CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Jenayah] KES KEMATIAN PELAJAR UPNM VOL 4: CASH ITU PASTI !

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2017 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiiii senangg saja ummah suchee nak lari dr bertanggungjwb dgn dosa sendiri, ujung2 takdirrrr elohimmm katanya. Klu mcm tu elohim lah yg mahu segala pembunohan n jenayah2 lain berlaku kat donia ni? So klu dah begitu katanya redhoooo jah lahh atas segala jenayahs yg berlaku, tutopp segala balaiii polis pejabattt lawyer mahkamah bagaiiiii! Bangsattttt sgttttt ujonggg2 elohimmm sendiri pun sanggopp dikambing hitamkan! Dasarrrr manusia mempergunakan ugama utk kepentingan peribadiiii!

#teamelohim
#justiceforelohim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 04:42 AM | Show all posts
Manusia bangsatttt mcm ni lah gunakan sepotongggg dua ayatttt berbaurr keagamaan utk justify segala mala. 'Takdirrr tuhan', 'dah tertuliss dr loh mahfuzzz', 'dah ajal tuhan dah tetapkan' bla bla blaaaa. Dgn org bodoh blh lah ckp mcm ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 04:44 AM | Show all posts
So bangsattt2 yg dah keluarrrr tu mcm mana? Besttttt tak kenangannnn manissss duduk kat lokappp 2 mengguuu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
KEHILANGAN DUA PERMATA NEGARA....

Baru tadi saya menerima berita bahawa saudara T. Nhaveen (mangsa buli) telah meninggal dunia di Hospital Pinang selepas mengalami kematian otak beberapa hari yang lepas. Saudara T.Nhaveen merupakan seorang remaja yang berumur 18 tahun dan telah dibuli dan dicedarakan oleh sekumpulan remaja. Pada 22 Mei 2017 pula, seorang pelajar yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain (arwah) dari UPNM juga telah dibuli dan dicedarakan teruk oleh sekumpulan pelajar UPNM. Kedua-dua insiden ini memperilhalkan betapa teruknya insiden kes buli sedang berlaku di negara kita. Di sini, saya ingin membuat satu artikel ringkas tentang buli untuk pemahaman orang ramai.

Definisi:

Buli adalah satu tingkah laku agresif yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas seorang atau sekumpulan individu (mangsa) dengan tujuan untuk mencedarakan mangsa itu sama ada fizikal atau emosi. Lazimnya, buli adalah satu tingkah laku yang dilakukan secara berulang (repetitive) untuk tempoh yang tertentu.

Jenis Buli:

Ramai yang menganggap buli adalah berbentuk fizikal sahaja seperti memukul, menendang, menampar dsb. Sebenarya buli boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

i. Buli secara fizikal (Physical bullying)
ii. Buli secara verbal (Verbal bullying)
iii. Buli secara social (Social bullying)
iv. Buli siber (Cyberbullying)

Secara ringkasnya, contoh tingkah laku untuk setiap buli adalah seperti berikut:

Buli fizikal - memukul, menendang, menampar, mencubit atau mana-mana perbuatan yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal

Buli verbal - panggilan nama (name calling), komen-komen yang boleh menyakitkan mangsa, mengusik, mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa, memalukan mangsa secara lisan

Buli sosial - selalunya dilakukan di belakang mangsa (covert behaviour) seperti menyebarkan berita yang tidak betul tentang mangsa demi memalukan mangsa, mendiskriminasikan mangsa (tidak membenarkan untuk menyertai dalam permainan dsb)

Cyberbully - membuli seseorang individu atas talian seperti media sosial dan sebagainya.

Satu lagi bentuk buli adalah secara seksual. ia dikait rapat dengan gangguan seksual di mana pembuli membuli mangsa secara seksual seperti memegang alat sulit mangsa, meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian di hadapan orang lain, melakukan aksi lucah di hadapan mangsa dsb.

