CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16369|Reply: 51

Kenapa saya Pendiam dan Tak Pandai Komunikasi?

[Copy link]
Post time 1-7-2016 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Hari ni sebelum saya nak ceritakan tentang masalah keluarga saya, walaupun agak malu untuk membuka ceritanya saya rasa lebih elok kalau perkara ini boleh menjadi tauladan kepada kita semua di sini.

Saya ni dah berumur 31 tahun, dah ada kerja yang stabil tapi seorang yang amat pemalu. Tapi masa lampau masih menganggu saya ni. Ceritanya bermula begini

Ibu bapa saya ni kahwin sebab dipilih oleh ibu bapa mereka. Ayah saya masa itu masih berada di oversea dan dia mintak ibunya mencari seorang isteri untuk dia. Ibu saya pula dipilih untuk menjadi calon untuk ayah saya, masa itu umur ibu saya umur 20 tahun dan berkeja di hotel. Sejak perkahwinan itu ibu saya yang tak sempat habis sekolah sebab masalah kewangan ikut lah ayah saya untuk berkerja sampai ke Australia. 5 tahun selepas itu barulah mereka pulang ke Malaysia dan saya dilahirkan.

Sejak dari kecil lagi, saya dapat merasakan satu masalah dengan ibu ayah saya, ayah saya mempunyai ego yang tinggi bak kata orang dia rasa dirinya cukup hebat sekali, cakap dengan orang pun suara tinggi suka gaduh dan selalu rasa dirinya betul. Ibu saya pula jenis yang introvert sangat sangat sampai kadang-kadang nak ajak keluar rumah pun payah apatah lagi ibu saya tak tau bawa kereta. Masa umur saya dalam 6-7 tahun kita berpindah ke luar negara semula untuk tiggal di sana.

Di sinilah bermula episode yang tak best dalam hidup saya. Semasa hidup di sana saya tak mempunyai ramai kawan sebab tinggal di kuarters yang tak ada budak budak.Ibu tak berkerja. Maka tinggalah saya dan kakak saya dan ibu bapa saya kat sana. Pada mulanya saya belajar di International Schoold di sana, memang best la sebab cikgu semua mat salleh dan dapat  buat banyak aktiviti. Cumal lepas 2-3 tahun saya dipindahkan pulak ke sekolah missionary atas alasan sekolah international tu mahal sangat. Ibu saya pernah dalam kereta bagitau ruginya hantar saya dan kakak saya ke sekolah international sebab habiskan duit. Walaupun masa tu saya macam tak kisah tapi fikirkan semula takkan lah nak hantar anak sekolah pun mahal sangat, lagi lagi bila ibu saya di luar negara, kehidupan dia macam mak datin, hidup macam orang kaya. Ayah saya pun sama. Yang peliknya untuk saya dan kakak saya pulak masa tu rasa dipinggirkan oleh ibu bapa, sebab kalau bab nak beli baju ke mainan ke atau makanan, mereka seolah olah belikan yang termurah untuk kami berdua. Antara perkara yang paling benci bagi saya adalah mengikut ayah saya pergi shopping, tiap kali pergi dia akan beli baju mahal mahal tetapi dia macam lupakan untuk beli apa-apa untuk saya. Alasan yang dia selalu bagi dia dulu masa muda orang susah jadi saya pun sebagai orang susah kenalah hidup macam orang susah juga. Memang alasan mangkuk hayun macam tu la yang dia berikan tiap kali. Bayangkan dia sanggup tak ambil van untuk hantar saya dan kakak ke sekolah sebab dia kata dulu dia kena berjalan ke sekolah jadi saya dan kakak saya pun kena berjalan ke sekolah. So berjalanlah kita 1 km pergi 1km balik walaupun ayah saya ada Range Rover. Lagi satu pasal ayah saya ni dia bukan jenis yang kisah pasal bab anak-anak ni selalu sibut dengan functions jer

