CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CERPEN - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 2-6-2016 03:52 PM | Show all posts
Nasrul membetulkan tali lehernya.

Tok! Tok!

“Masuk, Zu!” panggil Nasrul lalu membetulkan butang kemeja di pergelangan tangannya pula.

Zuhaira masuk lalu berdiri di pintu.

“Duduk.” Pelawa Nasrul lalu duduk di kerusi utamanya.

Zuhaira membetulkan kainnya sebelum duduk. Nasrul memandang wajah Zuhaira.

“Macam kurang sihat je. Demam ke?”

“Sakit kepala sikit. Tapi saya dah makan Panadol. Jap lagi ok la ni.” Jawab Zuhaira jelas.

“Zu ada masalah erk?”

Zuhaira diam. Perlu ke dia cerita pada Nasrul?

“Kalau ada masalah boleh je kongsi dengan saya. Saya orang yang boleh dipercayai.” Kata Nasrul sambil tersenyum.

“Tak. Saya ok.” Jawab Zuhaira cuba mengawal perasaannya.

Nasrul gagal memujuk Zuhaira. Namun dia tetap berlagak seperti biasa.

“Ok, tak pe. Kalau ada apa-apa, saya berlapang dada menerima sebarang luahan dan pertolongan.” Jawab Nasrul mula main tarik tali dengan Zuhaira.

Zuhaira hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia kalau boleh tak nak sesiapa tahu hal rumahtangganya itu. Biarlah dia sendiri yang selesaikan dan dia berharap semuanya akan berakhir dengan baik-baik.

Nasrul mula bangun lalu mengambil fail di rak belakangnya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan ke arah Zuhaira sambil membaca surat di dalam fail itu. Dengan sengaja dia menarik kerusi lalu duduk rapat bersebelahan dengan Zuhaira. Minyak wangi yang Zuhaira pakai menaikkan ghairah Nasrul.

Zuhaira kurang selesa. Dia cuba jarakkan sedikit kedudukannya dengan Nasrul tetapi Nasrul semakin dekat dengan dia. Zuhaira terus bangun tetapi dengan tangkas, Nasrul memegang lengan Zuhaira dan mereka berdua bertentangan mata.

“Jangan macam ni. Kita nak bincang hal keje je.” Bisik Nasrul.

Zuhaira terpaksa mengalah demi mencari rezeki. Perlahan-lahan dia duduk semula dan cuba jauhkan sedikit jarak kedudukannya itu.

“Takut?”

“Tak biasa.” Walaupun Zuhaira selalu tengok dalam drama, malah ada juga rakan-rakan yang berlaku curang, namun dalam hati selalu berdoa agar dia kuat iman dalam menentukan mana yang baik mana yang tidak.

Nasrul tersenyum.

“Saya nak jelaskan di sini. Zu jangan salah anggap erk. Hubungan antara kita hanyalah antara pekerja sahaja, tak lebih dari itu.”

Zuhaira lega! Tetapi itu hanyalah perangkap Nasrul semata-mata. Dia mahu Zuhaira terpengaruh dengan dirinya.

“Ok, now kita fokus tentang surat ini.”

Nasrul merapatkan lengan kirinya dengan lengan kanan Zuhaira. Zuhaira bau dan dengar dengusan nafas Nasrul yang semakin dekat itu. Tiba-tiba terus ingatkan suaminya!



                                                ********************************



Syakir dan Wani bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan begitu gembira sekali. Syakir tekad, tekad mahu berkahwin dengan Wani. Macam mana sekali pun, dia akan minta izin dari Zuhaira. Dia dah banyak kali curang dengan Zuhaira, tetapi kali ini dia akan jujur. Jujur untuk membina lagi satu mahligai cinta.

Wani yang memakai spek mata hitam itu memegang tangan Syakir lalu terus melentokkan kepalanya ke bahu kekasih yang bakal menjadi suaminya itu.

“Tak sabar nak jadi isteri abang.”

“Sabar erk. Abang cuba buat yang terbaik untuk kita.”

“Yeke?” terus Wani potong kata-kata Syakir itu.

“Yelah.”

“Anak-anak abang?”

“Nanti abang bawa, Wani tolong la jagakan.”

“Hah?” Wani terlopong.

“Kenapa pula ni?”

“No way! Wani tak nak anak-anak abang.”

Syakir memperlahankan pemanduannya.

“Wani cakap apa ni?”

“Kan dulu Wani pernah cakap dekat abang yang Wani tak suka budak. Rimas!!”

Syakir diam. Dia ingat tetapi dia sangka Wani sudah berubah, rupanya masih belum! Wani sedar mungkin kata-katanya tadi ada mengguris hati Syakir. Perlahan-lahan dia memegang tangan Syakir.

“Bagi Wani masa lagi untuk bukak pintu hati terima anak-anak abang.”

Syakir diam.

“Abang sayang Wani kan?”

“Mana boleh tak sayang.” Jawab Syakir seperti merajuk.

“Jangan la merajuk, abang..” Wani merengek sambil mencium-cium bahu Syakir.

“Wani terima abang, Wani kena terima anak-anak abang. Tolong ya, Wani.”

Wani diam sambil mengeluh ringan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2016 03:55 PM | Show all posts
Jam 12.30 tengah hari..

Nasrul keluar dari biliknya lalu berjalan ke tempat Zuhaira. Zuhaira kelihatan sibuk menguruskan surat keluar masuk.

“Hai.”tegur Nasrul sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

Zuhaira tersenyum memandang Nasrul.

“Jom makan.”

“Hmm? Makan?”

“Jom.” Ajak Nasrul lagi.

“Maaf, Encik Nasrul. Saya ingat tengah hari ni nak balik rumah jap.”

“Yeke..”

“Lain kali?”

“Hmm..yelah. Saya gerak dulu.”

Zuhaira mengangguk lalu pandang Nasrul sehingga hilang dari pandangan matanya. Kemudian dia tersenyum.

“Tak kuat iman, habislah aku..” bisik hati Zuhaira lalu terus bangun untuk bersiap pulang ke rumah.

Sebelum masukkan handphone ke dalam handbeg, dia sempat melihat sama ada dia dapat miss call atau mesej. Kosong!

“Abang tak rindu Ira ke?”

Zuhaira mengambil handbeg nya lalu berjalan ke pintu keluar.



                                                  ********************************



Syakir membawa Wani masuk ke dalam rumahnya. Dia tahu pada waktu tersebut Zuhaira masih di pejabat. Mustahil waktu tengah hari yang singkat isterinya itu pulang ke rumah.

“Kemasnya rumah abang.” Puji Wani sambil calit jarinya di atas meja hiasan dan langsung tiada habuk.

“Zuhaira memang rajin mengemas walaupun sibuk dengan hal kerja, hal anak..abang lagi.” Tiba-tiba Syakir tersentak sendiri dengan kata-katanya itu.

Wani perasan Syakir tengah mengelamun. Syakir terpandang gambar kahwinnya di atas meja hiasan.

“Abang.. abang ok ke?” Wani memegang tangan Syakir.

Syakir tersedar lalu terus memandang Wani di sebelahnya.

“Bilik abang mana?” tanya Wani manja lalu mengenyit sebelah matanya.

“Bilik abang?”

Wani tersenyum dan Syakir memahaminya. Dia terus menarik Wani masuk ke dalam bilik utama yang menjadi bilik isterinya itu juga. Kejam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 04:00 PM | Show all posts
Nasrul yang baru hendak masuk ke dalam kedai makan itu terus mendapat panggilan telefon dari tunangnya.

