CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sarizu

[Contest] Cinta di Musim Raya

[Copy link]
 Author| Post time 27-6-2016 12:37 PM | Show all posts
Edited by sarizu at 27-6-2016 12:40 PM

Bahagian 5

Sekali lagi aku menerima mesej Whatsapp dari nombor yang sama, nombor yang aku tak kenalpun. Masuk kali ni dah enam kali. Pertama kali dapat mesej seawal Ramadhan yang lalu. Samada mesej ni tersilap sasaran mahupun betul-betul ditujukan kepada aku, itu semua memang aku tak layan.

Seminggu ni memang aku sibuk, mentang-mentang la aku ni bujang Bos lantik aku jadi Pengarah Majlis Hari Raya syarikat. Memang tak patut! Sepatutnya perempuan lagi sesuai buat kerja-kerja macam ni, kerana aku taklah 'berjiwa' sangat dengan tugasan remeh itu ini, maka aku betul-betul jadi Pengarah. Tugas aku mengarah je. Ok, baru tahu best juga jadi Pengarah ni.

Sebenarnya Ain yang banyak buat itu ini, terutamanya menyenaraikan jemputan yang akan menghadiri majlis kami pada minggu hadapan nanti. Mesyuarat pun Ain yang banyak present itu ini, aku komen mana yang patut je.

Walaupun Ain yang banyak buat kerja itu ini taklah bermakna aku langsung goyang kaki. Kerana aku sukakan muzik, aku memilih untuk sibuk membuat carian di Google lagu-lagu raya berunsur dakwah yang akan dimainkan dimajlis nanti. Kerja juga tu. Aku mahu majlis raya yang sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sudah. Tak mahu lagi majlis yang diserikan dengan irama bising dan kosong tanpa pengisian jiwa.

Aku juga dah tetapkan penampilan semua staf pejabat nanti adalah ceria, sopan dan menutup aurat. Akukan Pengarah! Bukankah seluruh kehidupan ini kita tetap bertuhan walau dalam apa jua yang kita lakukan?

Sambil mencari lagu raya, ralit juga aku meneliti setiap bait lirik-lirik lagu dulu-dulu sambil sesekali mengikut menyanyi bait lagu-lagu tersebut, namun lirik lagu Andai Ku Tahu daripada kumpulan Ungu tiba-tiba sahaja membuatkan aku terfikir tentang sesuatu... Ya, aku belum lagi menelefon nombor yang diberi Iman tempohari!

Andai kutahu Kapan tiba jodohku
akanku memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu Kapan tiba masanya
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawanya


Kan dah melalut tu.

"Macamana Rif?" Dua hari berlalu akhirnya Iman terjengul di pintu bilik, mengotakan janji untuk bertanya perkembangan jodoh aku.

Macamana ya? Kan belum call lagi.

"Tak sempat lagi la Man nak call. Minggu depan la eh...," terus Iman berlalu. Bosan dengan aku la tu.

Busy! Banyak lagi kerja nak kena settle untuk majlis ni. Walaupun Ain yang banyak handle program ni tapi sebagai Pengarah aku tetap kena ambil tahu banyak perkara juga. Bukan boleh nak lepas tangan macam tu je.

Mata masih lagi tertancap meniti lirik demi lirik yang tersenarai di skrin komputer. Kali ini lirik lagu Sufi dendangan Damasutra sekali lagi mengocak perasaan.

Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih


Apabila dah tersebut kekasih, hati dah macam rasa terseksa sikit.

Aku capai handphone, mula berkira-kira untuk menelefon si dia.

Bukannya aku suka sangat buat kerja-kerja macam ni, telefon orang yang kita tak kenal, berbasa-basi itu dan ini...fuhh... Kalau on alhamdulillah, kalau first call pun dah rasa tak boleh jalan itu yang paling tak best.

Nak cakap apa eh?

Contacts dibuka. Eh...??

Macam pernah tengok je nombor ni...?

Ikon WhatsApp pula disentuh, senarai Chats ditilik.

