|
kalau Ilah buat buku, tp jgn guna nama sebenar..kalau boleh. nama 'Ilah' tu pno jgn guna...kita create nama lain..rasa2 nyer boleh x? uhuk |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Ilah buat buku, tp jgn guna nama sebenar..kalau boleh. nama 'Ilah' tu pno jgn guna...kita create nama lain..rasa2 nyer boleh x? uhuk |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 7-12-2009 22:17
1959# duquesne
salam duken...
sebenarnya ilah tak tahan sikit ngan bau darah..tapi abah dah jegilkan mata ngan ilah sebab pada mulanya ilah menola
k sebab tak sangka tetiba abah minta ilah wat cam tu..nak menangis pun ader..tapi kuatkan semangat jerlah.....mengalir juga air mata masa picit benda tu |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM
KISAH PENGALAMAN MISTIK BERSAMA PESAKIT ANGIN MEROYAN - UNTUK MALAM KETIGA TELAH BERJAYA DIUPLOAD DI MUKASURAT 74.
TERIMA KASIH |
|
|
|
|
|
|
|
salam ilah,
selamat pagi semua...
ermm jin asyik pun pandai bawak geng ek masuk dalam badan..dah lah wat susah org, bawak lak geng..sian akak rohayu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-10-2009 11:55
Kisah bunian atau jin..
Kenapa kebanyakkan mereka tidak mahu berkongsi cerita, ilmu perubatan, rahsia alam dan bumi atau ilmu yang boleh berko ...
ilahkhatibrani Post at 2-10-2009 09:49 AM
Salam ilah. Ada soklan nak tanya, dari page belakang2. Ilah ada kata ilmu dari alam bunian cuma dikongsi dlm 0.01% saja. So nak tanya, ilmu dari alam bunian/jin ni lebih advance ker dari ilmu dari alam manusia? curious nak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam dan selamat pagi ilah ...
stroberi pun baru berpeluang untuk menghabiskan cite meroyan tu.
sekurang2nya sb paham gak la sekarang macamana kalau seseorang tu meroyan.
mungkin ilah boleh bagi tips lagi pasal meroyan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Asalammualaikum menjengok umah ilah jap |
|
|
|
|
|
|
|
salam Ilah...
moning... tumpang lalu sat.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ilah,
slmt tengahari
jgn lupa lunch tau...skrg dah jam 12.07 |
|
|
|
|
|
|
|
Along pun tumpang lalu gak... lepas nih nak pi perabih citer meroyan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
salammm....pepagi td lagik dah masuk tp lupa bg salam... |
|
|
|
|
|
|
|
salam ilah..best la citer pesakit meroyan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA PESAKIT GILA MEROYAN
Kisah ini berkisar mengenai seorang wanita yang terkena angin meroyan setelah kelahiran anak yang kedua...dimana selepas kelahiran anak kedua semasa didlam pantang wanita terbabit berada didalam kesedihan yang amat sangat sehingga angin meroyan bersarang didalam tubuh badannya....
wanita terbabit juga tidak mengendahkan kedua -dua anaknya ..malah tidak mengenali mereka berdua serta asyik termenung dan menangis sendirian di dalam bilik tanpa menhiraukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu......sehingga wanita tersebut dihantar pulang oleh suaminya ke rumah ibubapanya kerana mengatakan isterinya sudah gila dan tidak mampu melayannya sebagai seorang isteri.....
selama setahun wanita berkenaan dikatakan "gila'....tidak bercakap dengan sesiapa pun waima dengan ibubapanya sendiri ...hanya terperap didalm bilik..dan sesekali bercakap sendirian..seolah2 ada seseorang disebelahnya............dan beliau berterusan begitu selama setahun sehinggalah ibubapanya berjumpa dengan abah secara tidak sengaja.....
bermulalah perjalanan mistik yang bagi ilah adakalanya apa yang dirasai dan dilihat diluar fikiran manusia....
dipendekkan cerita proses permulihan peringkat pertama berlaku selama tiga malam berturut dimana sebelum malam tersebut abah berpuasa dahulu dan kerap bangun solat malam .....dan bila abah berkeadaan begini ..bermaksud abah telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan....