Tapi klimaksnya apabila satu hari di rumah, ibu saya meraung sekuat hati, rupa-rupanya dia terjumpa surat-surat cinta ayah saya dengan perempuan lain. Ibu saya ni pulak bila bab ni dia akan jadi gila dan memang tak fikiran rasional,depan kakak dan saya dia akan marah ayah saya depan saya siap tanya did you sleep with her semua, masa tu umur saya dalam 8 tahun dah kena tengok parents gaduh. Kalau hari biasa pun diorang selalu gaduh walaupun bab kecil sampai ke besar, sebab ayah saya akan tinggikan suara kat mak saya lepas tu mak saya akan lawan balik. Boleh katakan tiap bulan la ada pergaduhan antar ibu bapa saya , tapi sebab kita duduk di luar negara tak ada makcik/pakcik yang dapat menolong. Kawan pun tak tahu ibu bapa saya kuat bergaduh sebab biasa la depan orang semua buat perangai baik. Rasaya pergaduhan antara ibu bapa saya bab org ketika ni adalah dalam 5-6 kali sampai saya form 2 ayah saya mengarahkan saya dan kakak saya duduk sekolah asrama penuh, sebab macam alasan biasa ""ayah dulu pergi sana you pun kena pergi sana"  So pergilah saya dan kakak saya ke sekolah asrama penuh tu. Memang masa tu sedih la sebab tak pernah ditinggalkan ibu bapa tiba tiba kena berjauhan. Tapi nak buat macam mana masa tu budak lagi dah lagi masa tu saya memang introver sangat. Nak cakap dengan orang pun takut sebab mingkin ayah saya seorang yan garang sebab kununya dia dilatih jadi askar (oh please) jadi dia nak train saya juga macam tu


Cuma saya bersyukur kerana adanya makcik dan pakcik saya yg tinggal di KL pada masa tu. Mereka baik baik sangat, so cuba bayangkan perasaan gembira saya bila selalu balik kepada mereka bila musim cuti. Walapun saya ni tak banyak cakap kat pakcik saya tapi dengan makcik saya memang lah banyak cakap dan saya dapat rasa disayangi sangat oleh mereka. Kalau badingkan dengan parents saya yang suka gaduh dan selalu cari alasan nak marah saya dengan kakak saya memanglah saya tak kisah tinggalkan mereka jauh masa itu.


Jadi selama 4 tahun jugaklah saya tinggal di sekolah asrama penuh itu. Saya sebenarnya tak suka sekolah itu sebab saya ni intorvert masuk sekolah asrama susahlah. tapi takpelah asalkan beleh belajar, cuma saya pun ada satu masalah iaitu bila saya sukakan seseorang tu saya akan fikir pasal di setiap masa. Jadi benda itu memang effect study saya.


Lepas itu saya saya belajar di private college di Malaysia ibu dan ayah belikan 2nd hand apartment dan saya dan kak saya tinggal di situ. Masih lagi berdua yang peliknya ibu saya ni dia tak balik pun untuk jaga kebajikan kita berdua masa tu, dia masih lagi duduk di luar negara dengan ayah saya. Jadi bab masak/basuh baju semua saya lah buat ,bukan nak complaint tapi pelik lah ada ibu bapa tapi hidup saya dengan kakak saya ni macam diorang tak wujud pun. Yang paling perit masa tu saya memang ambil subjek yang susah nak lulus, jadi saya akan berada di library dari 9 -9 setiap hari dan sabtu ahad ada lecture pagi malam. Ayah saya bagi saya 500 setiap bulan untuk makan, minum,  beli barang rumah, transport. Kalau ikutkan gaji ayah saya masa tu dah lebih 10k tiap bulan tapi saya dan kak saya cuma dapat 500 sebulan. Memang masa tu saya hidup dengan makan nasi, kicap, telur saja. Keluar rumah untuk enjoy pun takde. Kalau saya minta duit lebih dari ayah saya dia akan marah saya dan menghina saya. Ibu pun sama kalau mintak duit dia pulak tanya saya nak buat ape. Bayangkan masa tu saya masih guna baju form 3-4 saya yang dah lusuh. Kawan ajak keluar makan pun tak boleh. Memang perit la masa tu sebab hidup macam orang miskin sedangkan mak bapak saya hidup mewah. ayah saya dah bawak mercedes dan mak saya handbag dah berpuluh. tapi anak makan maggie dan nasi dengan telur tiap hari. Saya pulak malu meminta dari makcik dan pakcik saya sebab dioran pulak masa tu tak stabil lagi anak pun dah ada. Bukan saya tak nak  cuba kerja sambilam tapi study saya ni susah sangat sebab tiap kali exam 40 peratus fail, so tu yang saya belajar giler giler masa tu.


