CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: momey

CERPEN - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 3-6-2016 03:24 PM | Show all posts
Jam 5.00 petang..

Sheila berjalan ke tempat Zuhaira. Zuhaira dah ceritakan segalanya pada Sheila apa yang berlaku tengah hari tadi.

“Ira, nak aku temankan kau ke sampai bawah?”

“Tak pe. Aku bole turun sendiri.”

“Betul ni?”

“Ada keje lagi ni nak settle. Tiba-tiba plak dia suruh aku buat memo ni.”

“Aku temankan kau lah.”

“Eh, sian kau. Kau balik je.”

“Tak nak. Aku teman kan kau jugak.”

Sheila terus duduk di sebelah Zuhaira.

“Hahaha.. Sian kau, Sheila. Terpaksa temankan aku plak.”

“Aku ok je. Masih bujang. Kalau balik pun terus makan. Mak dah sediakan makan.”

“Senangnya hidup.”

“Kan? Eh, kereta kau dah siap belum?”

“Aku dah call bekas laki aku tadi. Dia tak jawab pun. Mesej pun tak balas.”

Tiba-tiba handphone Zuhaira berdering.

“Panjang umur dia wei!” kata Sheila lalu memandang skrin handphone Zuhaira.

“Eh, bukan Syakir la. Tu Abang Danial call.”

“Hah?” Zuhaira yang sebuk menaip terus memandang Handphonenya.

“Hello, abang.”

“Ira, abang dah sampai dekat bawah ni haa..”

“Owh, yeke? Jap ye, abang. Nak settle lagi satu surat.”

“Tak pe. Take your time. Abang tunggu kat bawah ni.”

“Ok.”

Panggilan di matikan. Sheila tersenyum memandang Zuhaira.

“Kau apahal plak ni? Tersengih-sengih..”

“Siapa Abang Danial tu?”

“Abang angkat aku.”

“Yeke???”

“Haha.. Yelah.”

“Bila nak terrrrangkat?”

“Hahaha.. tak mungkin kot.”

“Hah? Sebab apa tak mungkin? Laki orang ke? Tunang orang ke?”

“Sebab aku tak cintakan dia.”

Terdiam Sheila.

“Ok, siap!” Zuhaira print memo tersebut lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik Nasrul.

“Ada juga orang macam ni.” Bisik hati Sheila.




                                                     ********************************




Danial membelek tabnya sambil mendengar radio di dalam kereta. Namun jauh di satu sudut, Syakir juga ada sedang memerhatikan gerak geri musuhnya itu.

“Melampau betul mamat ni.” Syakir meramas penumbuknya.       



                                                  ********************************



Zuhaira meletakkan memo untuk ditandatangani Nasrul itu di atas meja. Nasrul yang tadi leka membalas emel, terus berhenti dan memandang Zuhaira.

"Saya balik dulu.”       

“Saya tak benarkan.”

Zuhaira yang baru hendak buka pintu terus matikan niatnya. Nasrul bangun lalu berjalan menghampiri Zuhaira.

“Degil.” Satu perkataan terkeluar dari mulut Nasrul.

Zuhaira hanya mendiamkan diri.

“Jangan menyesal.” Sambung Nasrul.

Zuhaira menggelengkan kepalanya lalu terus keluar dari bilik itu.

“Arghhh!!!” jerit Nasrul sendirian di dalam biliknya.

Zuhaira berjalan laju ke tempat duduknya.

“Kau ok tak?” tanya Sheila sambil galas handbegnya.

“Jom balik.”

Zuhaira mengambil handbeg dan beg kertas berisi bekas Tupperware lalu berjalan laju keluar dari situ diikuti Sheila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 03:31 PM | Show all posts
Danial ternampak Zuhaira sedang berjalan ke arahnya. Dia tersenyum lalu keluar dari kereta.

“Hai..” Danial menanggalkan kacamatanya.

“Hai.”       

“Jom.”

Zuhaira masuk ke dalam kereta diikuti Danial.

“Kita gi ambil Lina dengan Munira dulu boleh?” tanya Zuhaira sambil meletak handbegnya di bahagian kakinya.

“Boleh.” Danial senyum.

“Bye, Ira!!” jerit Sheila dari luar.

Zuhaira terkejut lalu membuka tingkap kereta.

“Oii.. Byee..” balas Zuhaira.

Tersenyum Sheila sambil bersilih ganti memandang Danial yang turut tersenyum padanya.

“Giler manis!” bisik hati Sheila yang matanya tak berkelip memandang Danial.

Danial memandu dan dia tak perasan Syakir mengekorinya dari beberapa biji kereta belakangnya.

