|
|
Oleh : TS LOO

sumber foto:http://media.themalaymailonline.com/
Susulan Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Ketua Umno bahagian Semporna yang juga Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lepas, seramai 300 ahli dari UMNO Bahagian Semporna mengumumkan keluar dari UMNO untuk menunjukan perasaan tidak puas hati berhubung keputusan penggantungan tersebut.
Memetik laporan The Star, Naib Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong mengetuai sekumpulan 300 ahli UMNO bersama-sama keluar dari UMNO, selepas mempengerusi mesyuarat bahagian tersebut.
Juajan Sambakong mengecam keputusan yang diambil oleh majlis tertinggi UMNO langsung tidak berdasarkan peraturan parti, Datuk Seri Mohd Shafie tidak menerima sebarang surat penjelasan berhubung sebab beliau digantung, dan turut tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.
" Beliau seorang ahli UMNO yang setia dan berusaha mempertahankan kewibawaan parti, keputusan penggantungan itu amat tidak adil."
Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan menggantung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie, dan pada masa yang sama turut memecat dua orang pemimpin dari kumpulan B iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk SeriMukhriz Mahathir.- CARI
|
|