oleh Adib Za
Makanan yang berkonsepkan pelangi iaitu warna warni memang menjadi trend pada masa ini.
Apa sahaja dijadikan warna-warni seperti kopi, sandwich dan sebagainya. Nampaknya trend itu telah merebak dan turut menjadikan sushi juga persis pelangi.
Anda boleh menemui gamabr-gambar sushi tersebut dengan hashtag #rainbowsushi di Instagram yang pastinya membuatkan rasa terliur. Memang kreatif sangat.
Selain sayuran dan warna ikan yang memang sudah sedia menarik perhatian, para chef turut mewarnakan beras yang digunakan untuk sushi pelangi ini.
Nah, layankan sebentar hidangan enak dari Jepun ini. - CARI Infonet
|