CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 0

Switzerland Bersama Perancis Ke Pusingan Kalah Mati

[Copy link]
Post time 20-6-2016 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: http://static.independent.co.uk/





Pasukan kerdil Iceland mencipta kejutan selepas mengikat Portugal 1-1 dalam penampilan pertama di pentas Kejohanan Eropah tatkala penyerang sensasi Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol biarpun menyamai rekod penampilan terbanyak untuk negara yang dipegang Luis Figo.



Penyudah hebat oleh Nani menyaksikan Portugal mendahului perlawanan sebelum perancang tengah Iceland Birkir Bjarnason menyamakan kedudukan untuk skuad Scandinavia di Saint Etienne.


Ronaldo menyamai rekod penampilan terbanyak Figo dengan kedua-dua legenda Portugal itu kini mengumpul 127 kap.



Keputusan terikat itu menyaksikan saingan Kumpulan F masih terbuka luas selepas Hungary mengejutkan Austria 2-0 di Bordeaux sebelum itu untuk menempa kemenangan pertama mereka di kejohanan utama dalam tempoh 30 tahun.


Portugal seterusnya akan berdepan Austria di Paris, manakala Iceland melayan pendahulu kumpulan Hungary di Marseille, Sabtu ini.-CARI Infonet





Keputusan terkini:

Kumpulan F :

Portugal  1    Iceland 1


Austria    0    Hungary 2






sumber : http://www.utusan.com.my/








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.371856 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list