View: 3562|Reply: 3
|
Ais Krim Korea Boleh Hilangkan Kesan Mabuk
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Bagi mereka yang mempunyai tabiat minum arak sehingga mabuk, lazimnya akan mengalami kesan mabuk seperti sakit kepala dan muntah yang amat menyusahkan seseorang itu.
sumber foto: cdn.asiancorrespondent.com
Jadi baru-baru ini rangkaian kedai serba anika di Korea memperkenalkan Gyeondyo-bar, iaitu sejenis ais krim yang pertama kali dihasilkan yang boleh menghilangkan kesan mabuk.
Difahamkan ais krim tersebut mengandungi 0.7 % herba perubatan tempatan yang berfungsi untuk mengurangkan kadar arak dan melegakan reaksi kurang selesa seseorang itu akibat mabuk.
Korea sebuah negara yang rakyatnya memang terkenal dengan tabiat gemar minum arak yang tinggi kadar peratusan alkohol, secara purata setiap orang akan minum 12.3 liter arak setiap tahun.
Maka pengusaha tempatan mengeluarkan banyak produk yang boleh menghilangkan kesan mabuk.
sumber foto: http://www.informer.work
Berkenaan jenis ais krim yang boleh menghilangkan kesan mabuk, rata-rata penduduk yang telah pernah cuba makan, beritahu rasa ais krim tersebut memang menyegarkan, berbeza dengan sesetengah jenis minuman yang boleh menghilangkan kesan mabuk.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia ni, mabuk perjalanan jauh...kena stanby asam, minyak angin dan plastik bag. |
|
|
|
|
|
|
|
tips lain yg blh dguna pkai, mnum teh suam tanpa gula...ataupun air lemon suam tnpa gula. boleh mgurangkan rasa mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
g farmasi cari ubat nama novomin..setel
|
|
|
|
|
|
|
| |
|