CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: foundation

Merged: Melbourne, Australia

   Close [Copy link]
Post time 24-9-2012 07:16 PM | Show all posts
As salam semua...nak tanya kalau kita balik dari melbourne ada kena bayar airport tax lagi ke? Tak perasan masa beli tiket promo tu kena baysr kr tidak..tolong pencerahan ya otai2. ..tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 11:10 AM | Show all posts
LiaCarissa posted on 24-9-2012 07:16 PM
As salam semua...nak tanya kalau kita balik dari melbourne ada kena bayar airport tax lagi ke? Tak p ...

takde airport tax.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:11 AM | Show all posts
me_one posted on 23-9-2012 12:01 PM
Saya dh book tix ke MEL sept 2013 promo baru ni. Plan nak stay kat MH. Time tu peak pireod ke x? If  ...

nak kata peak pun tak brape nak sure sbb xtau bila kemasukkan student kat sana. tp my advice, boleh dah terus hantar email berkenaan application anda. MH melbourne ni dorang reply cepat skit. try ur luck!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 05:50 PM | Show all posts
bdk2 posted on 25-9-2012 11:10 AM
takde airport tax.

yahooo...tq
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 08:52 PM | Show all posts
bdk2 posted on 3-9-2012 11:47 AM
tak tentu jugak pasal pengalaman naik jetstars ataupun tigers. sy dh try naik dua2 airlines ni tim ...

Tu la pasal
Btw nak tanya psl MH Melbourne.
Isi form yg dw from their website ke?
Hari tu dah dpt feedback dari dorang
Baru je sempat belek2 form tu
Skali ada tulis `tarikh tamat visa australia`
Jadi kena apply ETA dulu ka baru leh submit permohonan nak stay kat MH?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 11:59 PM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 25-9-2012 08:52 PM
Tu la pasal
Btw nak tanya psl MH Melbourne.
Isi form yg dw from their website ke?

aah..sy isi form from website dorang. hehehe. sy check balik form yg sy hntr aritu under column "tarikh tamat visa" saya letak TBC (to be confirmed) je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2012 11:49 PM | Show all posts
skydeck eureka tower..............baik punyeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2012 02:47 PM | Show all posts
xgenerasi2 posted on 26-9-2012 11:49 PM
skydeck eureka tower..............baik punyeeeeeeeeeeee

bilik naik skydeck ni.. jangan lupe try THE EDGE!

frankly speaking... ketar lutut ako for a few seconds.. basah tangan sbb berpeluh. after all, such a good experience!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2012 02:52 PM | Show all posts
sesapa nk g GOR or Philip Island,

cuba book kat sini http://melbourneaustraliatours.com.au/

tak silap, co-owner did org cina msia. dia mcm agent. harga paling murah so far.
di bagi kat co-partner dia ari tu www.wildlifetours.com

so dapat la diskaun. GOR AUD80, Philip Island AUD110 Pakej penguin plus.
ari tu request pickup depan malaysia hall melbourne. so, jimat tambang kat situ.

worth it!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:58 AM | Show all posts
Salam. Akak bersiaran dari malaysia hall.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:08 AM | Show all posts
jojoba_beads posted on 1-10-2012 02:52 PM
sesapa nk g GOR or Philip Island,

cuba book kat sini http://melbourneaustraliatours.com.au/

Iols dah lama aim company ni. Dah survey memang murah compared to others
Uols pay cash ke guna cc? x silap kat website dia ckp kalau pay cash ad diskaun 5 aud
Now tengah pening nak ambil  1 tour ke 2 trour
GOR mmg confrm nak ambil
Grampian 50-50
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:36 AM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 4-10-2012 09:08 AM
Iols dah lama aim company ni. Dah survey memang murah compared to others
Uols pay cash ke guna cc ...

bayar cash sebab nk jimat $5. kalu 2 org dah $10 kan.
sebab ari tu amik GOR and philip island. so leh jimat $20 utk 2 org.
nk jimat lagi sila LIKE facebook dia. dapat lagi jimat $5 utk setiap org dan setiap tour.

kiranya ari tu harga GOR 1 day tour $90 cc or 85 cash.
then deduct $5 sbb like kat FB. so dapat la 80 per pax.

kalu nk g philip island jgn lupa amik pakej PENGUIN PLUS. kena byr extra 20 kot. tp berbaloi. boleh tgk penguin tu sampai kat darat dng jelas dan sangat dekat. sebab very limited seats. bila sampai kat sana dah tak leh upgrade ke penguin plus dah.

tp terpulang masing2 la.


my seposen


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:57 PM | Show all posts
hajar53 posted on 4-10-2012 06:58 AM
Salam. Akak bersiaran dari malaysia hall.


Salam..

