CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15074|Reply: 98

Tanduk Dalam Kaabah II (Revisited)

[Copy link]
Post time 17-5-2016 06:33 AM | Show all posts |Read mode
Salam CARI

Pertamanya, ada satu isu/persoalan...lama dah.
- Adakah anak yg diqurban (zibhin 'azim) itu: Ismail a.s. atau Ishak a.s.?

Firman Allah:


Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar [37:107]


Jap, jgn jawab dulu. Tgk video ni:




Ada hadis dlm Musnad Ahmad [2658] yg terus menyatakan Ishak a.s.?


Keduanya, ada dua pecahan pendapat antara para sahabat r.a.
akan siapa yg diqurbankan drpd atsar yg dianggarkan:
- 38 sahabat mengatakan Ishak a.s.
- 28 sahabat mengatakan Ismail a.s.
Pokoknya, mengapa kedua2nya tidak terus bertanyakan nabi s.a.w.?

Ibnu Kathir membincangkan berjela jugak lah dua pecahan ni
yg beliau memberati kpd Ismail a.s. (sbg pendapat lbh kuat dan sahih).

Ketiganya, antara yg mengatakan ia adalah Ismail a.s.
drpd Asy-Sya'bi r.a. yg mengatakan bahawa yg diqurban itu Ismail a.s.
beliau pernah melihat sepasang tanduk 'qibasy'nya tergantung di dalam kaabah???

Pendapat saya:
1. Lokasi qurban - berbeza jika Ismail a.s. atau Ishak a.s.
2. Jenis qurban - geografi qibasy lebih banyak terdapat di mekah berbanding al-quds, takdak.
3. Ibnu kathir tidak mengambil pendapat anti-hadis, sbb masa tu takdak.

Maka, adakah perlu berpegang kpd
- salah satu atau
- kedua2nya atau
- tdk merumuskan apa2?

Keempatnya, adakah qurban yg besar (zibhin 'azim) itu
ditebus dek seekor qibasy/ram?


Selanjutnya...bincangkan.

Thread asal: TANDUK DALAM KAABAH
@orangbesi

P/s: Kalu pernah dibincangkan di benang lain, sila highlight. Tq.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
(Al-Baqarah 2:140)

Dalil menjelaskan "siapa yg berdusta". Maka, jika terdapat "pandangan" mengenai hal ini didustakan, maka sumber ilmu boleh ditolak tanpa prasangka
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
58. Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. [QS. 19]

Dalil ini menjelaskan sesuatu yg sepatutnya diambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
85. Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. [QS. 21]

Kisah sabar Nabi Ismail mengatasi makna soleh pada Nabi Ishak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:177)

Antara dasar taqwa itu pada keterangan ini :  "perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian" dan juga "ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan"
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesempitan ini juga boleh merujuk kpd keadaan terdesak dari seorg bapa kpd anaknya spt yg berlaku antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (pada makna kesabaran). Kesempitan juga merujuk kpd "tiada pilihan. Sedangkan soleh itu hanya boleh dididik taqwa melalui jalan sabar.

Dari surah AlKahfi yg merujuk kisah Nabi Musa ada kaitannya mengenai "sabar".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
AlQuran itu petunjuk yg menjelaskan sesuatu kekaburan. Dan bukan semua hadis itu "benar" melainkan diperjelaskan oleh mereka2 yg jelas "mengenali hadis" menurut kehendakNya.

Selepas ini, tak perlu berdebat mengenai hal yg "jelas" dari petunjukNya.

Adapun kepada "ahli ilmu" yg tidak merujuk petunjukNya, maka kembalilah kpd Alquran dan Sunnah sekiranya mahu menyatakan ilmu yg "samar-samar"
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhu.

Nama lengkap beliau adalah Abdullah bin Abbas bin Abdil Muththalib. Nama beliau biasa disingkat menjadi Ibnu Abbas. Beliau adalah anak pamannya Rasulullah     (sepupu). Beliau dilahirkan tiga tahun sebelum peristiwa hijrahnya Nabi ke Madinah. Beliau wafat pada tahun 68 H di Thaif.

Baginda Rasullullah wafat 11 H. Paling kurang umur beliau 14 tahun. Tuan2 dan puan2 boleh fikir sendiri keadaan Tuan2 dan puan2 ketika itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 06:08 PM | Show all posts
WASALAM
moga dalam ketenangan

hehehe kisah tanduk ni lagi ke
ok le, ada gak bahan utk dibincangkan
korang bincang2lah dahulu
pasal kalau aku dah bincang sikit, dah tak de apa yg nak dibincangkan

lagipun aku tak de masa tu, jad manalah aku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:22 AM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah tuan Dzul.