“Baik Sheila tu.” Kata Zuhaira memulakan perbualan.

“Yang tadi tu ke?”

“A’ah.”

“Cantik.”

“Kan?”

“Tapi cantik lagi yang sebelah abang ni.”

Zuhaira tersenyum.

“Cantik pun, kena tinggal juga kan?” jawab Zuhaira lalu memandang di luar tingkap sebelah kirinya.

Danial serba salah.

“Abang minta maaf kalau..”

“Ira ok lah. Benda dah nak jadi kan? Kita hanya merancang, Allah tentukan segalanya.”

Danial diam. Sedang asyik Zuhaira memandang di luar, dia ternampak kereta Syakir sedang mengekori dari belakang.

“Tadi call tak nak angkat. Ni apehal plak ikut dari belakang?” bisik hati Zuhaira.



                                                   ********************************


Sedang asyik Syakir mengekori kereta Danial dari belakang, mesej dari handphone berbunyi. Dia membaca mesej itu.

[ nape abg ikut Ira dari belakang?]

Zuhaira menghantar mesej tersebut.

“Adoi, dia perasan la plak!”

Syakir masih terus mengekori Danial. Mesej itu tidak dibalas.



                                                        ********************************



Lina dan Munira masuk ke dalam kereta.

“Kita nak pegi makan dekat mana?” tanya Danial sambil memalingkan badannya mengadap dua anak kecil itu.

“Lina nak makan KFC. Adik nak tak?” Lina tanya pada adiknya, Munira.

Munira yang masih pelat itu hanya mengangguk.

Danial tersenyum lalu memandang Zuhaira. Dia perasan Zuhaira macam memandang sesuatu dari cermin pandang belakang di sisi.

“Ira tengok siapa?”

Zuhaira terus memandang Danial.

“Syakir.”

Danial terus keluar dari kereta lalu memandang ke belakang. Dia nampak kereta Syakir parking di bawah satu pokok besar. Dia masuk semula ke dalam kereta.

“Jom.”

Danial membawa laju kereta menuju jalan pulang ke rumah Zuhaira.

“Uncle, kita nak pegi makan KFC ke?” tanya Lina sambil memegang bahu kiri Danial.

“Ya, sayang.” Jawab Danial lembut sambil tersenyum.       

Zuhaira memandang Danial. Baiknya lelaki disisinya ini melayan dirinya dan anak-anak. Dalam susah sentiasa ada bersamanya. Tetapi kenapa hati ini belum terbuka untuk menerima lelaki itu di dalam hidupnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:40 PM | Show all posts
Semakin laju Danial memecut keretanya, semakin laju Syakir menekan minyak mengekori dari belakang.

“Hamboi, bukan main laju ko erk?”

Tiba-tiba handphonenya berdering. Syakir menjerling matanya memandang handphone di atas seat sebelahnya.

“Wani ni nak ape?”

Dia menjawab panggilan itu.

“Abang kat mana ni? Cuti-cuti pun keluar rumah jugak ke?! Patutnya bila dah cuti ni temankan lah Wani pegi makan ke..jalan-jalan shopping ke”

“Diam boleh tak?!!” jerkah Syakir.

“Abang ni dah kenapa?”

“Rimas lah.”

“Abang dengan janda abang ke ni?”

Terdiam.

“Patutla. Wani dah agak dah. Abang mesti menggatal dengan janda abang tu balik kan?”

Syakir diam. Matanya asyik tumpu pada kereta Danial.

“Abang jangan nak buat hal erk.. Wani tak suka kalau..”

“Arghhhhh…”

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat seperti berlanggar. Dan terus senyap sunyi.

“Abang.. abang..”

Jantung Wani berdegup laju.

“Abanggggg!!!!”

Sunyi.



                                                                              ********************************



Wad kecemasan Hospital..

Wani menangis sendirian di hujung pintu menunggu doktor keluar dari bilik kecemasan tersebut. Zuhaira dan anak-anak duduk di kerusi berdekatan dengan Danial sekali. Zuhaira cuba mengawal perasaannya. Sedih tetap sedih tetapi dia tak boleh lemah di hadapan anak-anaknya.

Mata Lina memang bertakung. Dia seolah memahami apa yang sedang berlaku.

“Mama..” Lina menarik lengan baju Zuhaira.

Zuhaira memandang sayu wajah anak sulungnya itu.

“Papa dah tak sayang kita ke?”

“Kenapa Lina cakap macam tu?”

“Tadi Lina ada dengar kakak depan tu jerit-jerit jangan mati..jangan mati.. Lepas tu sebut nama papa.”

Zuhaira diam mendengar cerita Lina.       

