|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 19
[Copy link]
|
|
seribulan replied at 18-10-2020 08:37 AM
Alaaa...sian sarah...go go go ale ale ale
Ptg ni harap2 siap la |
|
|
|
|
|
|
|
Hihi...main game, nonton je le...
|
|
|
|
|
|
|
|
kudoakan...taip sikit save na
|
|
|
|
|
|
|
|
Syif Malam Raya kisah pochong...lawak slapstik Prof Razak... |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-10-2020 08:37 AM
Ade kawan fesbook tuu anak dia batu setahun dah mata teruk.. sebelah 700 sebelah 500.. patut dia h ...
alaaaa siannya... tapi tu lah baby dah rabun... sian tul. kakak today h r u? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 18-10-2020 08:35 AM
Penat menaip semlm tentang Olgo.. Sekali pagi ni buka nak sambung menaip.. Huwaaaaa.. Tak save.. Ken ...
alahai. . xpelah slow slow taip... ehh abg otto kata dia akan bukak thread sejarah perang salib as I requested.. look fwd!! u can do it sarah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tengok Borak Kopitiam...bela ikan aquarium...boleh gak tu...leh cakap dengan ikan2
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 09:25 AM
alahai. . xpelah slow slow taip... ehh abg otto kata dia akan bukak thread sejarah perang salib as ...
Semlm dah tulis sampai olgo nak pi tanah drevlian dah.. Huwaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni lawak...Awal tuju kat sapa kah? Kat IG Rosix bff Lofa...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nanti tulis ni plak...sejarah lampau...
TUNJUK perasaan melibatkan ribuan pelajar universiti yang berlaku sejak 10 Ogos lalu di Bangkok sehingga menyebabkan kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan perintah darurat di ibu kota itu mulai jam 4 pagi Khamis lalu sebenarnya bukan untuk menghapuskan institusi beraja di negara itu.
Sebaliknya, ia menuntut supaya 10 pembaharuan dilakukan ke atas institusi beraja yang sudah berdekad-dekad bertapak ketika negara itu dikenali sebagai Siam.
Raja Thailand ketika ini adalah daripada salur galur keturunan Rama 1 iaitu bekas jeneral tentera yang telah mengasaskan Dinasti Chakri dan menguasai takhta Thailand pada tahun 1782 berikutan kematian Raja Taksin akibat kebuluran kerana melarikan diri disebabkan ibu kota Siam ketika itu, Ayutthaya jatuh ke tangan Burma atau dikenali sebagai Myanmar pada tahun 1767.
Salah satu tunjuk perasaan yang diadakan itu telah dihadiri sehingga lebih 10,000 orang di Bangkok dan para penunjuk perasaan pula menggunakan tabik tiga jari seperti dalam filem Hollywood, Hunger Games dalam tunjuk perasaan bagi menuntut pembaharuan itu dilaksanakan.
Para penunjuk perasaan juga meminta supaya parlimen dibubarkan dan perlembagaan negara digubal semula selepas pindaan dibuat sebelum ini bagi membenarkan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn berada di luar negara tanpa melantik pemangku raja manakala Perhimpunan Kebangsaan meminda undang-undang hartanah diraja bagi membenarkan baginda mengawal sepenuhnya Biro Hartanah Mahkota.
Bagaimanapun, tuntutan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Prayut Chan-O-cha yang juga bekas ketua tentera Thailand yang pernah melakukan rampasan kuasa secara aman pada tahun 2014.
Isu mengenai raja dianggap 'suci' di negara tersebut sehingga terdapat undang-undang kesalahan menghina raja dikenali sebagai lese majeste.
Pada peringkat awal tunjuk perasaan itu, Prayuth pernah berkata bahawa Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta pada tahun 2016 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej telah memintanya supaya tidak menangkap sesiapa sahaja dengan menggunakan undang-undang tersebut.
Pemansuhan undang-undang tersebut yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun ke atas orang awam jika disabit menghina raja adalah antara salah satu tuntutan para pelajar universiti tersebut.
Menurut portal berita New Mandala, tuntutan lain para pelajar universiti tersebut ialah menggugurkan imuniti undang-undang dinikmati oleh raja, memansuhkan undang-undang lese majeste selain mengampunkan banduan yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang tersebut dan membuat pembahagian jelas antara aset peribadi raja dengan harta kerajaan.
