Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1298
View
0
Reply

Euro 2016 : Wales Rai Kemenangan, Mara Ke Separuh Akhir

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-7-2016 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




WALES mencipta sejarah baru bola sepak negara itu apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir Euro 2016 selepas menyingkirkan pasukan di kedudukan nombor dua dunia, Belgium. Wales bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Belgium pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade Pierre-Mauroy, sebentar tadi.


Belgium bermula dengan baik apabila mendahului menerusi jaringan Radja Nainggolan pada minit ke-13. Menerusi gerakan kapten pasukan, Eden Hazard, Nainggolan melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal dijangkau penjaga gol Wales, Wayne Hennessey.






Ketika perlawanan tampil rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, Wales menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan, Ashley Williams pada minit ke-31. Berpunca daripada sepakan sudut, Williams yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. Tamat separuh masa pertama, Belgium yang berpeluang menambah gol pada awal babak kedua kecewa dengan Wales meledak gol kedua pada minit ke-55 menerusi pemain Hal Robson-Kanu. Pemain tengah, Aaron Ramsey bijak melorongkan bola kepada Kanu yang cemerlang memperdaya pertahanan Belgium untuk melepaskan rembatan padu ke gawang lawan. Empat minit sebelum permainan tamat, pemain gantian Wales, Sam Vokes melenyapkan semangat Belgium apabila meledak gol ketiga juga menerusi tandukan.



Kemenangan menyaksikan Wales bakal bertemu Portugal di peringkat separuh akhir, awal pagi 7 Julai ini. - CARI




Keputusan Terkini:


Wales  3  Belgium 1





Sumber - Bharian/AstroAwani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090581s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list