CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mek_tok

ANGKER : AKU DAN FAMILI

[Copy link]
 Author| Post time 15-6-2016 04:15 PM | Show all posts
CikNia replied at 15-6-2016 08:45 AM
skeri meri nye rumah nenek..yang pelik janin dah jatuh dalam tandas tu la ek tp xda darah...

Area felda nenek dan rumah nenek memang skeri d meri..
Banyak cerita yang jadi.. nanti saya update..

pasal keguguran tu, mmg banyak yang pelik tapi saya pun taknak ingat sangat lagipun benda dah jadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 07:47 AM | Show all posts
CikNia replied at 15-6-2016 08:45 AM
skeri meri nye rumah nenek..yang pelik janin dah jatuh dalam tandas tu la ek tp xda darah...

teringat opismate aku yg lama dulu.. mcm tu lah dia misscarriage..
rasa sakit memulas2 perut katenya. dia gi toilet tetibe ade mende keluar. satu darah pon tak de yg keluar.
dia rasa pelik sgt2.
mende ni dh 7 thn berlalu dan sampai sekarang dia x pregnant2 lagi.. sian dia
x pegi berubat satu hal.. entahlah dia x percaya ataupun laki dia yg x percaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:17 AM | Show all posts
mek_tok replied at 15-6-2016 04:15 PM
Area felda nenek dan rumah nenek memang skeri d meri..
Banyak cerita yang jadi.. nanti saya upda ...

ok mek...nanti cepat2 update ye.. xsabar nak baca lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:20 AM | Show all posts
watachiwa replied at 16-6-2016 07:47 AM
teringat opismate aku yg lama dulu.. mcm tu lah dia misscarriage..
rasa sakit memulas2 perut kate ...

tak percaya yang kena buatan orang ke? kesian kan orang yang terkena,minta jauh nauzubillah..huhuhu..

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:04 AM | Show all posts
CikNia replied at 16-6-2016 09:20 AM
tak percaya yang kena buatan orang ke? kesian kan orang yang terkena,minta jauh nauzubillah..huhuh ...

mistik2 ni susah sket nak caye katenya
gi jumpe pakar semua ckp x de problem nak pregnant n mmg dia pernah pregnant pon

tapi family hubby dia mmg ade bela2 nih
cume katenya dah buang sebelum MIL dia gi buat haji 3 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:30 AM | Show all posts
Fuh..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2016 10:47 AM | Show all posts
watachiwa replied at 16-6-2016 10:04 AM
mistik2 ni susah sket nak caye katenya
gi jumpe pakar semua ckp x de problem nak pregnant n mmg d ...

Kalau dah memang ada history membela2 ni baiklah pergi berubat

Bukan kita nak percaya 100% pada benda2 mcm ni tapi even zaman moden macam ni pun banyak lagi orang yg pemikiran kolot..

Kalau bukan saka pun kdg2 amalan kita yang buat syaitan nak dekat..
apa pun moga2 kawan tu cpt2 dapat zuriat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 11:36 AM | Show all posts

MISTIK DI KAWASAN RUMAH NENEK

Intro : Kawasan felda rumah nenek ni berbukit.. Rumah nenek sendiri pun nak smpai ke rumah kene lalu satu jalan bukit kecik.  

1. Hantu Golek
Cerita ni tak tau la memang legend atau kisah benar tapi diceritakan arwah mak dan nenek.  
Bulan puasa, hantu syaitan kan kene ikat.  Habis bulan puasa mungkin hantu2 ni dah dilepaskan dan nak berpesta.  So tiap2 malam raya akan ada hantu golek.  Hantu golek ni akan bergolek sejauh lebih kurang 300 meter.  Hantu ni akan bergolek dari bukit selepas rumah nenek sampai la sebelum bukit sebelum sampai rumah nenek.

2. Jiran Sebelah.
Terlupa point penting dalam cerita sebelum-sebelum ni, Atok perempuan jiran sebelah tu actually bidan kampung.  Kata nenek, masa mula2 datang felda dia belum lagi jadi bidan.  Dia start kerjaya bidan lepas mak beliau meninggal dan dia dikatakan mewarisi pelesit peninggalan maknya.   Kami adik beradik kecuali adik no 4 disambut atok jiran tu masa lahir.  Atok lelaki pulak baru meninggal dalam awal tahun ni, dikatakan turut membela hantu raya.  Wallahualam..

