Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4837
View
99
Reply

Amaran untuk anti hadis

[Copy link]

Author: kemaruk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-5-2016 09:14 PM | Show all posts |Read mode
WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT
Hadis Nabi s.a.w adalah sumber ajaran Islam. Dalam ertikata lain ia menjadi rujukan dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65)

Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.

Tidak dinafikan terdapat hadis yang tidak sahih iaitu perkataan ataupun perbuatan ataupun pengakuan ataupun sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara tidak sahih. Namun untuk memutuskan hal itu hendaklah atas penghujahan ilmiah seperti yang digariskan oleh para sarjana hadis dalam klasifikasi hadis. Ia bukan dibuat secara semberono, nafsu yang dangkal dan tidak ilmiah. Menolak hadis yang tidak sahih memang sewajarnya, namun menolak yang sahih tanpa asas ilmiah adalah satu kesesatan.

Menolak hadis yang sahih sebagai sumber hukum Islam jika dilakukan dalam keadaan waras dan sedar membawa individu berkenaan terkeluar dari Islam. Inilah yang disebut oleh as-Sayuti r.h (w 911H): Ketahuilah Csemoga Allah merahmati kamu- bahawa sesiapa yang membantah bahawa hadis Nabi s.a.w , -samada perkataan atau perbuatan baginda dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul (iaitu yang digariskan dalam Ulum al-Hadith dan Usul al-Fiqh) sebagai hujah maka dia menjadi kafir. Dia terkeluar dari daerah Islam dan dihimpunkan bersama Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak kafir (Al-Sayuti Miftah al-Jannah fi Ihtijaj bi al-Sunnah, m.s 140. Mesir: Dar as-Salam)

Mereka yang bersekongkol dengan menzahirkan sokongan ataupun tidak membantah padahal dia perlu membantah dan boleh membantah, maka dia boleh jatuh ke dalam golongan yang sama-sama sesat. Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) "Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh" (Surah al-Baqarah: 87).

Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut 'kamu' disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!
Kita sedia untuk berdialog dengan golongan anti-hadis ini.


https://ms-my.facebook.com/DrMAZA/posts/10152301465577990

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2016 09:15 PM | Show all posts
contoh anti hadis

http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1529197

dah tergelincir akidah ni.. memperlekehkan imam bukhari
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:29 PM | Show all posts
so, percaya tak hadis qudsi? etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:32 PM | Show all posts
Bangkem dh kembali pangkal jalan atau nak troll org?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2016 09:33 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-5-2016 09:29 PM
so, percaya tak hadis qudsi? etc etc

nak corner ke hadis qudsi pulak ke?

yang penting, ko pun setuju yang imam bukhari ada buat silap kan kan kan?

kesahihan hadis sahih bukhari perlu dipersoalkan.. betul tak?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2016 09:34 PM | Show all posts
fire_place replied at 26-5-2016 09:32 PM
Bangkem dh kembali pangkal jalan atau nak troll org?

bangkem cuma nak ingatkan, jangan jadi anti hadis

sebab ada lobainita yang tak tahu betapa besarnya kesalahan bila menolak hadis SAHIH BUKHARI

kalau lobainita pon boleh buat kesilapan camni, apatah lagi adik2 yang baru nak belajar agama
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 09:50 PM | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2016 09:34 PM
bangkem cuma nak ingatkan, jangan jadi anti hadis

sebab ada lobainita yang tak tahu betapa besa ...

Bangkem try lah jawap persoalan kat sebelah. Nak tengok versi pemikiran bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dbell ada sorg kawan..dia ni pengumpul duit kertas lama..
Dia pernah dapat duit dengan nilai rm sa-puloh ringgit..nilai pasaran masa tu riban jugak lah..ramai yang nak beli..semua cakap duit rare..ori..tapi bila gi jumpa pakar,org yg kenal bab duit..dia kata duit tu duit palsu..padahal dia dah lama jadi collector..kalau duit tu dia tunjuk kt dbell yg tak pandai bab duit duit lama ni..kompom dbell kata duit rare...habis ribu jugak la dia beli duit tu..rugi je dia..hahahaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2016 10:14 PM | Show all posts
DumBell replied at 26-5-2016 10:00 PM
Dbell ada sorg kawan..dia ni pengumpul duit kertas lama..
Dia pernah dapat duit dengan nilai rm sa- ...

sindir @mbhcsf ke ni?


sebab dia tak tahu pasal hadis palsu, daif, sahih bagai ni


hadis sahih pon dibantainya hadis kelentong

konfiden je kata perawi tu nyanyuk hahahaha

perlekehkan Imam Bukhari = jatuh kaper
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:34 PM | Show all posts

hadis qudsi tu hadis yg sangat sangat penting .
so, saya andaikan saudara menerima semu ahadis dan ini termasuklah hadis yg sangat sahih berkenaan

Islam, Iman dan Ihsan?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 26-5-2016 10:34 PM
hadis qudsi tu hadis yg sangat sangat penting .
so, saya andaikan saudara menerima semu ahadis da ...