MALAM PERTAMA
Abah duduk bersila dihadapan wanita berkenaan dengan tiga langkah lelaki dewasa sambil mulutnya berkumit membaca surah tertentu ..setelah itu ditiupkan ke arahkan wanita tersebut......sebelum itu wanita berkenaan hanya duduk bersila dengan matanya dipejam serta kepalanya menunduk ke bawah....dan apabila abah selesai membaca surah tersebut..tanpa disangka wanita berkenaan membuka mata dan mengangkat kepala separuh sambil bebola matanya diangkat keatas memandang ke arah abah dan terus menentang pandangan mata dengan abah....sementara abah terus menentang mata wanita berkenaan tanpa rasa takut...
dan tanpa disangka akhirnya wanita berkenaan mengalah dengan cepat2 mengalihkan pandangan ke tempat lain bila abah mulai menekankan ibu jarinya dilantai.....dan tanpa disangka wanita tersebut memandang ke arah ilah seolah tahu ilah tersenyum bila dia mengalihkan pandangan matanya daripada abah....dan terus berkata kearah ilah " bodoh kau...pasal apa gelakkan aku hah! " dengan pandangan matanya yang mulai bertukar menjadi merah..sementara suaranya sudah bertukar garau dan kasar..sementara ilah terkejut kerana tetiba diherdik
abah pula terus menepuk muka lantai sebanyak tiga kali sambil membacakan sesuatu dan terus wanita berkenaan tetiba jatuh terkulai seperti sedang tidur lena dibuai mimpi......dengan segera abah meminta kepada ilah agar memberikan air segelas kepadanya ...dan ilah menurut seperti biasa...
mulut abah berkumit membaca beberapa surah dan salh satunya adalah surah al-Fatihah sebanyak 44x dan diberikan kepada ibu wanita tersebut agar diberikan minum kepada anak perempuannya itu...dimana abah menyuruh ibu wanita berkenaan mengejutkan wanita tersebut drpd tidurnya
pada mulanya anak perempuannya tidak bangun drpd tidur walaupun badannnya digoncang kuat oleh ibunyya....lalu abah menyuruh ilah [ergi menepuk ubun2 wanita berkenaan dengan sedikit air drpd gelas terbabit sambil membaca Basmallah sebanyak tiga kali....pada tepukan yang kedua badan wanita terbabit mengeletar terkujat seperti tersentak dan bila tepukan ketiga ..alhamdullilah wanita terbabit bangun dengan lemah....dan terus meminta air kerana dahaga ...
terus ibunya menyuakan gelas tersebut kepada anaknya...dan anaknya terus minum dengan gelojoh.....
setelah itu...wanita berkenaan baring semula seolah2 ingin tidur...manakala..abah menegah ibunya daripada mengejutkannya sekali lagi..sementara berpesan kepada ibunya agar memberikan minuman drpd botol air yang telah dibacakan surah tertentu oleh abah setiap kali anaknya bangun meminta air..
(ilah panggil wanita yang sakit sebagai kak rohayu.)
dan selepas akak rahayu tidur lena kami berkumpul diruang tamu berbual sebentar dengan ibubapa rahayu...mengenai sejarah permulaan penyakit kak rahayu....
menurut ibubapa kak rahayu..selepas kelahiran anak kedua keadaan mental kak rohayu semakin teruk...terutama semasa dAlam pantang ...asyik menangis mengongoi dan merintih setiap masa ...ini adalah kerana suaminya kerap menyeksa zahir dan batinnya semasa mengandungkan anak yang kedua....dan alhamdullilah anak yang kedua dilahirkan dalam keadaan selamat walaupun pada masa tersebut kak rahayu telah jatuh darah kerana dipukul oleh suaminya...
semasa dalam pantang anak pertama kak rohayu ingin juga hendak berpantang seperti mengurut, bertungku seperti amalan wanita melayu dalam pantang..tetapi malangnya selepas kelahiran anak kedua ...dia enggan mengikuti pantang selepas kelahiran anak...malah langsung tidak mempedulikan kesihatan tubuh badannya kerana asyik termenung dengan memeluk tubuh sambil menangis..