Cerita ni jadi masa aku dalam sekolah rendah, darjah 4 atau 5.  Tempat kejadian rumah depan rumah nenek, kami panggil tuan rumah tu atok atas bukit sebab nak ke rumah atok ni kene jalan satu bukit yg agak tinggi.  Salah seorang anak atok atas bukit nak kahwin.  Adat resam felda, gotong royong antara jiran sangat kuat.  Termasuk nenek ada 2 3  orang lagi geng nenek yang bermalam kat rumah atok atas bukit untuk siapkan kerja-kerja sebelum hari majlis berlangsung.  Masa kenduri tu nak diadakan, kebetulan atok lelaki jiran sebelah ni tengah sakit, sakit apa aku tak tau cuma dikatakan beliau tengah sakit.  Malam kenduri, masa tu aku dan adik beradik tengah tengok tv, buletin utama kat tv3.  Dalam sayup malam, kami terdengar bunyi2 yang agak asing.  Kata arwah mak, tu bunyi bomoh orang asli yang datang untuk ubatkan atok lelaki jiran sebelah.  Bunyi dia agak kuat dan agak menyeramkan.  Disebabkan kat rumah tu cuma ada kami adik beradik, arwah mak dan makcik yang bongsu   jadi sebab takut, arwah mak suruh kami kuatkan volume tv supaya tenggelam bunyi nyanyian bomoh orang asli tu.  Dalam masa yang sama, kecoh ada mat2 motor yang lalu rumah nenek, ternampak lembaga hitam bersayap berdiri atas atap rumah atok jiran sebelah.  

Dalam pukul 1-2 pagi, kat rumah atok atas bukit.  Nenek and the geng termasuk atok atas bukit belum lagi tidur dan masih lagi menyiapkan apa yang patut untuk kenduri.  Tengah rancak bersembang, tiba2 sorang geng nenek which is atok aku belajar mengaji masa kecik2 dulu terdengar sayup2 bunyi mengilai dan menangis.  Suasana yang tadi agak meriah tiba2 jadi diam sebab semua dah dengar apa yang atok mengaji dengar.  Bunyi mengilai kadang2 kuat kadang2 slow.  Yang masih berjaga masa tu geng nenek dan ada lagi beberapa anak atok atas bukit.  Disebabkan takut, masing2 datang mengendeng dekat nenek.  Diorang cuba tidur, tapi tak boleh sebab suara mengilai masih lagi kedengaran.  Nenek yang agak berani ni kata kita tak payah tidur malam ni, teruskan buat kerja, baca apa yang patut dan pukul 4 pagi nanti kita terus ke pasar borong untuk beli lauk2 kenduri.  

Lebih kurang pukul 5 pagi sebelum azan subuh, arwah mak terbangun sebab dengar salam dari nenek.  Arwah mak tak fikir panjang terus buka pintu sebab ingatkan nenek dah siapkan kerja kat rumah atok atas bukit dan mungkin nak balik mandi.  Buka je pintu, arwah mak tengok tak ada siapa pun.  Terus berdiri bulu roma mak dan terasa seram.  Tapi arwah mak macam nenek jugak, berani.  Arwah mak boleh lagi sambung tidur lepas kejadian tadi dan bangun untuk solat subuh macam tak ada apa-apa yang jadi.  Esoknya, arwah mak tanya nenek yang nenek ada balik tak pagi tadi. Nenek kata pukul 5 pagi tu nenek ada kat pasar borong tengah pilih2 lauk untuk kenduri.   

3. Saka belaan peneroka felda
Masa awal pembukaan felda, kebanyakan felda ni asalnya hutan dan peneroka tu sendiri kene bersihkan dan tanam kelapa sawit.  Apa yang kerajaan beri cuma rumah felda.  Kata nenek, kebanyakan peneroka ni ada belaan untuk membantu diorang buat kerja2 di ladang.  Termasuk sorang arwah pakcik ni, kita namakan pakcik samad.  Pak cik samad ni tubuhnya taklah sasa, standard badan orang tua tapi pernah jiran pakcik samad tengok pakcik samad angkat kayu balak sebesar pemeluk time maghrib.  Esok paginya, rumah pakcik samad dah siap ada pagar kayu...

Sekarang felda nenek dah banyak diwarisi anak2 felda, generasi kedua selepas kematian peneroka asal.  Start pukul 7 malam, satu kawasan felda tu akan terasa suram.  Walau banyak lampu jalan, jalan2 kat felda tu terasa malap je.  

4. Pakcik kedai runcit
Kedai runcit ni terletak tak jauh dari kubur.. Satu malam tu dah nak dekat pukul 10.  Pakcik kedai ni dah nak tutup kedai.  Tiba-tiba didatangi seorang perempuan dengan dua anak.  Seorang dipangku dan seorang lagi dipimpin tangan.   Perempuan tu kata yang dia nak beli ayam.  Pakcik ni dah serba salah sebab dia dah nak kunci pintu kedai tapi sebab kesian mungkin anak2 perempuan tu lapar, pakcik kedai buka semula dan bagi ayam pada perempuan tu..  Lepas bayar perempuan tu pun berjalan keluar kedai dan pakcik tu kuncikan kedai dan balik.  Esok paginya, pakcik kedai teringat peristiwa semalam dan cek semula laci duit.  Terkejutnya pakcik kedai tu, sebab dia nampak ada daun2 kering dalam laci di tempat dia letakkan duit yang dibayar perempuan yang beli ayam malam tadi.  Terus demam seminggu pakcik tu.  