“Kalau papa mati, maknanya papa dah tak sayang kita.”

“Sayang, ibu. Sekarang ni papa tengah sakit. Kita doakan papa cepat sembuh ya? Doa banyak-banyak. Lina sayang papa kan?”

Lina angguk laju.

“Lina doa banyak-banyak dekat Allah moga papa cepat sembuh.”

Danial terharu melihat ketabahan Zuhaira melayan anak-anak sendirian. Kenapa begitu susah Zuhaira hendak menerima dirinya? Kalau dirinya dan Zuhaira bersatu, mungkin segala masalah lebih ringan kerana dapat ditanggung bersama.

“Ira nak makan tak? Abang belikan.”

Zuhaira gelengkan kepalanya.       

“Uncle, Lina nak roti. Roti Vanilla.” Sebut lina manja sambil memegang tangan Danial.

“Ok.”

“Roti gardenia tau.” pesan Zuhaira pada Danial sekali lagi.

“Ok.” Danial bangun lalu berjalan keluar dari situ.

Zuhaira memandang Wani. Hendak tenangkan perempuan itu tetapi berat langkahnya mengatur langkah.

“Ni semua sebab kau!!” tiba-tiba Wani menjerit dan menuding jari ke arah Zuhaira.

Beberapa orang yang berada di situ terkejut. Zuhaira mula memeluk anak-anaknya sebab Wani mula mahu menyerangnya.

“Kalau kau tak kacau hidup dia, dia takkan jadi macam ni!!” Wani sudah tidak mempedulikan orang lain.

Lina dan Munira mula menangis ketakutan.       

“Puan, maaf ya. Di sini tak bole..”

“Kau diam!” jerkah Wani pada jururawat yang cuba tenangkan dirinya itu.

Wani menolak tubuh Zuhaira lalu terus dia beredar dari situ. Lina dan Munira erat memeluk ibu mereka. Zuhaira diam menguatkan semangat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:55 PM | Show all posts
Nasrul turun ke basement menuju ke parking keretanya. Kebetulan ketika itu Zamir turut ada sedang memanaskan enjin kereta.

“Nas! Lama aku tengok kau dah tak keluar dengan Gina. Baguslah!”

“Lama tak keluar? Kau tak perasan erk dia datang ofis cari aku pagi tadi? Malam ni kita orang ada dating.” Nasrul tersengih gatal.

“Hah? Yeke? Tak perasan plak aku.”       

Zamir terus berjalan dengan laju ke arah Nasrul.

“Kau apehal ni?” Nasrul bertambah cemas apabila raut wajah Zamir bertukar pucat.

“Kau tak tahu cerita ke?”

“Cerita ape? Gina ke?” Nasrul suspen.

“AKu tahu ni pun dari kawan satu kelab dia la. Kawan dia bagi tahu aku, si Gina ni memang selain dari kau, memang ramai lagi jantan yang dia layan. Kau pun tahu kan? Lepas tu, baru-baru ni dia macam tak sedap badan. Demam susah nak baik macam tu. Si kawan dia ni saran dia check darah. Dia pun pegi la hospital wat check up. And the result is..”

“Aids?”

Zamir menggangguk perlahan. Nasrul nak pitam namun Zamir sempat memapah Nasrul duduk di dalam kereta.

“Nas.. Nas.. kau ok tak?”

Zamir cuba mencari air mineral di dalam kereta Nasrul.

“AKu macam mana? Aku..aku dah bersama dengan dia.” Nasrul menggelabah. Peluh jantan mula mengalir membasahi tubuh badannya.

“Nas, aku rasa better kau pegi check.”

“Aku takut!”

“Tapi kalau kau tak check, kau takkan tahu. Macam mana pun kau harus kuat tempuh semua ni.”

“Tapi tadi dia jumpa aku, aku tengok dia macam tak ada apa-apa. Macam biasa je.” Nasrul terus memandang tajam ke arah Zamir.

“Ke kau cemburu aku dengan Gina?!!” Nasrul mula menunjukkan penumbuknya.

“Kau kawan aku, Nas. Aku tak nak kau terlibat sama dengan penyakit tu.”

Nasrul mula menelan air liur.

“Masalahnya.. adoi!! Kenapa mesti boleh jadi macam ni? Dia nak aniaya aku ke ape ni?”

“Terpulanglah kalau kau nak percaya aku ke tak.”

Nasrul makin keliru dengan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:59 PM | Show all posts
Tiga minggu kemudian..

Syakir sudah boleh keluar dari hospital. Tetapi dengan kaki yang kudung. Dia sekarang memang guna kerusi roda sepenuh masa!

