CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6124|Reply: 10

Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab

[Copy link]
Post time 23-6-2016 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961








MOSCOW - Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15  (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2016 12:20 PM | Show all posts
RIP................
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 01:05 PM | Show all posts
RestInPeace
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke dulu yuri gagarin mcm lupa diri la jugak bila balik dari angkasa lepas. ye lah kan gi mana2 org duk puja puji byk peminat. nasib baik dr sms tak mcm tu tapi blh tahan jugak dia wat duit

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 12:53 PM | Show all posts
bru hair tahu kisah ni...akhirnya terjawab jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 01:41 PM | Show all posts
RIP. Setelah sekian lama, baru terbuka cerita sebenar. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 01:50 PM | Show all posts
ooo..baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rest in peace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2016 03:29 PM | Show all posts
ooo.. baru tau kisah sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 02:02 PM | Show all posts
punca kematian takde la misteri ke ape.....apsal dokrang nak rahsia....pelik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2016 03:42 PM | Show all posts
ITU BERKENAAN YURI GAGARIN....ANGKASAWAN AMERIKA YG PERTAMA? APA HALNYA?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099714 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list