CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[V7] FATTAH AMIN & NUR FAZURA. **Group photos from Koh Samui **Next project:

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 4-7-2017 07:56 PM
I is syg faz tapi part yg tmj u tulis tu lawak sgt la. Rasenye semua tau faz cmne dulu. tapi comen ...

Maybe dia belum berforum waktu putera akhir mencemar duli di tread Fazura.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 07:49 PM
Fazura ni terkenal dikalangan kerabat years ago. Tipu lah takda yg try. Tp Faz tak hadap harta. Yg t ...

Tq Cucucaca sbb bwk positive vibes....share cerita2 Faz ni....bertambah2 sayang iols ngan Faz..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Versi cinta Mail dgn Faz ni i tak berani nak tulis. Takut tiba tiba kena ketuk pintu angkut pergi IPD JBS

Just good move on. Don't worry. Mail happy je kat singgahsana sinun. Kalau nak patah balik pada Faz pon tak kan mungkin masa terdekat. Tp Faz totally move on dr Mail.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:12 PM | Show all posts
iols mcm biasa terus masuk latest page jelah
agak2 byk sgt gaduh bertikam lidah..jenguk thread lain

keja dahlah stress, nak baca part gaduh2 ni kang ..cerah plak harapan iols tercampak kat mental hospital.
skrg ramai org muda meninggal cepat,so jgn stress2 uols.
people believe what they want to believe
sama mcm kita jugak,bila kena dgn artis yg kita tak suka pon,kita akan hencap.
so take it easy jelah. pi kunyah kuih raya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
AlterEgo replied at 4-7-2017 07:47 PM
bestnya kemunculan chuolls ni..  ala-ala membawa sinar gitu

Haah @cucucaca. I membaca pun dgn nada tenang tenang saja.. thanks darling xoxo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2017 08:15 PM | Show all posts


Rakam Memori Terindah Di Koh Samui, Fattah Amin Dan Fazura Kini Lebih Terbuka Soal Jodoh
Oleh: HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Tarikh: 4 Julai 2017




Bertebaran di media sosial kini, foto percutian Fattah Amin dan Fazura bersama rakan-rakan rapat mereka di Koh Samui, Thailand. Iklim persahabatan di antara dua selebriti popular ini jelas membayangkan 'keakraban' yang tersendiri, namun yang jelasnya tujuan bercuti itu lebih berunsurkan istirahat serta mengumpul semangat untuk projek terbaru.

Drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu. Terdengar desas-desus mereka bakal digandingkan sekali lagi dalam drama terbaru lakonan Fattah Amin. Jika benar ramalan tentang gandingan Fattzura ini, maka terubatlah rindu peminat untuk melihat mereka beraksi sekali lagi di kaca televisyen.

Kronologi pernah mencatatkan Fazura berlakon bersama Fattah dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia. Namun dalam filem tersebut Fazura berganding dengan Shaheizy Sam sebagai heronya. Menurut Fattah, dalam filem tersebut dia hanya menjayakan watak kecil kerana baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan ketika itu.



Peluang bergandingan bersama Fazura dalam HSC menyemarakkan keterujaan di hati Fattah. "Saya sebenarnya bangga dapat digandingkan dengan Fazura yang memang kita tahu, merupakan salah seorang aktres terbaik di Malaysia. Banyak yang saya belajar, banyak yang saya dapat perhatikan dari Fazura dan saya memang senang bekerjasama dengannya,” ujar Fattah.

Selain daripada berlakon dalam HSC, Fattah dan Fazura turut berduet untuk lagu runut bunyi drama ini. “Kami sama-sama menyanyikan lagu soundtrack HSC berjudul Cinderella. Lagu ini sudah dimainkan dalam drama dan sudah berputar di radio, iTunes dan sebagainya," ujar Fattah.

“Walaupun saya dan Fattah dikecam dalam dunia nyanyian tetapi kami tetap mahu menyanyi juga. Bila orang kritik kita, sebenarnya itu merupakan pembakar semangat untuk terus mengembangkan karier nyanyian kami. Saya percaya apabila orang mengata, kita reda dan sabar, insyaAllah akan ada kebaikan dan kebenaran menanti,” ujar Fazura.