Atok lelaki jiran sebelah dah meninggal awal tahun ni..  Sebelum meninggal, arwah kerap cakap pada anak2 yang dia nak jumpa nenek untuk minta maaf.  Tapi masa atok tu menghembuskan nafas terakhir nenek tengah solat zohor dan tak sempat nak jumpa arwah.  Tapi kata nenek, arwah pergi senang, tak ada buka atap.  Mungkin arwah dah bertaubat dan dah buang segala amalan.  Sebab sebelum sakit teruk, arwah berkampung lama kat kampung asal beliau, katanya nak berubat. Dalam tempoh berubat arwah atok jiran tu, hampir setiap malam rumah2 hujung yang berdekatan dengan ladang kepala sawit akan dengar bunyi mengilai dan meratap...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 02:06 PM | Show all posts
mek_tok replied at 16-6-2016 11:36 AM
Intro : Kawasan felda rumah nenek ni berbukit.. Rumah nenek sendiri pun nak smpai ke rumah kene lalu ...

Sambung lg TT...
posa2 nie malas nk bt keja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in!
Jadi sampai skrg belaan2 tu turun kpd generasi kedua felda ke tt??
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:20 PM | Show all posts
felda bukit tajau ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:52 PM | Show all posts
best citer tt...tgu tt hapdet sementara tgu nak balik pukul 4
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nak baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:31 PM | Show all posts
felda kota gelanggi kot ni....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
10 thn lps pernah sampai felda chemomoi. g ade jemputan kenduri kahwin. humaikaihh...jauhhhhhhh masok ke dalammmmmm. dh rase cam g ujung dunia dah. dgn xdpt line hp. tp felda tu bersih. yg peliknye pakat ramai ckp utara kt situ. mgkin peneroka asal byk mai dr utara kot naa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 02:52 PM | Show all posts
Best! Tengah tunggu update  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 03:39 PM | Show all posts
besttt!!! sambung lg tt walaupun ambe takuttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 11:37 AM | Show all posts
amyza replied at 16-6-2016 02:14 PM
Check in!
Jadi sampai skrg belaan2 tu turun kpd generasi kedua felda ke tt??

yg tu tak pasti..
tapi mengikut kata kawan sy yang minat dengan hal2 mistik ni memang banyak kematian peneroka asal yang mana masak tengah nazak ustaz akan suruh buka atap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 11:38 AM | Show all posts
boerbekeng replied at 20-6-2016 02:31 PM
felda kota gelanggi kot ni....

bukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 12:01 PM | Show all posts

MIMPI SERAMM

Edited by mek_tok at 28-6-2016 02:14 PM

Quick post : for past few days saya kurang sihat, maklumlah tengah membuyong.. Hari ni nak cerita kisah pendek yang jadi masa bulan 4 hari tu..
Lokasi rumah nenek.

Lepas pemergian arwah ma dan arwah along pada tahun 2015, kami tinggal 4 beradik.  Adik yang bongsu masih lagi dalam jagaan aku.  Sebabkan rindu pada nenek dan nak melawat kubur arwah ma dan along kami sepakat balik felda nenek.  Masa tu lebih kurang 2 minggu pemergian atok lelaki jiran sebelah..

Kami gerak dari Putrajaya pukul 8 malam sebab nak elakkan jammed.  Adik beradik yang lain akan gerak ke rumah nenek pada hari sabtu.  Sampai rumah nenek pukul 10 mlm..
Sebab dah agak lama tak jumpa nenek kami bersembang sakan, sedar2 dah pukul 2 pagi..

Port tidor aku macam biasa, depan bilik nenek sebab kat situ sejuk.  Adik bongsu tidur dengan nenek dalam bilik.
Cahaya tv kat tingkat ( tingkat atas dan bawah dipisahkan dengan 3 mata tangga) atas masih ada coz pakcik memang suka tengok tv sampai tengah malam, tapi kadang2 tv yang tengok dia.  

Jam 2.15, Aku tidur betul2 depan pintu bilik nenek, dan bila mengiring ke kanan akan nampak pintu utama rumah nenek.  Bila tengok suami dan anak dah lama lena aku cuba pejamkan mata sambil mengiring ke kanan.

Aku mimpi..

Rumah masih lagi cerah dengan lampu, suami duduk bersandar ke dinding sambil main fon.. aku terdengar bunyi salam dari pintu utama.  Suara perempuan tua, dan aku dapat rasa tu atok perempuan jiran sebelah.  Aku tengok suami, dan suami pandang aku balik, meaning dia pun dengar suara tu..  tapi kami tak jawab salam yang diberi..

Tiba2, pintu macam dibuka sedikit dan ada tangan hitam yang nampak kasar dan bergerutu cuba hulur ke arah aku.. Lantas suami berlari ke arah tangan dah menarik tangan tu, aku nampak ada susuk lembaga hitam yang hampir jatuh akibat ditarik suami.  

Aku tersedar dari mimpi, tapi dada aku berombak, jantung aku terlalu laju..
Suami masih lagi tidur.. Jam menunjukkan pukul 2.20 pagi.. Aku rapatkan badan pada suami, baca doa apa yang patut dan tidur semula..

Esoknya cerita pada nenek dan suami, kata dorang mungkin ada yang mengikut sebab kami sampai rumah nenek malam.. lagipun aku tengah mengandung..

Tapi nenek lega, aku tak jawab salam dalam mimpi tu.. kalau aku jawab entah apa yang akan jadi pada aku.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.115814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list