CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3832|Reply: 2

Benarkah Banyak Elemen Adat Dalam Sambutan Hari Raya Seperti Takbir, Ziarah Kubu

[Copy link]
Post time 30-6-2016 03:36 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za


Saya agak keliru kerana ada sesetengah guru agama menyatakan sebahagian program Hari Raya itu hanya adat dan budaya semata-mata. Bolehkah tuan beri sedikit penjelasan berhubung adat dan ibadat pada Hari Raya dari perspektif Islam. Terima kasih atas penjelasan tuan?




Berikut merupakan jawapan yang dipetik menerusi laman web islam2u.net dan penerangan oleh Dr.Abdul Hayei Abdul Sukor:





Gambar hiasan. Sumber foto: Rahmanbashri.com






Merujuk kepada penghayatan Hari Raya dalam masyarakat Islam seperti di Malaysia, kita tidak menafikan ada unsur-unsur yang berupa ibadat dan ada yang berupa adat. Kita disuruh melakukan sebanyak mungkin ibadat, terutama pada pagi Hari Raya puasa, seperti memperbanyakkan takbir, berhubung silaturahim, menikmati sedikit makan minum pada awal pagi sebelum ke masjid, bersuka ria dan sebagainya.

Di samping itu, ada adat yang kita tidak dilarang melakukannya kerana tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seperti memakai pakaian baru, membakar lemang, memasak ketupat dan menyediakan pelbagai kuih-muih dan juadah istimewa.

Ada juga tradisi yang tidak digalakkan dalam Islam seperti membakar mercun yang dibimbangi memudaratkan nyawa dan harta benda. Memasang pelita di keliling rumah bercanggah dalam Islam jika ada kepercayaan supaya malaikat datang membawa rahmat kepada tuan punya rumah. Padahal perbuatan memasang pelita sekeliling rumah itu lebih menyerupai Majusi.

Antara adat yang disunatkan ialah bertakbir sama ada bersendirian atau beramai-ramai di masjid atau di rumah. Jika Hari Raya Aidilfitri, waktu takbir bermula daripada terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan hingga selesai solat raya.

Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Adapun takbir dari rumah ke rumah pada malam raya, kemungkinan amalan itu hanya adat setempat. Baik buruknya dilihat pada bagaimana dan apa tujuan takbir bergerak dari rumah ke rumah itu dikerjakan.

Pada prinsipnya, takbir Hari Raya dituntut adalah kerana ia menunjukkan kemenangan. Kita telah menang dalam perjuangan menentang nafsu makan dan minum selama satu bulan, mengunci nafsu seks pada siang hari, mengawal nafsu yang sukakan hiburan yang tidak berfaedah dan sebagainya.

Ulama menjelaskan, tiada waktu yang tertentu bagi ziarah kubur. Ia boleh diziarahi pada bila-bila masa sahaja. Sesetengah ulama memilih hari-hari Khamis dan Jumaat sebagai afdal bagi tujuan ziarah, kerana pada hari ini dikatakan hubungan roh dengan jasad orang mati, lebih dekat dan erat.

Justeru tiada masa tertentu bagi ziarah, kubur, maka tidak dilarang menziarahinya pada Hari Raya. Tetapi hendaknya ziarah kubur itu tidak mengeruhkan suasana gembira dan menyebabkan riang Hari Raya menjadi dukacita. - CARI




Sumber: Islam2u.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 04:09 PM | Show all posts
Tak salah nak bertakbir tapi yang herannya kat Malaysia ni time raya kalau takbir mesti macam sayu nak nangis je bunyinya.  Sepatutnya takbir tu kedengaran ceria sebab ceria menyambut kemenangan selepas sebulan berposa.  Bab ziarah kubur pun sama kenapa nak tunggu pagi raya baru nak ziarah dihari2 lain atau bulan2 lain tak da pulak nak gi sampai ada yang rumput dah tinggi tak ada yang bersihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 10:56 AM | Show all posts
Bagaimana pula dengan baca niat mandi dipagi aidil fitri dan adakah seeloknya jamah hidangan dirumah sendiri terlebih dahulu sebelum beraya dirumah orang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.222129 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list