Anda ingin mencari baju Melayu yang stylo dalam masa sama masih mengekalkan ciri kemelayuan dan tradisional yang begitu tinggi?
Bagi anda yang ingin tampil lebih moden dan 'sedikit' hipster, apa kata cuba melihat sendiri koleksi baju Melayu daripada jenama QieRahman.
Ia menampilkan dua koleksi baju Melayu yang dipanggil The Bangsawan dan juga The Bangsa Johor.
The Bangsawan merupakan koleksi baju Melayu cekak musang, manakala The Bangsa Johor pula menampilkan baju teluk belanga yang memang terkenal di kalangan rakyat Johor.
Pemiliknya QieRahmah, Nurul Haqimah Anuar, 27 turut memberikan diskaun khas sempena hari raya ini. Anda boleh masuk sendiri ke laman Instagram QieRahman_ .
Apa yang 'best' tentang rekaannya ialah, adanya butang dan tali pada lengan baju untuk memudahkan anda mengambil air sembahyang, selain ia tampak lebih moden. Selain itu ia menampilkan rekaan poket moden persis tuksedo.
Setiap koleksi didatangkan dengan 12 warna pilihan yang sangat menarik. Jom, beli di talian, lebih memudahkan! - CARI Infonet