sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/
sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/
Pemain gantian, Ricardo Quaresma sekali lagi menjadi wira Portugal apabila menyingkirkan Poland 5-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan di Stade Velodrome, pagi tadi.
Selepas menjadi wira ketika menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menentang Croatia pada pusingan kalah mati, Quaresma sekali lagi tidak berdepan masalah meledak menerusi sepakan penentuan penalti yang menyaksikan percubaannya gagal diselamatkan penjaga gol Poland, Lukasz Fabianski.
Ini sekali gus menyaksikan Portugal mengulangi pencapaian Euro 2012 apabila mara ke separuh akhir dan bakal bertemu sama ada Wales mahupun Belgium yang akan beraksi awal pagi esok.
Kemenangan ini dibantu oleh kegagalan pemain tengah Poland, Jakub Błaszczykowski yang gagal menyempurnakan sepakan penalti keempat apabila percubaannya berjaya ditepis penjaga gol, Rui Patricio.- CARI