Akak..syok nya dapt bersiaran dari Malaysia hall. jap tadi baru je En Rudie replied my mail dengan dgn dukacita memberitahu kami punya application nak stay situ disember tu tak lulus sebab tak de bilik kosong ... limited rooms eh kat sana?... ni sweat sweat nak kena cari hotel room nih   sapa2 penah duk Hotel Formula one- melbourne CBD boleh tolong angkat tangat? ai nak tanya pendapat... hmmm rasanya cam penah ada forummer duk situ ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 09:15 AM | Show all posts
AUD turun 3.16 n dijangka akan turun lg ^_^
23 days to go yeayhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 04:00 PM | Show all posts
safiku posted on 6-10-2012 09:15 AM
AUD turun 3.16 n dijangka akan turun lg ^_^
23 days to go yeayhhh

dah murah dah tu akak...better beli skit2. time sy pegi june aritu turun kat 3.15 gak. bila balik tu terus naik sampai 3.25++ berbaloi jual balik duit balance. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 05:04 PM | Show all posts
bdk2 posted on 6-10-2012 04:00 PM
dah murah dah tu akak...better beli skit2. time sy pegi june aritu turun kat 3.15 gak. bila balik  ...

Murahnya kan. Iols nak g bulan 5 x awal sngat ke nak tukar ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2012 06:34 PM | Show all posts
tu laa ... bila tgk pagi tadi rendah gitu tergudaaa nak menukar lagi ... walhal sebenarnya dah tukar pun semua (2x tukar) . Malam ni nak buat operasi beli tiket n anythg yg blh dibeli/bayar secara online. Info drp "kawan" kat bank pusat, dijangka akan turun lagi ... tapi dgn rate sekrg pun dah berbaloi² kan.

ni rate utk ptg ini
1 AUD = 3.10882 MYR
( sumber : xe.com )
Last edited by safiku on 6-10-2012 06:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 04:13 PM | Show all posts
inamess posted on 5-10-2012 10:57 PM
Salam..

Akak..syok nya dapt bersiaran dari Malaysia hall. jap tadi baru je En Rudie replied m ...

Salam inamess, akak dah balik malaysia dah. Masa akak di sana memang penuh bilik.  Pelajar stay bilik lama, tetamu dapat bilik baru.   Bilik baru yg ada bilik air.  Kiranya memang selesa lah.  Nak ke flinders station lebih kurang 14 stop baru sampai.  Akak sempat naik free tourist shuttle bus yang  stop di 13 tourist attraction.  Pergi ke Queen Victoria market (stop no 8) naik bas ni akan stop betul2 depan market tu.  Dah shopping di QVM boleh naik bas tu balik dan stop di Habour town (tempat shopping di dockland) di stop no. 9 (satu bus stop aje).  Turun di stop no. 9 ni betul2 depan i center hobour town.  Boleh solat kat dalan i center ni dan ada bilik solat berasing unt male dan female.  Bilik air pun asing unt male n female.  Tempat wudhu pun ada tapi share male n female.  Di habour town banyak kedai2 boleh shopping lagi.  I center ni ada sedia cawan dan coffee, boleh minum free dan duduk di kerusi yg disediakan.  

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 08:46 PM | Show all posts
rakan² yang pernah stay atau sdg bermastautin di melben, sy mohon pandangan ... di melben, masjid mana yg "disarankan" utk kita bersolat Aidiladha (amik kira distance n transport) ..? InsyaAllah sy stay d nova stargate ketika itu.

sy c&p artikel drp utusan online;
(kredit : utusan.com.my)
ARKIB : 19/08/2012

MELBOURNE SYURGA MAKANAN HALAL

City mosque antara lebih 30 masjid di sekitar Melbourne untuk kemudahan umat Islam bersolat.

PERNIAGAAN berkonsep halal terbesar di Melbourne yang terdapat di sepanjang Sydney Road di Brunswick, menjadi lebih sibuk daripada biasa sepanjang Ramadan di mana umat Islam bertumpu untuk berbuka puasa.

Jangan terkejut! Terdapat banyak restoran, kafe dan kedai runcit di sekitar bandar itu yang menjual dan menyediakan makanan halal bagi memenuhi selera dan keperluan semua.

Di kawasan Brunswick Hill, terdapat banyak barangan eksotik, manisan dan pastri, roti Lebanon dan Turki yang tebal dan juga piza yang dibakar dengan ketuhar, menggunakan resipi dari Asia Barat. Semua ini terletak di deretan kedai dan pasar Brunswick yang memberikan kenikmatan kepada pengunjung yang menginginkan rasa masakan tulen Arab.

Antara kedai makan yang paling terkenal dan digemari di kawasan Sydney Road - Tiba's. Ia dikenali dengan makanan tradisional Lebanon berkualiti tinggi dan terhasil daripada buatan sendiri.

Jika anda inginkan satu persekitaran yang lebih meriah, Adanali, sebuah restoran Turki yang terletak berhampiran Tiba's menawarkan masakan yang menyelerakan di samping persembahan muzik dan tarian gelek.

Berbanding restoran Turki lain yang terdapat di kawasan ini, Adanali antara yang terbaik dari segi suasana, nilai dan kualiti makanan. Aghadeer - satu lagi pilihan terbaik di Sydney Road, menyediakan Pizza Pide yang dibakar dengan kayu api - bagi semua penggemar juadah Turki.

