CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2085|Reply: 1

Impian Croatia Dihancurkan Oleh Ricardo Quaresma

[Copy link]
Post time 26-6-2016 10:28 AM | Show all posts |Read mode
OLeh : TS LOO







sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/



Portugal berjaya menewaskan Croatia 1-0 atas sumbangan gol di penghujung masa tambahan yang dijaringkan oleh pemain gantian, Ricardo Quaresma dalam aksi pusingan kedua Euro 2016 pagi tadi.


Kemenangan itu membolehkan Portugal mara ke suku akhir untuk menempah pertemuan dengan Poland yang terdahulu mara selepas menewaskan Switzerland 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar dan 30 minit masa tambahan.


Quaresma yang hanya dibawa masuk pada pada minit ke-88 hanya perlu menanduk masuk bola muntah hasil sepakan Cristiano Ronaldo selepas Portugal melancarkan serangan balas pantas bermula daripada Renato Sanchez dan Nani.


Bagi Croatia, impian mereka yang diletakkan harapn tinggi untuk pergi lebih jauh selepas mengejutkan Sepanyol 2-1 di peringkat Kumpulan D lalu musnah sama sekali walaupun mencuba sehingga saat-saat akhir permainan untuk mencipta jaringan.- CARI



Keputusan Terkini:

Portugal 1  Croatia 0



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 10:13 AM | Show all posts
nasib je tu..

rugi btol..

spain pon leh kena dgn crotia..

portugal pulak jd halangan..emm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.088601 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list