CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10804|Reply: 64

Wanita Ini Mahu Discharge Awal, Bila Ditanya, Jawapannya Buat Doktor Sebak

[Copy link]
Post time 17-5-2016 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jelitaqasyah at 17-5-2016 02:55 PM



Sayu hati kami tatkala membaca perkongsian doktor ini tentang seorang pesakitnya yang bermati-matian mahu discharge atau dalam erti kata lain mahu pulang ke rumah walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan rawatan.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui sebab kenapa dirinya nak sangat keluar dengan cepat dari hospital berkenaan. Sungguh tak sangka.

Nak balik walaupun masih belum sihat. Pernah 2 kali AOR, gugur 2 kali



“Bed mana patient medical ..?”
Bertanya pada staff nurse gynae ward . Dah macam mak ayam hilang anak setiap hari isnin. Nak cari pesakit medical yang dah bersepah2 kat ward lain.
“Doktor kat sini.”

Impression : UTI

Antibiotic : day 3 iv zinacef

Alamak ada temp lagi.


“Puan, tak boleh balik lagi. Ubat baru 2 hari. Ada demam lagi neh.”
Bergenang dah air mata dia. Tau dah, tu riak2 wajah nak mintak balik.
“Puan , antibiotik belum lengkap nanti .. ”
Bla bla bla .. Mentioning other few complications.
“Kita habiskan ubat dulu boleh ..?”
“Takpe la doktor, saya sign je surat AOR tu. Kesian kat suami, sorang2 tinggal kat rumah.”
Pergggh surat AOR pun dia tau. Pernah AOR lettuw.
“Puan kan tak sihat, takkan suami tak faham. Dia tau tk puan nak balik ne? Saya taknak hujung2 puan je nak balik tapi suami nak suruh habiskan rawatan dulu, nanti sudahnye kene kat saya.”
“Dia tau je.”
Dah macam muka Idris mintak makan pulak dengan mata “puss in boots” tuh. Ai give up.
“Okay. Saya amek surat. ”
Pergi nurse station . Selongkar file cari old notes. Under follow up gynae clinic. Hx of PUD 3 kali. AOR 2 kali. Miscarriage 2 kali. Referred to fertility clinic. Haduihhh ..

Jalan balik ke katil pesakit. Cubaan terakhir.


Fuuh .. Hembosss

“Suami saya dah bising”



“Puan, sebenarnye ada masalah lain ke yang menghalang puan duduk hospital lama2 ..? Saya tengok file lama puan banyak kali masuk ward sbb infection. 2 kali tak habis rawatan.”
Mata itu berkaca2 lagi.
“Suami saya dh bising la doktor. Sini kene bayar. Dia sebenarnya taknak saya masuk ward. Tapi hari tu sebab saya sakit sangat. Ni hari2 telefon marah2 , suruh bagitau doktor discharge kan saya.”
“Kenapa tak pergi hospital kerajaan lain ..?”
“Sbb rekod kat sini. Malas nak pindah2 hospital.”
“Kan awak tak sihat. Kenapa nak mendesak sangat keluar awal ..? Hari nak masuk ward hari tu kenapa tak cakap nak pergi hospital lain ..?”
“Ni paling dekat dengan rumah. Suami malas pergi hospital lain.”

“Suami lagi suka saya tak mengandung”


Waah .. ai kenot brain this.
“Jangkitan kuman berulang pada salur kencing tak elok utk org perempuan ya puan. Saya tahu puan cuba nak conceive. Pernah misscarriage kan sebelum ni ..?”
“Takpela doktor , suami saya lagi suka kalau saya tak mengandung.”
Air mata tak dapat ditahankan lagi. Laju meluncur keluar dari kelopak mata yang terbuku kedukaan.
Ai kenot go on anymore. Maka surat AOR dihulurkan. Berjalan keluar meneruskan pencarian pesakit. Sambil kepala cuba memproses insiden tadi. Sungguh saya berharap , ada alasan paling munasabah yang menyebabkan suami beliau bertindak begitu. Sungguh saya berharap kisahnya lebih dari itu. Sungguh saya cuba bersangka baik mungkin ada cerita disebaliknya yang kita tidak tahu.

Kenapa perlu begini?


Tapi jauh disudut hati, minda tak boleh nak hadam kenapa dalam perkahwinan ada yang harus menghadapi situasi begini. Selalu dah nampak. Hilang ehsan dan kasih sayang pada pasangan.

Kenapa begitu ..?