Para pelajar tersebut turut menuntut supaya mengurangkan pemberian cukai terhadap institusi beraja, menghapuskan semua pejabat diraja, mendedahkan semua wang yang diberikan kepada badan kebajikan diraja, raja dilarang menyuarakan pendapat politik, menghapuskan semua propaganda diraja, siasat kehilangan dan kejadian pembunuhan akibat mengkritik raja serta raja tidak dibenarkan memberikan persetujuan terhadap rampasan kuasa.
Kerajaan Thailand tidak tunduk paksaan
Walaupun tunjuk perasaan masih berlangsung sehingga Jumaat lalu ketika perintah darurat masih dikuatkuasakan, Perdana Menteri Thailand pada Jumaat masih enggan tunduk terhadap desakan mereka supaya meletakkan jawatan.
Beliau mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan selain berkata, darurat itu mungkin ditamatkan lebih awal dan tidak selama 30 hari jika situasi di Bangkok dapat pulih dengan segera.
Namun, tuntutan itu tidak seperti dakwaan yang dibuat oleh para penyokong pemerintahan beraja bahawa para pelajar universiti itu mahu memansuhkan sistem monarki negara berkenaan sebaliknya mereka hanya mahukan pembaharuan dilakukan terhadap institusi tersebut.
Konflik itu juga berlaku ketika pandemik koronavirus (Covid-19) masih melanda negara tersebut dan isu Raja Thailand kerap berada di Jerman dan bukannya di tanah air baginda.
Menteri Luar Jerman, Heiko Mass pernah membuat komen pada 7 Oktober lalu bahawa: "Politik berkaitan Thailand tidak sepatutnya dikendalikan dari Jerman."
Beliau membuat kenyataan itu di Parlimen negara itu bagi menjawab soalan seorang ahli parlimen berhubung desakan tentang pembaharuan demokrasi di Thailand.
Jawapan itu juga dipercayai merujuk kepada Raja Maha Vajiralongkorn, 68, yang menggunakan gelaran Rama X kerana baginda banyak menghabiskan masa tinggal di negeri Bavaria, Jerman.
Ibu Raja Thailand tersebut, Ratu Sirikit juga dilaporkan pernah mengelarkan anakanda kedua itu sebagai 'sedikit seperti Don Juan' iaitu watak dalam kisah fiksyen popular Barat kerana suka memikat wanita dan diketahui telah berkahwin sebanyak empat kali.
Permintaan para penunjuk perasaan itu juga berlaku selepas baginda menjadi Raja Thailand.
Kekayaan baginda didapati semakin bertambah sehingga dinobatkan oleh majalah CEO World Magazine pada tahun lalu sebagai yang paling kaya di dunia.
Baginda dikatakan memiliki anggaran kekayaan sebanyak AS$43 bilion (RM178.39 bilion) mengatasi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebanyak AS$28 bilion (RM116.16 bilion) dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz sebanyak AS$18 bilion (RM74.67 bilion).
Berikutan tunjuk perasaan itu yang didakwa oleh kerajaan Thailand boleh mengancam keselamatan negara, Raja Maha Vajiralongkorn bertitah baru-baru ini bahawa negara ini memerlukan orang yang menyintai negara dan menyayangi monarki menerusi satu rakaman dan disiarkan di televisyen negara tersebut pada Jumaat lalu.
Baginda tidak membuat komen tentang tunjuk perasaan itu.
Walau apa pun, tunjuk perasaan masih diteruskan sehingga pada Jumaat lalu apabila polis terpaksa menggunakan meriam air bagi menyuraikan para pelajar yang berazam mahu tuntutan mereka itu dilaksanakan.
Justeru, konflik pembaharuan institusi beraja itu masih belum berakhir di Bangkok walaupun 65 aktivis dilaporkan telah ditangkap sejak Selasa lalu termasuk sembilan tokoh dalam pergerakan pro-demokrasi itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
thestar.com.my
‘Many still going out without face masks’
Erle Martin Carvalho
Sunday, 18 Oct 2020
PETALING JAYA: Many are still not wearing face masks in crowded public spaces despite efforts to flatten the Covid-19 curve, says Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Of the 460 compounds issued on Friday, 182 of them were slapped on those for not wearing face masks.
“I hope people will comply as wearing face masks in crowded public spaces is the most basic of the standard operating procedure (SOP), ” the Senior Minister said in his Covid-19 briefing yesterday.