“Hello.” Nasrul malas nak jawab sebenarnya.

“Abang kat mane? Kata nak jumpa Na kat ofis sama-sama kuar lunch.”

“Eh, yeke? Abang dah lupa la..” Nasrul memang lupa atau Nafeesa yang sengaja ada-adakan cerita?

“Tengok abang ni! Abang memang dah tak sayang Na ke?”

“Dah tak sayang.” Perlahan Nasrul jawab.

“Apa? Tak dengar.”       

“Sorry la, Na. Abang tak sempat nak ambil Na la. Na pegi la makan dengan kawan-kawan. Lagi pun abang busy giler sangat hari ni.”

“Tak suka la macam ni.”

“Nak buat macam mana lagi? Tolonglah faham abang.”

Nafeesa terus putuskan talian.

“Lantak kau lah!” Nasrul terus masuk ke dalam kedai makan lalu ternampak Zamir sedang melambai tangan ke arahnya.



                                          ********************************


Zuhaira terpaksa parking keretanya jauh kerana ada beberapa kereta telah block di hadapan rumahnya kerana selang dua buah rumah jiran dari rumahnya ada buat makan-makan.

Semasa berjalan ke rumah, dia ternampak kereta suaminya sedang parking di dalam halaman rumah. Dia tersenyum.

“Abang dah balik..”

Laju Zuhaira jalan lalu terus membuka pintu rumah. Semasa dia letak handbeg di atas sofa ruang tamu, dia mula bau sesuatu yang bukan perfume milik sesiapa di dalam rumah itu. Jantungnya mula berdegup laju. Dengan pantas matanya terperasan sepasang kasut tinggi di sebalik pintu masuk itu.

“Ya Allah..”

Tiba-tiba Syakir muncul dengan kemeja yang tidak berbutang itu dari bilik tidur mereka suami isteri.

“Abang..”

Wani dengan lagaknya berjalan keluar dari bilik lalu berdiri di belakang Syakir. Dia tersenyum sinis lakon bagainya dirinya terlalu istimewa di dalam hati Syakir.

Zuhaira memang tak payah cakap la, dia memang sangat-sangat terkejut.

“Siapa perempuan ni?”

“Sayang, abang..”

“Siapa perempuan ni?! Buat apa dia dekat rumah kita?!!” Zuhaira mula hilang sabar.

“Sayang, abang akan jelaskan semuanya.”

“Sampai hati abang buat Ira macam ni.”

“Sayang..” Syakir cuba memegang tangan Zuhaira namun cepat di tepis sambil Zuhaira masih memandang pada Wani.

“Apa dah tak ada lelaki bujang dalam dunia ni, hah?!!” Zuhaira menolak bahu Wani.

Wani hanya tersengih.

“Pompuan murah!!”

Syakir terus menampar pipi Zuhaira. Wani tersenyum dengan penuh puas hati. Nampaknya Syakir lebih sayangkan dirinya berbanding isteri sendiri.

“Abang tampar Ira..” Zuhaira mengusap pipinya.

“Ira paksa abang sampai abang buat macam ni. Abang nak bincang baik-baik dengan Ira tapi Ira tak bagi kerjasama.” Syakir cuba memujuk Zuhaira.

Zuhaira terus berlari ke ruang tamu mengambil handbegnya lalu terus berlari keluar dari rumah menuju ke keretanya. Beberapa orang awam yang lalu lalang disitu ada yang terperasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 04:05 PM | Show all posts
Zuhaira menyendiri sendirian di sebuah tasik yang ketika itu kurang pengunjung. Yang ada pun lawatan dari negara luar untuk melihat kecantikan tasik tersebut.

Zuhaira tidak dapat lagi menahan perasaan sedih dan geramnya itu. Dia menangis. Menangis dan terus menangis. Dia tidak peduli dengan orang yang lalu lalang di situ yang perhatikan dirinya.

“Ira benci abang! Sampai hati abang buat Ira macam ni. Ira dah buat yang terbaik untuk abang. Ini yang abang balas..”

Airmata mengalir bagaikan air sungai yang tidak pernah putus itu. Tiba-tiba dalam kekusutan itu, dia teringat akan Danial,abang angkatnya yang selalu bersamanya ketika susah.

Zuhaira mengambil handphonenya lalu terus menghubungi Danial. Seperti biasa, Danial mesti akan jawab bila-bila sahaja Zuhaira cuba menghubunginya.

“Abang Danial…” Zuhaira menangis.       

“Ira, nape ni?” Suatu ketika dahulu Danial pernah melamar Zuhaira tetapi Zuhaira tolak kerana dia lebih cintakan Syakir.

“Ira nak jumpa abang Danial boleh?” teresak-esak Zuhaira merayu.

“Ira dekat mana ni? Abang gerak ke sana sekarang.”

Danial memang tersangat risau jika Zuhaira ada masalah. Dia memang sayangkan Zuhaira lebih dari seorang kawan. Tapi apa boleh buat kalau bertepuk sebelah tangan? Alia, pilihan ibunya yang sentiasa cuba rapat dengannya. Namun Danial masih cuba membuka ruang untuk menerima perempuan lain di dalam hidup.



                                           ********************************



Nasrul dan Zamir jalan seiringan pulang semula ke pejabat. Di dalam perjalanan, Nafeesa masih cuba menghubungi Nasrul. Nasrul memang rimas!

“Pompuan ni memang la… kau tengok ni!”

Nasrul menunjukkan skrin handphonenya yang tertera nama ‘Tunang aku’ pada Zamir. Zamir terus gelak melihat muka Nasrul yang sengaja buat mimik yang membosankan.

“Kau ni, Nas.. hahaha”       

“Aku rasa macam dah tak boleh tahan dah la.”

“Kau jangan, Nas. Kau dah rosakkan masa depan dia kot!”

Nasrul dan Zamir sama-sama masuk ke dalam lif. Nasrul mengeluh.

“Esok-esok kahwin macam mana la wei. Haihhh”

“Padan la dengan muka kau. Suruh jaga-jaga tapi kau main terjah je. Dah masuk serkap jarang, habih semua! Hahaha..”

“Gelak plak dia.”

Nasrul dan Zamir berjalan menuju ke bilik Nasrul. Tetapi semasa tiba di meja Zuhaira, Nasrul mematikan langkahnya.

“Mana dia?” Nasrul toleh memandang ke tempat Sheila.

“Sheila!” panggil Nasrul yang ketika itu Sheila sedang berjalan sambil membawa cawan ke pantry.

“Ape?”

“Zu mane?”

“Ntah.” Sheila terus berjalan masuk ke dalam pantry.

“Jap lagi dia masuk la tu.” Kata Zamir sambil berpeluk tubuh.

“Dah pukul 2.15 dah wei.”

Nasrul masuk ke dalam bilik dia manakala Zamir kembali berjalan menuju ke tempatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 04:11 PM | Show all posts
Edited by momey at 2-6-2016 05:24 PM

Danial keluar dari kereta sambil memakai spek mata hitam. Rambutnya yang paras bahu itu diikat kemas. Dari jauh dia sudah nampak Zuhaira duduk bersendirian di sebuah kerusi batu yang telah disediakan betul-betul berhadapan dengan tasik.

Semenjak Zuhaira kahwin, memang langsung dia tak jumpa Zuhaira. Dia tak nak ganggu rumah tangga orang yang dia sayang. Cuma kadang-kadang teringat, dia akan mesej sahaja Zuhaira.

