View: 2651|Reply: 8
|
Bagaimana Nak Sediakan Tempoyak Yang Tahan Lama?
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Musim durian datang lagi. Apa yang uniknya durian ini kita boleh simpan lama, apa lagi dalam bentuk tempoyaklah kan.
Jika dimasak dengan masak lemak ataupun sambal, memang terbaik. Tapi, pandai tak nak sediakan tempoyak yang sedap dan tahan lama?
Jom ikuti cara-cara untuk menyiapkan tempoyak, seperti yang dipaparkan dalam blog Resipi Masakan Mudah.
Sumber foto: Carian google
1. Asingkan isi durian dengan bijinya. Lenyek durian sehingga halus. Kemudian campurkan garam kasar secukup rasa. Ia bertujuan mengawet tempoyak dan mengelakkan ia cepat berkulat.
2. Selepas gaul rata dengan garam kasar, masukkan bahan tadi ke dalam penapis. Letak besen di bawahnya. Tutup bekas tadi dengan foil. Biarkan ia seharian untuk membebaskan 'gas' durian.
3. Kemudian, air durian terasing dari isinya, buang air tersebut. Simpan isi durian ke dalam balang kaca kerana ia lebih tahan lama. Anda juga boleh menggunakan bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Masakan Mudah |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya tempoyak..
aku lapar durian
macam tak nampak lagi orang jual kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. satu lagi petua, masa asingkan biji dengan isi, jangan pakai tangan bogel..
kalau pakai tangan bogel, tempoyak akan rosak..
dulu-dulu jenuh guna garpu nak buang biji..
tapi zaman sekarang, dah berlambak sarung tangan plastik jual..
senang la boleh guna tangan untuk buang biji.. |
|
|
|
|
|
|
|
simpan jerk dlm freezer tu
gerenti tahan lama..
dkt setahun aku simpan..ok jerk
kalau simpan kt tmpat biasa
dia mcm byk air dn lembik sgtttt..
rupa dia pun buatkan hilang selera nk mkn |
|
|
|
|
|
|
|
oooo tak boleh pakai tangan bile asingkan durian yea. baru tau... air pon kene buang yea. ok! nanti nak buat...
biasa yea dah buang biji letak dalam balang plastik tu pastu letak kat luar semalam biar kuar gas.. lepas semalam tu baru bleh letak dalam frige. tapi kalau lama nanti memang air dia kuar.. kadang kadang ada kulat putih kat atas... |
|
|
|
|
|
|
|
wah terima kasih dengan tips diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
tempoyak baru buat je best...start jd masam dh x sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
tempoyak yg jual dlm balang tu blh beli tak?...aku takut bercampur air ludah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya kalo dapat makan sambal tempoyak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|