Samalah nombor ni...

Satu persatu mesej yang dihantar bermula seawal Ramadhan itu aku baca penuh minat.

Aku dah rasa semacam, berdebar pun ya, di awangan pun ada.

Salam Ramadhan
6/6/2016

Selamat meneruskan ibadah puasa
13/6/2016

Berbaki lagi 15 hari sebelum berlalunya Ramadhan
Ya Allah, sekiranya kami daripada golongan yang rugi pada hari-hari sebelumya,
maka perbaikkanlah kami dengan hari-hari yang berbaki

20/6/2016

Pecutan 10 malam terakhir Ramadhan sedang bermula
Semoga Lailatul Qadr mampu menjadi milik kita

24/6/2016

Salam Syawal
6/7/2016

Kenapa tak call saya?
28/7/2016

Dia ke...?

Nombor si dia aku tekan.

Ada debar terasa.

"Hello, assalamualaikum," memang suara dia. Masih aku ingat.

Nafas terasa terhenti seketika.

Kerongkong rasa tersumbat.

Allah, tujuh tahun berlalu...dia kembali sekali lagi.

Jodoh akukah ini?

Allah itu sebaik-baik perancang. Dejavu sangat terasa kala ini.

"Waalaikumussalam," selepas tujuh tahun aku kembali berbicara dengannya.

Diam di antara kami.

Mungkin masing-masing sedang melayan rasa hati yang pernah bertandang suatu ketika dulu.

Engkau permudahkan ya Allah jodohku kali ini.

Tiada harapan lain selain dari aku mahu menyuntingnya sekali lagi dalam masa terdekat. Kalau boleh sebelum Syawal berlalu, kerana Syawal kali ini terasa sungguh bermakna.  Sudah tidak mahu bertangguh. Tiada apa lagi yang perlu aku tunggu.

"Jom kahwin, nanti boleh kita ride sama-sama,"

Terdengar gelak halus di hujung sana, indahnya dunia.

InsyaAllah Aidiladha nanti adalah gambar aku berkepit dengan bini. Yesss!




TAMAT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2016 12:44 PM | Show all posts
Terima kasih untuk semua yg sudi baca dan komen.











Aidiladha terus
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 01:12 PM | Show all posts
sarizu replied at 27-6-2016 12:44 PM
Terima kasih untuk semua yg sudi baca dan komen.

ending laju mcm ETS..




bdw awek motor tu cinta 3thun tu ke?

tapi ada plak tnya  nama,umur bape kat ats tu..awek lain ke?

pencerahan pls..

anywy..TQ..lupa plak....


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 10:54 PM | Show all posts
tahniah sarizu!
cerita yang menarik..bertemu jodoh pada bulan mulia
selamat berpuasa dan menyambut syawal
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 11:16 AM | Show all posts
Hui, habes dah?

Terbayang si awek tu macam Dira Abu Zahar, bawak motor besau. Nak letak Erra, tua sangat puleekk

Tahniah Cik Sari, simple and nice.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 11:19 AM | Show all posts
Edited by sarizu at 1-7-2016 11:24 AM

hihi...kn laju la sblm jd cerpan

ok, dia tya2 tu pasal dia confuse betul ke org yg sama dgn cinta 3thn dulu...


tq ya layan cite ni













* cerpen x brp nk lulus ni kalu ada yg x paham

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2016 11:22 AM | Show all posts
Ipo replied at 27-6-2016 10:54 PM
tahniah sarizu!
cerita yang menarik..bertemu jodoh pada bulan mulia
selamat berpuasa dan menyamb ...

t/kasih ipo layan cite ni...

selamat meneruskan pcarian lailatul-qadr dan selamat menyambut 1 Syawal




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 11:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 28-6-2016 11:16 AM
Hui, habes dah?

Terbayang si awek tu macam Dira Abu Zahar, bawak motor besau. Nak letak Erra, tu ...

Tq nicki

Selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut 1 Syawal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2016 11:32 AM | Show all posts
Tq mod bg biskut raya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.089469 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list