CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 0

Seri Dengan Slovakia, England Tetap Mara Ke Peringkat Kalah Mati

[Copy link]
Post time 21-6-2016 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/





Skuad kendalian Roy Hodgson, England menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan kedua selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Slovakia dalam aksi di Stadium Geoffroy-Guichard awal pagi tadi, sekali gus layak ke saingan kalah mati.


Dalam pertemuan itu, England menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan barisan pemain prolifik seperti Jamie Vardy, Adam Lallana, Dele Alli dan Wayne Rooney.



sumber foto: http://img.bleacherreport.net/



Meskipun melakukan 22 percubaan namun jentera serangan England dilihat sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang diketuai pemain Liverpool, Martin Skrtel.


Keputusan itu juga menyaksikan Slovakia berjaya mengumpul empat mata, sudah cukup buat mereka mengisi salah satu slot pasukan terbaik di kedudukan ketiga untuk ke saingan kalah mati.


Selepas mengisi kedudukan kedua Kumpulan B, England kini akan berdepan pasukan yang menghuni kedudukan kedua Kumpulan F sama ada Hungary, Iceland atau Portugal.




Keputusan terkini:

Slovakia  0   England  0








sumber : www.telegraph.co.uk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053061 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list