dan keadaannya semakin buruk apabila suaminya enggan menerimanya semula dan mulai menjauhi daripadanya ..sementara kedua2 anaknya diambil dan dijaga oleh keluarga suaminya....dan kebetulan kak rohayu adalah anak tunggal mereka..jadi...mereka sanggup menjaga kak rohayu dan tidak sampai hati menhantarnya ke hospital sakit jiwa....
dan peliknya pula walaupun kak rahayu banyak berkurung di dalam bilik serta tidak berkomunikasi dengan sesiapa pun ...tetapi kalau tiba waktu makan kak rahayu kuat makan namun begitu badannya tetap kurus kering dengan wajahnya yang cengkung..dan bila ibubapa kak rahayu memberitahu kepada abah..abah hanya mendiamkan diri sahaja dengan dahi berkerut..seolah2 sedang memikirkan sesuatu
setelah mendengar cerita mereka timbul rasa kasihan kepada akak rohayu..sementara abah hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang ibubapa bercerita mengenai kak rohayu.....setelah ibubapa kak rohayu abis bercerita ..mereka bertanya pendapat abah mengenai penyakit anaknya..
menurut abah.kepada ibubapa kak rohayu......kak rohayu boleh diubati dengan izin Allah tetapi mungkin mengambil masa sedikit ..kerana penyakit tersebut sudah hampir sebati dengan dirinya ..tambahan pula semasa kak rohayu berada dalam keadaan terlalu bersedih tanpa disedari banyak jin telah menumpang ke dalam badannya termasuk jin angin meroyan yang menyebabkan kak rahayu hilang ingatan
MALAM KEDUA..
Sebelum memasuki umah keluarga kak rahayu..abah menyuruh ilah membaca doa sulaiman....dan macam biasa ilah menurut seperti biasa ........dan pada malam ini abah memerlukan bantuan ilah... |
|
|
|
|
|
|
|
MALAM KEDUA
Pada malam ini abah memerlukan pertolongan daripada ilah dimana ilah perlu menyentuh dan mengurut kak rohaya terutama di bahagian kepalanya....manakala abah pula pada malam ini membawa bersama sebatang kayu kecil yang dperbuat daripada kayu koa'si yang kelihatan seperti rotan .
pada mulanya kak rohaya meronta dan mengelak daripada disentuh ilah dan mulai bertindak garang..tetapi bila abah membaca beberapa surah termasuk salah satu ayat dalam surah jin serta memukul kayu kaosi di lantai ..tanpa disangka kak rohayu terus diam menikus seperti kanak2 yang baru dimarahi.....hmm pelik tetiba kelakuannya seprti seorang budak pula....
sementara abah terus memberi isyarat kepada agar segera mengurut dan menyentuh nadi atau saluran titik darah di bahagian kepalanya....dengan segera ilah berbuat demikian......pada mulanya agar susah untuk mengesan pergerakan pelik di bahagian kepalanya ..sehinggalah ilah perasan dengan jari tengah ilah terdapat pergerak perlahan di salah satu urat di bahagian tengah kepala......cepat2 ilah selak rambut kak rohayu ( mak ! aik....tebal tul rambutnya)....dan terus ilah tersenyum puas sebab dapat mengesan pertumbuhan kulit daging berlebihan yang bertindih-bertindih..dan berlapis2 .seperti kulit bawang.....dan baunya ..ya-Allah....terlalu hanyir..
manakal wajah abah semakin serius pabila ilah menyampaikan tentang perkara tersebut..malahan pantas abah meminta ilah jangan menyentuh lagi kulit kepala kak rohayu dan meminta ilah duduk bersebelahan dengannya...
sementara kak rohayu yang tadi hanya senyap tetiba duduk bersila dengan meletakkan kedua belah tangannya di atas pelikat peha..sambil tersenyum sumbing melihat telatah ilah yang tetiba beralih kedudukan ..sementara ibu kak rohana pula berlari mengamit ke arah suaminya kerana seram melihat perubahan anaknya secara mendadak....
