CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 0

Poland `Bermandi Peluh’ Sebelum Ke Suku Akhir

[Copy link]
Post time 26-6-2016 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://sports.ndtv.com/



Poland dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 untuk menjadi pasukan pertama dan kali pertama menempah tiket ke suku akhir Euro 2016 semalam.


Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit permainan sebenar dan masa tambahan.


Walaupun berjaya mendahului menerusi Jakub Blaszczykowski pada minit ke-39, Poland dihampakan oleh jaringan lewat permainan Xherdan Shaqiri yang cantik menggunakan sepakan gunting pada minit ke-82 untuk membolehkan Switzerland mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan.


Namun kedua-dua pasukan masih gagal memecah kebuntuan selepas itu walaupun Switzerland lebih banyak mendominasi permainan dan memperoleh peluang lebih baik untuk menjaringkan gol kemenangan.


Ini memaksa penentuan sepakan penalti dilakukan dengan Poland berjaya menyempurnakan kesemuanya manakala Switzerland terpaksa menerima hakikat kekalahan selepas sepakan penalti kedua yang diambil Granit Xhaka tersasar.- CARI





Keputusan Terkini:


Poland   1   Switzerland   1

( Penalti :  Poland  5     Switzerland  4 )




sumber : http://sports.ndtv.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.085856 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list