Setelah sekian lama, akhirnya Danial datang kembali berjumpa dengan Zuhaira. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Zuhaira.

“Assalammualaikum.” Suara macho itu mengejutkan Zuhaira yang masih melayan perasaan sedihnya itu.

“Astaghfirullah.. terkejut Ira. Waalaikummussalam.”

Zuhaira terkejut melihat penampilan Danial yang cukup berbeza berbanding dulu. Tetapi tetap kemas! Dia terdiam sebentar sambil memandang lelaki di sebelahnya itu.

Danial senyum lalu membuka spek hitamnya.               

“Janganlah pandang abang macam tu. Segan lah pulak.”

Zuhaira terus tersenyum.

“Lain sangat abang Danial sekarang. Rambut pun dah panjang.”

“Yelah, dah lama tak jumpa kan?”

Zuhaira terdiam. Dia masih ingat lagi ketika Danial melamarnya suatu ketika dahulu. Seminggu sebelum dia berkahwin dengan Syakir! Tetapi nak buat macam mana, dia memang anggap Danial tidak lebih dari seorang adik dan abang sahaja.

“Abang..”

“Ya.”

Zuhaira sedaya upaya menahan sebaknya. Danial tahu Zuhaira sedang berusaha ceritakan apa yang telah berlaku. Dia nampak tangan Zuhaira menggeletar.

“Ira.” Danial memegang tangan Zuhaira.

“Ira dah buat apa yang dia nak. Ira sediakan pakai, makan, minum. Setiap hari! Apa yang dia nak, Ira bagi! Kenapa dia masih tak dapat rasa apa yang Ira rasa?!” Zuhaira akhirnya menangis juga sekali lagi.

“Dia nak anak, Ira bagi. Dia minta Ira bayar yuran adik-adik dia, Ira buat. Dia suruh Ira hantar duit, bekalan makanan dekat rumah mak dia Ira pergi walaupun masa tu anak-anak Ira tak sihat.”

Danial diam.

“Dia nak apa lagi? Sampai hati betul dia buat Ira macam ni. Ira sayang dia sepenuh jiwa, abang. Ira tinggalkan kawan-kawan demi dia. Sanggup duduk rumah jaga anak-anak dan dia.”

Danial masih setia mendengar keluhan hati Zuhaira.

“Memang Tuhan gerakkan hati Ira balik rumah tengah hari tadi. Tak sangka Ira, dia bawa perempuan tu tidur dalam bilik kami. Bilik kami, abang..” Zuhaira pandang Danial dengan wajah yang penuh dengan kebasahan airmata.

“Shhh..” Danial menarik tubuh Zuhaira ke sisi kanannnya lalu dia mengusap bahu kanan Zuhaira.

“Patut la selama ni dah pandai outstation selalu. Lepas tu kalau balik ada aje bau yang bukan dari perfume dia.”

“Abang rasa Ira kena bincang baik-baik dengan Syakir.”

“Bincang? Ira tak boleh terima apa yang dia buat dekat Ira. Ira takkan maafkan dia.” Zuhaira menggenggam tangannya.

“Fikir anak-anak, Ira. Ira kena tenangkan fikiran, perlu fikir dan bincang dengan baik-baik. Tak boleh ikut sangat perasaan tu. Kan tengah kusut sekarang ni.” Danial cuba tenangkan Zuhaira.

Zuhaira melepaskan nafasnya.


                                             ********************************


Nasrul memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 2.45 petang itu. Dia bangun lalu membuka pintu biliknya dan di dapati Zuhaira masih tiada di tempat duduknya.

“Pegi mana perempuan ni?”

Nasrul gelisah. Dia jadi macam tak tentu arah apabila tak dapat tatap wajah Zuhaira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 04:14 PM | Show all posts
settle utk hari ni.. insyaallah kita smbung esk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2016 04:54 PM | Show all posts
momey replied at 2-6-2016 04:14 PM
settle utk hari ni.. insyaallah kita smbung esk

alah esok ke
nampaknya selasa ler br akak dpt baca

but seriously geramnya dgn nasrul dan syakir as well
dan danial...errrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
fatehana replied at 2-6-2016 04:54 PM
alah esok ke
nampaknya selasa ler br akak dpt baca


  xpa kak.. nnti selasa akak bc smpai ending trus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 07:08 AM | Show all posts
Edited by momey at 3-6-2016 07:27 AM

morning semua

jom smbung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 07:35 AM | Show all posts
Zuhaira berdiri lalu memandang ke arah tasik di hadapannya.

“Abang tak tahu apa yang Ira rasa sekarang ni. Ira rasa betul-betul ditipu."

Danial bangun lalu berdiri bersebelahan Zuhaira.

"Kenapa semua ni jadi pada Ira?”

“Selesaikan dengan cara baik. Masing-masing dah besar dan matang. Jangan ikut perasaan.” Danial pandang Zuhaira yang paras dadanya itu.

Tiba-tiba handphone Zuhaira berdering. Zuhaira langsung tak pandang!

“Jawab panggilan tu, Ira.”

“Pegi mampus!”

“Kalau bukan Syakir yang call?”

Zuhaira terus tersedar. Nasrul???? Dengan cepat dia membuka handbegnya dan mencapai handphonenya. Ya, memang Nasrul.

“Hello, Encik Nasrul.”

“Zu kat mane ni?”

“Saya ada hal sikit, Encik Nasrul.”

“Kalau ada hal nape tak bagi tahu? Awak ketua atau saya ketua?”

“Maafkan saya.”

“Nak keje tak nak ni? Kalau nak main-main hantar surat resign senang!” marah Nasrul.

Zuhaira diam sambil menahan sebak. Nasrul tak tahu apa-apa. Itu yang berada di dalam kotak fikirannya.

“Sekarang ni nak masuk ofis ke tak?”

“Nak.. nak.”       

Nasrul terus mematikan talian. Zuhaira memandang wajah Danial.

“Rasa macam nak terjun masuk dalam tasik tu je.”

“Laaa.. nape cakap macam tu? Baik terjun je dalam hati abang.”

Zuhaira terus terdiam.

“Abang main-main je la. Dah, pergi masuk ofis balik. Kang tak pasal-pasal kena buang keje. Ingat Allah banyak-banyak. Abang doa semoga masalah Ira ni ada jalan penyelesaian.”

Zuhaira dan Danial bertentangan mata. Kenapa dia tiada langsung perasaan terhadap lelaki yang baik seperti Danial itu?

Zuhaira mengangguk perlahan. Zuhaira mengambil handbegnya lalu mula mengatur langkah ke keretanya. Tetapi lengannya sempat direntap Danial.

“Abang nak Ira tahu yang abang sentiasa ada untuk Ira.”

Zuhaira senyum.

“Terima kasih, abang.”

“Hati-hati drive tu.”

Zuhaira mengangguk lalu terus beredar dari situ. Danial pandang Zuhaira sampai hilang dari pandangan matanya. Terus memori lama berulang kembali di dalam minda. Sayangnya pada Zuhaira masih belum kurang. Susah dia nak buka pintu hati untuk perempuan lain.

“Abang sentiasa doa yang baik-baik untuk Ira. Sebab.. abang masih sayangkan Ira.”

Danial kembali memakai spek hitam lalu berjalan ke keretanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 07:45 AM | Show all posts
Di dalam kereta, berhadapan dengan apartment Wani..

Wani toleh memandang Syakir yang masih memandang ke depan itu.