Mengapa orang membuli?

i. Individu yang suka membuli adalah individu yang mempunyai kurang keyakinan diri dan juga penghargaan kendiri. Sebenarnya mereka adalah individu yang lemah dan untuk mengatasi dirinya adalah seorang lemah, mereka akan mencari jalan alternatif untuk nampak lebih yakin dan buli adalah satu cara yang membuatkan mereka adalah individu yang kuat - penghargaan kendiri yang palsu

ii. Individu ini sering dikaitkan dengan masalah pengherotan kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapan bahawa mereka perlu mengkasari orang lain dan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka menganggap mereka adalah kuat dan orang lain tidak akan membuli mereka. Mereka sentiasa beranggapan bahawa 'kalau saya tidak membuli orang lain, orang lain akan membuli saya

iii. Individu-individu ini adalah mereka yang mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa. Mungkin cara mereka dibesarkan menjadi salah satu faktor mengapa mereka mempunyai tahap simpati dan empati yang rendah

iv. Mereka mempunyai tingkah laku anti-sosial. Anti sosial adalah satu tingkah laku di mana mereka suka membuat atau menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan norma termasuklah melanggar undang-undang. Individu yang beringkah laku anti-sosial mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan jenayah-jenayah ekstrim termasuklah pembunuhan

v. Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully)

vi. Faktor kekeluargaan - lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini. Sebagai contohnya, sekiranya seorang kanak-kanak dibesarkan dengan cara yang sangat tegas termasuklah memberi hukuman untuk segala tingkah laku, kanak-kanak ini akan memindahkan konsep ini apabila berada di luar rumah. Mereka akan 'membalas dendam' dan menganggap itu adalah satu norma untuk menghukum orang lain (mangsa)

Bagaimana buli ini bermula?

Buli bermula daripada perkara yang kecil seperti memanggil nama atau mengejek nama mangsa. Itu adalah petanda awal bahawa seorang kanak-kanak itu mula menunjukkan tingkah laku membuli.

TOLONG JANGAN PANDANG REMEH SEKIRANYA ANAK ANDA SUKA MENGEJEK NAMA KAWANNNYA! Mungkin ada di antara kita (ibubapa, guru dan rakan-rakan) menganggap itu adalah perkara biasa tetapi di situlah tingkah laku membuli bermula dan akan ke tahap yang lebih teruk termasuk buli fizikal sekiranya pembuli itu mempunyai tret-tret yang diutarakan tadi.

Kadangkala, tingkah laku buli ini juga bermula dari rumah. Kita sebagai orang dewasa sering melabel seseorang dengan kata-kata yang tidak betul. Sebagai contohnya, seorang ibu atau ayah boleh melabelkan kawannya sebagai gajah sekiranya mangsa itu bersaiz besar. Apabila seorang ayah menggunapakai label gajah di hadapan anaknya, secara tidak langsung ayah itu telah mengajar anaknya untuk menunjukkan tingkah laku membuli dan anak boleh menggunakan pendekatan yang sama di luar rumah.

Simptom-simptom anak kita jadi mangsa buli di sekolah:

a. Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan kadangkala gembira)
b. Tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah (sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana beliau sering dibuli)
c. Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli)
d. Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu rehat)
e. Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul)
f. Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sangat rendah
g. Prestasi akademik merosot
h. Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja sekolah kawannya)
i. Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli secara seksual)
j. Mencederakan diri

Apa yang kita perlu buat untuk menangani isu buli?

a. ibu bapa - Pergi melawat anak anda di sekolah dan berjumpa dengan guru kelas secara berkala walaupun anak anda sedang belajar di Form 5. Sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat, anak anda akan berasa lebih yakin dan pembuli akan teragak-agak untuk membuli anak anda. Seterusnya, sila luangkan masa selama 5 hingga 10 minit setiap hari untuk tanya apa yang telah berlaku di sekolah sebaik sahaja anak balik dari rumah. Sekiranya anak anda teragak-agak, sila bawa anak anda ke luar dan bincang hati ke hati. Sila meyakinkan anak anda bahawa anda mampu membantu mereka dan jangan sesekali marah, menuduh atau menyalahkan anak anda sekiranya mereka dibuli. Sekiranya anda marah, mereka tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku pada mereka dengan anda

b. Guru - guru perlu memainkan peranan penting. Saya tahu ada guru yang 'compromise' dengan isu buli ini. Ada juga yang terikut-ikut dengan tingkah laku membuli kononnya dapat menjadikan individu itu lebih berani dan lebih maskulin. Jangan menganggap apabila seseorang atau sekumpulan individu membuli seorang pelajar yang bersifat lembut, ia adalah untuk menjadikan lelaki itu lebih berani dan sebagainya. Anda sebenarnya bersubahat!!! Satu lagi, sekiranya anda mendapat tahu ada pelajar membuli walaupun 'name calling', tolong ambil tindakan pantas. Sama juga sekiranya ada mangsa membuat laporan kepada anda, tolong ambil tindakan. Jangan menganggap itu adalah perkara biasa di sekolah lelaki dan sebagainya.