Zuhaira membawa anak-anaknya berjumpa dengan Syakir. Dengan erat Syakir memeluk anak-anaknya itu. Zuhaira memandang dari jauh kerana Wani ada ketika itu di samping suaminya.

Semasa Syakir di dalam tahanan hospital, Wani memang betul-betul jaga Syakir. Disuapnya makan, dimandikan, dipakaikan baju. Memang cukup teliti. Wani memang betul-betul sayangkan suaminya.  Namun dia masih tidak boleh lihat wajah Zuhaira!

“Ira..” panggil Syakir tergagap-gagap.

Danial turut ada ketika itu.

Zuhaira menghampiri Syakir sambil diperhatikan Wani. Keadaan di lobi hospital ketika itu sangat sibuk!

“Ira, jaga anak kita baik-baik.” Syakir mengusap kepala Lina.

Zuhaira mengangguk.

“Jangan pisahkan abang dengan anak-anak. Bawak jumpa abang habis teruk pun 3 bulan sekali pun tak apa. Abang faham. Abang faham Ira sibuk.” Syakir sebak.

Zuhaira hanya diam.

“Pergilah bawa anak-anak balik.” Syakir mengesat airmatanya.

Zuhaira menyuruh Lina dan Munira bersalaman dengan ayah mereka.

“Abang minta maaf, Ira. Abang banyak sangat buat dosa dengan Ira.” Syakir menyesal dengan dosa yang dia buat pada Zuhaira.

Zuhaira memang diam sahaja. Namun jauh di sudut hati, dia sudah maafkan.

“Ira bawa anak-anak balik dulu ya.”

Zuhaira terus membawa anak-anak masuk ke dalam kereta Danial. Syakir dan Danial bertentangan mata. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri. Danial masuk ke dalam kereta.

Syakir memegang tangan Wani. Dia sedar kini. Wani adalah isterinya yang terbaik untuknya ketika itu. Ketika dia lemah segalanya, Wani kuat dan setia disisinya. Dia akhirnya melepaskan Zuhaira dengan redha.



                                                 ********************************



Nasrul menyiapkan surat berhenti kerja lalu di letakkan di atas meja Encik Hakim.

“Apa ni?”

“Surat berhenti saya.”

“Berhenti?” Encik Hakim membuka sampul surat itu.

Nasrul memang sangat selekeh. Dengan rambut dan pakaian tidak terurus.

“Berhenti atas sebab kesihatan?”

“Ya.”

“Sakit apa?”

Nasrul menahan airmatanya dari menitik jatuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 03:59 PM | Show all posts
jom habiskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2016 04:03 PM | Show all posts
Nasrul membawa dua kotak sebesar kotak A4 menuju ke basement sambil Zamir mengikutinya dari belakang.

“Nas!”

Nasrul tak peduli dengan panggilan sahabatnya itu.

“Nas! Tunggu!!”

Zamir menarik lengan Nasrul.

“Kau nak ape lagi?” Mata Nasrul memang nampak lebam.

Zamir tak sangka Nasrul memang terlibat dengan penyakit durjana yang dicipta sendiri itu.

“Aku..”

“Sudahlah, Zamir. Kau teruskan hidup kau. Jangan ganggu lagi hidup aku.”

“Kau nak ke mana?”

“Suka hati aku nak pegi mana pun.”

Nasrul membuka pintu kereta lalu dibalingnya dua kotak tersebut ke tempat duduk belakang.

“Tak lama lagi aku akan mati. Penyakit aku ni tiada ubatnya. Aku doakan kau cepat insaf. Jangan sampai terlewat jadi macam aku.” Pesan Nasrul lalu masuk ke dalam kereta.

“Nas!”       

“Ini balasan untuk aku.”

“Nas, aku kawan kau. Aku boleh tolong kau.”

“Tolong apa? Tolong ketawakan aku?!!”

“Nas, aku..”

“Zamir, aku akan pegi jauh. Kau bagi tahu Zu yang aku minta maaf sangat dekat dia. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan dia..dengan keadaan aku yang macam ni.” Akhirnya sekali lagi Nasrul menitikkan airmata jantannya.

Nasrul menukar gear langsung bergerak laju keluar dari basement itu. Zamir mengeluh.



                                             ********************************


Danial menghantar Zuhaira dan anak-anak ke rumah. Zuhaira pada hari tersebut mengambil cuti sehingga Jumaat. Sengaja dia ambil untuk berehat dan luang masa bersama anak-anak.

Lina dan Munira berlari masuk ke dalam rumah. Tinggal Zuhaira dan Danial di pintu pagar.

“Terima kasih, abang.”

“Sama-sama.” Danial senyum.

