CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2018|Reply: 0

Australia Work & Holiday visa

[Copy link]
Post time 3-7-2016 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mhafis at 3-7-2016 08:31 PM

As-Salam..

Sekadar ingin berkongsi pengalaman memohon Work & Holiday visa (WHV) - Australia (subclass 462) bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja serta tinggal di Australia selama setahun memandangkan permohonan dah nak dibuka hujung bulan Julai atau awal bulan Ogos ni.

Untuk makluman anda, datang Australia tak semestinya kena kerja ladang yer. Kerja ladang tu option untuk orang yang datang secara haram. Kalau anda dapat WHV ni, anda boleh kerja apa saja berdasarkan kelayakan dan pengalaman anda. Anda boleh kerja di cafe, hotel, construction dan macam-macam lagi. Tapi kalau kerja-kerja professional susah lah sikit nak dapat kalau anda tak ada qualification dari Australia uni.

Saya pernah kerja jadi cleaner kat Malaysia Hall, then kerja jadi pencuci pinggan (kitchenhand) kat sebuah restoran milik Melayu Singapura, kerja kat commercial laundry, kerja kat bakery shop dan last sekali keja kat cafe buat kopi, juice, smoothie etc. My point is, kalau datang secara halal, xperlu bersejuk dan berpanas kerja ladang. Banyak lagi kerja yang boleh dibuat secara selesa.

Sebelum anda proceed baca seterusnya, anda perlulah ada perkara-perkara asas berikut:
- Berumur di antara 18 - 30 tahun (belum mencecah 31 semasa permohonan dibuka)
- Memegang sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam apa jua bidang



Perkara-perkara yg perlu anda sediakan:

Passport
Anda dikehendaki membuat salinan dan "Certified True Copy" semua salinan berikut:
-  Muka surat maklumat peribadi anda berserta muka surat Pemerhatian/Observation.
-  Muka surat yang telah digunakan dalam perjalanan anda sebelum ini.


Sijil Kelakuan Baik (Certificate of Good Conduct - CGC)

Sijil ini dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia dan ianya perlu dipohon secara dalam talian melalui eConsular. Bagi tujuan permohonan, anda mesti mempunyai passport yang tempoh sah lakunya adalah sekurang-kurannya 6 bulan. Selesai permohonan, sila cetak "acknowledgement slip" dan bawa semasa proses pemungutan. Sijil akan diproses dalam masa 1 hingga 2 bulan. Dalam kes saya, ianya mengambil masa 2 minggu sahaja. Sila peka dengan sentiasa menyemak laman web eConsular KLN kerana tiada pemberitahuan oleh pihak KLN mengenai status permohonan anda. Apabila status permohonan menjadi seperti di bawah, anda bolehlah ke KLN bagi memungut CGC anda. Bayaran RM20 akan dikenakan bagi setiap sijil yg dikeluarkan.


Keperluan Bahasa
Anda perlulah mengemukakan bukti bahawa anda mempunyai "functional English" dengan menyertakan keputusan-keputusan peperiksaan berikut: IELTS, TOEFL, OET. Dalam kes saya, saya hanya sertakan surat dari pihak universiti yang menyatakan pengajian saya dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris (walaupun hanya slide jer dalam English. Tapi lecturer tetep explain dalam Bahasa).


Keperluan Kewangan
Anda perlulah membuktikan bahawa anda mempunyai sekurang-kurangnya AUD5000 (RM15,000+/-) di dalam akaun peribadi anda. Dalam kes saya, saya hanya mencetak "summary off account" secara online dan mendapatkan pengesahan daripada staff bank. Saya pinjam duit mak jer. Lepas print "summary of account", saya transfer lah balik


Keperluan Pendidikan
Sila "Certified True Copy" salinan degree anda di mana-mana Pesuruhjaya Sumpah atau Peguambela & Peguamcara. Menurut pihak VSF Global, salinan transkrip tidak diperlukan. Disebabkan tidak mahu mengambil risiko, saya masih menyertakan salinan transkip.


