CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 4

4 bulan 10 hari kena berkurung?

[Copy link]
Post time 31-5-2016 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Dr. Fathul Bari in Kuala Kangsar.
28 May at 20:32 ·

CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?

Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.
Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas-nas agama yang merentasi fahaman mahupun ideologi politik.
Hukum bagi wanita yang sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.
Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:

1. Al-Quran
Firman Allah SWT:
( وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ( 234 ) )
Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." [QS Al-Baqarah, 2:234]

2. Hadis Nabi SAW
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ
Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika dia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." [HR al-Bukhari & Muslim]

Jadi persoalannya bagaimana dengan Puan Mastura?

Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah untuk berkempen. Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau untuk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya. Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi-pengundi non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yang telah diputuskan dalam agama kami.

Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



4 bulan 10 hari? Makan angin kat rumah? Tak berasap laa dapur  

siapa yg dah rasa nak mati tu, sila standby bekalan makanan utk 4 bulan 10 hari

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 02:44 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-6-2016 02:46 AM

Apa yang saya fahami ialah dilarang keluar  untuk tujuan tujuan yang lagha - tapi kalau ibu tu bekerja dan mencari nafkah kepada anak anaknya - okay tapi kena jaga perlakuan dan tidak melampau lampau.

sapa yg arif boleh kembangkan lagi.

ini semua untuk menjahi wanita itu dari fitnah.
kalau awak nak tengok hikmahnya - tengoklah stigma masyarakat apabila seorang wanita yand kematian suami dipandang? ade je  ungkapan yg tidak manis etc etc dan kita nak elakkan inilah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2016 03:07 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 31-5-2016 06:44 PM
Apa yang saya fahami ialah dilarang keluar  untuk tujuan tujuan yang lagha - tapi kalau ibu tu beker ...

siapa kau nak menentang wahyu elohim?  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 04:46 AM | Show all posts
Atheis replied at 1-6-2016 03:07 AM
siapa kau nak menentang wahyu elohim?

bebenda macam ni ada pendapat ulama yg pakar dalam munakahat. so, i tak lah fikir ia satu issue. ia menjadi issue pada org yg tak pernah dengaq akannya atau ingin memanipulasikannya . Benda macam ni difikirkannya  untuk didebatkan bukannya mencari penjelasan ulamak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2016 05:02 AM | Show all posts
Berani betul ko itu menggunakan akal dalam hal agama.  

Ko tak tahu ka akal kita hanya setitik jika dibandingkan dengan lautan ilmu elohim?   

~Kita harus kembali kepada ajaran Isle sebenerrrrrr.....  

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066762 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list