sambil tergelak dengan bahu nya terjongkit2 berkata" hi..hi....baru ko takut...berani ko sentuh kepala aku hah!" sambil matanya liar merenung kepada ilah....terkedu gak ilah....
sementara abah mengamit ilah agar jangan melayan cakap dengan kak rohayu malah menyuruh ilah membaca surah an-Fil seberapa banyak yang boleh......manakala mulut abah berkumit membaca beberapa surah..sambil sesekali memukul batang kayu kaosi dilantai..dan setiap kali abah memukul kayu tersebut dilantai...setiap kali itu juga muka kak rohayu berkerut dan mengeliat menahan kesakitan ...
dengan mengeluarkan keluhan mendesah yang amat kuat...setelah itu kak rohayu menonggeng dengan menggeselkan kepala bahagian tengahnya dengan tekanan yang kuat ke lantai dan setiap kali kak rohayu menggeselkan bhg tengah keplanya itu ..terasa gegaran kuat di lantai seolah lantai rumah ditumbuk drpd bahagian bawah....
sementara abah dengan mata terpejam masih meneruskan membaca surah2 tertentu dan beberapa potong ayat daripada surah terpilih .....sehingga merenik peluh2 kecil di dahi abah...bila abah tiba abis membaca surah al-wadiah..terus abah menepuk tapak tangan abah sebanyak tiga kali dilantai..dan serentak itu juga kak rohayu pengsan .dan dibahagian kepalanya keluar asap nipis yang tebal dan semakin lama semakin menipis .terbuai 2 terbang hilang diudara...manakala abah pula memberi isyarat kepada ibubapa kak rohayu agar jangan menyentuk kak rohayu ....alhamdullilah mereka menurut permintaan abah...
setelah itu terus abah meminta bapa kak rohayu mencari tujuh biji limau purut dan tiga biji buah delima dengan segera...manakala ibu kak rohayu abah meminta menyediakan secawan air asam jawa bersama perahan limau nipis.....dengan segera mereka berdua pergi mencari barang yg dipinta oleh abah..manakala abah menghulur daun sireh kepada dan menyuruh ilah mengunyah daun sireh tersebut sehingga lumut...setelah itu abah m,enyuruh ilah membaca surah tiga kul serta al-fatihah selepas itu lumur dan gosok kedua belah tapak tangan ilah dengan daun sireh yang dikunyah ..setelah itu di cuci dengan laluan air di pili paip...dan macam biasa ilah menurut...
apabila ilah kembali ..ibubapa kak rohayu sudah kembali membawa barang yang dipinta.....terus abah mengambil air asam jawa tersebut dan disuakan dimulutnya yang berkumit2 membaca sesuatu setelah itu dihulurkan kepada ibu kak rohayu dan berpesan agar membasahkan kulit daging lebih berlapisan yg terletak dibahagian tengah diatas kepala kak rohayu setiap kali masuk waktu solat wajib.mulai subuh ini....sementara mak kak rohayu hanya mengangguk tanda faham....
manakala ketujuh2 limau purut pula abah memotong kecil disetiap putik batang limau purut tersebut sambil membaca surah al-fatihah dengan bilangan ganjil setiap bacaaan setiap limau.setelah itu abah berpesan kepada ibubapa kak rohayu agar memandikan kak rohayu dengan perahan limau mengikut turutan limau nipis yang ditanda mulai esok sebelum malam esok bermula seperti berikut....sebelum subuh 2 perahan limau, sebelum waktu zuhur 3 perahan limau, sebelum waktu asar dua perahan limau di dalam mandian anaknya..dan sambil menjirus mereka harus membaca basmallah serta surah fatihah..dan proses mandian ini jangna dilakukan didalam tandas dan perlu dilakukan didalam bilik mandi ( iaitu bilik mandian yang tidak bercampur dengan tempat buang air kecil dan air besar)..
