Sekurang-kurangnya empat orang cedera berikutan seorang lelaki bertindak melemparkan botol yang mengandungi bahan letupan buatan sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai, sebelum suspek cuba mengelar lehernya dengan sebilah pisau.
Bagaimanapun suspek segera dimasukkan ke hospital oleh pihak polis yang bergegas ke lokasi dan kini suspek dikatakan berada dalam keadaan kritikal.
Menurut satu kenyataan pihak berkuasa Shanghai, lelaki berkenaan bertindak sedemikian berdekatan dengan kaunter daftar masuk di Terminal Dua lapangan terbang itu.
Menurut agensi berita Xinhua, hanya 3 mangsa yang cedera akibat terkena letupan disahkan identiti mereka.
Termasuk seorang lelaki dari Filipina, seorang lelaki berusia 67 tahun dan seorang wanita berumur 64 tahun, kedua-duanya warga China.
Warganegara mangsa keempat bagaimanapun tidak dijelaskan. - CARI Infonet