Ada satu hujah yang saya tak pasti disebut atau tidak oleh SS mufti MAZA.  Sebab video tu dah dipotong jadi pendek.

Hujahnya itu berkenaan kitab perjanjian lama itu sendiri mempunyai masaalah bila disebut Nabi Ishaq yang 'dikorban'.

Dalam perjanjian lama (genesis 22), Tuhan perintah Nabi Ibrahim, dalam keadaan sedar tidak tidur, mengorbankan Nabi Ishak.  Islam menyebutkan ia adalah mimpi nabi Ibrahim. Bermaksud, dalam Islam itu bukan wahyu sebab wahyu diterima dalam keadaan sedar.  Kita boleh debat panjang atas perkara ni sahaja.


Yang keduanya, dalam perjanjian lama menyatakan nabi Ishak adalah anak lelaki tunggal Nabi Ibrahim.  Ini kesilapan yang besar sebab bila nabi ishak lahir, nabi ibrahim ada 2 anak lelaki.  ikut pendapat comparative religion yang pro-Islam, ini bukti pengubahan skrip asal taurat oleh manusia tapi Allah melalaikannya untuk memadamkan perkataan 'anak lelaki tunggal'.


Rujuk ayat-ayat dari genesis 22 (kejadian 22)
Some time later God tested Abraham. He said to him, "Abraham!"
"Here I am," he replied.
Then God said, "Take your son, your only son, Isaac, whom you love, and go to the region of Moriah. Sacrifice him there as a burnt offering on one of the mountains I will tell you about."



Pendapat saya:  Pada masa sahabat, tabi tabien, ada ramai yahudi yang masuk Islam.  Mereka tanpa sedar membawa sama sejarah dari talmud & taurat.  itu lah timbulnya riwayat israeliyah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 18-5-2016 08:22 AM
Assalamualaikum warahmatullah tuan Dzul.

Ada satu hujah yang saya tak pasti disebut atau tidak ol ...

Itulah jawapannya!

Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya, byk hadis palsu yg berlegar-legar dimulut para masyarakat. Meskipun byk perawi, tidak bermaksud hadis itu "sahih".

Meriwayatkan hadis palsu mengenai baginda Rasullullah merupakan tanda2 kemunafikkan yg jelas dinyatakan olehNya (mendustakan kebenaran kerasulan).

Jika ikut saya, mana2 periwayat yg menyanggahi ketetapan Allah perihal kenabian, maka boleh "ditolak hadis yg diriwayatkan" KESEMUANYA. Akan tetapi, itu bukan tugas kita kerana yg mampu mengenali "hadis palsu" hanya mereka yg diberi petunjukNya (hati Alquran).
Cukuplah ye! Semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 12:25 AM | Show all posts
alasala replied at 17-5-2016 08:19 AM
"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaaku ...
Dalil menjelaskan "siapa yg berdusta". Maka, jika terdapat "pandangan" mengenai hal ini didustakan, maka sumber ilmu boleh ditolak tanpa prasangka


Dilaporkan dalam hadis2 bahawa
ada yg nabi s.a.w. sabdakan Ismail a.s.
ada yg nabi s.a.w. sabdakan Ishak a.s.
- nak kata siapa yg berdusta?

Kenapa Quran tidak terus meletakkan nama anak yg diqurbankan?
Adakah kerana ketika itu anak itu solehin yg belum dikurniakan pangkat kenabian?

Dalil ini menjelaskan sesuatu yg sepatutnya diambil kira.
Ada tak selain drpd sumber Israeliyat yg mengatakan Nabi Israil adalah Nabi Yaqub a.s.?



Kisah sabar Nabi Ismail mengatasi makna soleh pada Nabi Ishak


Ye ke?
Patutnya hang kata lagu ni...

Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami,
dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi:
Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan dan Yaakub dan keturunannya
dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi:
Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Pemelihara mereka.
Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka
dan kepada Allah jualah kami berserah diri.
(A-li'Imraan 3:84)
Sedia maklum.

Antara dasar taqwa itu pada keterangan ini :  "perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian" dan juga "ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan"
Apakah relevan...?


Kesempitan ini juga boleh merujuk kpd keadaan terdesak dari seorg bapa kpd anaknya spt yg berlaku antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (pada makna kesabaran). Kesempitan juga merujuk kpd "tiada pilihan. Sedangkan soleh itu hanya boleh dididik taqwa melalui jalan sabar.

Dari surah AlKahfi yg merujuk kisah Nabi Musa ada kaitannya mengenai "sabar".

As-sabr tu sabarlah
Al-halim tu penyantun yg sabarlah
Kaum nabi Ibrahim a.s. gelar baginda a.s. al-halim
sbg sindiran terhadap keteguhan lagi penyantunnya baginda a.s.
Ke mana tumpahnya kuah...tapi apa hujahnya???


