CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13941|Reply: 88

Fahrin Ahmad Teruja Rasa Pergerakan Baby Dalam Perut, Isteri Hamil 6 Bulan

[Copy link]
Post time 16-6-2016 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ladybird_ at 16-6-2016 11:59 AM

Pelakon Fahrin Ahmad akui berasa teruja apabila berpeluang untuk merasai sendiri pergerakan bayi dalam kandungan isterinya yang kini hamil enam bulan.

Menurut Fahrin, tiada perasaan yang dapat digambarkan ketika melihat bayi tersebut bergerak dalam pelbagai posisi.

“Alhamdulillah bayi dalam kandungan isteri sihat dan aktif. Isteri saya dijangka bersalin pada minggu pertama bulan Oktober nanti.


“Bercakap pasal kehamilan, saya dan isteri memang tak dapat sorok rasa teruja bila ‘baby’ mula aktif dan bergerak-gerak di dalam perut.

“Masa pertama kali kejadian itu berlaku, saya sentuh perut isteri dan rasa pergerakan yang berlaku dan mungkin kerana dia adalah bayi lelaki jadi ‘baby’ terlebih aktif.

“Waktu itu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu, memang gembira tak terkata. Rasa mcam tak percaya pun ada juga.

“Ini merupakan satu pengalaman baru dan apa yang penting saya harapkan anak saya sihat, sempurna dan membesar dengan baik,” katanya.

Fahrin ditemui pada majlis berbuka puasa HBO dan sidang media filem Jurassic World dalam Bahasa Malaysia bertempat di Le Meridien, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas mengenai persediaan bergelar bapa, pelakon berusia 37 tahun ini memberitahu dia lebih memberi tumpuan kepada kos perbelanjaan.

“Untuk persiapan sebenarnya bagi saya bila kita ini lelaki sudah pasti lebih banyak memikirkan tentang perbelanjaan sewaktu bersalin nanti.

“Kalau dari segi persiapan barangan bayi itu mungkin lebih kepada isteri saya. Tapi setakat ini kami masih lagi belum ‘shopping’ untuk ‘baby’ walaupun dah tahu jantina.

“Oleh kerana terlalu sibuk, kami belum ada masa lagi, tapi apabila mendengar pengalaman rakan-rakan saya dimaklumkan memang kena buat persediaan awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bersalin.

“Jadi untuk bulan puasa ini saya fokus untuk berehat dan luangkan masa bersama isteri, kerja tetap ada cuma saya ambil yang tuntutan masanya tidak memerlukan saya berada diluar sehari suntuk seperti pengacaraan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fahrin merupakan antara salah seorang selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Hoskins.

Jurassic Park bakal disiarkan dalam versi Bahasa Melayu pada 6 Julai depan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula jam 9.00 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 413).

Selain Fahrin, selebriti yang terlibat ialah Nora Danish, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Farah Fauzana, Bront Palarae, Akhmal Nazri dan ramai lagi.

Astro gempak


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu sibuk? Fahrin buat apa jer?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:55 AM | Show all posts
lotionmilo replied at 16-6-2016 11:46 AM
Terlalu sibuk? Fahrin buat apa jer?

kannn..

nak kata ada filem, idok.
nak kata ada drama, idok.

promo garnier ke hari-hari?
ke sibuk main ragbi je?

hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo replied at 16-6-2016 11:46 AM
Terlalu sibuk? Fahrin buat apa jer?

Sibuk mencari Ramli la uolls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 12:00 PM | Show all posts
lotionmilo replied at 16-6-2016 11:46 AM
Terlalu sibuk? Fahrin buat apa jer?

dia kurg berlakon tp job luar masyukkk... skrg mencari ramli plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mencari ramli la uolsss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2016 12:02 PM | Show all posts
dia pun banyak buat kerja belakang tabir
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhhh ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 12:13 PM | Show all posts
rasanay fahrin sibuk belakang tabir...

tp suka pasangan ni..sweet jer...dan nampak low profile sanggat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah dpt pahrin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank iols msk mencari ramli 5 ni...mmg slalu jumpa Fahrin.. Hensem dan yg pnting sgt baik dan ramah.. Masa tersingkir tu Fahrin ada peluk & bg kata2 semangat kat dia. Mak & adik2 iols bkn main suka lagi..siap ckp bertuah kene peluk abg Fahrin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kalau dia fokus kat pengacaraan pun ok. Suka masa dia jadi hos Sehati Berdansa & Imam Muda
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka lakibini ni
Both bertuah dpt jodoh yg best walau kawen lambat
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rejeki dan takdir memasing..
Semua dah diaturkan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:56 PM | Show all posts
eh sama pulak..semoga lepas ni dimurahkan lagi rezeki deyols
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 03:35 PM | Show all posts
linda dh ade bby ke uols... tk follow ig dia.. senyap jek sejak kwin ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahrin ni jadi matang dek kerana tragedi dulu.... die antara yg sgt matang dalam industri ni... boleh tgk cara die... takdelah attention seeker nau..nau... mcm sesetengah retis lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 03:58 PM | Show all posts
erm .. memang dia nih baik kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife heols umur berapa eh

Congrats abg pahrin & isteri, semoga selamat semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:03 PM | Show all posts
fahrin ni dulu i tak minat sbb dia jenis perasan...sekarang masih ada lagi tak pe'el perasan dia tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.726153 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list