oleh Adib Za
Buat anda yang merupakan penggemar minyak wangi, awas kini semakin banyak minyak wangi yang palsu dan tidak original dijual.
Sudahlah dijual mahal, kualitinya sangat teruk. Bau haruman yang berbeza, botol berkualiti rendah juga sistem semburan yang tidak bagus.
Minyak wangi yang original haruslah memiliki 3 lapisan note iaitu head notes, heart notes, dan juga base notes.
Manakala, minyak wangi tiruan dan palsu hanya memiliki head notes yang boleh dibau pada semburan pertama sahaja dan tidak kekal.
Ia juga memiliki bau sintetik yang kuat, kandungan alkohol yang banyak dan langsung tidak bertahan lama.
Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk mengenal pasti minyak wangi tiruan. Tonton video di atas ya. - CARI Infonet
|