“Abang dah ubah fikiran ke?”

“Sape kata abang ubah fikiran?”

Syakir bertentang mata dengan Wani.

“Wani takut abang tinggalkan Wani.”

Syakir terus memegang tangan Wani dengan erat sekali.

“Tak mungkin.”

“Kalau Ira tak benarkan abang kahwin dengan Wani?”Tanya Wani yang masih kuat menggenggam tangan Syakir.

“Abang lepaskan dia.”

Wani melompat keriangan di dalam hati. Itu yang dia nak sebenarnya!



                                                                       ********************************



Sebaik sahaja Zuhaira sampai di pejabat, dari jauh dia sudah nampak Nasrul sudah berdiri di depan pintu bilik sambil berpeluk tubuh memandang ke arahnya. Zuhaira menyimpan handbegnya lalu terus berjalan ke arah Nasrul.

Nasrul masuk ke dalam biliknya diikuti Zuhaira di belakangnya.

“Kalau saya ni jahat, dah lama saya report dekat bos besar tentang kelewatan awak masuk opis tanpa alasan yang munasabah.”

Zuhaira menundukkan mukanya.

“Apa masalah awak sebenarnya, Zu? Bergaduh dengan suami? Masalah anak? Masalah mak bapak?”

Zuhaira masih diam. Diam Zuhaira itu membuatkan Nasrul bertambah geram. Dia berdiri berhadapan Zuhaira. Dekat sangat!

“Awak bergaduh dengan suami awak kan?”

Zuhaira terus pandang ke muka Nasrul. Nasrul masih lagi dengan muka ketatnya!

“Bergaduh dengan suami pun jangan sampai melibatkan waktu bekerja. Cuba jadi seorang yang professional sikit.”

Zuhaira masih diam. Dia dah tak ada hati nak bergaduh dengan Nasrul. Hatinya dan fikirannya masih fikir tentang apa yang dia nampak waktu tengah hari tadi.

Nasrul mengeluh.

“Zu, saya cakap dengan awak ni. Awak terus jadi bisu ke? Dah tak boleh nak cakap dengan saya dah?”

“Encik tak duduk tempat saya Encik takkan tahu apa yang saya rasa saat ini.”

Nasrul lega akhirnya Zuhaira bersuara.

“Kalau Encik nak juga buang saya dari bekerja di sini, saya redha. Saya akan buat surat berhenti. Sekarang juga saya buat.”

Nasrul terus menarik lengan Zuhaira.

“Jap. Jap! Nanti dulu.”

Nasrul memegang kedua-dua bahu Zuhaira.

“Kenapa ni?”

“Saya serabut sangat-sangat. Saya perlukan ruang untuk tenangkan fikiran saya.”

Nasrul melepaskan genggaman tangan di bahu Zuhaira lalu mengundurkan sedikit ke belakang.

“Ok. Silakan.” Nasrul membuka pintu biliknya.       

Zuhaira terus berjalan ke luar dari bilik itu menuju ke tandas. Nasrul mengeluh lalu menutup kembali pintu biliknya.

“Aku dah agak. Mesti gaduh dengan suami punya ni. Tak lama dah tu.. mesti bercerai! Cayalah cakap aku.” Kata Nasrul sendirian sambil kembali duduk di kerusi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 07:54 AM | Show all posts
Jam 8.30 malam..

Zuhaira mengambil semangkuk nasi berlaukkan ayam masak kicap lalu berjalan ke ruang tamu. Begitu ralit sekali Lina dan Munira menonton kartun berselang seli dengan gelak ketawa.

“Sayang ibu.. meh makan.”

Zuhaira duduk bersila depan anak-anaknya.

“Ibu masak ape?”

“Ayam kicap.”

“Sedapnye.”

Zuhaira terus menyuap ke mulut Lina diikuti Munira. Masing-masing masih seronok menonton kartun. Zuhaira tiba-tiba sebak dan dengan laju dia mengesat airmatanya agar anak-anaknya tak nampak. Begitu kuat dia melawan perasan yang bercampur baur ketika itu. Di dalam hati sentiasa beristighfar agar dia dapat melawan perasan yang sedang dicuit oleh syaitan itu.

“Assalammualaikum.”

Syakir muncul di depan pintu.

“Papaaaaa!!” jerit Lina dan Munira lalu memeluk Syakir dengan erat.

Syakir seperti biasa melayan karenah anak-anaknya dengan baik sambil memandang Zuhaira yang sudah bangun dan berjalan ke dapur.

“Papa ada beli mainan ni.”

Syakir yang masuk ke dalam rumah tadi memang ada bawa sekali satu beg kertas besar bersama.

“Nah.”

Lina dan Munira mula meneroka beg kertas itu.

“Wahhh..”

Lina dan Munira masing-masing mengeluarkan mainan berbentuk alatan masak-memasak. Begitu teruja sekali mereka berdua. Syakir bangun lalu berjalan ke dapur yang ketika itu Zuhaira sedang membasuh pinggan.

“Sayang.”

Syakir cuba memeluk Zuhaira dari belakang tetapi dengan laju Zuhaira menepis pelukkan suaminya itu.

“Tak payah berpura-pura lagi, abang.”

“Abang still sayang Ira.”

“Sayang ape kalau abang bawak perempuan tu tido dalam bilik kita?!! Apa semua ni?!!!!!” jerit Zuhaira mengejutkan dua anaknya di ruang tamu itu.

Syakir tak nak sampai anak-anak tahu mereka berdua bergaduh, terus dia menarik tubuh Zuhaira masuk ke dalam bilik.



                                                                          ********************************



Nasrul yang baru lepas keluar dari kedai makan bersama Nafeesa itu terus seiring sejalan menuju ke kereta.

“Na perasan abang sekarang ni dah macam cuba jauhkan diri dari Na.”

Nafeesa memakai tali pinggang kaledar sambil memandang Nasrul yang sedang menghidupkan enjin kereta itu. Nasrul seperti biasa, dia memang malas nak melayan Nafeesa. Diam je!

Nafeesa memegang tangan Nasrul.

“Abang dah tak sayang dekat Na ke?”

“Na boleh diam tak?” Nasrul menarik tangannya semula.

“Na nak kahwin dengan abang.” Nafeesa mula sebak.

Nasrul punya geram terus dengan laju dia memberhentikan keretanya di bahu jalan dengan mengejut.

“Apa abang ni?!”       

“Kau tahu tak aku dah meluat, dah fed up dengan kau! Aku buat semua ni sebab terpaksa! Faham?!!” Nasrul mula meluahkan perasaannya sambil menggenggam kuat kedua-dua bahu Nafeesa.

Nafeesa menolak tubuh Nasrul dan dengan itu Nasrul melepaskan genggamannya.

“Abang dah buat macam-macam dekat Na, akhirnya ini yang abang balas dekat Na? Sampai hati abang!”

“Aku dah tak boleh teruskan dengan kau. Aku memang langsung dah tak ada hati dekat kau!”

“Senangnya abang cakap. Abang perlu, abang cari Na. Bila abang dah bosan, abang mula mencari seribu alasan untuk tinggalkan Na. Perangai abang mengalahkan binatang!!!”

“Aku binatang atau kau yang binatang sekarang ni? Kau yang cari aku kan? Kalau kau perempuan yang baik, kau takkan tergedik ikut aku pegi club. Kau pun sama join minum arak kan? Aku tak paksa semua tu.”

Nafeesa diam.

