CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missyqaldina

majlis kahwin yang tak kesampaian-update majlis da selesai-

[Copy link]
Post time 1-6-2016 10:38 AM | Show all posts
missyqaldina replied at 1-6-2016 09:15 AM
kesiannye kawan ko tuu..
btul segala trjadi msti ada hikmah kan?aku percaya sgt adik aku dijodohk ...

dia nak meroyan tu biar la..
maybe dia pun ada masalah lain yg kita tak tau..
dia buat silap, bukan tugas kita untuk menghukum..
orang kata, ada jodoh tak ke mana..
mungkin juga hasutan syaitan yang buat hati dan fikiran dia kacau..
ye la.. orang kata syaitan kan tak suka ummat bina masjid..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati dengan nasib adik tt. Tapi tak apa la.. in shaa Allah ada hikmah disebalik semua terjadi. sabar dan redha pasti ada ganjaran yg lebih besar untuk adik tt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 03:57 PM | Show all posts
boleh pula dia datang ye.. mcm mana sis tau dia dtg? dia bagitau kat adik sis ka?
haishh..kalau aku..rasa mcm nak dia..bagus adik n family sis mcm redha dgn apa yg terjadi.
insyaAllah ada benda baik yang terjadi..

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 04:49 PM | Show all posts
bila baca kisah adik tt ni teringat kisah yg sama jadi pada adik aku.. bezanya adik aku lelaki..

6 tahun lepas, sebulan sebelum perkahwinan dia, dia hilangkan diri, tak balik2, tak dapat dihubungi..
tapi kitorg bersgka baik mungkin akan balik sehari dua sebelum majlis.. sehinggalah 2-3 hari sebelum majlis, adik aku masih tidak menampakkan wajah.. telefon tak dapat, cari kat tempat kerja pun rupanya dah bertukar kerja jugak.. kami satu keluarga ni dengan rasa nak marah, sakit hati, bercampur baur, well, memang masa tu tak tau nak gambarkan keadaan kami masa tu.. tapi, pihak keluarga pengantin perempuan minta juga rombongan kami datang ke sana.. dari negeri P ke negeri P kami berkunjung.. malam sebelum majlis, bapa pengantin perempuan ajak kami jumpa di masjid negeri P.. di situ bapa pengantin meminta kami supaya mengatakan kepada semua tetamu beliau termasuk keluarga belah beliau dan keluarga belah isteri beliau bahawa pengantin lelaki (adik saya) sakit dan tidak dapat menghadirkan diri.. kami diminta mengatakan bahawa majlis nikah terpaksa ditangguhkan.. buat majlis hanya untuk merai tetamu.. nanti akan nikah gantung sahaja kemudiannya.. kami diminta berbuat dmeimian utk menjaga air muka dan maruah keluarga dia..

kami dengan perasaan malu tak payah cerita laa.. menangis2 kami semua sebab memahami keadaan keluarga pengantin perempuan.. dan kami akur..

esoknya, kami masih mengharapkan jika adik ada hadir tiba2 tapi seperti dijangka, memang tak ada.. kami semua berpelukan menangis bersama-sama semuanya di ruang tamu rumah pengantin.. disebabkan petang itu merupakan majlis yang paling duka dalam hidup kami semua, kami memutuskan untuk terus pulang ke negeri kami negeri P juga.. jauh pun jauhlaa, yang penting kami tak mahu lagi terus berada disitu dan ingin mencari jawapan kemana adik aku menghilang dan kenapa dia sanggup dan tegar buat anak perempuan orang macam tu.. aku masih ingat kata2 ayah pengantin perempuan, jika adik aku balik, masih ada tempoh 3 bulan untuk borang permohonan nikah diteruskan.. selepas itu, akan terbatal.. ayah pengantin juga kadi sebenarnya yg akan mengakadkan sendiri jika majlis tu jadi, tapi apa yg dia kata "saya mengakad majlis org, sungguh saya tak sangka, majlis anak sendiri tak jadi diakadkan.." mau tak meraung kami dengar tu..