Apa kaitan dengan hadis qudsi pulak  

Bangkem tanya, you setuju tak hadis sahih perlu dinilaikan semula? You sendiri setuju perawi hadis sahih ada yang nyanyuk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:36 AM | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2016 11:23 PM
Apa kaitan dengan hadis qudsi pulak   

Bangkem tanya, you setuju tak hadis sahih perlu din ...

did u know that sahih bukahri dan muslim pun ada dah direview - Ibn taimiyyah, ibn hajar asqalani dan imam nawawi
ada pun pendirianmereka terhadap status hadis bukhari dan muslim ni.

dah berlaku pun so, u know - apa yang menjadi satu isu pada anda ya? saya sebenarnya tak faham.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:42 AM | Show all posts
kemaruk replied at 26-5-2016 11:23 PM
Apa kaitan dengan hadis qudsi pulak   

Bangkem tanya, you setuju tak hadis sahih perlu din ...

sebelum nak pergi jauh - kenapa tak nak terima hadis yg sahih dimana perawinya tadlisnya , semua okay okay saja? jilalau berkaiatan dengan akhlak , akidah etc?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-5-2016 12:49 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 27-5-2016 12:36 AM
did u know that sahih bukahri dan muslim pun ada dah direview - Ibn taimiyyah, ibn hajar asqalani  ...

apa hadis sahih bukhari yang direview oleh imam2 tu? boleh bagi? adakah hadis umur aishah tersebut yang direview?

atau hanya review 2 hadis sahih yang bercanggah antara satu sama lain?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hisssshh..jgn memperlekehkn hadis la weyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:55 AM | Show all posts
kemaruk replied at 27-5-2016 12:49 AM
apa hadis sahih bukhari yang direview oleh imam2 tu? boleh bagi? adakah hadis umur aishah tersebut ...

dah agak dah bukannya soal pokok seperti akidah , ibadah tapi surely pasal kes aisyah  yg berkahwin dengan nabi Muhammad SAW pada usia yg muda.dan penting untuk anda sebab  ada dalam kalangan yg akan menjadikan isu dalam setipa kes perkahwinan kekanak
dan kalau Prophet Muhammad SAW berkahwin pun ketikza zamannya  , apakah menjadi isu kepada Muslim yg berpegang teguh bahawa

nabi itu - apa definisnya ,   rasul itu apa definisnya ? dan apa sifat wajib dan mustahil.

sebelum apa apa pun - boleh huraikan mecam mana hadis ditafsir ikut pemahaman you?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:56 AM | Show all posts
kes Aisyah yg interesting berbanding soal akidah, akhlak dan ini menjadi soalnyer ye.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:56 AM | Show all posts
saya buka kepada yg  arif dalam board ini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-5-2016 12:56 AM | Show all posts
woooiiii jangan lawan bukhari.. korang lagi hebat dari bukhari ke?

Ibrahim ibn Ma'qil said: I heard Muhammad ibn Isma'il al-Bukhari say: "I was with Ishaq ibn Rahuyah when a man said: 'Why don't you compile an epitome (mukhtasar) of the prophetic ways?' This stayed with me, and was the reason why I compiled this book (the Sahih)." Al-Dhahabi said: "It has been narrated through two firm channels of transmission that al-Bukhari said: 'I extracted this book from about 600,000 (sound) hadiths, and I compiled it over sixteen years, and I made it a plea for what lies between myself and Allah.'" Al-Firabri said: Muhammad ibn Isma'il said to me: "I never included in the Sahih a hadith except I made a major ablution (ghusl) and prayed two rak'at beforehand."

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:58 AM | Show all posts
kemaruk replied at 27-5-2016 12:56 AM
woooiiii jangan lawan bukhari.. korang lagi hebat dari bukhari ke?

Ibrahim ibn Ma'qil said: I hea ...

then anda menerima jugalah apa apa hadis yg dalam sahih ni ye  termasuk dalam bab akidah, ibadah etc etc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096581s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list