AlQuran itu petunjuk yg menjelaskan sesuatu kekaburan. Dan bukan semua hadis itu "benar" melainkan diperjelaskan oleh mereka2 yg jelas "mengenali hadis" menurut kehendakNya.

Selepas ini, tak perlu berdebat mengenai hal yg "jelas" dari petunjukNya.

Adapun kepada "ahli ilmu" yg tidak merujuk petunjukNya, maka kembalilah kpd Alquran dan Sunnah sekiranya mahu menyatakan ilmu yg "samar-samar"
Statement cenggini celaru...
Hadis Musnad Ahmad tu dah dinilai marfu'
yg menilai tu yg mengenali hadis.

"Hal yg jelas" tu apa? - tolong jelaskan.

Hang dah rujuk link2 yg diberi ke belum?

Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhu.

Nama lengkap beliau adalah Abdullah bin Abbas bin Abdil Muththalib. Nama beliau biasa disingkat menjadi Ibnu Abbas. Beliau adalah anak pamannya Rasulullah     (sepupu). Beliau dilahirkan tiga tahun sebelum peristiwa hijrahnya Nabi ke Madinah. Beliau wafat pada tahun 68 H di Thaif.

Baginda Rasullullah wafat 11 H. Paling kurang umur beliau 14 tahun. Tuan2 dan puan2 boleh fikir sendiri keadaan Tuan2 dan puan2 ketika itu.
So? Hang nak pertikai apa pulak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 12:32 AM | Show all posts
orangbesi replied at 17-5-2016 06:08 PM
WASALAM
moga dalam ketenangan
hehehe kisah tanduk ni lagi ke
ok le, ada gak bahan utk dibincangkan
korang bincang2lah dahulu
pasal kalau aku dah bincang sikit, dah tak de apa yg nak dibincangkan


Masalah tanduk lah jugak...

Kalu tanduk2 tanda qurbannya qibasy
Tiada tanda Ishak a.s. jejak kakinya di Mekah
kecuali, tanduk2 asalnya dari Moriah dibawa ke Mekah
- Masih lg tdk memihak kpd kedua2nya

P/s: Lupa dah, mcm mana boleh jd antelope ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 01:06 AM | Show all posts
ibnur replied at 18-5-2016 08:22 AM
Assalamualaikum warahmatullah tuan Dzul.

Ada satu hujah yang saya tak pasti disebut atau tidak ol ...

Tak jumpa yg full...
Dalam perjanjian lama (genesis 22), Tuhan perintah Nabi Ibrahim, dalam keadaan sedar tidak tidur, mengorbankan Nabi Ishak.  Islam menyebutkan ia adalah mimpi nabi Ibrahim. Bermaksud, dalam Islam itu bukan wahyu sebab wahyu diterima dalam keadaan sedar.  Kita boleh debat panjang atas perkara ni sahaja.

Tapi ada yg kata tara' (kata ru'i/ru'ya) tu juga visi i.e. sedar, selain mimpi.

Ada rabbai kata
1- Ismail a.s. sbg qurban, ditebus dek Ishak a.s.
2- Ishak a.s. sbg qurban, ditebus dek binatang sembelihan

Gini,
1- Allah uji Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. (mimpi)
- Ismail a.s. sbg 'zibhin 'azim'
- Kedua2 mendapat khabar gembira dgn kelahiran/kenabian Ishak a.s.

- tiada berlaku sembelihan binatang

2- Allah uji Ibrahim a.s. dan Ishak a.s. (visi)
- berdua ke gunung Moriah dan
- Allah turunkan 'binatang sembelihan' sbg tebusan
- khabar gembira kenabian Ishak a.s.
[Ini yg banyak kemungkinan species tanduk ni...utk dibincangkan.]


Yang keduanya, dalam perjanjian lama menyatakan nabi Ishak adalah anak lelaki tunggal Nabi Ibrahim.  Ini kesilapan yang besar sebab bila nabi ishak lahir, nabi ibrahim ada 2 anak lelaki.  ikut pendapat comparative religion yang pro-Islam, ini bukti pengubahan skrip asal taurat oleh manusia tapi Allah melalaikannya untuk memadamkan perkataan 'anak lelaki tunggal'.
Kalu dgn Kristian (artikel ni) memang setel lah.
Sbb kalu citer dgn rabbai2, die tak sebut old testament ke, new testament ke
dia cuma kata Torah....

Banyak jugak point rabbai2 yg kata muslim berhujah dgn skeptic
'pengubahan skrip asal' bla bla bla

Pak rabbai tu pakai torah ibrani tuhh...!