Lepas umur saya 20 tahun barulah ayah saya berhenti kerja di luar negara dan pulang ke malaysia.Bila pulang saya rasa ok la semua dah stabil saya pun nak habis study dan kerja. Tapi  masalah timbut masa saya final year exam.


Citer nya begini rupanya ayah saya ni dah jumpa seorang perempuan yang 25 tahun lagi muda daripadanya.Saya pun tak tau dia jumpa kat mana tapi memang diorang dah melekat. Yang best tu ayah saya selamba tanya mak saya lepas dia tengah sembahyang yang dia nak minta izin kahwin lagi. Mak saya pulak pergi cakap boleh sebab ingat ayah saya melawak sebab ayah saya dah 60 tahun dah masa tu kut. Ayah saya dengan  bestnya pulak pergi la Jabatan Agama ambil borang minta izin kahwin lagi tu. Malam tu dia tunjuk kat mak saya suruh sign, kedabam, mak saya meraung macam orang gila. Memang masa tu mak saya jadi orang tak waras dia minta cerai dan  maki ayah saya. Cuba bayangkan kami masa tu duduk kat apt yang kecil tiba tiba dikejutkan dengan suara  ibu bapa bergaduh, perasaanya memang la tak tau nak cakap.

Lepas mak saya dah ok dah kita mula berbincang. Habis la keluar semua citer dari luar negara, rupanya ayah saya ni simpan ramai perempuan di luar negara, patutlah duit nak bagi anak pun tak ada habiskan kat situ saje, cuma mak saya dah maafkan ayah saya. Yang best tu alasan ayah saya untuk kahwin lagi sebab ibu saya tak suka pergi majlis ke kenduri ,jadi dia rasa malu dengan kawan kawan dia. Yang best tu masa bincang kakak saya pulak yang jadi orang tengah, saya pun ada tapi masa tu saya tak masuk campur dah malas dah layan perangai ayah saya.  Lepas bincang ayah saya setuju tak jadi kahwin lagi. tapi malam tu masa tengah tidur tiba tiba ibu saya jadi macam dirasuk oleh sesuatu. Dia tak berhenti gelak lepas tu di tak ingat nama dia la macam -macam. Jadi malam tu memang saya dan kakak saya tak boleh tidur jaga ibu , makcik saya pun datang untuk jaga ibu saya.


Jadi bermulalah zaman rasuk merasuk pada masa tu. Ibu saya tiap minggu akan dirasuk oleh sesuatu dan akan mula buat suara pelik pelik,  macam nabila dalam cerita munafik cuma dia tak boleh terbang je. Selama dua tahun kita panggil bomoh/uztaz siapa siapa yang ayah saya kenal untuk datang berubat tapi tak berjaya, Saya pulak masa itu belum bekerja jadi saya lah selalu kena jaga ibu saya itu. Cuma nak cakap betul betul saya memang tak ada perasaaan kasih sayang dengan ibu saya, sebab saya cuma dapat mengigati dia sebagai seorang manusia yang kerap marah saya walaupun perkara kecil dan kaki pukul saya, lagipun bila dia hidup di luar negara hidupnya mewah, sedangkan saya kat malaysia hidup  susah. Tapi sebab tanggungjawab saya jaga.

