|
Oleh Izzah Abbasy
Serangga hidup yang unik dan berwarna-warni ini dipilih sebagai model fotografi oleh Marc Lamey, jurugambar dari Amerika.
Projek bertajuk 'Beauty Inside' ini menggunakan beberapa jenis serangga yang diletakkan di dalam mulut model wanita.
Mengikut Marc Lamey, inilah cara yang unik dan luar biasa tentang kecantikan dalaman.
Pasti sukar untuk menjalankan fotografi dengan serangga, lebih-lebih lagi diletakkan dalam mulut seorang model cantik. Terfikir jugalah, serangga tersebut tidak berbahaya ke? Jika serangga itu tiba-tiba merayap sampai ke dalam anak tekak, bagaimanalah ya?
Sungguhpun begitu, jurugambar ini telah melakukan sesuatu yang lain daripada biasa. Sangat kreatif! - CARI Infonet
Kredit : Marc Lamey |
|