“Ingat petang ni nak bawa anak-anak keluar jap.”

“Owh lupa, kereta dah elok kan. Abang pun dah tak diperlukan lagi khidmat bawa ke sana bawa ke mari..”

“Alaa abang ni. Jangan cakap macam tu.”

“Abang melawak je.”

Mereka sama-sama ketawa kecil.

“Jaga diri baik-baik.”

Zuhaira mengangguk. Danial masih menunggu cinta dari Zuhaira. Tetapi dia dapat rasa Zuhaira masih lagi dengan pendiriannya. Tapi..

“Ira..”

“Ya.”

“Malam ni keluar makan nak?” Danial menetapkan pada diri sendiri bahawa malam ini penentu peluang terakhir untuk dirinya cuba memikat hati Zuhaira.

“Berdua?”

“Kalau boleh la.. tak boleh pun tak ape. Bawak je anak-anak.” Danial memang murah dengan senyuman.

“Insyaallah.”

Mereka berdua berbalas senyuman. Namun di hati masing-masing bermain dengan perasaan sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 04:09 PM | Show all posts
Sheila capai handphonenya lalu terus menghubungi Zuhaira. Suasana pada waktu rehat itu agak sedikit tenang.

“Hai, Ira..”       

“Sheila. Nape?”

“Kau busy tak?”

“Aku baru lepas masak untuk anak-anak. Eh, kau tak keluar makan ke?”

“Aku puasa hari ni. Puasa ganti.”

“Bagus-bagus.”

“Ira, aku ada benda nak bagi tahu kau ni.”

“Apa?”

“Pasal Encik Nasrul.”

Zuhaira dan staf yang lain sebelum ini memang tertanya-tanya tentang ketidakhadiran Nasrul selama 2 minggu ke pejabat tanpa khabar berita itu.

“Kenapa dengan dia?” Zuhaira agak sedikit berdebar menunggu cerita dari Sheila.

“Dia datang jumpa Encik Hakim pagi tadi.”

“Lepas tu?”

“Dia hantar surat berhenti kerja.”

“Yeke?”

“Tapi kan, selekeh giler dia! Dengan muka berlebam. Nampak memang tak bermaya lah!”

“Hmm..”

“Dan satu lagi.”

“Apa pula?”

“Masin la mulut aku, Ira.”

“Aids ke?” terus ayat itu terkeluar dari mulut Zuhaira.

“Yeee.. adoi! Jahat la mulut aku ni”

“Serius ke ni, Sheila?”

“Ye, serius.”

“Astaghfirullah.. tak sangka pulak.”

“Tapi bukan nak cakap la, memang dia nakal sangat pun!”

“Tak baik, Sheila.”

“Dah memang betul!”

“Habis tu, tak sempat la aku jumpa dengan dia erk?”

“Haaa.. baru aku teringat. Tadi Zamir ada bagi tahu aku. Dia ikut Encik Nasrul sampai ke basement. Encik Nasrul cakap yang dia minta maaf sangat-sangat dekat kau. Dia tak sanggup nak berhadapan dengan kau.”

Zuhaira diam.

“Entah la, Ira. Hidup ni cepat dengan lambat je tunggu dapat balasan. Tak dapat dekat dunia, akhirat sana kan?”

“Aah.”       

“Kau cuti-cuti ni tak ke mana-mana ke?”

“Jap gi pas zohor nak bawa anak-anak lepak mall.”

“Owh, ok lah tu. Abang Danial?”

“Abang Danial? Maksud kau?”

“Yelah, tak keluar dengan dia ke?”

“Dia ada ajak aku keluar makan malam ni.”

“Haaaa…nak lamar la tu!”

“Memandai ja kau ni.”

“Yelah, apelagi? Cakap setuju tau!”

“Hahahaha.. kau jangan nak macam-macam sangat.”

“Apa lagi yang kau nak? Handsome ada, baik hati, kerja yang bagus. Pakej lengkap!”

“Kau nak? Aku leh bagi dia dekat kau.”

“Kalau boleh…. Nak aje! Hahaha”

“Gatal!”

“Hahaha..”





                                                       ********************************



Danial ke hotel tempat ibunya bekerja. Tersenyum dia apabila ternampak ibunya sedang sibuk mencari fail.

“Ibu cari apa tu?” tanya Danial sambil duduk di sofa kecil.

“Buat-buat sibuk.”       

“Hahaha.. Ibu cari ape? Meh Danial carikan.”

"Tak yah. Dah jumpa.” Kamariah mengambil fail nipis tersebut dari celahan fail-fail yang tebal itu lalu duduk sambil memakai cermin mata. Dia rabun dekat!