sehinggalah malam tu, kami dalam perjalanan, cdgnya nak sggh ke bndr TM tido di rumah adik aku yg lain sebab kepenatan.. tiba2 dia dapat panggilan dr kawan adik lelaki, minta kami berjumpa di bndr SA.. 3 biji kereta yang berkonvoi gempar seketika.. dan berdebar2.. tak jadi singgah di bndr TM kami meneruskan jugak perjalanan ke bndr SA.. sesampainya kami disitu jam sudah menunjukkan 3pagi.. rupanya kawan dia dah rancang untuk pertemukan kami dengan adik lelaki kami..

kat situ, terbongkarlaa satu rahsia.. rahsia yang kami tak pernah jangkakan pun..

rahsia kenapa adik lelaki aku tak menghadirkan diri di majlis yg sepatutnya jadi majlis perkahwinan dia..
rupa2nya kes mereka bermula sejak dari mereka bertunang lagi..

flashback waktu bertunang dulu..

masa kami dapat tahu satu2nya adik lelaki kami nak bertunang kami semua excited dan siap sponsor brg2 hantaran walaupun serba sedikit.. tiba2 kami dapat panggilan dr mama abah kami utk balik tergempar.. sebab adik lelaki kami kata bakal tunang tak bagi datang.. mama kami siap telefon balik perempuan tu merayu minta janganlaa tak jadi sebab dah buat persiapan.. kalau tak bersedia lagi kami minta ditangguhkan pun takper.. akhirnya entah macamana perempuan tu bersetuju untuk teruskan jugak.. maka kami pun pergila menghantar rombongan meminang dr negeri P ke negeri P..

ok, back to perjumpaan di SA.. kami semua marah2 sambil nangis2 laa tanya kenapa buat kami semua mcmni.. abah siap ajak dia pergi balik ke negeri P semata2 utk nikah.. tapi kami kata tak apa, bagi dia peluang cerita dulu, apa sebenarnya keadaannya..

dia dan kawannya bercerita berselang seli sebenarnya perempuan tu hanya mencabar adik aku je utk masuk meminang dia jika betul2 adik aku mampu.. then barulah aku teringat, kenapa peempuan tu beria2 minta kami jangan datang pada mulanya.. dan bila kami igt balik, perempuan tu hya sedih jer tp tak menangis di hari majlis dia.. klu dia cover, itu aku tak tahula.. tp utk pengetahuan, adik aku keje swasta, gaji pun tak sebesar mana pd ketika tu, dan perempuan tu pulak keje kerajaan, berpangkat pegawai.. dan perempuan tu dah ada lelaki lain jugak sehingga pd hari majlis tu pun, dia hanya nampakkan dia suci dan baik, tp sebenarnya, dia hanya ugut adik aku untuk ceraikan dia selepas majlis dia tu berlangsung supaya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.. dia nak menampakkan supaya yg salah tu adik aku tp bukan dia.. sebenarnya kata adik aku, mereka kerap bergaduh sebulan sebelum perkahwinan tu, dan berkali2 jugak perempuan tu ugut adik aku.. dek kerana tercabar, terhasil satu dendam yg maha dahsyat, maka terjadilah perkahwinan yg tak jadi tadi.. adik aku sendiri menangis cerita perkara ni.. katanya buat apa dia kawin kalau akhirnya perceraian yang dipinta? tapi kami jugak marah dia, kenapa tak putuskan jer pertunangan tu.. kenapa kena pilih jalan tu? katanya sebab dendam.. ya Allah.. korang tahu apa rasa kami.. ingat kami ni apa? terduduk kami..

perkara ni diakui jugak oleh perempuan tu, lagi sekali kami terduduk.. pihak perempuan pun asalnya nak dtg ke kenduri belah kami untuk bantu cover tapi tak jadi dtg lepas dapat tahu hal sebenar

kenduri belah keluarga aku diganti pengantin.. sebab masa suntuk, cover malu dan mcm2 sebab lagilaa.. yg utamanya kami masih trauma dan sedih pd masa tu..

tak salahkan perempuan tu 100% sebab adik aku pun salah.. kesal? yer, memang kesal.. dan family perempuan tu sebenarnya sangatlaaa baik layan kami.. tapi dah tertulis mcmtu jalannya.. tiada saman menyaman antara kami.. setahun lamanya adik aku tak balik menjenguk.. selepas tu dia balik menengok hantaran2 tak jadi dia yg diterima dr perempuan tu.. kami lgsg x usik.. tp bila kami sama2 buka, semuanya brg2 dan hiasan yg ala kadar shj.. sedangkan hntrn2 dr pihak kami yg mahal, yg cantik, sesungguh hati kami buat.. memikirkan seronoknya dapat menantu dan ipar perempuan satu2nya.. perfume pun dr paris, kebetulan salah seorg adik aku ke paris pd masa tu..