Abla, yang terletak di Elgin Street di Carlton dan beroperasi sejak 1979, dikendalikan oleh Abla Ahmad dan anak-anak perempuannya. Restoran ini terkenal dengan juadah Lebanon bertaraf tinggi, dihidangkan dengan dekorasi menarik dan suasana teres menyamankan, untuk anda dan keluarga menikmati juadah.

Rumi - satu lagi restoran Asia Barat terkenal, yang terletak di Lygon Street di East Brunswick. Ia menawarkan juadah ringkas, bukan seperti makanan Asia Barat biasa. Hidangan istimewanya disenaraikan di dalam satu menu padat antaranya 'sigara boregi' - sejenis keju 'haloumi' berbentuk sebatang cerut, 'fetta' dan gulungan filo yang diisi keju 'kasseri' - yang sungguh menyelerakan sehingga anda pasti kembali untuk mengunjungi restoran ini beberapa kali.

Bagi yang menginginkan sesuatu berbeza, kunjungi Moroccan Soup Bar yang terletak di Fitzroy North di St. Georges Road. Sup menjadi keistimewaan restoran ini yang menawarkan juadah lazat dan mengenyangkan, pada harga murah.

Kunjungi pula Gaylord di Tattersalls Lane untuk beberapa restoran yang menawarkan juadah khas dari India Utara hasil kepakaran dan pengalaman Chef Musharraf Khan.

Untuk penggemar makanan segera, Lord of the Fries semestinya tempat yang perlu dikunjungi, dengan enam lokasi berbeza di Brunswick Street, Chadstone Shopping Centre, Chapel Street, Elizabeth Street, Flinders Street dan Melbourne Central. Ia menawarkan hidangan vegetarian, Kosher dan halal, termasuk hidangan Vegan dan bebas-Gluten bagi mereka yang menyukai makanan segera yang sihat. Jika inginkan makanan vegetarian sepenuhnya, kunjungi Kafe Vegetarian Madame K di Brunswick Street, Fitzroy yang baru saja dibuka. Kafe ini terletak berhadapan Veg Out yang terkenal dengan pelbagai juadah Thai, China dan Malaysia.

Makanan lautMelbourne juga tidak asing lagi untuk para penggemar makanan laut, tanpa perlu rasa bimbang tentang kesahihan status halalnya. Restoran Masakan Laut dan Panggang Pescatores, yang terletak bersebelahan Empress Hotel di pusat bandar Inner Harbour, harus dikunjungi. Ambil 'teksi air' dari Inner Harbour dan berbuka puasalah di Barb's Fish and Chips yang terletak di kawasan pelabuhan Fisherman's Wharf bagi memuaskan selera menikmati makanan laut, dengan kombinasi makanan dan suasana yang hebat.

Bagi yang merindui kampung halaman dan menginginkan masakan tempatan Malaysia, Melbourne menawarkan juadah yang pelbagai. Little Malaysia di Liverpool Street adalah tempat terbaik yang menawarkan suasana asli seperti di rumah, dengan juadah dari gerai yang boleh dinikmati dalam satu persekitaran sederhana.

Satay Anika di Lygon Street, Brunswick menawarkan pelbagai jenis masakan kegemaran rakyat Malaysia seperti laksa dan sate. Restoran ini juga menyediakan makanan untuk majlis atau parti di dalam bilik khas, sekiranya anda inginkan privasi.

Satu lagi pilihan restoran untuk rakyat Malaysia di Melbourne Central adalah Chillipadi, yang terletak di persimpangan Elizabeth Street dan Londsdale Street. Ia menawarkan juadah mengikut citarasa dan bajet anda daripada pelbagai jenis mi, sup, masakan gerai dan juga dumpling atau ladu.

Umat Islam di Melbourne juga dapat beribadat dengan selesa sepanjang bulan suci Ramadan kerana terdapat 30 masjid di sekitar bandar antaranya Brunswick Mosque dan Coburg Isna Mosque di Sydney Road, berdekatan dengan restoran halal.

Rakyat Malaysia boleh merasai kenikmatan dan keselesaan seperti berada di negara sendiri, dengan kemudahan bersolat dan kedai makan halal.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... halal#ixzz28cS5vpuw
© Utusan Melayu (M) Bhd


Last edited by safiku on 7-10-2012 09:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 01:31 PM | Show all posts
safiku posted on 7-10-2012 08:46 PM
rakan2 yang pernah stay atau sdg bermastautin di melben, sy mohon pandangan ... di melben, masj ...

Salam Safiku,

Kalo awak kat Nova Stargate, dekat sangat dgn Flagstaff Gardens or ICV (Islamic Council of Victoria). Setiap tahun Eid prayers akan diadakan di Flagstaff Gardens, Insya allah kalo tidak ada hujan. Kalo hujan, prayers akan dipindahkan ke ICV, tempatnya dekat sahaja, di Jeffcott St.

Ramai juga Malaysians di sini. Selalunye prayers akan start pukul 7.30am. Saya biasa pergi sorang2, pastu buat kawan2 baru di Flagstaff.

Takpun, cari kawan2 yang belajar di RMIT atau Uni of Melbourne. Selalunya ada prayer yang dianjurkan utk students, pun boleh join jugak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.233732 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list