Ismail Sabri also said there were a large number of people who did not adhere to physical distancing, not to mention premises that failed to provide facilities for recording the details of customers.
“A total of 106 people were compounded for not complying with physical distancing while another 110 compounds were issued for failing to provide recording details.”
In light of this, Ismail Sabri said enforcement officers would step up checks to ensure compliance with the SOP and that they would not compromise with offenders. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 09:23 AM
alaaaa siannya... tapi tu lah baby dah rabun... sian tul. kakak today h r u?
Ok jahh.. cume stress skit anak lelaki asyik bangun kencing mlm.. smlm sampai 4 kali.. cek blood bacaan cantik 5.6.. sblm ni ade ngadu kencing tak lawas jd saya suruh laa dia minum banyak banyak |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 09:23 AM
alaaaa siannya... tapi tu lah baby dah rabun... sian tul. kakak today h r u?
Diackp skrg kencing dah lawas tp tu laa ssyik.nak terkencing la plk |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 18-10-2020 02:49 AM
Gambar, documents, paperworks & mcm2 project akak & husband.
Kalau sy byk transfer gambar.. sbb dlu2 kita ada kodak.. skg ni semua kat laptop or masuk dlm external hard disk je |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 18-10-2020 09:40 AM
Ok jahh.. cume stress skit anak lelaki asyik bangun kencing mlm.. smlm sampai 4 kali.. cek blood b ...
ohh mcm UTI (urinary tract infections) tapi jgn risau... xde apa insyaallah... sy pun klu rasa gitu minum air banyak banyak... nnt ok dah... cuma ye la nak terkencing je tp kejap je tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 18-10-2020 09:32 AM
Semlm dah tulis sampai olgo nak pi tanah drevlian dah.. Huwaaaa..
heehehe xpe sabar tu tangga kejayaan... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 09:49 AM
heehehe xpe sabar tu tangga kejayaan... hehehe
Nak kena tulis balik.. Sambik layan utube ttg olga |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 18-10-2020 09:48 AM
ohh mcm UTI (urinary tract infections) tapi jgn risau... xde apa insyaallah... sy pun klu rasa git ...
Rasa lega skit.. dah laa aku ni cepat gabra.. nak pi klinik takutt.. area sini dah ade kes.. smlm baru dpt detect |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 18-10-2020 09:28 AM
TOKYO – Kerajaan Jepun memutuskan untuk melepaskan air terawat yang mengandungi bahan radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut, lapor agensi berita Jiji.
Keputusan rasmi dijangka dibuat dalam bulan ini, kata laporan itu.
Cadangan itu bakal menghentikan tujuh tahun perdebatan mengenai cara membuang air yang digunakan untuk menyejukkan stesen janakuasa yang terjejas teruk dalam bencana gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011.
Awal tahun ini, sebuah jawatankuasa kecil pemerintah melaporkan bahawa melepaskan air ke laut atau menguapnya adalah “pilihan realistik.”
Nelayan dan penduduk tempatan menentang pembebasan air tersebut ke laut kerana dikhuatiri pengguna akan menjejaskan aktivit laut di kawasan berhampiran. Korea Selatan, ketika pada saat ini larangan import makanan laut dari kawasan itu dilaksanakan.
Selain itu, banyak pihak telah berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai kesan alam sekitar.
Tokyo Electric telah mengumpulkan lebih dari satu juta tan air yang tercemar sejak kilang itu lumpuh akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 2011.
Air tersebut telah dirawat menggunakan sistem pemprosesan cecair canggih, atau ALPS, untuk membuang kebanyakan bahan cemar, selain daripada tritium yang kurang beracun dan disimpan di dalam tangki di premis kemudahan tersebut.
Tetapi, ruang dijangka habis pada musim panas 2022, dengan air yang tercemar meningkat sekitar 170 tan sehari.
Sehingga September tahun ini, Tokyo Electric telah mengumpul sejumlah 1.23 juta tan air yang tercemar itu dalam mengisi 1,044 tangki.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Rafael Grossi semasa lawatannya ke kilang itu pada bulan Februari berkata, pelepasan air yang tercemar ke laut itu memenuhi standard amalan global dalam industri ini.
Ini adalah cara biasa untuk melepaskan air di loji tenaga nuklear di seluruh dunia, katanya. – MalaysiaGazette |
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|