fast forward dua tahun kemudian, ibu saya sedang mengemas rumah tiba tiba dia buka briefcase ayah saya dan jumpa surat nikah thailand dalam beg tu dan juga dua tiket melancong. masa tu ibu saya ambil panadol dia kata dia nak bunuh diri,saya lah yang kena tenteramkan dia masa itu.Lepas ayah saya balik memang lah gaduh rupanya ayah saya masih jumpa perempuan tu dan kunonya nak nikah di thailand. Nasiblah surat nikah tu di thailand saya dah tau yang ayah saya dah kahwin tapi belum legalised in malaysia je. Tapi ayah saya janji kat mak saya dia tak jadi kahwin le lepas tu dan akan tak contact perempuan tu lagi. Mak saya sekali lagi maafkan ayah saya dan macam biasa mak saya diggangu teruk oleh benda tu sampai berat badan dia susut sangat sangat.Saya pun masa ini dah mula bekerja, tapi mulalah rasa kesihan kat mak saya sebab masa tu dia diggangu teruk sangat  dan dia tak berani langsung keluar rumah sebab benda itu boleh ganggu dia di luar. Tapi masa tu pun saya macam dah boleh predict siapa yang buat benda itu dan pernah bagitau ayah saya. Tapi ayah saya kata tak mungkin  sebab perempuan tu bukan macam tu lah.

Pada pengakhiranya ialah pada tahun 2014 masa tu saya kat luar dengan kawan saya, tiba tiba bila balik saya lihak mak saya di sudut ruang tamu dan ayah saya sedang marah dia. rupanya ibu saya dah terjumpa dokumen perkahwinan ayah saya dengan perempuan tu dan juga dokumen rumah yang dia beli untuk perempuan tu. Yang peliknya masa tu ayah saya yang marah giler dengan mak saya. Kata kenapa pergi cek dokumen dia lah apa. Saya masa tu nak cakap betul betul rasa macam nak terjun tingkap bayangkan sejak dari bangku sekolah,sampai u ,sampai kerja benda yang sama je yang berlaku, ayah saya dengan perempuan lain dan mak saya cuma tau menangis meraung je. Jadi saya rasa mak saya dah give up dengan ayah saya dan mintak cerai. Saya pada masa tu pun macam dah tak kisah pasal ayah saya sebab dah tawar hati dengan dia. Pernah dia tulis emel dengan saya ( itu cara di komunikasi dengan saya melalui emel) yang dia memang tak jaga saya dan kakak saya. Yang best tu dia dapat part tu rupanya daripada buku Tun M, sebab Tun M tulis dia sibuk sangat dengan kerja sampai anak-anaknya pun  bagi isterinya jaga. So fikir jugak lah ayah saya ni ingat dia hebat macam Tun M ke, setahu saya dia balik kerja sharp pukul 5 lepas tu malam tak buat apa apa kerja sebab dia makan gaji je. Kalau dia sibuk pun sebab dia nak lepak dengan member member dia dan perempuan je.

Memandangkan ibu saya ni tak ada langsung kawan,sayalah kena buat proses penceraianya. Bayangkan jumpa lawyer saya, pergi court pun saya . sampai saya rasa say ni bab kahwin tak tau tapi bak cerai dah expert. cuma agak sayu sebab masa tu saya dan ibu saya duduk kat subanj jaya rumah terrace bila benda ini kena lah pindah kat 2nd hand apartment yang saya duduk masa kat kolej tu, cuma ayah saya kata dia akan bagi apartment tu kat mak saya so takpelah.  Memandangkan ibu saya nak cerai secepat mungkin kita tak minta apa apa dari ayah saya. Jadi macam penceraian clean slate la walaupun mereka kahwin 30 tahun tapi mak saya tak tuntuk apa-apa lagi tak kisah sangat sebab yang penting mak saya sihat. Setelah ibu bapa bercerai alhamdulillah mak saya tak pernah diggangu oleh makluk halus lagi, saya tak pasti sama ada innya pschologi ibu saya ataupun memang iby saya diggangu secara sihir , walaupun mak saya akan memanggil nama perempuan tu bila di tengah sakit, saya tak berani cakap sama ada dia yang buat ke tak.


Lepas dari penceraian itu ayah saya memang tak pernah contact saya dah mungkin sebab dia marah dengan saya, sebab selama ini dia ingat dia boleh buli mak saya dan mak saya tak boleh lawan balik. Tapi kali ni ibu saya boleh pegi court semua, confirmlah dgn pertolongan saya dan kakak saya. Cuma saya ada jugak lah tengok facebook ayah saya tu memang la nampak dia happy sangat dengan perempuan baru tu, tak sempat cerai secara betul di mahkamah pun dia dah pergi holiday sini sana. Tapi takpelah itu hidup dia,saya tak boleh nak control hidup ayah saya. Lagipun saya dah besar panjang kut takkan la nak dendam dah.

