CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 6

Ini Sebab Anda Harus Konsumsi Nenas Mulai Hari Ini

[Copy link]
Post time 4-7-2016 04:52 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Jika sebelum ini buah nenas sering dijadikan minuman berkhasiat kerana kandungannya yang tinggi serat dan vitamin C, namun sebenarnya ia juga begitu baik untuk penampilan anda.


Nak tahu kenapa? Lihat fungsi lain nenas yang sangat mengejutkan ini!




1. Menguatkan rambut


Jika anda risau rambut sering gugur, anda digalakkan mengambil nenas secara rutin. Buah ini mengandungi antioksidan yang membuatkan rambut anda kuat.


Selain itu, kandungan magnesium, zat besi dan vitaminnya menambah ketebalan rambut anda.



2. Mengjaga gigi dan gusi sihat


Kandungan vitamin C yang tinggi, membuatkan nenas sangat bermanfaat untuk kesihatan gigi dan gusi anda. Hanya makan hirisan nenas akan membuatkan bahagian dalam mulut anda menjadi sihat dan bersih.


Ia juga membantu menghilangkan plak dan memutihkan gigi. Menarik kan!





Sumber foto: carian google




3. Baik untuk kulit


Nenas mengandungi kolagen yang membantu pengelupasan sel kulit mati dan meningkatkan aliran darah ke atas kulit. Hasilnya rutin makan nenas membuatkan kulit anda bersinar dan sihat.



4. Anti penuaan


Penggunaan masker nenas pada wajah dapat mengurangkan kesan penuaan. Ini kerana nenas mengandungi asid alpha-hydroxy dan juga antioksidan yang menghalangradikal bebas pada kulit.



5. Menghilangkan kutil


Salah satu cara untuk menghilangkan kutil, tahi lalat dan juga noda pada wajah adalah dengan menerapkan nenas terus kepada kulit. Biarkan selama 10 minit dan lihat hasilnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 07:43 PM | Show all posts
boleh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 12:25 AM | Show all posts
Time senggugut xleh makan kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:13 PM | Show all posts
Pernah try utk hilangkan kutil.tp xleh pon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya memang suka makan nenas lagi2 cecah dgn serbuk asam memang sedap!! Tapi kalau wanita bila dtg bulan sebaiknya elakkan entah lah itu org2 tua yg nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:05 PM | Show all posts
Sedap, tapi nak mengupasnya alahai. Tapi kagum jugak dengan daun nenas dijadikan songket.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak.rajin.buatkan.air.nenas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.402947 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list