CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6960|Reply: 14

Di Mana Lokasi Batu Bersurat Gangga Negara?

[Copy link]
Post time 25-6-2016 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Artifak bukan milik Gangga Negara
18 Jun 2016 6:15 PM
KELUASAN Sungai Beruas dahulu membolehka kapal keluar masuk dan
KAMPUNG Kota antara kawasan dikatakan menjadi pusat pemerintahan
HANIF Md. Noor menunjukkan lokasi penemuan arang yang diguna pada
NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABD RAHMAN
KOLEKSI periuk tembaga ini disumbang oleh Ariffin Mahmud kepada
WANG tampang timah, antara artifak yang ditemui di Kampung Kota.
ANTARA peralatan besi yang ditemui dalam eskavasi di 15  kawasan
Mencari bukti untuk meneruskan kajian tentang kewujudan Kerajaan Beruas dilihat seperti satu usaha yang lesu. Malah penemuan yang ada pun tidak begitu kuat untuk menceritakan kewujudannya.

Kajian terhadap Kerajaan Gangga Negara yang dikatakan wujud sebelum kurun ke-2 Masihi turut menemui kebuntuan apabila tiada penemuan dapat membuktikan kewujudannya.

Perkara tersebut diakui sendiri Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman.

Beliau menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap eskavasi yang pernah dilakukannya untuk mengkaji sejarah Beruas.

“Pada tahun 1990-an, saya berkampung di Beruas selama 20 hari untuk membuat pencarian artifak dan kesan sejarah.

“Banyak artifak ditemui, dipercayai mempunyai kaitan dengan Beruas seperti pinggan mangkuk, wang tampang timah, peralatan besi serta tembaga dan tembikar yang dikenal pasti telah wujud sejak awal kurun ke-15.

“Namun, tiada penemuan arkeologi lain dapat memberi petunjuk kepada kedudukan sebenar pusat pemerintahan Kerajaan Beruas.

“Memang banyak khabar angin daripada penduduk kampung kononnya mereka tahu di mana letaknya artifak lama serta lokasi sebenar Kerajaan Beruas yang turut dikenali Gangga Negara.

“Namun, tidak ada penduduk dapat mengesahkan cerita tersebut.

“Saya minta penduduk bawa ke tempat yang dimaksudkan seperti lokasi batu bersurat, tetapi malangnya lokasi itu tidak ditemui,” katanya kepada S2.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Colonel James Low pada 1849 dan H.G Quaritch Wales pada 1940-an, kedua-duanya sependapat bahawa Gangga Negara wujud dalam lingkungan tahun 100-an hingga 1000-an Masihi.

Pendapat itu dibuat berdasarkan bukti penemuan artifak seperti timah, pedang, keris, syiling dan pinggan mangkuk dari China ketika pemerintahan Dinasti Ming, dipercayai wujud sejak kurun ke-5 dan ke-6.

Bagaimanapun terdapat dakwaan mengatakan artifak itu bukan dari era Gangga Negara. Malah ia dinafikan para pengkaji berdasarkan penelitian yang pernah dibuat ke atas penemuan tersebut.

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Seri Iskandar, Perak, Dr. Mohamad Hanif Md. Noor, kebanyakan artifak ditemukan itu adalah baharu dan tidak menjangkau usia Gangga Negara.

“Dalam eskavasi pada 2012, banyak penemuan melibatkan serpihan pinggan mangkuk dan kulit kerang di Pengkalan Baru serta batu nisan lama di Beruas.

“Penelitian terhadap artifak tersebut telah dilakukan dan dapat dikenal pasti, ia wujud pada kurun ke-15.

“Ada satu sahaja artifak yang saya jumpa di Kampung Kota iaitu arang.

“Selepas penelitian dibuat, arang itu dipercayai wujud pada tahun 590 Masihi dan mungkin boleh dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara.

“Bagaimanapun, ia belum cukup kukuh untuk membuktikan ketamadunan kerajaan tersebut,” jelasnya.

FB, Twitter, IG Kekawan Utusan Online
Geng-geng Utusan Online

- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/a ... thash.1GuSpJaa.dpuf
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 7 Users voted

Poll is finished

9.09% (1)
9.09% (1)
9.09% (1)
18.18% (2)
9.09% (1)
0.00% (0)
0.00% (0)
9.09% (1)
0.00% (0)
36.36% (4)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2016 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 25-6-2016 01:58 AM

Sabbath ada baca pasal Batu Bersurat Beruas ni dalam satu blog milik Razi Sapie

Dalam blog dia ada tunjuk keratan akhbar pasal pencarian Batu Bersurat tu....kisahnya lebih kurang begini. Dikatakan kisah batu bersurat ni fames pada tahun 1979 apabila seorang pencari rotan menceritakan pengalaman beliau 10 tahun dahulu bersama rakan-rakan beliau tiba ke satu lokasi di mana mereka telah menemui satu batu berbentuk piramid setinggi 9 kaki tinggi dan 4 kaki lebar yang diselaputi lumut. Menurut pencari rotan tulisan pada batu tersebut seperti ayat Al-Quran, dan mengesyaki digunakan untuk pembelajaran Al-Quran dan kecoh dlm akhbar ketika itu berkenaan batu bertulisan Al-Quran.