Cuma itulah perasaan saya sekarang ini susah nak cakap, walaupun sekarang saya kena jaga mak tapi itu tanggungjawab saya sebagai anak , tak lebih dari itu. Kalau nak ikutkan perasaan kasih sayang antara saya dan ibu bapa saya memang takde. Kadang kadang terfikir jugak la masa zaman saya kanak kanak dan masa belajar dulu , bagaimana teruknya saya dibuat oleh ibu saya, sampai saya pernah digelak oleh rakan kolej dan ofismate masa masuk kerja sebab nampak daif sangat. Sedangkan ibu bapa saya masa tu hidup mewah. Saya sebenarnya rasa kadang-kadang ibu bapa ni kenalah paham apabila anda layan anak anda macam tu kadang kadang bila tua susah anak nak jaga ibu bapa dengan baik sebab perasaan sakit hati itu akan sentiasa ada. Kalau boleh layanlah anak anak dengan elok jangan la sebab Allah bagi rezeki lebih sikit kat kita, kita rasa diri kita hebat sangat sanggup habiskan beratus ratus untuk benda duniawi tapi anak sendiri punya hal atau masalah buat bodoh jer. Sebenarnya saya tahu kenapa saya ni pendiam dan takut dengan orang sebab masa sejak kecil lagi saya selalu lihat ayah saya yang panas baran akan marah ibu saya, terlalu kerap sangat sampaikan dalam diri saya merasa yang semua orang pun macam tu dan perasaan takut tu semakin menjadi jadi hingga ke hari ini. Dah lah bila ibu bapa saya gaduh mesti nak kena gaduh depan saya dan kakak saya. Memang la lama lama bila macam tu self esteemed akan rendah. Tu yang saya rasa kadang -kadang orang pendiam yang tak byk cakap ni yang takut takut ni kadang  kadang bukan dia nak pun perangai mcam tu tapi nak buat mcam mana dah kena trauma dari kecil jadi bila besar nak berkomunikasi pun tak senang dengan orang.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 11:53 AM | Show all posts
ye benar tu..
kadang-kadang sikap ibu bapa yang membentuk sikap anak2 di masa depan..bukanlah semua tapi sesetengahnya saje. diharap  awak dapat memaafkan ibu bapa awak  di atas apa yang mereka da buat pada awak  dan sentiasa mendokan yang baik2 buat mereka..okey? ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Your story sngt sedih dan interesting sebenarnya...tapi takde ape yg perlu risau sebab awak kuat dan buleh hadapi dugaan dgn baik je...from ur story la kan...

Semoga awak buleh capai kebahagiaan selepas segala yg terjadi ini...because u deserve it..so jgn rendah diri sngt...and be strong ok...i am sure u will have ur happiness and u know how to make things better for ur family...amin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:43 PM | Show all posts
panjangnya dik.. tasempat akak nak abiskan. satgi akak sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 01:31 PM | Show all posts
kesian nya u hidup dalam broken family camni.. duit banyak tapi hidup porak peranda pun tak guna jgk kan..

just let bygone be bygone.. teruskan idup macam sediakala.. pasal introvert tu rasanya awak kena byk bergaul dgn orang. bila dah bekerja ni biasanya akan jadi lebih mudah sebab surrounding awak adalah kolig2 awak. so take that advantage to build close relationship dgn dorang. berani untuk start conversation. jangan la bila tny sepatah awak jawab sepatah. nanti orang akan boring nak berkawan dgn awak.

selamat hari raya @Ashmuhd
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 03:07 PM | Show all posts
Jangan rasa rendah diri dek. Introvert lagi banyak menyumbang drpd extrovert yg banyak menyembang jer kerja. What happened in your family jadikan pedoman ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2016 03:12 PM | Show all posts
rasanya skg ni awak dah boleh move on dengan hidup awak dan let go hal2 yg lepas... pertama mungkin awak kene ubah gaya awak menjadi menarik, so personaliti awak akan terserlah.. lama2 pergaulan awak pon akan improve...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 03:23 PM | Show all posts
neyssa replied at 1-7-2016 11:53 AM
ye benar tu..
kadang-kadang sikap ibu bapa yang membentuk sikap anak2 di masa depan..bukanlah semua ...

