dengan dia masa lunch semalam. Aku tak jawab call dia, SMS dia. Kalau lah aku tahu….. arghhhh!” Adham menjerit sambil meraup muka.
Shahrul meletak segelas air di depan Adham dan menepuk belakang kawannya.
“Minum dulu. Jangan stress sangat , nanti kau kena migraine balik. Cerita kat aku kenapa kau gaduh dengan Najlah. “
Selesai Adham meluahkan kisah semalam, Shahrul menampar dahi.
“ Kau ingat Najlah sanggupkah buat benda tak senonoh dengan lelaki lain? Kau ingat bini kau bohsia kah? Cuba guna otak, jangan dengar hasutan syaitan. Takkan kau tak kenal Najlah. Najlah jenis perempuan yang baik baik. Dia pandai jaga diri, tak ada nak tergedik tak tentu arah. Kalau pelanggan lelaki cuba goda pun dia tak melatah. Aku yang tak rapat dengan dia pun tahu yang dia tak tergamak nak menduakan kau. Kau letak otak kat kepala lutut ka?” Adham mendiamkan diri.
“Kau untung dapat bini macam Najlah tu Am. Aku tengok kau dah banyak berubah lepas kahwin. Kau makin tenang, tak mudah melenting. Air muka kau bersih, cuma hari ni kau nampak macam ungka hilang mak. Kau dah tak ambil ringan hal agama. Seriously, aku jealous tengok kau. Kau berubah sebab dapat isteri yang memudahkan perubahan itu.” Sambung Shahrul.
Adham mengangkat kedua belah tangan macam lagak pesalah. “ Aku tahu. Aku yang bersalah. I was so jealous I couldn’t think straight” Kalau pun Norman bekas kekasih Najlah, mustahil isterinya curang. Dia terbayang bayang keletah Najlah bila mereka berdua. Berbeza dengan cara dia melayan Norman.
“ Apa aku nak buat sekarang? Macam mana aku nak cari dia?”
“Aku rasa dia mesti pergi somewhere untuk tenangkan fikiran. Tak mungkin dia buat sesuatu yang bodoh.”
“ Aku nak buat police report.” Potong Adham sambil menuju pintu
Shahrul menarik lengan Adham. “ Sabar. Belum 24 jam lagi mana boleh buat police report. Kita cari dia dulu.” |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka yem...
serbu tembok x pakai helmet...
kan dh kena dh.... |
|
|
|
|
|
|
|
huhhuhuhu
si liza plk wat hal
dah nak jd mak datin pun sibuk hal org
nanti melepas jd mak datin baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
x abis2 si LIZA nie... :@
kesian kat LALA...
kalu free letak n3 lelebih sikit tau... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg best niiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|