|
|
Oleh : Dean BZ

Zulin teruja untuk memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM. Foto LOW PAY PHOON
Impian pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 26, untuk menjadi penyampai radio akhirnya termakbul apabila ditawarkan menjadi penyampai radio Suria.fm.
"Jujurnya apabila saya berjumpa dengan pihak pengurusan Suria FM, mereka mahu saya menjadi diri sendiri dan saya terus bersetuju.
"Sekiranya mereka meminta saya mengubah diri saya yang santai kepada serius mungkin saya akan berfikir dua kali sebelum menerima tawaran tersebut kerana saya tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.
"Alhamdulillah dengan kebebasan itu boleh membantu saya mencari rentak untuk menarik perhatian pendengar," katanya kepada mStar Online.
Pada Khamis lalu, Suria FM mengumumkan empat wajah baharu menyertai stesen milik Star Media Group itu berkuatkuasa pada 1 Julai (hari ini). Selain Zulin, tiga lagi penyampai baharu stesen itu adalah Tyzo, Fizi dan Suraya.

Zulin bakal bergandingan dengan Fizi dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria manakala Tyzo dan Suraya akan mengendalikan segmen Ceria Petang Suria.
Dalam pada itu, Zulin berkata, dia memang meminati bidang penyiaran radio dan menganggap karier baharunya itu sebagai rezeki bulan Ramadan.
Terdahulu, penyanyi dan penyampai radio, Adibah Noor, 46, mengesahkan telah meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei 2016.
BACA JUGA - Adibah Noor Letak Jawatan Sebagai Deejay Suria FM, Kenapa Eh?
Dengan kehadiran Zulin sebagai penyampai radio baharu Suria.fm pastinya akan lebih meriah kerana Zulin sememangnya mempunyai ramai peminat. - CARI.
Sumber - mStar Online |
|