kali terakhir kami dpt tahu perempuan tu masih tak berkahwin jugak lagi.. sama dengan adik lelaki aku..

bila igt balik ya Allah besarnya dugaan ni.. Alhamdulillah dah 6tahun berlalu, seems like everythings turns to normal back.. cuma parutnya masih tetap ada..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 05:02 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 1-6-2016 04:49 PM
bila baca kisah adik tt ni teringat kisah yg sama jadi pada adik aku.. bezanya adik aku lelaki..

...

sebabdendam jadi macam ni. on a bright side, tak kawin, tak gaduh, tak bercerai.

tapi malukan mak ayah, dendam tak sudah, cabar mencabar.. apa yang dapat.. kesian family u guys

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 05:04 PM | Show all posts
nuryakmal replied at 1-6-2016 05:02 PM
sebabdendam jadi macam ni. on a bright side, tak kawin, tak gaduh, tak bercerai.

tapi malukan  ...

yer.. kesal sesangat.. sedih marah semua ada.. Tuhan jer tahu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 1-6-2016 04:49 PM
bila baca kisah adik tt ni teringat kisah yg sama jadi pada adik aku.. bezanya adik aku lelaki..

...

Sedihnya baca...
Childish tul mereka ni..

What if kot tetiba ur bro bukak mulut nak kawen ngan pompuan tu? Since both if them r single?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 1-6-2016 04:49 PM
bila baca kisah adik tt ni teringat kisah yg sama jadi pada adik aku.. bezanya adik aku lelaki..

...

Soklan pertama aku, masa adik ko lama tak balik, xkan family ko tak risau, kot2 dia kena culik ke apa ke?

Soklan kedua, ex adik ko tu just nak mencabar adik ko je? Maksud? Dorang memang kapel ke? Masa kapel tu ada paksaan ke? Ke ppuan tu sesaja nak kapel dgn niat nak mainkan adik ko?

Soklan ketiga, adik ko xputuskan tunang sebab dendam yg maha dasyat? Siapa yang dendamkan siapa? Kiranya adik ko plan sume ni supaya nnt bila majlis kawen dia xkan dtg n sekaligus memalukan pihak pompuan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 08:44 AM | Show all posts
theotherfriend replied at 1-6-2016 09:36 PM
Sedihnya baca...
Childish tul mereka ni..

aku tak rasa pun adik aku nak dengan dia lagi, n same thing dengan perempuan tu..

n pendapat aku move on is better drpd sesama berjumpa balik.. kalau laaa..
ni kalau k.. mungkin nikah je udohlaa.. hahaha... tp aku konfiden dua2 xnk daa.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:56 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 1-6-2016 10:26 PM
Soklan pertama aku, masa adik ko lama tak balik, xkan family ko tak risau, kot2 dia kena culik ke  ...

soalan 1st, yer.. siapa tak risau.. sebulan sebelum kawin kitorg cari2 mana dia lgsg x balik.. nak report polis kawannya kata ada, tp kawannya pun tutup mulut.. xnk bgtahu lokasi dia.. tp kami masa tu bersgka baik.. berharap ada la dia balik, sebab igt dia x ckup duit nak bg hantaran ke apa ke kan.. yg setahun tak balik tu selepas perkahwinan dia tak jadi, dia tak balik sebab "melarikan diri" utk melupakan ker or whateverlaa alasan dia yg kami xtahu.. tp mcm aku ckplaa, siapa tak risau.. kami hya berhubung dr kawan yg rapat dengan dia je.. x directly dengan dia masa lepas kejadian tu.. sampaila hari raya, raya ke3 dia balik.. tp sekejap je, dia mtk maaf apa semua kat parents n adik beradik then dia pergi.. lepas pd tu, dia dh mula balik spt biasa.. since dia kerja jauh dr hometown, so balik dlm 2 bulan ke 3 bulan sekali mcmtula..
soalan 2nd mereka kapel.. almost 4 to 5 years jgk sbnrnya diorg kawan dr perempuan tu belajar lagi.. once dapat keja perempuan tu berubah sebab dh kenal lelaki yg sama hebat dengan dia kononnya.. hukhuk.. ekceli, nak tulis dh takde jodoh kan, cumanya perjalanan mereka tu mcmtu dahsyatnya..