P/s: Calling for @sabbath_shalom  


Pendapat saya:  Pada masa sahabat, tabi tabien, ada ramai yahudi yang masuk Islam.  Mereka tanpa sedar membawa sama sejarah dari talmud & taurat.  itu lah timbulnya riwayat israeliyah.


Ofkos, banyak dalil/nas Islam yg pak rabbai guna tu bias jugak kadang2
drpd sumber yg byk petik israeliyat jugak
i.e. Ibn Kathir, Abu Hurairah, Ibn Abbas, Ibn Ishak, etc.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 01:12 AM | Show all posts
Itulah jawapannya!

Tq.


Jawapan ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2016 01:13 AM | Show all posts
alasala replied at 18-5-2016 09:44 AM
Sebenarnya, byk hadis palsu yg berlegar-legar dimulut para masyarakat. Meskipun byk perawi, tidak be ...
Sebenarnya, byk hadis palsu yg berlegar-legar dimulut para masyarakat. Meskipun byk perawi, tidak bermaksud hadis itu "sahih".

Meriwayatkan hadis palsu mengenai baginda Rasullullah merupakan tanda2 kemunafikkan yg jelas dinyatakan olehNya (mendustakan kebenaran kerasulan).

Jika ikut saya, mana2 periwayat yg menyanggahi ketetapan Allah perihal kenabian, maka boleh "ditolak hadis yg diriwayatkan" KESEMUANYA. Akan tetapi, itu bukan tugas kita kerana yg mampu mengenali "hadis palsu" hanya mereka yg diberi petunjukNya (hati Alquran).
Cukuplah ye! Semoga bermanfaat


Haa?


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain replied at 19-5-2016 12:25 AM
Dilaporkan dalam hadis2 bahawa
ada yg nabi s.a.w. sabdakan Ismail a.s.
ada yg nabi s.a.w. sa ...

Terlalu byk soalan. Saya akan jawab yg mana perlu sahaja.

1) Korban : Nabi Ismail (dalil sabar)
2) Bukan korban : Nabi Ishak (dalil soleh)
Jika tak faham "beza" 2 perkara ini, jgn "memperkecilkan" sesuatu yg "jelas"

Golongan kanan itu terdiri dari kalangan org yg soleh. Golongan yg mengatasi segala amalan adalah org yg bertaqwa (soleh).

Bukan semua sabar itu taqwa. Akan tetapi ada juga sabar itu taqwa. Akan tetapi bila kisah nabi Ishak dikatakanNya soleh, dan pada ayat berasingan dikatakanNya sabar, maka sabar itu mengatasi amalan soleh. Hanya satu tempat sahaja seseorg boleh sabar, apabila Allah perintahkan si bapa menyembelih anaknya. Adakah perkara ini pun "kamu tak faham"? Macam mana nak masuk syurga kalau isi kandungan Alquran pun kamu tak faham?

Pada surah Al-Baqarah, ayat ke 2 menjelaskan mengenai "petunjuk". Ada masaalah utk memahami petunjukNya?

Saya dah bagi soalan "mudah" mengenai perawi hadis. Kenapa tidak dicari akan hadis mengenai "perawi hadis" yg dinyatakan oleh baginda Rasullullah? Sebenarnya saya tahu, cuma saja tak terangkan disini sebagai "puzzle". Jgn malas berguru sebelum "menegur saya" cara budak darjah 1. Internet sememangnya tak ada, tapi saya tahu apa yg saya katakan ini "ada".

Beza ilmu kamu berbanding saya, kamu hanya mampu browser hingga lost in action (tak tahu jawapan) dan saya pula "faham" cara utk dapatkan jawapannya.

Jika hadis dgn dalil Alquran tak sama, maka kamu nak berpegang kpd Alquran atau kpd hadis?

Jika ada 100 hadis itu "palsu" dan hanya ada 10 hadis "benar", adakah kamu nak kata "boleh guna" jika ianya melibatkan "kenabian" org terdahulu?

Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain replied at 19-5-2016 01:13 AM
Haa?

Saya sudah bagi hint, carilah jawapan dahulu.

Jika tak faham, tunjukkan post saya ini dan tanya, guru tahu tak hal ini? Kalau guru itu kata "tak tahu", cari guru yg "tahu"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 01:30 AM | Show all posts
Lokasi sembelihan/qurban:

Lagi satu, gunung Moriah dlm Torah itu ada tiga (3) kemungkinan
mengikut Yehud wan Nasoro:
1- Pergunungan berdekatan Hebron.
2- Pergunungan Calvary, tempat Al-Masih Isa a.s. (didakwa) disalib.
3- Pergunungan Gerizim.

Bagi Arab, simple - bukit Marwah

P/s: ربِّ زدنی علماً
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.091091 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list