Oleh Izzah Abbasy
Pasti pening kalau anak dah ramai kemudian masing-masing nak tidur satu bilik bersama ibu dan ayah. Lebih-lebih lagi ruang bilik anda juga terhad.
Biasanya anak kecil ini takut tidur bersendirian dan ingin ditemani dan tidur berpelukan sehingga ke pagi. Sudahnya, pasti kurang selesa kerana ruang sempit.
Jika anda mempunyai masalah yang sama dengan ibu ini, anda boleh tiru bagaimana dia mengatasi masalahnya. Memang kreatif.
Elizabeth Boyce dan pasangannya mempunyai masalah tempat tidur bagi 5 orang anak mereka, jadi dia membuat keputusan untuk mencipta katil keluarga yang boleh menempatkan sebanyak 7 orang.
Menggunakan katil-katil lama dan sebahagian lagi daripada peralatan-peralatan yang boleh didapati di Ikea, Boyce mengubah suai katil biasa menjadi super katil yang boleh menempatkan 7 orang sekaligus. Anda boleh lihat pelan yang telah dibuat oleh oleh Boyce pada gambar dibawah. - CARI Infonet
Kredit : wanderingtheworldbelow.com
|