Betul saya dah maafkan ibu bapa saya terutama bapa saya walaupun dah 2 tahun tak berhubung dengan saya, cuma kadang kadang bila tengok family orang lain perasaan cemburu tu ada jugak la, kalau nak cakap benar benar saya ni kalau tengok parents baik dengan anak-anak diorang saya boleh sebak dan menangis, sebab perasaan kenapa saya tak dapat rasa kasih sayang macam diorang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2016 03:41 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 1-7-2016 01:31 PM
kesian nya u hidup dalam broken family camni.. duit banyak tapi hidup porak peranda pun tak guna jgk ...

Tu la masalah saya kadang kadang bila orang tanya saya nak menjawab pun susah, kadang kadang saya marah dengan diri saya sebab tengok orang lain macam ok je boleh bersembang berborak, Saya ni kalau nak sembang boleh cuma kena betul betul kenal dengan orang tu dan dapat kepercayaan dia baru saya boleh borak, kalau jumpa sekejab je memang la saya susah nak buka mulut.

Tapi tu lah saya masa kecik parents saya suka cakap saya ni lone ranger la ,takde kawan kat semua orang especially bila time raya, saya memang rasa macam hina sangat saya masa tu ,  yang peliknya bukan nak tolong saya ke atau tanya kat saya kenapa saya jenis pendiam tapi kerja kutuk saya je.especially bila diorang kutuk saya depan depan.


Tu la kadang-kadang apabila kita cakap depan anak macam tu dia kena ingat jugaklah anak dia ada perasaan jugak, kalau hina anak sendiri pun tiada faedahnye
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:07 PM | Show all posts
Ashmuhd replied at 1-7-2016 03:41 PM
Tu la masalah saya kadang kadang bila orang tanya saya nak menjawab pun susah, kadang kadang saya  ...

meh communicate dgn saya
kakak awak pun macam awak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tt lelaki kaa pompuan? cian kt hang tt ,,, semoga teruih bersabaq na tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 05:07 PM | Show all posts
anne_cheng replied at 1-7-2016 05:05 PM
tt lelaki kaa pompuan? cian kt hang tt ,,, semoga teruih bersabaq na tt.

Laki  ha ah kena bersabaq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 05:09 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 1-7-2016 04:07 PM
meh communicate dgn saya  
kakak awak pun macam awak ke?

kak saya ok sikit la kut sebab dia pun jenis yg sosial masa kat sekolah asrama ,tapi dia tak kawhin walaupun umur dia dah 30 puluh lebih , saya tau dia fobia nak kahwin,ye la kan dah tengok parents macam ni mesti rasa dia rasa better stay single then kahwin.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashmuhd replied at 1-7-2016 03:23 PM
Betul saya dah maafkan ibu bapa saya terutama bapa saya walaupun dah 2 tahun tak berhubung dengan  ...

Eh eh mcm sama pulak perasaan kite ni ye.hikhikhik. Sy pun mudah nangis juge kalo tgk parents org lain bersayang2 ngan anaknye sbb parents saya meninggal time saye 8 tahun. Tak sempat nk manje2 kate org. Tapi redha je la ye tak. Dah ini bahagian kita. Terima je la ngan sabar...hopefully awak diberikan kekuatan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TT seorang yang kuat sebenarnya..zaman remaja dah hidup sendiri tanpa pengawasan ibu-bapa...belajar hidup susah dengan duit poket yang tak seberapa...Pengalaman itu sendiri cukup mendewasakan....

