View: 3834|Reply: 7
|
‘Jeti terapung’ - Daya Tarikan Terbaru Di Itali.
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Sebelum ini, sekumpulan lelaki dari California secara tidak sengaja telah mencipta sejenis sukan yang digelar “Liquid Mountaineering” dengan menggunakan peralatan kalis ais yang betul supaya mampu berjalan diatas air atau lebih tepat berlari di atas air.
Menurut laporan Mail Online, baru-baru ini beribu-ribu peminat penggiat seni kelahiran Bulgaria, Christo Vladimirov Javacheff bersesak-sesak untuk merasai pengalaman ‘berjalan atas air’ di Tasik Iseo, Lombardy, Itali.
Fenomena tersebut terjadi berikutan terdapat Jeti Terapung yang direka dengan menggunakan 200,000 kiub terapung berwarna perang sepanjang tiga kilometer merentasi tasik berkenaan dan menghubungkan perkampungan Sulzano ke pulau kecil, Monte Islo yang berada di tengah-tengah tasik.
Projek yang menelan belanja AS$16.7 juta (RM67.69 juta) itu membolehkan kumpulan peminat tersebut sanggup memasang khemah dan bermalam di kawasan berkenaan sambil menunggu untuk menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di jeti tersebut.
Lebih 55,000 pengunjung datang untuk merasai pengalaman merentasi jeti itu sehingga memaksa penganjur yang menjangkakan hanya 44,000 pengunjung meminta mereka datang pada keesokan harinya.
Bagi menjamin keselamatan, kira-kira 150 orang sahaja dibenarkan untuk melalui jeti itu pada satu-satu masa sambil diawasi oleh 30 anggota penyelamat
Beberapa pengunjung membuka kasut bagi menunjukkan penghargaan terhadap
Projek berkenaan mula diilhamkan pada 1970, namun hanya berjaya direalisasikan pada tahun ini dan sebagai tanda penghargaan ramai pengunjung menanggalkan kasut semasa melintasinya.
Difahamkan projek itu akan dibuka kepada umum dari 18 Jun sehingga 13 Julai ini secara percuma dan dijangka menarik 500,000 pengunjung.- CARI
sumber info: http://twistedsifter.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik jugak tak perlu bersampan terus boleh jalan kaki je |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalau zombie apocolypse berlaku..
pulau tu dh x selamat utk dijadikan bug out location...uhuhuuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
cool... i thot dapat tengok liquid mountaineering as in walking on water ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|