CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6050|Reply: 25

Mampukah Rakan Bukan Beragama Islam Berpuasa? Lelaki Cina Ini Buktikan

[Copy link]
Post time 29-6-2016 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ibadah puasa khususnya pada Ramadan jika ditinjau daripada perspektif ilmu kesihatan dan perubatan juga mengandungi hikmah yang tersendiri.

Malah, pakar-pakar perubatan bukan Islam turut mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang mujarab kepada sistem tubuh manusia.

Menjadi rakyat Malaysia sudah tentu mempunyai masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama. Jadi, jika diikutkan kita bertuah dapat merasai pengalaman yang berbeza pada setiap tahun.

Seperti yang ingin penulis kongsikan ini adalah lelaki berbangsa Cina tetap gigih mencuba untuk berpuasa sebagai tanda sokongan kepada umat Islam di Malaysia terutama di antara rakan-rakan Muslim beliau.




Dikenali sebagai Jo, dia ingin merasai sendiri pengalaman dan suasana berpuasa seperti orang Islam lain pada tahun 2013.

Jo menyatakan tidak salah untuk dia mencuba dan mengamalkan sesuatu kepercayaan bangsa atau budaya lain selagi ia tidak bertentangan dengan kepercayaan seseorang itu.

Jika anda mempunyai rakan yang bukan beragama Islam dan pernah cuba untuk berpuasa, kongsikanlah dengan CARI.

Jom tengok video tentang pengalamannya sendiri berpuasa penuh untuk kali pertama walaupun sebelum ini dia memang pernah berpuasa tapi hanya bertahan sejam dua sahaja. Memang "respect" dengan sikap Jo ini.




Kredit : Youtube Joseph Germani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 05:18 PM | Show all posts
Edited by pestol at 29-6-2016 05:20 PM

slalu nya kaum kau akan provok islam... ni xpyh nak wayang sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 05:18 PM | Show all posts
publisiti murahan la apekk
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yg kat atas ni kenapa?? Nmpk korg plak yg lg teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:21 PM | Show all posts
So what??? cainis pandai nyanyi lagu raya, nak kebangga..pandai pakai kain batik, nak kebangga..pandai makan budu, nak kebangga...pandai berpuasa, nak kebangga..lepas ni apa pulak??? pandai mandi junub?? Dek laba bukan apa...kawan cainis dek laba ada cakap. Kalau nak bodek ummah mulayu ni senang je...ikut cara hidup mulayu..pakai baju kurung, makan pakai tangan, nyanyi lagu siti lijah..Pasti orang itu akan diangkat, dipuji, dilambung setinggi langit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 10:47 PM | Show all posts
Dah jadi pekara biasa sekarang ni ramai je yang suka ikut kawan muslim berposa dan ramai juga yang berjaya berposa penuh sehari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 08:18 AM | Show all posts
congrats joe kerana mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 08:51 AM | Show all posts
tahniah kerana mencuba, lagipun ianya bukan perbuatan yang buruk dan sia2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 09:13 AM | Show all posts
haha....org sabah dah lama dah buat bende2 satu malaysia ni.

malah ade yg terlebih rajin mengejutkan kawan muslim nya bangun sahur sedangkan dia kristian.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:25 AM | Show all posts
silap2 lepas ni nanti dia convert
manatau
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar la dia nak berpuasa, bukan dia mintak orang belanja lauk berbuka pon. Teringat pulak kawan sekolah dulu, budak lelaki cina juga. Tiap2 tahun berpuasa. Siap join group nasyid jadi tukang goyang tamborin. Baru tahun lepas dia masuk. Tahun ni tahun ke-2 dia menyambut Aidilfitri. Kemain lagi beli baju melayu kaler merah, boleh recycle masa katanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:00 AM | Show all posts
dia nak mencuba..nak merasa camner berpuasa tanpa makan dan minum sehari...
elok lah dia ada kesabaran nak meneruskan puasa dia sampai maghrib..tak salahkan..
ramai jer kengkawan yang non muslim buat camni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:07 AM | Show all posts
adoi kawan aku nepal.. skang ni tengah berpuasa.. dan dia tak ponteng walau sehari pun.. untuk pertama kali dia berpuasa lak tu.. ada tanya macam mana rasa mula2.. dia cakap minggu pertama pening kepala.. maybe sebab tak pernah berlapar tiba2 lapar.. tapi skang dia dah ok.. aku respect giller ok.. dia boleh berpuasa penuh 1 bln.. pakwe aku yang chinese pun tak try nak puasa sebulan.. buat lelaki islam yang sengaja skip puasa.. malu la sket.. 1 bulan je kot.. 11 bulan dah makan tak kan 1 bulan tak makan separuh hari merana..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:11 AM | Show all posts

salah sorang best fren adik aku Chinese, tetiap tahun dia akan puasa sehari di bulan ramadhan sebab nak berbuka skali dgn best frens lain yg  muslim. Sejak dari umur diorg 14 tahun lagi....now dah 19 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:17 AM | Show all posts
dia bukan dj hitz.fm ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:41 AM | Show all posts
LavaUollss replied at 29-6-2016 09:21 PM
So what??? cainis pandai nyanyi lagu raya, nak kebangga..pandai pakai kain batik, nak kebangga..pand ...

syabas lava kita sehaluan... setakat wayang kulit apek ni x lalu la ketiak abang nk hadamm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 03:03 PM | Show all posts
org yg ske pk keburukan org hatinye busyukkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 04:58 PM | Show all posts
next challenge utk Joe..... berpuasa sebulan, hehehehe... jgn tido jer plak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 06:12 PM | Show all posts
Edited by LavaUollss at 2-7-2016 06:13 PM

bukan masalah wayang atau apa. Dek laba tak rasa pun dia wanyang. Lantak dia la nak puasa atau tak. Tapi ummah meleis yang kebangga berlebihan sangat kalau cainis or indian pndai nyanyi lagu hri raya, pandai makan budu, pandai makan tempoyak, sanggup berpuasa, pandai bahasa ereb. So what?? kita duduk malaysia, mestilah ada asimilasi budaya.  Kat sabah sarawak, dah jadi biasa je benda2 ni semua. Semenanjung je yg peghak sangat, orghang utagha kata
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hest replied at 30-6-2016 10:07 AM
adoi kawan aku nepal.. skang ni tengah berpuasa.. dan dia tak ponteng walau sehari pun.. untuk perta ...

wah pakwe  chinese, apa rasa dia?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.106245 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list