Menyorot perkembangan dunia seni kedua-dua pelakon ini, Fattah dan Fazura telah merencana kerjaya seni mereka dengan konsisten. “Selepas tamat penggambaran HSC selama 24 episod, saya telah mempunyai projek baru. InsyaAllah ada satu drama selepas HSC tetapi rahsia dulu kerana mahu surprise peminat-peminat saya. Bila tiba masanya saya akan beritahu. Selain itu, saya bakal muncul dengan filem terbaru, KL Special Force pada tahun ini,” ujar Fattah yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memperbaiki dirinya agar menjadi seorang pelakon berkaliber.

Fazura pula sibuk mengembangkan karier seni ke seberang dengan tawaran demi tawaran dari sutradara di sana. “Sebenarnya tahun lepas saya jarang berada di Malaysia kerana mempunyai komitmen lakonan di Indonesia. Tahun ini saya menumpukan lakonan di Malaysia pula. Selepas HSC, saya akan berlakon dalam sebuah filem di Indonesia. Jadual lakonan dijangkakan bermula awal bulan Julai. Saya bersyukur apabila ada peminat yang sentiasa menyokong menjadikan saya terus diingati dalam industri ini,” ujar Fazura yang mengeluarkan haruman istimewa bersempena HSC melalui Mystical by Fazura.

TAKDIR BERSAMA

Ramai peminat yang mendoakan agar jodoh pasangan ini berakhir di jenjang pelamin. Setiap kali keluar posting tentang Fattzura, pasti akan keluar hashtag #doayangbaik-baik buat mereka. Ketika menghadiri sambutan menyambut Ramadan anjuran dua nama besar dalam industri lakonan ini bersama pemilik Olicandy iaitu Puteri Zarith, Fattah dan Fazura kelihatan mesra bersama ditambah dengan kelibat keluarga kedua-dua belah pihak.  

“Peminat memang suka melihat gandingan di dalam drama direalisasikan dalam realiti. Saya selalu ingatkan peminat-peminat saya agar doakan yang baik-baik. Bila melibatkan benda-benda yang berkaitan dengan jodoh, mereka perlu lebih terbuka. Apabila melibatkan perasaan, kita tidak boleh jangka dan jodoh pula kita tidak tahu. Bila-bila sahaja tidak semestinya di dalam set penggambaran, kita boleh jatuh cinta. Saya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja, kalau Allah dah kata itu jodoh saya.



Saya selalu sarankan kepada peminat-peminat supaya doa yang baik-baik dan saya selalu juga guna hashtag #cakapyangbaikbaik ketika memberi komen. Sebab kami sebagai artis, pelakon dan selebriti adalah manusia biasa. Kami juga mempunyai perasaan. Kadang-kadang bila baca komen peminat yang tidak baik, benda-benda yang negatif, itu tidak membantu. Itu bagi saya lebih baik tidak payah cakap,” ujar Fattah.

Berbicara tentang soal jodoh pula Fazura lebih terbuka berbincang mengenainya. “Soal jodoh saya lebih terbuka dan berserah kepada Allah. Apabila kadang-kadang kita mengharapkan jodoh dengan orang lain, sebenarnya mungkin jodoh yang Allah tetapkan di sebelah kita saja. Siapa-siapa pun jodoh saya itu, saya harapkan dia adalah jodoh yang terbaik. Paling penting dia adalah pilihan terbaik dari Allah untuk saya,” ujar Fazura penuh yakin.

http://www.nona.my/rakam-memori- ... soal-jodoh-1.697114
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2017 08:15 PM | Show all posts
Semoga wartawan yg tulis fitenah tidur sebilik itu mereput di neraka paling bawah dan hina kelak bersama2 dengan yang membawa cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 08:06 PM
Apa yg lawak tu? Tell me pls

Please ignore him/her. Teruskan cerita anda. We are more interested with your story  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
datinmarissa replied at 4-7-2017 04:25 PM
yes..

musuh utama dia di sini bukan fattah.