Danial diam memandang wajah ibunya. Macam mana dia nak mulakan dulu tentang masa depannya.

“Dah fikir ke apa yang ibu cadangkan minggu lepas? Dah ada keputusan?”

Danial diam.

“Ibu nak yang terbaik untuk kamu.” Kamariah menanggalkan kaca matanya.

Danial bermain dengan perasaannya. Dia harus tunggu jawapan dari Zuhaira malam ini dahulu sebelum dia setuju dengan cadangan ibunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2016 04:11 PM | Show all posts
Zuhaira membawa Lina dan Munira ke Mid Valley Megamall. Dia luangkan masa bersama anak-anak dengan penuh gembira sekali. Dia redha dengan segala ujian yang dia dapat selama ini. Dia yakin dengan hikmah yang akan diterimanya.

“Mamaaaa.. nak masuk situ!!” jerit Lina sambil menunjuk ke arah Toy r Us.

“Jom!”       

Menjerit keriangan Lina dan Munira. Di dalam kotak fikiran Zuhaira ketika itu hanya fokus pada anak-anak.

Zuhaira membiarkan anak-anaknya membelek setiap mainan di dalam kedai mainan tersebut. Sambil kusyuk dia membelek satu patung Barbie, dia tiba-tiba di langgar seorang budak. Budak lelaki! Terjatuh budak itu. Dengan cepat Zuhaira mengangkat budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun tersebut.

“Firdaus! Kan papa dah cakap. Lain kali nak jalan tu tengok depan.” Bebel seorang lelaki yang baru muncul itu.

Zuhaira memandang lelaki tersebut. Rasanya memang lelaki itu bapa kepada budak tersebut.

“Maaf ya, puan. Anak-anak ni kalau nampak mainan yang lain tak nampak dah.” Lelaki hitam manis itu mohon maaf bagi pihak anak kecilnya.

“Tak pe. Saya faham. Saya pun ada anak kecil.”

“Owh..”

Mereka saling membalas senyuman.

“Saya gerak dulu.”       

Zuhaira hanya mengangguk dan senyum.

“Papa.. nak kereta ni!” budak lelaki itu memujuk ayahnya.

“Kan dah banyak kereta macam ni dekat rumah.”

“Itu lain. Yang tu tak ada lampu. Yang ni ada lampu.”

Zuhaira memandang gelagat dua beranak itu. Si ayah perasan Zuhaira masih memandang ke arahnya. Sekali lagi mereka berbalas senyuman.

“Yelah. Papa belikan yang ni, yang lain Firdaus dah tak boleh beli.”

“Ok.”

“Janji?”

“Janji!”

Budak lelaki itu bersorak keriangan. Si ayah berjalan ke arah Zuhaira.

“Macam ni lah bila dia tak ada ibu. Dulu masa ibu dia ada, semua dia dapat.” Jawab si ayah.

“Maafkan saya. Kalau tak keberatan, isteri encik ke mana?”

“Isteri saya dah 2 tahun meninggal.”

“Owh.. maafkan saya.”

“Papaaaaa..cepatlah!” budak lelaki itu sudah berada di kaunter bayaran.

“Saya gerak dulu ya.”

Zuhaira mengangguk. Sekali lagi si ayah sempat menoleh memandang Zuhaira sambil mengukir senyuman.

Zuhaira membalas senyuman itu lalu terus berjalan ke bahagian anak patung mencari anak-anaknya.



********************************


Jam 8.30 malam..

Anak-anak ditinggalkan ke rumah Kak Mariah. Nasib baik Kak Mariah memang memahami. Zuhaira dan Danial naik satu kereta lalu bergerak ke restoran yang telah di tempah Danial petang tadi.

Danial dan Zuhaira berjalan seiringan masuk ke dalam restoran tersebut. kerusi ditarik dan Zuhaira duduk sambil membetulkan kainnya.

Mereka berdua duduk bertentangan. Danial memesan makanan dan minuman sambil Zuhaira memerhatikan menu di atas meja.

“Ira ada nak tambah apa-apa lagi?”       

Zuhaira menggelengkan kepala.

“Ok. Itu aje.” Kata Danial pada pelayan itu sebelum beredar.

Danial dan Zuhaira bertentangan mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 04:13 PM | Show all posts
Nasrul memandang laut di hadapannya. Perlahan-lahan dia melepaskan nafas sambil matanya tertutup rapat. Semua dosa-dosa yang pernah dia lakukan sedang ligat bermain di fikirannya ketika itu.  Satu persatu ditunjukkan dari awal hingga akhir.