soalan ke3.. yer, disebabkan bekas tunang dia tu ugut dia lepas kawin mesti cerai, jadinya, dia berdendam dan decide utk tak hadir majlis tu utk memalukan perempuan tu, tp tindakan dia tu x sedar bahawa dia bukan shj memalukan perempuan tu tp memalukan keluarga perempuan tu, memalukan keluarga kami jugak! ouchh.. bila igt balik mmg nak menitik air mata..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:03 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 2-6-2016 08:56 AM
soalan 1st, yer.. siapa tak risau.. sebulan sebelum kawin kitorg cari2 mana dia lgsg x balik.. nak ...

cerita paling gila dah paling menyakitkan hati
siannya la mak ayah jadi mcm mainan lak bg dia org
mujur takde yg heart attack

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 10:29 AM | Show all posts
naeila1807 replied at 2-6-2016 10:03 AM
cerita paling gila dah paling menyakitkan hati
siannya la mak ayah jadi mcm mainan lak bg  ...

yer.. kedua-dua keluarga dh jadi mainan dek dua org tu.. perempuan tu dengan adik aku.. dua dua sama jek! sedih, marah, kecewa, kesal..

ehh.. semua ada laa.. yg takder gembira jek! huhuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 2-6-2016 08:44 AM
aku tak rasa pun adik aku nak dengan dia lagi, n same thing dengan perempuan tu..

n pendapat ak ...

Ooo pompuan tu jumpa yg lebih hebat...
Sampainya hati...

Harap2 ur bro berjumpa jodoh yg baik.

Eh ..masa tu umur derang berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram pulak aku ngan mamat tu. Apa dia nak lagi????
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 1-6-2016 04:49 PM
bila baca kisah adik tt ni teringat kisah yg sama jadi pada adik aku.. bezanya adik aku lelaki..

...

sedeh nye awk. tabah lh ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 08:18 AM | Show all posts
theotherfriend replied at 3-6-2016 07:37 PM
Ooo pompuan tu jumpa yg lebih hebat...
Sampainya hati...

adik 25, perempuan tu muda setahun dua kot.. lupa daa.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 08:20 AM | Show all posts

huhu, tq.. memasing dah move on, cuma kebetulan kisah tt ni lebih kurg sama dgn kisah adik, teringat laa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 10:09 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 6-6-2016 08:20 AM
huhu, tq.. memasing dah move on, cuma kebetulan kisah tt ni lebih kurg sama dgn kisah adik, tering ...

ya allah kesiannya family ko..
dedua perangai tak matang kan..tu yg buat mcm tuu..xpk perasaan fmily masing2..
nak dijadikan cerita skrg..adik aku dapat info..dr kawan dia yg duduk ausie jugak..
rupa2nye bekas tunang adik aku ngn gf baru die tu pun plan mmg nak memalukan fmily aku..
saje die soh adik aku edarkan kad..and seminggu bru nak break..
mmg lahanat nye perangaii..kalau aku dpt la main bomoh2 ni..rase nak bomohkan je dorang tuu..gerammm!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 10:10 AM | Show all posts
munchkin replied at 3-6-2016 07:48 PM
Geram pulak aku ngan mamat tu. Apa dia nak lagi????

ntah la wehhh...gila isim kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 10:13 AM | Show all posts
missdiyana replied at 1-6-2016 03:57 PM
boleh pula dia datang ye.. mcm mana sis tau dia dtg? dia bagitau kat adik sis ka?
haishh..kalau aku ...

masa kenduri tu..mmg da plan 1 rumah homestay utk kwn2 dia..so bila jadi mcm ni..kwn2 si lelaki semua backup adik aku..
sokong adik aku..dorang snggup semua ramai2 dtg kenduri..bg adik aku support..
so bila kwn2 die semua dtg kenduri..tiba2 die pun sebok nak pegi..gila kannn???
and kwn2 dia la yg bgtau dia ade..tp dok dlm keta je x keluar..
kwn2 die pun ade yg bengang ade kwn cmni..masing2 makan pun lmbt2..lepak2 sejam dua..hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.072802 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list