View: 2628|Reply: 5
|
Sista, Rawatan Kuku Berisiko Dijangkiti Virus HIV! Berhati-hati Ya!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://vayomassage.com/
Kita sedia maklum, virus HIV boleh disebarkan melalui perkongsian jarum dan melakukan persetubuhan dengan pasangan yang berbeza-beza dari masa ke semasa.
Bagaimana pun yang terbaru, terdapat seorang wanita berusia 22 tahun didapati dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) melalui alatan yang digunakan ketika rawatan kuku (manicure).
Berdasarkan laporan satu jurnal perubatan, pendedahan berita ini dilakukan oleh seorang pakar dan menurutnya ia adalah cara penyebaran HIV yang terbaru di kalangan masyarakat.
sumber foto: google image
Namun demikian, kes ini merupakan kes terpencil dan risiko dijangkiti adalah rendah.
Menurut laporan, berikutan wanita tersebut tidak mempunyai sebarang faktor risiko biasa yang menyebabkannya berjangkit virus tersebut, seperti seks rambang tanpa perlindungan kondom ataupun berkongsi alat suntikan.
sumber foto: http://www.lagostoday.org/
Lantas, melalui siasatan lanjut, pakar mendapati alatan digunakan ketika melakukan rawatan kuku menjadi punca jangkitan tersebut.
Ini kerana, dia berkongsi peralatan itu dengan sepupunya yang sememangnya penghidap penyakit tersebut.
Jadi, berhati-hatilah dan ingat risikonya amat tinggi sekiranya ingin berkongsi peralatan seperti pengetip kuku, berus gigi dan apa-apa sahaja peralatan yang bersentuhan dengan kulit dan mampu melukakan.
Walaupun kes tersebut jarang berlaku, tapi jangan ambil ringan kerana jika dijangkiti, memanglah tidak berbaloi langsung.! - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
virus hiv kan tak aktif bile dah terdedah pada udara? kalau saya tak silap lah... |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak aktif tp idup. bila dah masuk dalam darah kita.. die aktif la balik.'
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. kene hati2 la juga... tapi sianlah akan meningkatkan stigma pada pembawa hiv...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu lebih selamat guna peralatan sendiri dari guna peralatan yang dikongsikan bersama pengguna yang lain terutamanya pengetip kuku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kajian HIV lambat cari penawar. Tau apasal? Pasal virus tu lemah sangat.
Terdedah pd udara, mati.
Beza pH, mati.
Berita gini cukp diragui. Bukanlah makna jadi tak yah risau.
Banyak lagi virus yg berkali ganda mudah berjangkit dari HIV.
So, guna peralatan sendiri lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|