“Kes mengandung tu, kau yang ajak aku main sama kan? Aku dah tanya dah fikir masak-masak ke? Kau cakap kau nak. Aku ok je, takkan nak tolak rezeki. Bila dah ngandung nak tak nak sebab aku kesian aku terpaksa ikut kemahuan kau untuk bertunang. Bapak kau tak tau anak dia ni perangai macam aper lagi! Tu tak habis-habis salahkan aku. Ni kau dah gugur, aku rasa memang tak boleh la nak kahwin dengan kau.”

“Na sayangkan abang.” Nafeesa cuba memegang tangan Nasrul namun ditepis kuat menyebabkan Nafeesa tersentak kepalanya ke tingkap kereta.

“Aku hantar kau balik. Aku dah tak boleh nak teruskan lagi dengan kau. Apa nak jadi, jadilah!”
Nasrul terus memecut dengan laju menghantar Nafeesa pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 08:02 AM | Show all posts
Syakir dan Zuhaira sama-sama duduk di atas katil.

“Abang tak nak anak-anak tahu kita gaduh.”

Zuhaira diam. Matanya hanya pandang ke arah pintu masuk dengan pandangan yang kosong.

“Abang nak kita selesaikan dengan cara baik.”

Zuhaira masih diam.

“Ok. Abang minta maaf apa yang berlaku tengah hari tadi. Abang mengaku salah abang.”

“Tahu salah, tapi buat jugak.”

“Sebab tu lepas ni abang tak nak buat dah.”

Zuhaira terus memandang suaminya.

“Abang akan tinggalkan perempuan tu.”Syakir tipu. Dia sebenarnya malas nak bergaduh dengan Zuhaira.

“Abang tak payah nak tipu Ira laa.. Abang dah main dengan dia, takkan..”

Syakir terus meletakkan jarinya di bibir Zuhaira. Zuhaira terdiam dan mata mereka mula bertentangan antara satu sama lain.

“Abang sayang sangat dekat Ira. Abang tak boleh hidup tanpa Ira.”

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

“Mamaaaaaaa…papaaaaa” Lina dan Munira sama-sama mengetuk pintu bilik mereka.

Zuhaira nak bangun buka pintu tetapi Syakir sempat memegang lengan isterinya.

“Tidurkan anak-anak.” Pinta Syakir sambil mengeyit matanya.

Zuhaira bangun lalu terus membuka pintu dan melayan anak-anaknya. Syakir melepaskan nafasnya.

“Apa yang aku dah cakap ni?” Syakir terpaksa mencari idea baru untuk memujuk lagi isterinya.



                                                               ********************************



Nasrul menarik tangan Nafeesa sehingga masuk ke halaman rumah. Ayah Nafeesa ketika itu sedang membuka pintu dan terkejut melihat Nasrul yang tergesa-gesa itu.

“Pak cik, saya hantar balik anak pak cik dengan cara baik. Saya rasa saya tak boleh teruskan pertunangan ini lagi.”

“Apa kamu cakap ni? Pak cik tak faham.”

“Macam ni la. Saya memang dah tak cintakan lagi anak pak cik. Saya tak nak bila saya terpaksa kahwin dengan anak pak cik nanti, habis teruk anak pak cik saya kerjakan. Saya bukan lelaki yang baik. Ramai lagi lelaki yang baik nakkan anak pak cik ni.”

Terus ayah Nafeesa menampar pipi kiri Nasrul. Terkejut giler Nasrul!

“Kau dah hancurkan hidup anak aku.. boleh plak kau cakap macam ni erk?”

“Kalau pak cik nak tahu, anak pak cik ni depan pak cik je macam malaikat. Belakang pak cik, dah macam perempuan.. ahhhh!!! Malas saya nak cakap. Pak cik tanya la sendiri anak pak cik yang baikkkkkkk sangat ni!”

Nasrul terus berlalu pergi tanpa toleh lagi ke belakang.

“Abang!!!” jerit Nafeesa sambil menangis.

“Satu lagi, pak cik. Cincin yang anak pak cik pakai tu saya halalkan. Saya takkan ambil balik!” jerit Nasrul lalu terus masuk ke dalam kereta dan terus pecut laju beredar dari situ.

Nafeesa menangis.       

“Cuba ceritakan dekat abah betul-betul apa yang dah berlaku.” Ayah Nafeesa mula bertegas dengan kata-katanya.

Nafeesa mula takut. Tubuhnya mula menggeletar.

“Kau tipu abah erk?”

“Na.. Na..”

Nafeesa ditampar oleh ayahnya.

“Anak tak kenang budi!!”

“Abahhhhh!! Na minta maaf..minta ampun.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 08:13 AM | Show all posts
Nasrul yang baru sampai di rumah sudah nampak kereta ibunya parking elok di halaman rumah. Dia mengunci kereta lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Ketika itu adiknya Nasir bersama ibu mereka tengah duduk menonton tv.

“Baru sampai ke ibu? Bukan kata 2,3 hari je ke? Ni dekat seminggu lebih baru sampai.” Nasrul mencium tangan ibunya, Puan Haslina.

“Biasalah, Nas. Banyak stok baru masuk.” Jawab Puan Haslina, pengurus butik pakaian wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur.

“Ada benda sikit nak cakap dengan ibu ni.”

Nasrul membuka dua butang bajunya lalu melipat lengan kemeja.

“Ape?”

“Nasir, ambil aku air. Sakit tekak plak.”

“Nampak tak aku tengah tengok tv ni?”

“Kau tak yah nak melawan sangat. Aku pecah kang tv tu!!”

“Nas.. ape ni? Nape cakap dengan adik macam tu? Nak minta tolong, cuba cakap elok-elok.” Tegur Puan Haslina yang lemah lembut itu.

Nasir bangun lalu terus ke dapur.

“Geram! Ibu tahu tak. Ibu tak ada kat rumah melampau giler budak sorang tu! Balik sekolah pun lambat. Rupanya pergi dating.” Nasrul mengadu.

Nasir yang baru datang dengan segelas air kosong terus letakkan gelas itu di atas meja berdepan dengan Nasrul.

“Abang tak payah nak sebok sangat la!”

“Memang la aku kena sebok. Kau tu masih sekolah. Nak SPM!!”

“Nasrul.. Nasir. Kenapa sampai nak gaduh ni?” Puan Haslina memegang dadanya cuba tenangkan diri.

“Abang ingat abang tu bagus sangat la erk? Sekejap perempuan itu.. sekejap perempuan ni.”

“Kau apehal hah?!!”       

“Sudahh!! Sudah!!!” jerit Puan Haslina yang mula sebak tengok anak-anaknya yang selalu bergaduh.

“Nasir, pegi masuk bilik.” Arah Puan Haslina sambil menolak lembut tubuh anak keduanya itu.

Nasir tunjuk penumbuk pada abangnya lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.

“Tengok la tu!”

“Sudah la tu, Nas. Nas ni abang tau tak? Patutnya seorang abang cakap elok-elok dengan adik. Buat perangai yang baik-baik tunjuk pada adik.”

Nasrul diam lalu terus meneguk air kosong di hadapannya itu.

“Ibu sedih bila tengok anak-anak ibu bergaduh macam ni.” Puan Haslina mengesat airmatanya.

Nasrul rasa bersalah. Dia bangun lalu duduk bersebelahan ibunya.

“Nas minta maaf, Ibu.”

“Jangan la gaduh-gaduh lagi. Korang berdua je harta yang ibu ada sekarang ni.” Puan Haslina kematian suami hampir 4 tahun.

