Isi Belon Gas Sendiri Cara Jimat
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Kenapa nak membazir kalau boleh jimat dan buat sendiri? Kali ini anda boleh cuba buat belon gas sendiri untuk digunakan masa majlis hari lahir orang tersayang dengan menggunakan beberapa bahan.
Bahan-bahan:
Baking soda
Cuka
Botol plastik (mineral)
Belon
Corong 2pcs
Caranya:
1. Gunakan corong untuk menuangkan cuka ke dalam botol plastik, cukup isi 1/3 dari botol.
2. Gunakan corong yang satu lagi untuk tuang baking soda ke dalam belon sekurang-kurangnya 1/2.
3. Tutup hujung botol dengan belon, pastikan tidak ada baking soda yang terjatuh ke dalam botol.
4. Apabila siap, angkat belon yang berisi baking soda sehingga serbuk jatuh semua sama ke dalam cuka.
5. Perhatikan campuran tersebut bertindak, nampak gelembung-gelembung dan belon akan kembang.
Yakinlah anak anda pasti menyukainya. Selamat mencuba!
|