Disebabkan kisah itu, pencarian pada 1979 dimulakan oleh sekumpulan penyelidik. Mereka telah masuk ke dalam hutan tetapi lokasi tepat tidak diketahui. Selama beberapa hari pencarian di dalam hutan (berdekatan Kampung Pulau Meranti) akhirnya menemui kegagalan. Kisah Batu Bersurat tu terus senyap.
Kemudian dimaklumkan kepada blogger en. Razi Sapie oleh Pn. Kay Shahar bahawa lokasi pencarian itu salah pada mulanya, sebenarnya batu itu terletak di kawasan estate tebu milik Gula Perak Berhad di mana 10 tahun sebelum penceritaan oleh pencari rotan lokasi tersebut adalah hutan belantara. Bila Persatuan Sejarah Beruas-Manjung ke lokasi, lokasi batu itu sudah menjadi aliran tali air dan hasil temuramah dengan mereka yg terlibat dlm pembukaan estate itu memang batu itu wujud dan sukar untuk dialih tapi dapat ditumbangkan dan dikambus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 25-6-2016 02:06 AM

hasil eskavasi selama beberapa tahun, banyak menjumpai artifak berkaitan kerajaan Melayu Beruas sahaja. Sangat sedikit bukti untuk mengatakan kerajaan Gangga Negara wujud. Antara bukti yang mereka jumpa serpihan tembikar dan arang kayu pada kurun ke - 6. Bukti2 tu tak cukup kuat bagi penyelidik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari kajian Barat...Gangga Negara

1. Sebuah kerajaan Hindu.
2. Sebuah bandar pelabuhan.
3. Wujud pada 200M
Menurut Malay Annals pula kerajaan ini diserang oleh Rajendra Chola 1(Raja Suran) pada 1025M..dan Hikayat Merong Mahawangsa kata kerajaan ini wujud pada abad ke-2M.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Andai yang boleh dibuat kajian dan hikayat2 tu

1. Diasaskan oleh sebuah Dinasti yg menguasai Sungai Gangga pada abad ke 2 Masihi.
2. Bukan sebuah kerajaan berkebudayaan Tamil.
3. Sebuah kerajaan dimana pedagang nya aktif berdagang ke Nusantara.
4. Pedagang2 nya menguasai ilmu lautan, pembuatan kapal dan rumah api.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 11:24 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 25-6-2016 02:24 AM
Dari kajian Barat...Gangga Negara

1. Sebuah kerajaan Hindu.

Ummah Chola bapok tak pernah berani serang tanah melayu. Hakikatnya mereka yang pernah ditakluk oleh empayar kedah sanfochi menurut dokumen rasmi kerajaan china

Seperkara lagi ...hanya bahalol saja percaya dongeng Raja Suran yang boleh masuk alam bawah laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-6-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
si-buta replied at 25-6-2016 11:24 AM
Ummah Chola bapok tak pernah berani serang tanah melayu. Hakikatnya mereka yang pernah ditakluk ol ...

Camne Gangga Negara boleh musnah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
si-buta replied at 25-6-2016 11:24 AM
Ummah Chola bapok tak pernah berani serang tanah melayu. Hakikatnya mereka yang pernah ditakluk ol ...

Aku percaya tu... Langkasuka tak pernah kalah dengan Chola dan mereka ada berpuluh-puluh kota....tapi malangnye cucu cicit mereka musnahkan peninggalan sejarah moyang mereka

Yang ada berkahwin dengan Dinasti Tamil Chola ni kerajaan Sriwijaya Dinasti Sailendra...cikal bakal keturunan kesultanan Perak, Johor dan Pahang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi pencarian masih diteruskan atau tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nikola.tesla replied at 28-8-2016 03:50 AM
Jadi pencarian masih diteruskan atau tidak?

Tak diteruskan sebab temu jalan buntu...yang mereka jumpa bukti kewujudan kerajaan Melayu Beruas saja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 29-8-2016 02:32 PM
Tak diteruskan sebab temu jalan buntu...yang mereka jumpa bukti kewujudan kerajaan Melayu Beruas s ...

Sayang sekali.harap ada pihak yang akan menyambung pencarian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 08:13 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 25-6-2016 12:19 PM
Aku percaya tu... Langkasuka tak pernah kalah dengan Chola dan mereka ada berpuluh-puluh kota....t ...

Please do your Maths.....

Chola was not a dominant power until Rajendra Chola around 950AD

Before the Chola the Pallava Dynasty was the dominant power (600 - 920 AD) and they assimilate into the Chola Dynasty.

Before the Pallava, the Guptas was the major influence. (300 - 550 AD)

Before the Pallava, the Mauryan were in power...

Langkasuka started is way-way before Chola,....and probably before the Gupta as well.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:07 AM | Show all posts
radhi replied at 30-9-2016 08:13 PM
Please do your Maths.....

Chola was not a dominant power until Rajendra Chola around 950AD

Idiot. Chola was a weakling even under Rajendra chola. They got owned by Zabag in 1070
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:16 AM | Show all posts
After being raided and conquered, Chola was ruled by Zabag through a Malay puppet named Kulotunga. He was from Zabag. Neighbouring Eastern Ganga kingdom also got a Malay puppet ruling for Zabag. His name was  Anantavarman
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2016 09:51 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 25-6-2016 12:19 PM
Aku percaya tu... Langkasuka tak pernah kalah dengan Chola dan mereka ada berpuluh-puluh kota....t ...

Right on. Langkasuka still existed in the 10th and 11th century as a vassal of Zabag Kedah empire.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.145816 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list