Sgt setuju ... perempuan dendam perempuan lain mcm sikit, selalu towards extreme. In this case, Lofa ni non-stop kacau sebab Fazura. Mgkn sbb tak pernah menang dgn Faz. Cuba sparring partner Fattah la ni kaka Maya atau kaka Mom, lain jadi permainan nya.

Lofa ni kalau tgk video dia dgn Fattah, jenis nak fling badan dia bg melekap kat Fattah tp malu lah konon. Geli nengok ah. Walaupun mulut ckp tidak, bdn you tetap membirah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 08:11 PM
Versi cinta Mail dgn Faz ni i tak berani nak tulis. Takut tiba tiba kena ketuk pintu angkut pergi IP ...

best nyer citer uollz...buat Kaka Makin jatuh Cinta ngan faz

tapi aper maksud uollz ckp mail tak akan uturn to faz dlm Masa terdekat...ader niat ke arah itu ke? iollZ is Tak suka taw...

jodoh fazura ialah fattah...trust me..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:19 PM | Show all posts
AlterEgo replied at 4-7-2017 07:45 PM
iolls baru nak backlogged yg petang ni   isi penting tu, tak penting sgt..

Meh sini kita lepak smbil makan pelam
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I cuma akan cakap benda yg i tau je. Benda tak tau atau hearsay i will not share. I bukan baru berforum. Since 2007

Dulu forum lain sblm forum tu hilang dr radar. Cari ni da few years juga tp lupa dah id dan password lama sbb banyak SR je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
jezz1227 replied at 4-7-2017 03:05 PM
I baca tadi ada orang kata kita kuat kipas Fattzura?? Idea yang bagus untuk merchandise baru team pe ...

Just wanna say, you sgt creative..thumbs up..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:21 PM | Show all posts
rorygilmore replied at 4-7-2017 08:03 PM
Uolls risau sgt artikel tu mengenai fattah ngan fazura kenapa lahhhhh....
Bukan ke kita semua berha ...

Yup..kita chill2 je kat sini..
Baca je tajuk tu dgn senyuman sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 07:30 PM
Takda contact. Hanya bekerja. Da habis kerja habis lah kat situ. Tp one of her circle is friend of ...

Ex bos u with astro ke? Just curious
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila i tgk lobatak punya ig asyik ckp pasal zaman kejatuhan fattah..i wonder..diorg ni dah di feed siap2 ke gosip liar fitnah semua ni?

And i heard diorg ada whatsapp group yg selalu share stories related to fattah n lopa..and of course pasal lopa yg indah saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
datinmarissa replied at 4-7-2017 04:30 PM
derang sebenarnye x bole terima kenyataan kaka faz yg dpt.

cuba kalau hajah yg ada love bite it ...

Perfume takyah beli..free je bagi sedozen..hajjah kan jual perfume tu..busuk mcm dia jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:24 PM | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 08:07 PM
Ada page lepas lepas tanya kenapa tak leak video 3gp Faz. Hello, yg takda video 3gp tu belum tentu l ...

yg xda vid 3gp tu acah2 x pernah tgk cendawan gamaknye tu yg dok merepam pdahal.. (OMG i dh tecarut!! )
Ok la i ddk balik kat tikar i
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
koda replied at 4-7-2017 07:57 PM
Tq @cucucaca. Lega sket. I punya good mood pg td turn to bad mood bila baca isu ptg ni. Apahal over  ...

U baru lagi minat Fattah/Faz lps hsc eh..hehehe rileks plisss..benda2 camni dah bercycle cycle depa lalu..dah lali dah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cucucaca replied at 4-7-2017 07:49 PM
Fazura ni terkenal dikalangan kerabat years ago. Tipu lah takda yg try. Tp Faz tak hadap harta. Yg t ...

Iols suka baca cite u..tp x silap iols pujuk belon 1 kontena tu bkn time faz mrjuk sbb hjh nk try selatan ke?kecoh time faz dpt belon 1 kontena..bahagiaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.428710 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list