Sijil Kelahiran
Sila "Certified True Copy" salinan sijil kelahiran anda. Sila pastikan sijil kelahiran anda adalah dwibahasa kerana pihak kedutaan perlu mengetahui maklumat mengenai ibu bapa anda. Jika anda mempunyai sijil kelahiran lama yang hanya menggunakan Bahasa Melayu, anda mempunyai dua pilihan:

- Mendapatkan perkidmatan penterjemahan dari penterjeman yang diiktiraf oleh kedutaan.
- Menukar sijil lahir lama anda di JPN. Saya menukarnya di UTC Pudu Sentral dan sijil lahir boleh dipungut selepas 10 minit sahaja.


Gambar Bersaiz Passport
Sila sertakan dua keping gambar bersaiz passport dan pastikan anda menulis nama anda dibelakang setiap gambar. Pihak kedutaan memerlukan gambar dengan "plain background" tanpa menyatakan latar belakang biru atau putih. Dalam kes saya, saya menggunakan latar belakang putih.



Semasa hari permohonan dibuka, sila pastikan anda berada di hadapan komputer sebelum masa rasmi yang dinyatakan dengan capaian internet yang baik. Sejurus sistem dibuka, anda dikehendaki memilih tarikh dan masa yang anda inginkan untuk menghantar permohonan (temujanji). Sila lakukan dengan pantas kerana 100 tempat yang ditawarkan akan habis dalam sekelip mata - kurang daripada 30 minit. Dalam kes saya, permohonan bagi mendapatkan temujanji bagi menghantar borang adalah pada 4 Ogos 2014.

Jika anda bertuah mendapat slot bagi menghantar permohonan kepada pihak agen yang dilantik kedutaan Australia (VSF Global), sila bawa borang 1208 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani berserta dokumen-dokumen yang disebutkan di atas.

Slot temujanji yang saya perolehi adalah pada 7 Ogos 2014 di pejabat VSF Global, Wisma MCA Jalan Ampang. Di luar pejabat, anda dikehendaki meninggalkan semua barangan peribadi termasuklah telefon bimbit di luar pejabat. Badan anda akan di"scan" sebelum dibenarkan masuk. Nombor giliran diberikan dan selepas giliran anda dipanggil, semua dokumen anda diperiksa oleh pekerja VSF Global. Jika semuanya lengkap, resit akan dikeluarkan dan anda dikehendaki membayar RM170 sebagai yuran pemprosesan (bukan yuran permohonan visa tetapi yuran yang dikenakan pihak agen VSF Global). Selepas itu, anda dikehendaki menunggu giliran untuk proses seterusnya iaitu proses biometric.

Di dalam bilik biometric, cap jari serta gambar anda akan diambil. Tiada soalan akan ditanya kepada anda pada masa ini.

Selesai proses temujanji, anda bolehlah pulang dan menunggu proses seterusnya.

Keesokkan harinya, sms diterima dari pihak bank yang menyatakan bahawa AUD424.58 telah didebitkan dari akaun kad kredit saya. Untuk pengetahuan anda, fee untuk permohonan visa ialah AUD420 dan bakinya ialah yuran pemprosesan kerana menggunakan kad kredit.

22 Ogos 2014 - Pihak kedutaan telah menghantar email bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Dalam kes saya, hanya pemeriksaan x-ray dada diperlukan. Anda diberi masa 28 hari bagi menyempurnakan proses ini. Bayaran yang dikenakan bergantung kepada hospital / klinik yang anda kunjungi (RM110 - RM155). Disebabkan terlalu teruja, saya menjalani pemeriksaan x-ray pada hari yang sama juga. Alhamdulillah keputusan x-ray dada adalah normal.

25 Ogos 2014 - Satu lagi email diterima hari ini. Email yang memberitahu bawaha visa sudah berjaya diperolehi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070879 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list