Tanpa paksaan, air mata sekali lagi mengalir. Banyak sangat.. terlalu banyak dosa yang dia telah lakukan.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Handphone di dalam poket seluar pendeknya itu di ambil lalu ditatap. Tertera nama ‘ Gina’. Dia menggelengkan kepala sambil mengetap bibir. Kemudian dia sekuat hati dia membaling handphonenya itu ke dalam laut.

“Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!” jerit Nasrul sekuat hati sehingga dia jatuh terduduk.

Dia menangis.



                                                                  ********************************


Wani menukar cadar baru kerana Syakir tiba-tiba muntah tadi. Tanpa perasaan mengeluh Wani dengan rela hati buat semuanya tanpa bersungut. Syakir rasa serba salah sangat-sangat kerana sudah banyak menyusahkan isterinya.

Wani dengan sedaya upaya mengangkat tubuh suaminya dari kerusi roda itu ke atas katil. Kemudian dia mengambil kain basah lalu mengelap badan suaminya itu dengan penuh kasih dan sayang.

“Abang, esok pagi Wani kena pegi keja awal sikit. Nanti Wani siapkan dulu makan untuk abang awal pagi esok. Abang nak makan ape?”

Oleh kerana Syakir sudah tidak mampu untuk bekerja, Wani mengambil alih tugas mencari rezeki di sebuah pasaraya sebagai salesgirl.

“Abang tak kisah..” gagap Syakir jawab sambil mengusap rambut Wani.
Wani memandang suaminya.

“Abang dah banyak menyusahkan Wani. Wani tak harus diperlakukan macam ni.” Syakir sebak.

“Abang.. jangan la cakap macam ni. Wani sayang abang. Macam mana pun keadaan abang, abang tetap suami Wani.”

“Wani, kalau Wani dah tak sanggup nak jaga abang..nak hidup dengan abang, bagi tahu je. Abang faham.”

“Apa abang ni. Tak nak lah cakap benda macam ni.”

Syakir menggenggam kuat tangan Wani.

“Wani memang isteri yang baik. Bagi abang sedikit masa lagi untuk abang sama-sama bantu Wani mencari rezeki.”

Wani tersenyum lalu terus memeluk suaminya. Dia memang sangat-sangat sayang pada Syakir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2016 04:25 PM | Show all posts
Masing-masing tengah melayan chicken chop dan daging panggang dengan berselera sekali. Sesekali Danial memandang wajah Zuhaira yang dia harap dapat memenuhi permintaannya pada malam itu.

“Ira..”

“Ya?”        

Mereka bertentangan mata. Zuhaira masih mengunyah cebisan chicken chop di dalam mulutnya. Danial berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Dengan perlahan-lahan tangan diseluk masuk ke dalam poket lalu dikeluarkan satu kotak kecil dan diletakkan di atas meja makan. Kotak itu ditolak perlahan-lahan ke arah Zuhaira. Zuhaira terkejut. Dia memandang kotak itu dan wajah Danial.

“Abang sayang dan cinta sangat dekat Ira. Ira pun tahu kan, sampai sekarang abang masih menanti Ira hadir dalam hidup abang.”

Suasana ketika itu tiba-tiba seperti sunyi sepi. Zuhaira masih diam dan cuba tenangkan diri dan berfikiran waras.

“Setiap hari..setiap masa. Ira sentiasa di dalam doa abang.”

“Abang!”

Danial terdiam. Giliran Zuhaira pula meluahkan perasaannya. Danial sudah membuka hati dengan tenang menerima segala apa keputusan Zuhaira selepas ini.

“Abang, Ira..hmm” Zuhaira melepaskan nafasnya. Berat hatinya untuk berkata.

“Ira cakap je. Abang terima segala keputusan Ira. Abang tak paksa Ira pun.”

Mereka sekali lagi bertentangan mata.

“Ira sayang abang. Tapi Ira tak cintakan abang.”

Danial bersyukur. Sekurang-kurangnya dia sudah mendapat jawapan yang jelas dan dia sudah boleh buat keputusan untuk menerima cadangan ibunya.

Danial tersenyum.

“Ira minta maaf, abang. Ira tak tahu kenapa Ira tak boleh terima abang dalam hidup Ira. Ira cuba tapi Ira tak boleh!”

Danial mengangguk tanda faham.

“Ira harap abang faham keadaan Ira.”

“Ya, abang faham.”

Perlahan-lahan Zuhaira menolak kembali kotak kecil itu ke arah Danial.

“Cincin itu untuk yang lebih layak dari Ira.”

Danial dan Zuhaira diam dan melayan perasan masing-masing.



                         ********************************

Seminggu kemudian..