c. rakan sekolah - kepada pelajar-pelajar di luar sana, anda adalah satu 'support team' yang boleh membanteras isu buli ini. Sekiranya anda nampak kawan atau pelajar sekolah anda dibuli oleh sekumpulan pelajar, minta buat laporan. Jangan berdiri sekeliling dan menonton aksi buli tersebut. Adakah anda akan terus senyap sekiranya adik anda menjadi mangsa buli? tolong ambil tindakan. Kalau anda semua bersatu, kita boleh melahirkan sekolah yang 'ZERO BULLY'.

d. Pihak sekolah - Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah yang mengadakan kempen 'ZERO BULLY' di sekolah anda. Anda boleh menjemput pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pihak polis untuk memberikan ceramah secara berkala. Pastikan ceramah yang diberikan adalah efisien dan sampai kepada pelajar sekolah. Jangan buat ceramah setakat nak capai KPI tapi keberkesananya adalah ZERO.

Kepada semua yang sedang membaca artikel ini, marilah kita berganding bahu untuk membanteras isu buli ini. Buli ini boleh berlaku di mana-mana sahaja - sekolah, universiti, tempat kerja, rumah dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu bertindak segera. Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua-dua permata Mendiang T. Nhaveen dan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Saya dedicate artikel ini untuk kedua-dua permata

Al fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain
Rest in peace my dear brother T.Nhaveen

Sekian, terima kasih

Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin
Pakar Kriminologi, UKM
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 17-6-2017 04:42 AM
Manusia bangsatttt mcm ni lah gunakan sepotongggg dua ayatttt berbaurr keagamaan utk justify segala  ...

Tu lah kan dik Oren, kalau semuanya  nak apply konsep takdir tuhan atau semua yg berlaku ada hikmahnya ITU, tak payah la bisiing2 Lina joy murtad, israel serang palastin, Harga minyan naik seploh hengget, org bom mesjid bagai... Sebab semuanya takdir tuhan kekdahnyee
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:27 AM | Show all posts
white_musk replied at 17-6-2017 05:15 AM
Tu lah kan dik Oren, kalau semuanya  nak apply konsep takdir tuhan atau semua yg berlaku ada hikma ...

Khennnn.....nak cuci dosa cara mudahhhh semua takdirrr elohimm kekdahnya. Agak2 lahhhh skitttt.....takkan elohimm letak pisau kat leherrr suruhhh iron org....melampauuuu puak2 bangsatttt ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2017 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bipolajourney replied at 16-6-2017 11:35 PM
Parent I bercerai u. Mak belasah i dengan adik pernah darah memancut. Mak i ketuk dengan game zama ...

bipolargirl dekat fd tu sama ke dengan bipolar journey ni?
kenapa mak ayah bercerai pulak dan sampai ayah benci mak benci anak sekali?
sory kalau kepoci
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
iols ade bace komen2 dekat ig 999malaysia..mak arwah nk tgk muke2 tertuduh2 ni..ade sorang girl komen..katenye laptop tu milik gf arwah.konpius kat sini..dah kalau laptop tu milik gf arwah..knp kwn2 pulak yg over nauu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 17-6-2017 02:16 AM
'we can't judge any wrongdoers'

k. sistem undang2 dan para hakim bole tutup dan bungkus esok. bia ...

cuba meminta simpati masyarakat utk faham mereka semua ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bangsat upnm menghasilkan graduan yg x der iman... hati kering... ragging... perkara biasa... membunuh hanya satu kesilapan... babinya hasil didikan upnm!!! Ni ke jiwa tentera yg kita nak eh? nak ke ke syria dgn jiwa keji gini... pegi pun bukan kerana islam... mati katak je... so jahiliah pengurusan upnm... sebok nak jiwa kental bagai sampai nak solat pun x sempat.... rasanya warden pun involve dlm kes bunuh ni.. harus upnm cover... cover a ko semoga x pernah nikmati ketenteramam kat dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 05:58 AM | Show all posts
Bipolajourney replied at 17-6-2017 12:48 AM
Adik i dan i dulu masa kanak kanak selalu tanya bilalah mak i nak mati. Bila ingat balik budak kec ...

