CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3286|Reply: 0

Bagaimana Memilih Pengelap Cermin Kereta Terbaik?

[Copy link]
Post time 20-6-2016 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Memilih Pengelap Cermin Kereta Terbaik?
PERKONGSIAN

FacebookTwitter



ANDA tentu keliru dengan pelbagai jenama, jenis dan harga pengelap cermin depan (windshield wiper) di pasaran. Ada yang berjenama terkemuka dan ada pula yang tidak diketahui asal-usulnya. Anda mungkin beranggapan pengelap mahal akan memberikan prestasi terbaik dan tahan lama, tetapi artikel di bawah ini mungkin membuatkan anda berfikir sebaliknya.
Pengelap berjenama mungkin berprestasi terbaik, tetapi itu bukanlah bermakna pengelap biasa tidak dapat melakukan apa yang mampu dilakukan pengelap ‘branded’. Pastikan setiap pembelian berbaloi.
APAKAH BILAH PENGELAP CERMIN DEPAN TERBAIK?
1. Prestasi Hebat Apabila Baharu
Ujian pakar mendapati majoriti bilah pengelap, termasuk berharga murah, mampu melakukan tugas mengelap cermin depan dengan baik. Jadi, harga bukanlah petanda keberkesanan bilah pengelap baharu.
2. Prestasi Terbaik Sekurang-kurangnya 6 Bulan
Laporan anekdot daripada pengguna mendedahkan sesetengah jenama mampu bertahan lama. Tetapi ujian profesional menunjukkan kebanyakan bilah pengelap (tanpa mengambil kira harga) akan haus selepas 6 bulan.
3. Penyambung untuk Pemasangan
Penyambung jenis cangkuk paling banyak digunakan, tetapi sesetengah kenderaan menggunakan penyambung pin, tab-jepit (pinch-tab) atau bayonet. Kebanyakan bilah pengelap didatangkan dengan adapter. Pastikan anda periksa sebelum membeli.
KETAHUI KEPERLUAN SEBELUM MEMBELI
Apakah Saiz Diperlukan?
Sesetengah kenderaan menggunakan pengelap berbeza saiz bagi pemandu dan penumpang depan. Kedai-kedai aksesori kereta boleh membantu anda memilih jenis yang sesuai, atau anda boleh periksa sendiri pada buku manual pengguna. Jika membeli secara talian daripada laman web seperti Amazon.com, sila periksa saiz pengelap berulang kali. Ini kerana terdapat banyak aduan pembeli mendakwa saiz bilah pengelap dalam Amazon.com tidak tepat.
Apakah Jenis Bilah Pengelap Kereta Anda?
Banyak kereta baharu didatangkan dengan bilah pengelap gaya-rasuk (beam-style) baharu sebagai ciri original. Anda mungkin perlu menggantikan dengan bilah pengelap lain daripada jenis gaya-rasuk juga. Pengelap tradisional gaya-braket kemungkinan besar tidak muat.

Pengelap gaya-rasuk
Pengelap gaya-braket
Penyambung Mana Anda Ada?
Banyak kereta baharu menggunakan penyambung bilah pengelap jenis cangkuk yang mudah. Proses menggantikan bilah pengelap agak ringkas dan mudah dilakukan secara sendiri (DIY). Anda boleh merujuk cara memasangnya menerusi laman web secara bergambar ataupun video.
Bagaimanapun, bukan semua bilah pengelap mudah digantikan kerana pelekap dan lengan yang lama digunakan membuatkan pengelap sukar ditanggalkan daripada pin dan selak. Tetapi jangan bimbang, kerana kedai aksesori biasanya boleh membantu anda memasang pengelap secara percuma.
Apakah Perlindungan Silikon Diperlukan?
Bilah pengelap diperbuat daripada getah dan dapat bekerja baik dalam jangka masa lama. Malah, ujian kecekapan dan ketahanan menunjukkan pengelap terbaik ialah pengelap bilah getah standard.
Bagaimanapun pemandu off-road menggemari bilah pengelap silikon kerana mampu mengelap lumpur tebal dan kotor dengan baik. Ramai pemandu yang tinggal di kawasan panas terik mengakui ketahanan pengelap silikon. Jadi, jika kereta anda perlu berdepan cuaca ekstrem, sama ada jalan biasa atau off-road, bilah pengelap silikon sangat berbaloi dibeli dan berharga mahal.
Pengelap silikon
SARANAN KAMI
Sekilas pandang, pengelap getah sama ada gaya-braket atau rasuk sudah cukup untuk memenuhi keperluan kereta anda dengan harga yang berpatutan. Namun, dengan cuaca tropika di Malaysia yang kerap mengalami musim hujan dan panas sepanjang tahun, anda mungkin boleh berkira-kira membeli pengelap jenis silikon untuk lebih tahan lama. Tambahan lagi jika kereta anda kerap diparkir secara terbuka, terutama bagi penghuni apartment.
Anda mungkin berganggapan pengelap mahal mampu bertahan lebih lama, tetapi ujian pakar menunjukkan sebaliknya. Rata-rata pengelap kebiasaannya sudah tidak lagi dapat bekerja dengan baik selepas 6 bulan digunakan. Jadi, mengapa bayar lebih?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.577523 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list