1 Ramadhan..

Zuhaira mengambil bekas makanan lalu di masukkan ke dalam Tupperware.

“Lina, Munira.. cepat sikit mandi tu. Nanti ibu lambat nak gi keje!” jerit Zuhaira sambil mengambil kunci lalu dibukanya pintu utama tersebut.

Tiba-tiba terdapat satu bungkusan berbalut di hadapan pintu masuk.

“Kotak apa pula ni?”

Zuhaira membuka grill pintu lalu mengambil kotak tersebut. Dia masuk semula ke dalam rumah lalu membuka pembalut kotak itu. Kotak di buka. Kelihatan di dalam kotak tersebut terdapat sehelai selendang berwarna light purple dan satu sampul surat. Diambilnya surat itu lalu dibaca.

[ Assalammualaikum, Ira. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat untuk abang selama ini. Dalam susah dan senang. Selendang dalam kotak ni memang khas abang beri untuk Ira. Tetapi semua ini bukan bermakna tanda perpisahan kita berdua. Kita masih boleh berhubung seperti biasa. Cuma.. buat masa sekarang abang tiada dekat atau berhampiran dengan Ira. Abang ikut cadangan ibu abang untuk lanjutkan pelajaran ke oversea.
Ira, abang memang tak boleh tipu diri abang. Abang juga sedikit kecewa dengan keputusan Ira semalam. Tetapi abang juga tak boleh ubah takdir dan perasaan seseorang untuk menerima diri abang. Abang redha.
Ira, abang nak Ira tahu abang tetap sayangkan Ira. Kalau ada apa-apa abang sedia bersama dengan Ira.
Jangan lupa pakai selendang abang bagi tu. Mahal tau! Akhir kata, Ira jaga diri baik-baik. Selalu ingat Allah.. ^_^ ]

Zuhaira melipat kembali surat tersebut lalu tersenyum sendiri sambil memegang selendang tersebut.

“Mamaaaa… dah mandi!” jerit Lina mengejutkan Zuhaira dari lamunan.

“Ok, jom siap!”tersenyum Zuhaira melayan anak-anaknya.

Zuhaira seperti biasa meneruskan tugas hariannya menjadi ibu dan ayah dalam pada yang sama, menjadi yang terbaik buat anak-anak.

Dan sejak dari hari itu juga, Zuhaira sudah mula memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna.

Segala ujian ditempuh dengan tabah dan redha. Soal jodoh? Dia hanya berserah. Tetapi buat masa sekarang anak-anak adalah yang pertama dalam hidupnya.






Sekian.. Tamat sudah  


Insyaallah jika umoq panjang, ada rezki, masa dan idea kita jumpa lagi  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pda kaum hawa sana,kaujgnlah jln lenggok SGT.blh stim taw tak.jln bese2 jele.nak2 kau pki ketat  cm zuhaira..kna rba,nya jew..

aku ada kawan yg jln lenggabg lengok ni lawo.tapi adabf..hmmm


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ya,mmng susah mint hak org cm.si bohjan dlm cerpen ni. eh aku.glk je lki yg kta blh jntik nfsu cm nasrul tu,bila nmpk neraka.menangis. Aku cukup bnci lki m nasrul.aku relamati dri kawen org cm nasrul tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tt,awok buat sy geram bcacitrr nie.ketap bibit je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 4-6-2016 09:13 PM
tt,awok buat sy geram bcacitrr nie.ketap bibit je

  es, tq tau bc smpai abis hahaha slamat bpuasa  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2016 10:09 AM | Show all posts
Salam Ramadhan semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-6-2016 10:09 AM
Salam Ramadhan semua

Salam ramadhan jgk  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2016 07:49 AM | Show all posts
SLAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

*huhu mmang xsmpat siapkan crita utk join tema ramadhan raya ni. xpa la bkn rezki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 12:51 PM | Show all posts
walau dah lama berakhir, hr ni akak nk bg komen gak
agak tersentuh hati ni dgn apa yg momey karang
akak dok igtkan ira akan berakhir dgn papa firdaus tp rupanya jangkaan akak tu meleset

apa pun Selamat Hari Raya buat semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 03:56 PM | Show all posts
fatehana replied at 11-7-2016 12:51 PM
walau dah lama berakhir, hr ni akak nk bg komen gak
agak tersentuh hati ni dgn apa yg momey karang
...

tsntuh hati sbb ending xsama dgn apa yg akak pikir ke?

mmang igt nk wat dgn papa firdaus tp mcm lg pnjang ja ahahaha

ka nk momey smbung?

slamat ari raya utk akak jgk! br timbang lpas raya naik 2kilo


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091342 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list