“Nas minta maaf, ibu. Nas minta maaf.” Nasrul memeluk ibunya lalu mengesat airmata ibunya.

“Nas nak cakap apa dengan ibu tadi?”

Nasrul memegang tangan ibunya. Perlahan-lahan nafas dihembus keluar.

“Macam ni. Nas rasa Nas tak boleh teruskan hubungan dengan Nafeesa.”

“Ape?”       

“Nas tak cintakan dia, ibu. Nas tak nak tipu diri sendiri.”

“Tapi dia budak baik. Ibu suka dia.”

“Adeh.. masalahnya Nas tak suka dia.”

“Kenapa boleh tiba-tiba tak suka dia? Kalau tak suka mesti tak bertunang kan? Ni mesti Nas ada perempuan lain kan?!”

“Ibu.. ape ni? Adoi..” takkan Nasrul nak buka aib sendiri kan?

“Tolong la faham, ibu. Nas tak boleh paksa diri Nas terima Nafeesa dalam hidup Nas lagi.”sambung Nasrul.

“Mak ayah dia macam mana?”

“Nas dah jumpa ayah dia tadi. Dah berterus terang.”

“Nas dah besar kan? Nas dah tak perlukan ibu lagi dah kan?”

“Ibu..ibu cakap ape plak ni?”

“Yelah. Sebelum buat sesuatu, kenapa tak bincang dengan ibu dulu? Dah terjadi baru nak bincang untuk apa lagi?! Baik tak payah ada ibu kan?”

“Jangan la macam ni, ibu.”

“Korang memang dah tak sayang ibu.”

“Tolong la, ibu. Kita orang sayang ibu. Kita orang tak nak susahkan ibu. Kita orang tahu ibu banyak benda lagi nak fikir. Ibu jangan risau, kita orang boleh fikir mana yang baik mana yang tak baik.”

Puan Haslina terus bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Nasrul mengeluh. Puan Haslina memang berkenan dengan Nafeesa tu. Memang tak ada salah dan silap selama dia kenal dengan Nafeesa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 08:28 AM | Show all posts
Zuhaira berjaya tidurkan kedua-dua anaknya itu di dalam bilik nombor dua. Syakir yang dari tadi duduk di ruang tamu mula bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik melihat Zuhaira masih tepuk manja paha si Lina.

“Sayang.. jom!” bisik Syakir.

“Abang pegi la tido dulu.”

“Jomlah, sayang.”

Tak ikut kang derhaka pulak kan? Zuhaira selimutkan anak-anaknya lalu berjalan keluar dari bilik itu. Syakir memimpin Zuhaira masuk ke dalam bilik utama mereka. Pintu ditutup tetapi tidak berkunci.

Zuhaira dan Syakir berdiri bertentangan antara satu sama lain.

“Abang tahu tak Ira sayang sangat dekat abang.”Zuhaira memulakan perbualan.

“Abang tahu.”

“Ira tak sanggup kehilangan abang.”

“Abang pun.”

“Tolonglah jangan sakitkan lagi hati Ira.”

“Ya. Abang takkan sakitkan lagi hati Ira, isteri yang abang sayang sangat-sangat!”

Syakir membelai pipi isterinya.

“Senyumlah sikit untuk abang..”

Zuhaira masih ingat lagi peristiwa tengah hari tadi tetapi oleh kerana pujukan suami yang dia rindu itu, dia lupa buat seketika. Dia tewas! Dia akhirnya dengan rela hati melakukan tugas sebagai isteri yang setia dan taat pada malam itu.



                                                                   ********************************



Pada keesokkan harinya..

Jam 5.30 pagi

Zuhaira seperti biasa waktu sebegini adalah waktu untuk dia bangun sediakan sarapan, mengemas pakaian anak-anak dan uruskan baju kerja suaminya.

Zuhaira bangun lalu menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Kemudian dia pandang suaminya yang masih nyenyak tidur lagi. Dia masih was-was dengan kata-kata suaminya semalam.

Zuhaira memakai kembali pakaian tidurnya lalu menyelak selimut yang membaluti tubuhnya itu. Sebaik dia hendak bangun, Syakir terus memegang pergelangan tangannya. Terkejut Zuhaira!

“Sayang nak gi mane?”

“Nak siapkan sarapan.”

“Rindulah.”       

“Nanti lambat gi keje, abang.”

“Kejap je.” Syakir merengek keanak-anakkan sambil memeluk dan mencium bahu Zuhaira dari belakang.

Tiba-tiba terdengar suara Lina menangis.

“Sorry.” Ucap Zuhaira lalu bangun dan berjalan keluar dari bilik mereka.

Syakir mengeluh. Memang dia akui, selepas kehadiran anak-anak di dalam hidup mereka, memang susah nak bermanja lebih-lebih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 08:52 AM | Show all posts
Edited by momey at 3-6-2016 08:57 AM

Nasrul mengesat matanya sambil memandang jam di dinding.6.30 pagi! Dia mengeluh lalu bangun capai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Puan Haslina awal pagi sesudah bangun sudah siapmenyediakan sarapan pagi itu untuk anak-anaknya. Nasir yang sudah bersiapdengan baju sekolah itu berjalan ke dapur lalu berdiri bersebelahan denganibunya.

“Ibu dah siapkan nasi goreng. Makanlah dulu.”

“Jom la makan sama-sama, ibu.”

Nasir duduk diikuti Puan Haslina yang sedang membawaroti bakar ke meja makan. Puan Haslina memang sampai sekarang tak tahu hidupkedua-dua anaknya yang bebas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dia wanitayang cukup sibuk dengan urusan perniagaannya.

“Abang kamu dah bangun ke?” Puan Haslina tuang air milopanas ke dalam cawan.

“Ntah la, ibu. Tak pernah ambil peduli pun selama ni.”Jawab Nasir sambil mengunyah roti bakar.

Puan Haslina mengeluh kecil. Salah dia ke? Adakah diasudah menjadi ibu yang terbaik selama ini?
Nasrul yang baru menuruni anak tangga sedang laju menujuke ruang tamu sambil membutangkan butang kemeja di pergelangan tangannya.

“Nas!”                                                   

Nasrul terus toleh ke dapur. Dia terlupa ibunya sudahpulang ke rumah. Selalunya lepas selesai mandi terus nak gerak pergi pejabatsahaja.

Nasrul mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Nasir danPuan Haslina tengah menjamu selera. Nasrul melihat hidangan di meja makan.

“Makan la sikit.” Ajak Puan Haslina sambil sendukkannasi goreng ke dalam pinggan kosong.

Nasrul akur lalu duduk sambil membetulkan tali lehernya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 09:06 AM | Show all posts
Zuhaira mengemas dapur sebelum menghantar kedua anaknya ke rumah pengasuh.

“Hari ni biar abang hantar dan ambil Ira dengan anak-anak.”

Zuhaira terus tutup pili air dan toleh memandang suaminya. Dia gelengkan kepalanya lalu terus sambung membasuh pinggan.

“Kenapa ni, sayang?”       

“Abang sedar ke tak apa yang abang cakap?”

“Abang tak faham.”

Zuhaira lap tangannya yang basah lalu mengadap suaminya.

“Ira takut. Ira takut abang masih tak berubah.”

Zuhaira terus berjalan masuk ke dalam bilik dapatkan anak-anak. Syakir mengeluh sambil berjalan mengekori Zuhaira dari belakang.

“Sayang.. Sayang!” Syakir rentap lengan Zuhaira.

