CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hanieliza

ANEKA NASI & LAUK PAUK SAMPINGAN

[Copy link]
 Author| Post time 22-6-2005 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by ummiauni at 22-6-2005 11:01 PM:


Kak liza selain rempah beriani cap gemini, rempah cap apa lagi yg best ye? Ari tu ummi buat nasik beriani (cranko) guna rempah beriani maggi. Kurang mengancamlah. Cap gemini tu ...

kak liza pernah juga gunakan rempah beriani maggi tu tapi campurkan dengan rempah kari ayam/daging so bolehlah tahan..
anyway rempah beriani Gemini kak liza beli kat KL jugak..
trylah tenguk kat K4..kot2 ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 22-6-2005 11:08 PM:

kak liza pernah juga gunakan rempah beriani maggi tu tapi campurkan dengan rempah kari ayam/daging so bolehlah tahan..
anyway rempah beriani Gemini kak liza beli ...

:tq: terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 01:50 PM | Show all posts

Nasi Tomato dan lauk seangkatannya

Ini dia resipi Nasi Tomato yang selalu keluarga D sediakan.

  

  

NASI TOMATO KELUARGAKU

Bahan-bahan  

3 cawan beras basmati
2½ cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih dikisar
3cm halia dikisar
4 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan bawang goreng
secukup gajus goreng
  
Cara Menyediakan     
1)  Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2)  Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris.  Tumis sehingga naik bau.
3)  Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.  Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos.
4)  Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng.  Gaul rata.
5)  Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong ikut suka
25 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 cawan sos tomato
bawang goreng
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto jika suka
minyak untuk menumis

Cara Menyediakan
1)  Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2)  Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.  
3)  Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto.  Gaul rata.
4)  Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.


DALCA

Bahan-bahan   
300 gm daging, dipotong ikut citarasa
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
2 biji bawang besar (di kisar)
4 ulas bawang putih (di kisar)
3 cm halia
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan   
1)  Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2)  Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3)  Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4)  Masukkan kenteng dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.
5)  Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar.  Tumis sehingga naik bau.
6)  Masukkan rempah kari daging, gaul rata.  Masukkan asam dan garam.  Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran.  Kacau hingga sebati.
7)  Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.  


PAJERI NENAS

Bahan-bahan

1 biji nenas, potong bulat dan potong empat
3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
1 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
2 cm kunyit, dikisar
5 cm kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
2 biji buah pelaga
6 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Menyediakan
1)  Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
2)  Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan gula dan garam.  Gula kena lebih supaya pajeri nenas sedap.
3)  Kemudian masukkan nenas dan masak sehingga layu dan keluar air.  Sedia untuk dihidang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 24/4/06 01:50 PM
Ini dia resipi Nasi Tomato yang selalu keluarga D sediakan.

  http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/Resipi%20 ...


thanks D for the recipe.....:love::love:

ff:cewwaahhh....pengantin baru kita dah masuk dapur....penuh meja dihidangnya....:clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 04:38 PM | Show all posts
jangan tak tau...bukan penuh meja saja...siap hantar kat jiran sampai ke tok imam pun di jamunya....punyalah rajin  D ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 05:20 PM | Show all posts
kalau macam ni D punya masakan...bertambahlah berat badan cik abe..hehhehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2006 07:42 PM | Show all posts
Nasi tomato & lauk2 tersebut sesuai utk hariraya & family gathering. Saya suka jugak makan nasi tomato ttp makan dgn kurma ayam & salad sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 08:49 PM | Show all posts
wah D nampak menyelerakan, nak cuba buatlah hari jumaat nie utk menjamu keluarga dan teman2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2006 08:51 PM | Show all posts
sedapnya nasi tomato D ni...mmg one of my fav...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 08:54 AM | Show all posts

3 cawan beras basmati
2½ cawan air


tak keras ke nasi tuh nnt?
dulu pernah buat nasi jenis2 nih gak.. nasi mcm keras even sukatan air + beras sama...
D guna bera basmati jenama apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 11:06 AM | Show all posts
Sabtu lepas kawan lama datang rumah ( 3 keluarga) , tak masak tapi `order'  jer makanan , menu ala2 lauk kenduri la.....Nasik Minyak dengan set2 dia.

Nasik Minyak



Gulai Daging, Ayam Goreng Berempah, Acar dan Sambal Nenas.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by attyra at 25-4-2006 08:54 AM



tak keras ke nasi tuh nnt?
dulu pernah buat nasi jenis2 nih gak.. nasi mcm keras even sukatan air + beras sama...
D guna bera basmati jenama apa?


Attyra kalau tengok resipi Nasi Tomato tu D guna beras basmathi tak kira beras basmathi jenama apa asal basmathi... Beras tu bersihkan dan rendam dengan air selama 30 minit... kemudian toskan airnya...

3 cawan beras + 2 1/2 cawan air dan kena ambil kira 1 cawan susu cair so liquid semua dah 3 1/2 cawan.

bila masak guna beras basmati ini sukatan air dan beras kena sama dan lebihkan sikit jadi beras tu tak keras sangat ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 11:41 AM | Show all posts
selalunya kalau kenduri kahwin,atau apa2 jamuan pun my mom akan masak nasi beriani gam...tu kira speciality keluarga kami...daging lembu dan ayam akan dilapis serta lauk opor daging,dalca ,pacri bombay atau acar timun.Kdg2 acar buah berempah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 24-4-2006 01:50 PM
Ini dia resipi Nasi Tomato yang selalu keluarga D sediakan.

  http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/Resipi%20 ...



ha... ni dia nasi tomato d.. kak hannah masak semalam.. punya lah cepat.. mcm masak maggie mee je... tetiba dah siap...tapi tak complete set lah.. tak sempat buat... lepas ni nak buat lagi.. sure complete one...




nak tau apa suami ckp... ha.. mcm ni bagus... sedap skit.. hehehe.. susah nak dgr dia puji wehh.. selalu kena tanya.. sedap ke bang?  biasa dia ckp ... ok lah... ni kalau sudah puji sebelum di tanya sudah kira betul2 bagus.. hehehe...

[ Last edited by  shidaaziz at 10-5-2006 04:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 12:19 PM | Show all posts


ni ayam farhana.. kes terlebih tepung.. sedapp!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 12:23 PM | Show all posts
lupa.. thanx d for this great nice easy to cook recipe.. i lap u...hhehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2006 03:31 PM | Show all posts
amboi kakhann....cantiknya nasi...ini macam kalu, maklang pun nak try gak..tunggu anak dara tu balik dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 04:01 PM | Show all posts
kak han, kita yang duk salin resepi nie pun blom terbuat lagik...hehhehee...
bila tengok kak han punya..rasa semangat berkobar2....
maklang jommm kayuh meh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 04:12 PM | Show all posts
Kak Hannah....

Geramlah tengok nasi tomato tu.... cantik aje, sebutir-sebutir...:love:
Kalau tak jadi keberatan, boleh beritahu Kak Hannah pakai beras
jenama apa?  :nyorok:

Jaja pada kebiasaannya menggunakan beras basmathi Faiza aje...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 10-5-2006 03:31 PM
amboi kakhann....cantiknya nasi...ini macam kalu, maklang pun nak try gak..tunggu anak dara tu balik dulu...



maklang.. esok lusa kak hannah nak buat lagi ni.. tunggu anak da'e sulung balik... kali ni nak wat set2 dia sekali...

nasi tomato resipi keluarga d ni buat selalu pun sanggup.. sebab semudah A.. B.. C.. cepat betul masak dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069861 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list