manakala sekiranya malam ini kak rohayu terjaga ingin minum..abah pesan memberikan minuman botol yang pernah diberikan semalam.....dan abah juga meminta jangan dibiarkan kak rohayu tidur bersendirian .malahan abah meminta mereka tidur bersama dengan anknya dengan lampu terbuka dan kalau boleh berzikir sekali dengan basmallah dengan khusyuk kerana Allah
setelah memastikan mereka faham apa yang dikatakan dan pesanan yang disampaikan oleh abah..kami terus pulang ke rumah dan berjanji akan kembali pada malam keesokkannya |
|
|
|
|
|
|
|
MALAM KETIGA
Pada malam ini ..abah berpakaian hitam lengkap seperti pakaian bersilat lagaknya..dipinggangnya disisipkan tali pinggang selendang bertali tebal..manakala kayu koasi disisipkan dicelah tali pinggang tersebut..pada mlm ini juga kami bergerak lambat sedikit ..iaitu pada waktu tengah malam....di mana malam ini cara abah mengubat berlainan sedikit daripada biasa...
sebelum memulakan rawatan..abah bertanya dahulu dengan ibubapa rohayu keadaan fizikal dan mentalnya selepas malam semalam...alhamdullilah menurut mereka..pada mulanya..selepas kepulangan kami..kak rohayu mulai meracau dalam tidur seolah2 sedang mengerang kesakitan..manakala badannya semakin panas dan kekejangan seperti demam panas...namun setelah dituap dengan tuala yang dibasahi dengan campuran limau dan air asam jawa ..panas dibadan kak rohayu semakin berkurangan.....
manakala kesemua limau yang sudah ditanda sudah diperah didalm mandian kak rohayu..dan pada mulanya kak rohayu liat untuk mandi tetapi setelah kepalanya dituam ngan air campuran asam jawa dan limau kak rohayu mulai menurut tanpa bantahan walaupun dengan muka terpaksa..dan adakalanya menengking apabila melihat air mandianya di campur limau..namun begitu setelah di mandikan pada yang mandian yg terakhir .kak rohayu mulai berubah dan tiada kata2 maki keluar drpd mulutnya lagi semasa mandi...
alhamdullilah mereka tidak panik kerana sudah menjangka kesan sampingan tersebut tambahan pula abah sudah berpesan apa yang perlu dibuat sekiranya timbul reaksi sedemikian daripada kak rohayu....manakala pula mereka tidak putus2 berzikir dan memohon pertolongan kepada Allah...
apabila kak rohayu di bawa ke hadapan ..ilah lihat wajahnya tidak sehitam seperti hari pertama ilah berjumpa dengannya..sudah sedikit bermaya dan bertenaga.....abah meminta kak rohayu duduk sambil menjulurkan kedua belah kakinya ke hadapan mengadap ke kiblat....
sementara duduk bersila di hadapan kak rohayu...dan mulut abah mulai berkumat-kumit membaca surah terpilih dengan mengosok2 ibu jari kirinya ke jari telunjuk....sementara kak rohayu hanya diam tanpa sebarang reaksi...sehinggalah bila abah abis membaca surah kursi...badan kak rohayu secara tetiba mengigil keperti kesejukan...
tanpa membuang masa abah terus memegang ibu jari kaki kiri kak rohayu...dan menekan kuat dengan ibu jarinya dan jari telunjuknya dengan menyambung membaca surah al-fatihah sebanyak 44 x serta beberap potong ayat..daripda surah terpilih.....menjerit kuat kak rohayu...badannya meronta2 untuk melepaskan ibu jari kakinya daripada pegangan abah..namun gagal..yang menakjubkan abah sedikit pun tidak berganjak daripada kedudukannya..walaupun tubun badan kak rohayu meronta2....seperti org gila..
..sementara ibu jari kirinya seolah2 telah dipaku dilantai dan tidak boleh ditarik serta disentap drpd pegangan abah..dan serentk itu...dengan suara lantang terus abah bersuara dengan kuat " yang jahat keluar daripda badan hamba Allah ini..sementara yang baik tinggal dahulu" bila selesai berkata demikian terus abah menepuk lantai sebanyak tiga kali...dan terus abah melepaskan ibu jari kaki kak rohayu..dengan menyentap kuat ibu jari ....ya-Allah!...apa tu..!.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|