CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4659|Reply: 7

Pilih 5 Tempat Penginapan Ini Bagi Percutian Paling 'Rare' Di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-6-2016 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Tak terfikir untuk menginap di hotel yang cantik dan unik?

Sekali sekala anda perlu lari daripada kesibukan kota. Hotel bertaraf 5 bintang adalah sesuatu yang biasa kita lihat dan terlalu 'mainstream' tetapi
ini adalah 5 tempat penginapan yang paling unik untuk anda mencari ketenangan dan merehatkan diri setelah sekian lama hidup dalam kesibukan kerja.

Di Malaysia banyak tempat yang menarik yang masih ramai tidak tahu. Jom, kenali 5 tempat penginapan 'rare' ini. - CARI Infonet

1. Time Capsule Retreat







Ini ialah hotel mini dengan 8 buah bilik hotel yang dibina di dalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM 99 semalam.

Lokasi : Sungai Lembing, Pahang

Info lanjut : http://timecapsuleretreat.wix.com/home

2. Container Hotel














Hotel ini sangat unik kerana dibina dalam kontena yang telah diubah suai. Rekaan dan dekorasi dalamnya sangat cantik dan urban!

Lokasi : KLIA 2 & No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur, Malaysia

Info lanjut: www.containerhotel.com.my


3. Tanah Aina Ecotourism Resort



















Anda inginkan percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik dan menarik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dalamnya macam anda menginap di hotel bertaraf lima bintang.



Lokasi: Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia, Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia, Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia.

Info lanjut : http://www.tanah-aina.com/, https://www.facebook.com/tanahaina
4. Tubotel Langkawi




Kalau anda rasa nak tidur dalam bilik kolong konkrit anda boleh ke Tubotel Langkawi yang terletak di Pantai Chenang. Harga penginapan semalam bermula dari RM100 tidak termasuk sarapan pagi. Anda kena cuba, memang best!

Lokasi : Jeti Pelancongan Chenang, Kuala Cenang, Kedah.

Info lanjut : www.tubotel.com
5. Seaventures Dive Rig








Tempat yang dulunya merupakan bekas pelantar minyak dan gas, sekarang berubah menjadi hotel di tengah laut. Walaupun kedengaran aneh, namun hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti hotel bertaraf 5 bintang. Bagi pencinta laut dan peminat “scuba-diving”, ini adalah syurga yang perlu anda lawati.

Lokasi : Semporna, Sabah

Info lanjut: http://seaventuresdive.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2016 12:02 PM | Show all posts
Tanah Aina Farrah Soraya ... next holiday destination   
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
capsule retreat mcm best..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 09:41 AM | Show all posts
semua nmpk best..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik tp kalau nk ajk family mesti kene reject
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 10:33 AM | Show all posts
sesuai untuk adult la.. yg ada family  kurang sesuai .. tp eco friendly tu ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 04:23 PM | Show all posts
not a family friendly. but overall good idea
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah gi tanah Aina. ..toilet je x best..jauh..lain lain excellent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.631777 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list