baru abiskan baca kisah idup uols ni...
syukur sangat sbb uols berani jumpa doc.. maksudnye uol mmg tahu uols sakit... bab acceptance ni paling susah...

ramai yg aku tahu yg ada mental disorder.. tak jumpa doc pon. depa jumpa bomoh... so sampai ke mati la depa dgn sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
easy81 replied at 16-6-2017 09:00 PM
KEHILANGAN DUA PERMATA NEGARA....

Baru tadi saya menerima berita bahawa saudara T. Nhaveen (mangs ...

Thanks kaka for this article. Good read gitchuu!,
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:09 AM | Show all posts
Annehamid replied at 17-6-2017 05:53 AM
cuba meminta simpati masyarakat utk faham mereka semua ke apa ni?

gitulah kot. masyarakat harus diingatkan, wpon okt2 menyeksa farhan cukup2 sampai mati, mereka sebenar2nya org yg baik hokeh... ada maruah, hati dan perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata netizens, kita kutuk OKT nnt sempat ke nak mintak maaf? Ntah2 OKT sempat mintak maaf dgn arwah, dlm penjara blh taubat, bla bla bla.

Ehhh, sejak bila OKT kena layan baik2 dipuja belai manja semua. Org tu buat salah kita nak bagi muka plak. They are getting a taste of their own medicine kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:16 AM | Show all posts
dah seterika anak org... ada hati tu nak melobai....ceramahkan ummah lain...
puiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 17-6-2017 12:57 AM
latest status kat aiman n adib.. xtau la da tepek ke x.. blum beklog..

yang Aufa punye dah tak de status tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 17-6-2017 01:07 AM
bencii la baca komen2 kat fb psl jgn dedah aib pesalah ... mcm mn nak tutup aib mcm ni? ini kes bunu ...

Dorg mmg deserves gantung smpi mati. Apa rakyat mesia purapura suci nak jaga aib. Yang sampai mati org tu si jahanam tu seterika takde pikir. Pikir perasan keluarga mangsa yang anaknye dah mati. Geram rasa. Heartless dorg ni strika org
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 17-6-2017 05:58 AM
baru abiskan baca kisah idup uols ni...
syukur sangat sbb uols berani jumpa doc.. maksudnye uol m ...

Ambil masa 2 tahun untuk i terima. I kawan dengan salah seorang pesakit mental juga. Dia selalu encouraged i pergi. Dua tahun. Masa mula mula jumpa psychiatrist pertama kali i rasa takut dalam hidup sehingga berlaga gigi dan tak boleh berkata kata. Apa yang i buat i serahkan list hal hal yang telah berlaku sepanjang hidup I dalam bentuk tulisan. Untuk terima betul betul I ambil masa setahun juga dan now i cuma monitor trigger sahaja. Alhamdulillah.

Jumpa bomoh satu hal, konon kena rasuk le, ada jin sedangkan setengah orang dah masuk tahap hallucination.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dkt fb beautiful nara dh selamat kena ceduk observation chuols semua dlm ni..yg heal fast please dan 2 video to cure severe burn
.good job guys
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 17-6-2017 05:41 AM
bipolargirl dekat fd tu sama ke dengan bipolar journey ni?
kenapa mak ayah bercerai pulak dan sam ...

Ya sama. Haha
I ada tiga nick name. Haritu I lupa password. Sakit ini memang buat kita mudah lupa. I hilang kunci entah berapa kali, telefon dekat 5 kali tapi semua orang pulangkan, alhamdulillah. Yang kelakar hal kecil kecil boleh buat I marah tapi time suami I tinggal di dalam lokap kena reman I boleh relax relax tanam bunga. Suami I hired Personal Assistant untuk I. So kalau keluar ke mana mana I ada orang pegangkan purse ke kunci ke air ke.

Pernah I gila tengok wayang, i tengok five movies dalam sehari. I ulang ke cinema hari hari sedangkan masa sihat i tak kuasa nak ke cinema semua tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.726983 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list