Mungkin terlupa sesaat destinasi ijab qabul. Yang seharusnya dituju ke “mardhatillah”. Berpaksikan pada Alquran dan sunnah. Saya berdoa nakhoda kapal pesakit saya sedar akan perjalanan yang dah terpesong dari destinasi asal dan cepat2 kembali ke laluan utama.
Balik rumah pandang wajah anak2 yang tengah lena bermimpi otromen.

Cerita dengan suami kisah pagi tadi.

” ni otromen2 yang tgh lena ni, bakal pemimpin keluarga semua ni. Berat kerja kita sebenarnya kan ..”
“Hmm ..” Tak mampu nk bagi jawapan panjang sebab tersedar akan hakikat yang sangat benar itu.
Semoga Allah pelihara baitulmuslim ini dan anak2 kita.


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Ar rum : 21


AOR
= At Own Risk discharge. Dia tak dapat keluar hospital lagi tapi minta dikeluarkan dengan syarat perlu tanggung risiko sendiri.

Sumber : Nur Jalila Mohd Ariffin
Ohbulan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 02:57 PM | Show all posts
asalkan berlaki.. dari andartu atau janda loser..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:06 PM | Show all posts
ingat ada anak ngn laki oku kat rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah ipan la ni..tak habis duk provoke pasal andartu..kan dah kawin tangkap muat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:09 PM | Show all posts
haishh laki dia pun...ni mesti laki yg jenis panas baran
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:28 PM | Show all posts
Kos idop makin naik

nak pancut dlm pun kena pk 2, 3 kali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa..awat sekerat sgt citer dia.aku ada 3 anak puang...xkn aku bagi anak aku jd cam depa ni.laki aku siap ckp xpayah kawen dok ngan ayah jah..hahaha.amboi..dia angkut anak dara org kehulu hilir dulu xpa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
marumaru replied at 17-5-2016 03:06 PM
Salah ipan la ni..tak habis duk provoke pasal andartu..kan dah kawin tangkap muat gitu..

Ni mesti dia penah join halal dating kelolaan ipan dulu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 03:38 PM | Show all posts
laki jenis tk ada hati perut nie... tau kawin tu utk senangkan dia jer... dari makan hati dapat laki mcm nie, hidup membujang lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:41 PM | Show all posts
Kesiannya. Entah bila perempuan mahu sedar, hidup ini ada waktu lebih bahagia tanpa suami bergelar jantan gampang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:43 PM | Show all posts
kesiannyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 04:08 PM | Show all posts
Ramai yang kesian padanya tapi sayang dia tak kesian pada dirinya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 05:06 PM | Show all posts
takut sangat ngan laki. laki nya garang macam singa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 05:08 PM | Show all posts
tapi fikirlah sikit keadaan diri tu. kalau diri sendiri sakit macammana nak jaga laki

tengah try nak conceive, kalau dapat anak, laki tak suka anak, satu hal lagi

macam mentally abused je dia ni. baik cerai jah dari terseksa gini. let it goooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:19 PM | Show all posts
sedih kisahnya..

berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:37 PM | Show all posts
bodo punye laki
nk menyondol je tau
ko yg sedap bini yg tanggung..
elok mandul je laki mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana manisnya kehidupan berunah tangga kalau mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 17-5-2016 07:19 PM
Kat mana manisnya kehidupan berunah tangga kalau mcm ni

Ada manisnya rumahtangga. Kadang2 ada pahitnya.

Macam single jugak. Mmg best. Tapi kadang2 ada rasa kosong.

So apapun dalam hidup ni mesti akan disulami dengan kepahitan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X guna berlaki, rela x kawen x sakit hati mcm ni... Mintak jauh jmpa laki mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 09:46 PM | Show all posts
I penah jaga pesakit masuk hdu sebab b/p high, mengandung 33week, anak ke 3, isteri pensyarah, suami cikgu, suami masuk tgk bini, i tnya dah daftar belum kemasukan isteri ke hospital, dia boleh tgk bini dia ckp, masuk wad ke ni, nak daftar mcm mn susah dgn anak payah.... So wat ur point dlm hati aku, dia ngandungdan dpat tekanan darah tinggi pun sbb ngandungkan anak kau bkn anak org lain. I terus pusing tgk laki dia n buat muka. Klu x nak susah x pyh ada bini n anak. Bini dia sedih je laki ckp mcm tu... Lps laki dia blah i suh bini dia tido tak yah pikir apa2x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.149731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list