View: 1563|Reply: 2
|
Lebih 1,000 Nahas Akibat Terlanggar Objek - PLUS
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.utusan.com.my/
Sebanyak 1,178 kemalangan dilaporkan berlaku akibat terlanggar objek yang terjatuh di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada 2015.
Kenyataan itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi kepada pemberita selepas sesi taklimat media berhubung objek dan halangan di lebuh raya PLUS, semalam.
Menurut beliau dalam tempoh berkenaan, kira-kira 2,200 objek seperti serpihan tayar, kayu dan besi dikesan berada di atas lebuh raya.
"Turut ditemui adalah bangkai haiwan, komponen kenderaan, tilam, perabot dan sebagainya,"
Beliau turut menyaran kepada operator kenderaan berat perlu memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Kira-kira 150 anggota pasukan PLUSRonda ditugaskan untuk memantau dan melakukan rondaan di sepanjang lebuh raya, tambah beliau.- CARI infonet
sumber berita : http://www.bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
pas tu lori rosak,biar tesadai tepi jalan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|