Saya doakan yang baik-baik untuk TT dan keluarga....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Been there, done that Hidup dlm keadaan tu membuatkn sy jadi pasif, penakut, xde keyakinan diri.. Ayah pegawai, mak kakitangan awam..tp anak selebet2 je gi sekolah..kasut koyak, bag koyak, rambut potong mcm laki (mak potong), baju secondhand guna kakak punya..belanja skolah pun dpt bape posen je..kalo x cukup berlapar lah..hmmm..kena ejek tu biasa smpai hilang keyakinan diri..maki hamun, cacian sume prkara biasa..hidup dlm ketakutan (sy mangsa dera)...Allahu.. Betapa Allah lah yg jaga sy smpai hari ni...smpai sy kerja kat satu tempat di mana semua syg kan sy..sume kat cmpany tu mmg ambil berat pasl sy, (tanpa mengetahui kisah fmly sy sbb sy x citer kat sp2)..  Slowly kat situ keyakinan sy mula dtg, sy tiba2 jadi berani, sy seolah2 mcm baru sedar yg sy pun ada hak dlm hdup sy...sy x takut lg, apa yg sy x puas hati sy akan lawan Hehe..

So to TT, semoga trus kuat melalui hdup.. Sy doakan awk bertemu psangan hidup yg memahami dan moga keluarga PIL juga dr fmly yg baik2.. Boleh la tt mnumpang kasih ayah ibu mertua nt.. Good luck!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miz_butcher at 2-7-2016 07:18 AM

Sedih baca cerita tt bi. Tulah kadang2 orang yang mulut bising ni tau nak merendah2 kan orang yang pendiam je. Padahal diri sendiri yang bising tu xde ape-ape pon.

Sori aku tanya ni ea TT kau luahkan perasaan sebab ape? Sebab teringat perangai bapak tt yang suka down kan orang atau ada orang yang merendah2 kan tt sebab introvert? Aku nak tanya, hubungan dengan kawan-kawan kerja tt ok tak? Ke dorang pon jenis down kan orang?

Orang macam bapak kau tu pembuli. Tu je aku rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 06:54 PM | Show all posts
bertabah lah TT..ada jalan kebahagiaan nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt pun tau punca takut comm. tu sbb false belief..so kena cuba lawan la..klau tak sampai bila2 akan blame mak ayh instead of lawan negative thinking tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:45 AM | Show all posts
Thanks for sharing.

Saye doakan semoga awak dan forumer lain yang hadapi perkara yang sama diberikan kekuatan oleh Allah swt utk meneruskan kehidupan.

Saye pun berpengalaman lebih kurang mcm awak tapi tak teruk sampai mcm ni. Yang sama dari aspek ayah panas baran and selalu gaduh dgn mak. Plus ayah pernah nak kawen lagi, terkena buatan perempuan yang nak kawen ngan dia tu and mak pun jatuh sakit sebab terkejut.

Umur saye pun lebih kurang sama..Dari kecik nampak parents gaduh so dah besar mcm tak jadikan perkahwinan tu satu matlamat. Tapi alhamdulillah sekarang ni semuanya dah okay. Masa tu maybe Allah nak uji perkahwinan mak and ayah. Sekarang ni bila tgk diorang mcm perkara yang saye tgk dulu tak pernah terjadi kat diorang... =)

Sila teruskan menjaga mak. Jadi anak yang soleh. Bila mak kaya, dia tak ingat awak..sekarang ni bila dia sakit, Allah bagi awak berdua peluang untuk eratkan balik hubungan kekeluargaan. Pupuk pelan2 kasih sayang kat mak. In sha Allah lama2 ok.

Maybe kegembiraan bersama parents awak tak sempat rasa banyak kat dunia ni...maybe nanti Allah gantikan dengan kegembiraan & kasih sayang dari insan2 lain.

_____________

Ape2 pun...bab introvert tu in sha Allah boleh diubah. Saye intovert gila2 dulu. Bila dah besar ..dah bekerja..kena jadi realistik. Tak boleh nak introvert bagai *unless keje tu membenarkan awak jd seorang yg introvert*.. Sbb kita nak kena survive kan. Kalau kita tak kuat nak ubah diri kita siapa lagi nak bantu.

Semoga satu hari nanti TT and kakak akan dikurniakan keluarga yang bahagia dan anak yang soleh / solehah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.345207 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list