Mereka berdua bertentangan mata.

“Abang nak berubah, sayang.”

“Baguslah kalau nak berubah. Tapi Ira masih belum yakin.”

“Susah sangat ke nak percayakan kata-kata abang?”

“Macam mana Ira nak percayakan abang kalau dah sampai tahap abang terlanjur dengan dia?! Luluh hati Ira ni, abang.”

Syakir diam. Airmata mula bertakung di kedua-dua mata Zuhaira.

“Tunaikan kata-kata abang.” Zuhaira terus dukung Lina di sebelah bahu kiri manakala Munira dia dukung di bahu kanan.

Zuhaira berjalan menuju ke kereta lalu di tidurkan dua anaknya di bahagian depan dan kerusi belakang.

“Sayang.” Sekali lagi Syakir memegang lengan Zuhaira.

“Ira dapat rasa abang tak boleh lupakan perempuan tu. Abang fikirlah. Apa sahaja keputusan abang, Ira ikut. Nanti dah bersedia bagi tahu Ira.”

Syakir diam. Zuhaira mencium tangan suaminya.

“Ira pegi dulu.”

Zuhaira terus masuk ke dalam kereta lalu memecut laju meninggalkan Syakir sendirian. Zuhaira menangis.



                                                                 ********************************



Di pejabat..

Nasrul yang baru sampai di pejabat ternampak Zuhaira sedang termenung sendirian di tempat duduknya. Nasrul tersenyum sambil berjalan ke arah Zuhaira.

“Morning..”

Zuhaira terkejut lalu pandang wajah Nasrul.

“Eh, Encik Nasrul..” Zuhaira terus berdiri.

“Jauh termenung.”

Zuhaira hanya tersenyum. Terpaksa berlakon yang dia tiada apa-apa masalah.

“Dah makan ke?”

Zuhaira mengangguk.

“Saya belum. Teman saya makan boleh ke?”

“Aku boleh temankan.” Jawab Zamir tiba-tiba muncul.

“Adeh kau ni..”

“Betul la kan? Puan Zuhaira ni dah makan. Aku yang tak makan ni, boleh la temankan kau makan. Ye dak?”

Zuhaira terhibur sekejap dengan telatah Zamir itu.

“Yelah. Haihhh.. kau ni mana aku ada, mesti kau ada juga.” Nasrul mengeluh.

“Bayang-bayang kau kan?” Zamir terus gelak.

“Zu, tolong simpan jap beg saya ni dalam bilik saya. Nah kunci.”

Zuhaira menyambut kunci dan beg sandang Nasrul lalu berjalan ke bilik Nasrul dengan lenggoknya. Tak kelip mata Nasrul dan Zamir memandang tubuh badan Zuhaira itu.

“Untung betul laki dia.” Puji Zamir sambil memandang Nasrul.

“Aku rasa tak lama tu.”

“Tak lama apa pulak ni?”

“Aku rasa dia dengan laki dia ada masalah.”

“Haii.. amik alih keja bomoh plak ke? Hahaha..”

“Dah. Jom gi makan.” Mereka berdua bersilih ganti ketawa mengekek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 09:12 AM | Show all posts
Zuhaira letak kunci dan beg sandang Nasrul di atas meja utama di bahagian belakang berhampiran tingkap belakang. Baru sahaja dia hendak keluar dari bilik itu, dia terdengar bunyi handphone berdering. Yang pasti bukan handphonenya.

“Encik Nasrul tertinggal handphone dia ke?”

Zuhaira kembali membelek beg sandang Nasrul. Ya! Bunyi itu dari dalam beg sandang tersebut.

“Biarlah.”

Baru sahaja dia nak keluar, handphone itu sekali lagi berbunyi.

“Kalau panggilan kecemasan macam mana? Hmm..”

Zuhaira akhirnya membuka beg sandang Nasrul lalu mengambil handphone tersebut. Tertera perkataan ‘ my tunang’ di skrin.

“Owh..dah tunang. Tapi gatal boleh tahan!”

Zuhaira menjawab panggilan itu.

“Hello.”

Diam.

“Hello.” Sekali lagi Zuhaira bersuara.

“Awak sape?!”

Zuhaira terkejut dia diherdik sebegitu.

“Maafkan saya. Saya..”

“Patutlah Nas putus tunang dengan aku. Rupanya dia ada perempuan lain!” jerit Nafeesa.

Pintu bilik dibuka. Zuhaira terkejut Nasrul muncul di muka pintu. Handphone masih melekap di telinga Zuhaira. Nasrul memang patah balik untuk mengambil handphonenya itu.

Mereka berdua bertentangan mata.



                                                        ********************************



Syakir keluar dari kereta sambil berjalan menuju ke kedai 7-eleven. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam kedai tersebut, bahunya disentuh lalu dengan pantas dia menoleh ke kanan.

Danial senyum sambil menghulurkan tangan untuk dijabat.       

“Saya kenal awak ke?”

“Suami Zuhaira?”

“Ya..” Syakir hairan lelaki itu kenal akan dirinya lalu membalas jabat tangan dari lelaki itu.

“Saya Danial.”

“Saya tak kenal awak. Macam mana awak kenal saya?”

“Panjang ceritanya. Tapi tak apa. Encik Syakir busy ke sekarang?”

Memandangkan Syakir memang tak masuk kerja pada hari tersebut, dia bersama Danial berjalan seiringan menuju ke kedai mamak yang berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 09:18 AM | Show all posts
Nafeesa masih lagi membebel di dalam telefon membuatkan Nasrul mula hilang sabar. Zuhaira masih tercegat berdiri merasa bersalah menjawab panggilan tersebut tanpa keizinan Nasrul.

“Sudah la! Bebel pun tak guna. Kita dah tak ada apa-apa hubungan pun kan?”

Zuhaira dan Nasrul memandang antara satu sama lain.

“Nampaknya dia pun sedang bergaduh macam aku jugak.” Bisik hati Zuhaira

Kerana sudah tidak tahan dengan bebelan Nafeesa yang tidak mengenal erti penat itu, Nasrul terus mematikan panggilan tanpa rasa bersalah.

Dia mengeluh!

“Encik Nasrul, saya..”

“Siapa suruh awak bukak beg sandang saya?”

“Saya tak..”

“Saya suruh awak buat apa je tadi?”

“Letak kunci dan beg sandang dalam bilik.”

“Habis tu kenapa memandai ambil telefon ni?”

Zuhaira diam.

“Kenapa diam?!!” Nasrul menghentak meja di hadapannya.

Zuhaira terkejut lalu terus menangis. Dia memang seorang yang cepat terasa dan sensitif.

“Belajar menerima arahan dengan baik. Jangan buat sesuka hati seperti kita ni tiada jurang. Ingat, awak tu pekerja saya!”

Zuhaira diam. Dia mengesat airmatanya. Nasrul mengeluh dan dia tersedar dia sudah melebih-lebih memarahi Zuhaira. Semuanya kerana Nafeesa!

“Saya minta maaf, Encik Nasrul. Saya rasa saya tak dapat nak teruskan lagi kerja di sini.” Zuhaira juga mempunyai hati dan perasaan. Dia juga sedang mengalami tekanan perasan seperti Nasrul.

“Ok, fine! Cuba terangkan kenapa awak ambil handphone saya di dalam beg ni dan jawab tanpa rasa bersalah?”

“Saya risau itu adalah panggilan kecemasan. Sebab banyak kali dia cuba hubungi Encik Nasrul.” Jelas Zuhaira.

Nasrul diam dan sekali lagi dia mengeluh.

“Saya minta maaf.” Zuhaira mohon maaf sambil mengelap airmata.

Nasrul berjalan menghampiri Zuhaira.

“Ok. Saya maafkan. Saya pun stress sangat-sangat. Dengan masalah di rumah, dengan masalah putus tunang ni.”

Zuhaira memandang Nasrul. Dia ingat dia sahaja yang mengalami masalah ketika itu.



                                                                ********************************



Dua cawan kopi di hidangkan. Danial yang kacukan Cina Melayu itu masih tersenyum memandang Syakir yang duduk di hadapannya.

“Saya kenal isteri Encik Syakir.” Danial berterus terang.

Syakir mula fikir yang bukan-bukan. Semuanya hanya negatif belaka!

“Dari zaman remaja sampailah sekarang.”

“Saya tak tahu pun.” Syakir terus menyampuk.

“Dia tak pernah cerita dekat saya tentang awak.” Sambung Syakir yang nada suaranya agak meninggi ketika itu. Dia cuba mengawal perasaan.

“Sabar, Encik Syakir. Saya tak berniat pun nak burukkan sesiapa sekarang ni dan saya bukan nak ceritakan benda-benda yang tak baik.” Danial cuba perbetulkan keadaan sebab dia nampak Syakir seperti mahu menyerangnya.

“Macam mana saya nak sabar kalau lelaki yang berada di hadapan saya ni, yang saya tak kenal ni tetapi kenal isteri saya?” Anak mata Syakir tajam menikam ke mata Danial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 09:26 AM | Show all posts
Nasrul bersendirian di dalam biliknya setelah beberapa minit yang lepas Zuhaira keluar dari bilik tersebut. Nasrul sandar lalu kepala di dongak ke atas siling lalu mata dipejam rapat.

“Rasa tak tenang.” Bisik hati Nasrul yang memang selama ini dia tidak pernah rasa tenang langsung! Seronok memang seronok tetapi tak tenang.

“Nas!”

Nasrul terkejut. Terus dia pandang ke pintu. Zamir tersenyum lalu masuk ke dalam bilik tersebut.

“Laju aku tengok Zuhaira lari pegi ke toilet. Apa kau dah buat dekat dia?” Zamir menarik kerusi lalu duduk.

“Masing-masing ada masalah macam tu la.” Nasrul jawab dengan penuh malas.

“Kau apehal ni? Tadi mood ok je. Skarang dah macam..”

“Kalau kau nak tahu, aku dah putus tunang ngan Nafeesa.”

“Serius?”

“Sakit jiwa aku! Masih duk cari..masih ganggu hidup aku.”

“Mana tak ganggu kalau kau pernah rosak hidup dia.”

“Hmm..masalah tu dari dia, bukan aku.”

“Tak leh gak kau cakap macam tu. Kalau dulu dia tergedik nak buat semua tu, kalau kau tak layan tak jadi gak kan?”

“Kau ni sebelahkan aku atau dia sekarang?”

Zamir mengeluh. Nasrul memang jenis tak makan saman.

“Jangan jadi macam drama sudah. Jap gi Nafeesa tu datang bawa asid curah ke muka kau.”

“Hampeh! Nak takutkan aku plak kau ni.” Nasrul terus bangun lalu memakai blazer.

“Bukan nak takutkan, tetapi nak ingatkan.”

“Dah la. Malas aku nak layan kau. Aku nak gi meeting.”

Nasrul mengambil buku nota dan handphonenya di atas meja lalu berjalan keluar dari biliknya. Zamir ikut Nasrul dari belakang sambil cuba memandang ke tempat Zuhaira. Kelihatan Zuhaira sedang menaip sesuatu di tempat duduknya. Surat masuk barangkali!

Nasrul cuba pandang Zuhaira dari jauh tetapi dia langsung tak memanggil nama Zuhaira malah dia terus masuk ke dalam bilik mesyuarat. Zamir ke tempat Zuhaira yang ketika itu Zuhaira sedang masukkan beberapa surat ke dalam fail.

“Tak ikut Nas masuk meeting ke?”

“Dia tak panggil pun join sama.” Jawab Zuhaira malas nak fikir banyak. Nanti cakap tak dengar arahan pula kan?

Zamir menggelengkan kepala lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Zuhaira memandang handphone di atas mejanya. Diambil lalu mula dail nombor Danial.



                                                            ********************************



Danial yang sedang menerangkan beberapa kisah pada Syakir terkejut tiba-tiba kerana handphone di dalam poket seluarnya bergegar kerana sengaja divibratekan.

“Jap.”

Danial mengambil handphone di dalam poket seluar lalu melihat skrin. Dia tersenyum lalu ditunjukkan pada Syakir. Syakir yang dari tadi diam mendengar cerita dari Danial bertambah geram apabila ternampak dengan mata sendiri apabila isterinya menelefon lelaki yang dia baru kenal hari ini.

“Saya jawab sekejap.” Danial meminta izin Syakir sebelum menjawab panggilan dari Zuhaira.

Syakir diam menahan geram.

“Ya, Ira..”

“Abang Danial dekat mana?”

Danial memandang Syakir.

“Abang dengan kawan abang ni. Tengah minum.” Jawab Danial sambil melihat wajah Syakir yang sudah berubah banyak, dari tenang, serabut dan geram.

“Owh. Bang, Ira nak jumpa abang petang ni boleh?”

“Petang ni?”

Syakir terus menggenggam tangannya apabila perkataan itu terkeluar dari mulut Danial. Dia betul-betul tak sangka isterinya itu rupanya ada lelaki lain di belakangnya!

“Insyaallah.”

“Tempat biasa ya, abang.”

“Ok.” Panggilan dimatikan.

Danial meletakkan handphonenya di atas meja lalu memandang Syakir.

“Perempuan tak sedar diri!” Syakir meninggikan suaranya.

“Nanti dulu. Encik Syakir silap. Dia isteri yang baik. Ini baru kali kedua dia jumpa saya setelah dia berkahwin dengan Encik Syakir. Selama dia berkahwin, saya yang selalu whatsup dia. Dia tak pernah mulakan dulu. Dia jawab pun sekali sekala sahaja. Tak pernah dia meleret bercerita yang bukan-bukan.”

“Habis tu? Apa motif awak sebenarnya sekarang ni?”

“Saya tak boleh lihat Ira bersedih. Saya..”

“Mengaku sahaja awak ada hati dengan isteri saya.”

“Ya.”

Terus Syakir terkejut.

“Saya mengaku saya memang ada hati dan cinta pada isteri Encik Syakir. Tetapi saya bertepuk sebelah tangan. Dia langsung tak ada perasaan cinta pada saya. Dia hanya sayang dan setia pada Encik Syakir.”

Syakir diam. Boleh percaya ke cakap Danial ni?

“Tolong, Encik Syakir. Jangan sakitkan hati dia. Saya tahu Encik Syakir masih sayang dan cintakan Ira.”

Syakir terus bangun dan terus beredar dari situ. Danial dengan kelam kabut meletakkan duit rm20 di atas meja lalu terus mengejar Syakir.

“Encik Syakir!”

“Jangan ganggu lagi hidup aku.” Syakir menunjukkan penumbuk pada Danial.

Danial mematikan langkahnya.

“Tak payah nak masuk campur hal rumahtangga aku.” Syakir memberi amaran sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Danial mengeluh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078824 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list